Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Novel : ...Hujan Pun Menari

...Hujan Pun Menari...Hujan Pun Menari by Norhayati Berahim
My rating: 5 of 5 stars

Best sangat citer ni, semua rasa ada. Rasa kagum dengan sifat Cikgu Ara yang redha dimadukan dan berdikari mendidik 5 orang anak dgn penuh kasih sayang. Rasa nak lempang je ustazah Aminah madu Cikgu Ara yang selalu tengking Ustaz Jalil, serang Cikgu Ara, tak malu makan duit anak yatim dan tak malu duduk rumah harta sepencarian Cikgu Ara dgn Ustaz Jalil. Rasa sedih dgn Ustaz Jalil yang tak berjaya mendidik Ustazah Aminah menjadi isteri solehah dan akhirnya meninggal dunia semasa nekad pulang ke rumah Cikgu Ara. Rasa sakit hati dengan Tuminah yang selalu cakap kasar/ fitnah Muna. Rasa simpati dengan Dol Azmi yang simpan perasaan pada Muna sejak tingkatan 3 tapi terpaksa kahwin dgn Tuminah disebabkan sihir. Rasa menyampah dengan Danial anak angkat paklang maklang Muna yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung nak bolot harta. Rasa bersyukur paklang maklang Muna sayangkan Cikgu Ara anak beranak dan support mereka sekeluarga. Rasa berdebar-debar bila Qurban bagitau nak kahwin dengan kawan sepejabatnya Siti. Rasa teraniaya bila Qurban kena fitnah hamilkan Siti dan ajakan kahwin Siti tu hanya untuk jadikan dia pak sanggup. Rasa lega bila Muna putuskan pertunangan dengan Danial dan berkahwin dengan Qurban. Rasa lapar bila Cikgu Ara dan Muna masak macam2 masakan dan kuih muih hehe

Selain rasa2 yang dapat, baca buku ni dapat :
1. ilmu rumah tangga
2. cara didik anak dengan baik
3. peranan ibu bapa , mertua, ipar duai, anak, kawan
4. adap berkawan/bersahabat
5. tanggungjawab jiran tetangga
6. bidang perkapalan / perniagaan / somalia
7. kesedaran tentang usaha Yahudi yang cuba menghancurkan Islam dengan mengahwini anak gadis Islam yang bijak pandai
8. dll


View all my reviews

Novel : 'Skandalous' Ika: Cinta Berani Mati

'Skandalous' Ika: Cinta Berani Mati'Skandalous' Ika: Cinta Berani Mati by Haswida Abu Bakar
My rating: 4 of 5 stars

Aci kan baca epilog dulu hehe

Tajuknya pun dah menceritakan segalanya pasal Ika yang menempah hidup kesenangan bercinta dengan suami orang yang kaya raya. Watak begini ramai yang tak sanggup nak angkat kerana bukan watak favorite. Tetapi pada Cik Pah, penulis HAB berjaya menghidupkan watak Ika yang ilmu agama penuh didada tetapi kabur mata diulit nikmat dunia. Materialistik sungguh. Memilih jalan singkat untuk hidup senang setelah lelah dengan kemiskinan. Mohon jauhkan keturunan kita daripada penyakit ni.

Ika anak nelayan yang berjaya menjejakkan kaki ke luar negara. Matlamat asalnya, belajar bersungguh-sungguh seterusnya pulang bekerja untuk mengumpul duit. Apabila kawan2 mengajaknya bercuti menjelajah bumi Eropah, dia lebih suka memerap dibilik kerana kekangan duit. Apabila Zila dan Rayyan pasangan yang telah berkahwin mengupah dia menjaga anak kembar mereka, Ika tidak menolak. Bermula sejak itu, Ika akan menjadi pengasuh anak kembar Zila apabila Zila terpaksa bertugas diluar daerah. Dari situlah bermulanya detik2 Ika menjalin hubungan sulit (masih dalam terjaga adab hubungan lelaki perempuan) dengan Rayyan apatah lagi hatinya dikecewakan Idil, orang kuat usrah. Idil, teman lelaki sejak sekolah menokhtahkan hubungan cinta mereka disebabkan Idil taknak ada hubungan sebelum diijab kabul.

Ikutilah cerita ini. Nak review lebih2 tak mampu sbb Cik Pah cukup tak berkenan dengan Ika. Cumanya Cik Pah terfikir, apa peranan kita andai ada kawan atau adik atau saudara mara kita terkena penyakit Ika.



View all my reviews

Tuesday, 3 September 2013

Novel : Ya Maulana

Ya MaulanaYa Maulana by Hana Ilhami
My rating: 5 of 5 stars

Semua orang pakat kata cheghita ni baguih. Mmg baguih pun. Lagi baguih kalau masuk telebesen (hehe pinjam sat perkataan Mak Munah). Ahaks, disebabkan novel ni berlatar belakang Pulau Sayak dan byk dialog dlm loghat kedah jadinya Cik Pah akan review dalam loghat Kedah juga.

Tunggu sat noh, tak habis baca lagi. Biaq Cik Pah perabih dulu naaaa

----------------@@@@@@@--------------------

Ok dah habis baca dah. Best sangat cerita ni. Banyak pengisian dan pengajaran. Cerita seorang maulana yang bernama Iqbal mempertahankan rumah anak yatim Darul Ulum daripada dipindahkan jauh dari laut untuk pembangunan hotel. Iqbal dalam dilema antara menolong papanya Datuk Salam yang hampir muflis atau anak yatim yang telah lama tinggal di tapak asal tanah pusaka datuknya. Walaupun papa tidak pernah membela dan mencurah kasih sayang, Iqbal masih kasih pada papa. Iqbal hanya menumpang kasih pakngahnya Pak Harun. Sebenaqnya ada kisah silam antara papa dan pakngah. Ibu Iqbal adalah kekasih Pak Harun tetapi dicaras abangnya,Datuk Salam. Apabila Fatehana meninggal dunia, Iqbal ditatang dan menjadi anak susuan isteri Pak Harun. Dan cerita ini akan berulang kembali kepada Iqbal dan adiknya Rafiqi.

Untuk memujuk Iqbal memindahkan Darul Ulum, Adra Liyana(Rara) anak Tan Sri Hanif ditugaskan untuk berbincang dengan Iqbal. Dah la masuk kampung, masuk pulak kawasan tahfiz, tapi mak ai, pakaian seksi meksi tak hengat. Bincang cara elok tak jalan, Rafiqi kekasih hati Rara merangkap anak Datuk Salam dengan Datin Zara buat rancangan nak perangkap abangnya Iqbal. Rancang yang lain, yang lain pulak yang jadi sebab ada pihak ketiga yang tambah rencah. Jatuh air muka seorang maulana apabila Iqbal ditangkap basah dengan Rara. Antara keluaq daripada Pulau Sayak iaitu harapan Pak Abu bendahari masjid yang tak sukakan Iqbal atau Iqbal perlu berkahwin dengan Rara. Pak Abu ni alkisahnya sakit hati dengan Iqbal sebab Iqbal teguq dia supaya berkahwin dengan janda Esah bila nampak depa bermukah. Akhirnya lepas bermujahadah dan beristiqarah, Iqbal pilih untuk berkahwin dengan Cik Adra.

Bagi pihak Adra pula dia terpaksa kahwin juga dengan Iqbal sbb nak bantu daddy. Konon bertaruh dengan kawan baiknya Juita nak terbangkan serban Iqbal. Mmg betoipun terbang serban Iqbal lepas ijab kabul hinggap ke kepala Adra. Amek hang. Pakai baju pengantin bertudungkan kain serban. Keh keh.

Cik Pah suka cara Iqbal mendidik bini dia. Perkara utama lepas berkahwin, dia jaga aurat bini dia. Lepas tu check solat bini. Perbetoikan cara solat dan bacaan. Walaupun Rara berkasaq, Iqbal masih boleh tersenyum dan kadang-kadang melawak dengan bini dia yang masih keanak-anakan dan manja.

Bukan senang oi nak didik anak dara Tan Sri Hanif ni. Ketegaq sungguh.
Ada dua cara dakwah iaitu cara taghrib atau tarhib. Tetapi untuk Adra Iqbal gunakan cara taghrib untuk pujuk bini dia yang ketegaq tak mau pakai tudung. Iqbal tau, dengan dia sahaja Adra pakai tudung kalau keluaq rumah, time dia tak dak, selamba ja Adra pi jogging kat pantai tanpa tudung dan kadang2 pakai seluaq bermuda tshirt ketat. Kesian kat Iqbal nak tepis sidir2 orang kampung tak boleh didik isteri, dah la berita depa kahwin sbb tangkap basah Pak Abu canang satu kampung. Lama2 orang kampung tak mau dah Iqbal mengajaq dan memberi tazkirah kat masjid.


Dah la tertekan dengan orang kampung, ada juga budak2 tahfiz yang berhenti sbb tak mau bergurukan Iqbal. Masalah pemindahan Darul Ulum pun tak selesai lagi. Akhirnya Iqbal mengambil keputusan nak pi dakwah ke Zurich.

Rafiqi pula memang tak dak hati dengan Rara, lepas tangan dan berlapang dada dapat lepaskan diri daripada berkahwin dengan Rara. Namun Allah pautkan hati dia dengan Sumayyah, gadis berniqab merangkap sepupu dia anak Pak Harun , adik susuan Iqbal. Gadis bermata hazel ini pandai menulis sajak syair. Melalui diari yang tertinggal, Rafiqi berubah tingkah dan insaf.

Masih banyak konflik yang berlaku sebelum sampai titik bahagia. Apa yang berlaku kat Darul Ulum? Pak Abu yang banyak dosa dengan orang kampung dan Iqbal, apa pengakhirannya? Siapa dalang yang memerangkap Iqbal dan Rara. Ikutilah cerita mereka pasangan bluetooth USB(Iqbal Rara) dan pasangan bulan bintang (Rafiqi Sumayyah) dalam Ya Maulana. Best!

View all my reviews

Thursday, 29 August 2013

Novel : Sandal Bunga-bunga

Sandal Bunga-BungaSandal Bunga-Bunga by Faziela
My rating: 3 of 5 stars

Perbualan bapa dan anak perempuan yang menarik dan yang Cik Pah suka iaitu sebelum Izza bersetuju menerima lamaran Zahran. Abah menceritakan bagaimana dia terkahwin dengan emak Izza disebabkan salah faham. Lawak! Arwah nenek tersalah meminang kerana dalam kampung mereka ada dua orang anak dara yang bernama Aishah. Kahwin juga la sebab masa kenduri baru tahu tersalah orang. Muehehe. Mesejnya, tidak semestinya harus bercinta dahulu sebelum kahwin kerana bercinta selepas berkahwin adalah lebih nikmat.

Begitulah yang berlaku kepada Izza dan Zahran. Bercinta dengan orang lain berkahwin dengan orang lain. Izza mengikut nasihat abahnya lantas menerima lamaran Zahran. Padanya Zahran adalah orang yang baru dikenali walhal kawan baiknya mengenali Zahran sebagai senior sekolah mereka. Mahunya dia memandang lelaki lain kerana Izza sewaktu itu sibuk bercinta dengan Naqib. Namun percintaan 8 tahun berakhir begitu sahaja menyebabkan Izza makan hati berulam jantung.

Zahran pula meninggalkan bumi Dubai dan melepaskan jawatannya untuk pulang ke Malaysia setelah Deena bertunang dengan orang lain. Pada Cik Pah alasan Deena menerima peminangan orang lain tidak kukuh. Ada ker patut hanya kerana hendak menguji sejauh mana perasaan Zahran kepadanya, dia sanggup memainkan perasaan orang lain pula. Itulah kata orang kalau dah jodoh tidak disangka-sangka perkenalan dengan Izza membuka semula hati Zahran untuk berumahtangga dan mengangkat Izza sebagai suri.

Cerita selepas berkahwin agak menarik kerana mereka adalah watak yang berbeza. Zahran suka aktiviti outdoor dan suka buat kejutan. Izza pula agak feminin dan tak suka kejutan. Cik Pah juga suka toleransi antara mereka dan sama-sama belajar menerima kebaikan dan keburukan masing-masing. Pembinaan watak Zahran sebagai suami juga patut dipuji. Zahran digambarkan calon suami idaman para wanita diluar sanaaa yang ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah dan mereka ada sistem giliran ;) .

Baru sahaja mengecapi rasa bahagia melayari bahtera rumahtangga dan gembira menerima berita mereka bakal menimang cahayamata, datang pula dugaan orang ketiga yang psycho. Deena bekas kekasih Zahran ingin merampas kebahagiaan mereka dan kekerasan digunakan sehingga Izza trauma. Di sini menguji sejauh mana kasih sayang antara Zahran dan Izza dan berjayakah mereka menyimpul ikatan rumah tangga yang baru dibina.

Happy ending!

View all my reviews

Wednesday, 14 August 2013

Novel : Tak Ku Duga

Tak KudugaTak Kuduga by Ramlah Rashid
My rating: 4 of 5 stars







Dari kulit buku


Siti Atilia tidak pernah menyangka pelariannya ke KL untuk mengelak dari penderaan ibu saudaranya telah membuka lembaran kelam dlm hidupnya. Dia terperangkam dalam sendikit pelacuran, hampir menjadi mangsa perdagangan manusia ke luar negara. Namun dia berjaya melarikan diri dengan bantuan Datuk Firzat. Dik ikhlasnya perhubungan mereka maka terbinalah ikatan tidak bernama antara ke duanya. Siti Atilia yang dahagakan kasih sayang keluarga & perlukan perlindungan orang tua dan Datuk Firzat yang dahagakan kasih sayang isteri dan anak2. Hubungan semakin akrab, hendak dianggap bapa, renungan2 Datuk Firzat berlainan benar. Hendak dianggap anak, manja & lentuk Siti Atilia menggugah iman yang cetek. Pasangan kekasih? Siti Atilia tidak tergamak mencemar rasa hormatnya pada lelaki semulia budi Datuk Firzat. Untuk dijadikan perempuan simpanan oleh Datuk, Datuk melihat Siti seperti anaknya sendiri. Seorang gadis kampung yang begitu menjaga santun & tinggi pekertinya. Keduanya bingung...


Kehadiran jejaka romantis, Farami dalam hidup Siti Atilia membuahkan cemburu di hati Datuk Firzat. Sedikit demi sedikit Datuk berusaha menyuci perasaan pada Siti. Tidak mungkin dijerat gadis sebegitu murni. Akhirnya Datuk meletak Siti sebagai pendorongnya membetulkan iman. Mahu membimbing sekali isteri yg juga hanyut sepertinya. 



Siti Atilia semakin terjerut, cinta pada Datuk Firzat dan perasaan pada Farami. Dalam hatinya kuat terpahat nama Datuk Firzat, namun terselit juga sayang pada pemuda romantis - Farami.



Kasihan Datuk, Farami juga



Dari Pandangan Mata Lebam Cik Pah:


Kisah kali ini mengupas kehidupan gadis yang melarikan diri dari kahwin paksa, hampir dilacurkan dan hidup ala-ala perempuan simpanan.

Bermula dari episod Lia mengubah pendiriannya, Cik Pah dah cuak dan cuba menafikan Lia sebagai perempuan simpanan sebagaimana Lia menafikannya. Bingung dengan hubungan Lia dan Datuk Firzat kerana masing-masing cuba meletakkan hubungan mereka hanyalah sebagai bapa angkat anak angkat, kawan, majikan dan staf. Walau bagaimanapun, lenggok manja,sentuhan, renungan dan perhatian antara mereka tidak dinafikan wujudnya perasaan halus yang tidak diungkapkan dengan kata-kata. Sehinggalah pada saat Farami melamar Lia barulah masing-masing sedar mereka saling memerlukan sebagai sepasang kekasih. Siapakah pilihan Lia? Datuk Firzat yang dulunya dihormati sebagai bapa atau Farami anak angkat Datuk Firzat yang masih muda dan sudi menyuntingnya sebagai isteri.