Monday 9 September 2013

Novel : Rahsia Hati Sofia

Rahsia Hati SofiaRahsia Hati Sofia by Nazurah Aishah
My rating: 5 of 5 stars

Kalau baca novel ni tak sah kalau tak meleleh air mata. Sedih bukan kepalang. huhu . Nantilah review. Nak lap air mata biar kering, mata kembali bulat bersinar dan hati yang rapuh dirundung hiba kembali ceria. TihTih

Sakitnya hati Jihannur Sofia kekasih hati berubah sikap. Baran tak tentu pasal. Sikit-sikit nak melenting. Lelaki yang mula bertahta dihatinya Ikhmal Hisham dikenalinya semenjak tingkatan empat mula berubah tingkah selepas mereka menginjak kaki ke Politeknik. Dikawalnya Sofia daripada berbual dengan lelaki-lelaki yang cuba mendekat tetapi dirinya seperti Mat Romeo bersilih ganti teman wanita. Namun apabila Ikhmal mula ditugaskan ke Jakarta, Sofia tidak tahu hujung pangkal hubungan mereka. Telefon pun jarang2 sekali apatah lagi untuk berjumpa. Cakap-cakap orang luar tentang sikap playboy Ikhmal , Sofia endahkan kerana dia yakin Ikhmal akan kembali kepadanya. Bukan sekali dua tetapi telah berkali-kali Ikhmal bertukar teman tetapi tetap mencari Sofia menyebabkan Sofia immune untuk cemburu buta.

Akhirnya dalam Ikhmal cuba mengelak daripada tertangkap dengan Sofia, bertembung juga Sofia dengan Ikhmal yang sedang dating dengan Raianna, teman seteru Sofia semenjak di Politeknik lagi. Itu pun Ikhmal cuba nafikan walaupun dah terakam dalam kepala Sofia Raianna melendet di bahu Ikhmal. Saat ini,Cik Pah ingatkan cerita Ikhmal akan berakhir disitu apabila Sofia meminta putus. Rupa-rupanya Ikhmal tidak berdiam diri apabila ternampak Sofia keluar dengan Nizam teman lelaki sepejabatnya. Malam yang cukup malang buat Sofia. Hak kehormatannya dicerobohi Ikhmal. Kononnya sebagai tanda hak miliknya. Kata-kata sayang dan kemaafan tidak mampu membuang rasa benci dan jijik dihati Sofia. Lelaki sial! Syaitan! Segala sumpah seranah maki hamun berbakul-bakul Sofia lontarkan. Namun kerana Sofia berdiam diri daripada melaporkan dirinya di rogol, Ikhmal telah mengada-adakan cerita yang mereka telah terlanjur. Siapa yang nak percaya cakap Sofia memandangkan mama, abah , Hajah Jamilah dan Hj Ikram memang telah merestui hubungan mereka yang lama terjalin.

Mama dan abah cukup kecewa dengan Sofia kerana disangkakan mereka Sofia tidak pandai menjaga diri sehingga sanggup membuat kerja terkutuk dengan Ikhmal. Hanya pada Abang Johan tempat Sofia mengadu tetapi abang kandungnya tidak berjaya memujuk mama dan abah menolak pinangan keluarga Ikhmal. Akhirnya bersatu juga mereka walau tanpa rela Sofia. Walaupun dia diterima keluarga Ikhmal dengan tangan terbuka tetapi Sofia tetap sedih kerana dibuang abah dan mama. Berita perkahwinannya turut tersebar sehingga ke kampong di Kelantan. Walang hati Sofia kerana nenek yang mengasihinya jatuh sakit dan tidak mahu bertemu dengannya. Lalu pada siapa lagi dia menumpang kasih andai semua insan yang pernah menyayangi membuangnya.

Ikhmal, telah insafkah lelaki yang kini bergelar suami Sofia? Mampukah Sofia menjalankan peranan sebagai isteri kerana dia masih trauma atas tindakan Ikhmal? Pandai tau Ikhmal ni memujuk keluarga Sofia menerimanya setelah kisah sebenar terbongkar. Mudah sahaja keluarga Sofia memaafkan Ikhmal dan mudah juga Sofia menerima Ikhmal setelah dia mendapat kembali kepercayaan keluarganya. Sofia, memang sentiasa setia dengan Ikhmal walaupun hatinya hampir berlagu rindu dengan Nizam. Bahtera rumahtangga mereka ada kalanya dipukul ombak tetapi Sofia tetap teguh mempertahankan daripada hanyut apatah lagi mereka dikurniakan cahayamata Irdinanur Sharah dan Izz Hilman. Tetapi apabila suami telah hilang upaya, cemburukan isteri diintai kawan baik dan ego mengatasi segalanya, adakah perpisahan jalan terbaik buat dua insan ini? Ikutlah cerita suka duka pahit manis Rahsia Hati Sofia. ~Perkahwinan yang bahagia merupakan kesatuan daripada dua pemaaf~

Cerita ini memang best! Cik Pah bukan seorang penulis yang baik untuk membuat resensi yang menggambarkan keindahan cerita ini secara keseluruhan. Tak terlawan ahkak dengan ayat-ayat dan garapan cerita Nazurah Aishah 


View all my reviews

No comments :

Post a Comment