Showing posts with label Ika Madera. Show all posts
Showing posts with label Ika Madera. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Novel : Semusim Di Divonne

Semusim Di DivonneSemusim Di Divonne by Ika Madera
My rating: 4 of 5 stars

Semusim Di Divonne

3 bulan di musim luruh di Divonne membawa kisah kasih sayang adik kakak yang yatim piatu dan pertemuan teruna dara berbeza bangsa dan budaya. Boleh jugak kot digambarkan seperti bak kata pepatah ikan dilaut, asam didarat, di dalam kuali bertemu jua.

Mira, si adik yang manja sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan meninggalkan perniagaan warisan keluarga selama 3 bulan untuk menjaga kakaknya Aliah yang bakal melahirkan anak pertama dari suaminya berbangsa Inggeris. Abang iparnya Jeremy memang pantang bertemu si adik ipar, pasti disakatnya. Lawak-lawak sengal si abang ipar membuat darah Mira mencanak naik. Ada sahaja benda digaduhkan. Pantang dicuit, rumah yang hening riuh dengan perang mulut ipar duai. Kehadiran yang ditunggu, bukan setakat Aliah, tetapi si jiran yang telah lama jatuh hati kepada Mira. Semenjak terpandang potret yang tergantung di dinding rumah Aliah, Marc telah terpaut pada si gadis. Berdebar hati nak bersua muka sampaikan tengah malam bertenggek dirumah orang.

Hantu Mi Suah, gelaran buat si tukang kebun. Tiba-tiba sahaja terpacul depan mata tak kira masa dan tempat. Kalut Mira dibuatnya untuk cuba menutup rambut mahkota yang dipeliharanya dari pandangan ajnabi. Si kakak dan abang ipar pula bena tak bena sahaja membenarkan Marc masuk rumah. Ada isu yang Mira tak puas hati dengan kakaknya tapi apabila cuba dibincangkan semuanya berakhir dengan pertengkaran dan rajuk yang lama. Sedih. Kakak telah berubah. Islam hanya pada nama. Risau melihat perubahan kakak yang hanyut apatah lagi berkahwin dengan mualaf. Siapa nak bimbing siapa? Tiada siapa yang mengkhabarkan cerita sebenar membuat Mira berada dipihak yang salah dan sangsi. Apabila cerita sebenar terungkap , malu, marah dan bersyukur sangat Mira dibuatnya. Dia dah salah menjatuhkan hukum pada apa yang dilihatnya.


Agak terlambatkah atau silap bicarakah Marc sampai Mira menerima lamaran Isam, mutual friend yang dia kenali 9 tahun lamanya. Disaat persiapan perkahwinan mereka, Mira rimas dengan aturan serba serbi dari mama Isam. Isam pula hanya menurut perintah mama tanpa ada pandangan sendiri. Rasa khilaf membuat keputusan terburu-buru akhirnya membawa kepada kisah trauma dalam hidup Mira lantas si kakak dan abang ipar mengambil keputusan berhijrah ke Singapura.

Musibah yang membawa hikmah, hantu mi suah bakal selamanya menghantui hidup Mira. Semusim telah menjadi bermusim-musim di Divonne. Happy ending. Best! Cerita ini semanis gula stevia dan uniknya adalah kisah gadis arab serasa seperti melayari kisah gadis melayu. Kak Wawa, Encik Abu, Hannah, Uncle Soh dan Kak Senah tampil menjadi jiran yang membantu Mira dan mewarnai jalan cerita Semusim Di Divonne.
Cerita ini juga, membuat pembaca turut terkesan untuk ke sana. Aman damai, cantik pemandangan yang sayup mata memandang dengan hamparan padang rumput yang menghijau. Lawak Jeremy membuat kita pun hampir nak percaya. Divonne, lembu banyak daripada manusia. Sabor je lah.


View all my reviews

Tuesday, 8 October 2013

Novel : Jet Jonah

Jet JonahJet Jonah by Ika Madera
My rating: 5 of 5 stars

Novel ini dicari selepas Cik Pah baca Dapur Wawa. Wawa ada bagitau mereka bertemu Jet dan Jonah semasa honeymoon di London dan percintaan mereka turut ditulis oleh Ika Madera. Saya memang suka novel yang ada watak-watak yang dikaitkan dalam novel lain kerana kehidupan kita memang kadang-kala tidak terduga akan bertemu dengan orang yang ada tali persaudaraan atau kenalan saudara-mara atau teman-teman lama mahupun teman siber. Seperti karya Noor Suraya yang sering membawa watak Dr Aqmar Aziz dalam NTS bersaudara atau menjadi kenalan dengan watak dalam novel-novelnya yang lain.

Membaca kisah Jet Jonah teringat kisah kanak2 Cik Pah dengan Mr H. Walau pun tak senakal Jonah dan Jet, tapi setiap kali zaman kanak2 mereka diimbas, Cik Pah turut terkenang zaman kanak2 Cik Pah. Cuma yang beza zaman kanak-kanak kami, Mr H tak pernah pula menyimpan perasaan pada Cik Pah macam Jet sayangkan Jonah.Ops korang bukannya nak tau pasal Cik Pah & Mr H kan yang sekarang menjadi my hubby.
Blushing Hello Kitty

Kisah diimbas ketika mereka berusia 7 tahun di Kampung Ayam Berjambul dan diselang-selikan dengan kehidupan Jet dan Jonah di London yang sekarang berusia 29 tahun. Kenapa di London? Ada kisah yang perlu kita ikuti disebalik pelarian Jonah ke London. Walau bagaimanapun pelarian tersebut mempertemukan kembali Jet kepada insan yang masih bertahta dihatinya walaupun 22 tahun tidak bertemu.

Tiada ayat-ayat gula dan renungan-renungan yang menyebabkan pembaca turut tersipu malu. Tetapi kejutan-kejutan yang dibuat mereka mengeratkan hubungan mereka suami isteri. Walau pun suka dengan cerita bersahaja IM tetapi agak terasa sedikit kurang umph . Hanya perasaan Jet sahaja diceritakan kerana sedari kecil sememangnya Jet telah menyimpan perasaan terhadap Jonah. Sedangkan Jonah pula seolah-olah tiada perasaan seperti wanita kebal. Jet nak panggil sayang, B, darling pun Jonah tak bagi. Mungkin IM mahu pembaca menebak sendiri rahsia hati Jonah kerana Jonah bukan minah jiwang. Ahaks. Selanjutnya IM membawa kita meneroka dan meneladani kehidupan masyarakat Melayu di London dan ukhwah yang terbina di perantauan.

Yang penting dimana pun kita dicampak, adat dikendong, budaya disanjung dan agama dijunjung.


View all my reviews

Tuesday, 17 September 2013

Novel : Dapur Wawa

Dapur WawaDapur Wawa by Ika Madera
My rating: 4 of 5 stars

Ambil letak, ambil letak. Banyak kali juga Cik Pah teragak2 nak ambil dan baca. Tapi bila sekali baca, mukhadimahnya saja dah berjaya menarik minat Cik Pah meneroka kisah Najwa Syakira[Wawa] , En Abu (bukan nama sebenar), bonda, Abang Ummar, ibu Chik, jiran tetangganya dan rakan-rakannya yang ‘happening’. Kisah Wawa diceritakan secara bersahaja oleh Ika Madera dan kadang-kadang seolah2 Wawa pula yang menulis tentang IM apabila Wawa membebel takpun memberi peringatan kepada pengarang.

Cari jodoh melalui agen cari jodoh? Macam la Wawa kemaruk nak kahwin sangat. Tetapi dek menjaga hati bonda dan Kak Pah yang beria-ia, Wawa berjumpa juga dengan Encik Abu yang bekerja sebagai drebar bus. Perjumpaan kali kedua, Encik Abu terus melamar Wawa dan 3 bulan kemudian sah menjadi isteri Encik Abu yang rupa-rupanya pilot.

Tajuknyakan pasal Dapur Wawa, jadinya 80% cerita adalah mengenai masakan yang Wawa cuba jaya mengikut resepi nenek, bonda, sahabat dan ibu Chik. Jadinya kepada yang cuba-cuba intai Dapur Wawa harus kenyangkan perut dahulu OK.

Bukan tak pandai masak, tapi sifat ‘M’ yang rata-rata anak dara zaman sekarang sayang nak buang menyebabkan lepas kahwin masing-masing baru nak tunjuk skill bersilat di dapur. Bil telefon akan melambung2 dapatkan talian hayat. Kalau kena berleter ada saja jawapan. Cik Pah rasa kebanyakkannya macam tu kot termasuk Cik Pah :) dengan alasan, bila lagi nak rasa air tangan bonda tambah2 lagi kalau duduk berasingan dan sekali-sekali balik kampung, kan!

Dalam rumahtangga yang sedang bahagia ini, tiba2 ada kejutan. Pagi2 buta dah terpacul anak gadis bermata biru di dalam rumah. Apa cerita ni? Wawa tabah menerima setelah dipujuk bonda. Encik Abu yang dikahwininya bukan bujang terlajak berusia 44 tahun tetapi duda beranak sorang gadis berusia 15 tahun. Nak dapat anak sendiri pun belum dapat kelulusan 'Yang Atas' lagi. Cerita selanjutnya baca lah sendiri untuk kita kutip panduan melayari rumah tangga sebagai isteri, ibu, anak, adik, jiran dan sahabat. Ada perkara yang perlu kita terima atau lepaskan dengan redha sebagai hamba-Nya


View all my reviews