Saturday 30 November 2013

Novel : Secantik Anugerah

Secantik AnugerahSecantik Anugerah by Sarnia Yahya
My rating: 3 of 5 stars

Apa yang Cik Pah boleh katakan tentang cerita ini, wataknya kurang menyengat berbanding novel SY yang lain untuk diingati. Mungkin juga tiada rasional disitu yang boleh membuatkan Cik Pah bersetuju dengan watak Azri yang menceraikan isteri demi untuk menjaga maruah wanita lain. Walhal isteri sendiri baru keguguran anak mereka dan wanita itu baru dinikahi 2 tahun atas nama cinta dan sewaktu menceraikan Aisya, Azri masih menyintai isterinya.

Babak yang menyentuh hati adalah babak dipenjara sewaktu Fahrin berjumpa buat kali pertama dengan anak dia yang tidak sah taraf. Pesalah menerima hukuman atas sebab kesilapan jenayah dan hukuman itu setimpal kerana menjadi asbab kepada keruntuhan rumah tangga orang lain juga. Hikmah disebalik kesengsaraan 3 jiwa telah membahagiakan abangnya sendiri, Firdaus apabila berjaya membuka hati Aisya untuk berkahwin semula dan dikurniakan anak kembar.

View all my reviews

Friday 29 November 2013

Borong buku


Perasaan Cik Pah berkobar-kobar untuk ke kursus di Putrajaya. Rupa-rupanya ada sesuatu yang menunggu Cik Pah. Jualan murah buku-buku dari terbitan CESB dan buku Islamik di ruang legar pejabat MAMPU bermula 25 - 26 November 2013. Buku yang Cik Pah beli tu semua berharga RM 5 setiap sebuah kecuali Lamaran Kedua - Ma Lee Chuswan.



Azri dan Akasyah selalu juga jeles tengok mak ngah dan umie baca buku ye. Nah untuk korang ;)


Pesta buku MPH di Terminal Bersepadu Selatan dari 13 Nov sehingga 25 November 2013. Tak banyak diskaun tapi Cik Pah dan Encik H dapat beli buku-buku menarik.




MPH clearance stock di Jalan Tandang bermula 27 Nov sehingga 1 Disember 2013. Untuk novel diskaun sehingga 20%. Hasil tangkapan hari ini (30 Nov 2013) Tadaaa


Sunday 24 November 2013

Novel : Selamat Tinggal Sayang

Selamat Tinggal SayangSelamat Tinggal Sayang by Ma Lee Chuswan
My rating: 4 of 5 stars

Selamat Tinggal Sayang

Erk awal-awal cerita macam tak boleh nak masuk sbb dok ingat tarikan Puteri dengan Hakim hanya tarikan nafsu serakah semata-mata. Rupa-rupanya hubungan mereka adalah hubungan yang halal semenjak 7 tahun yang lalu atas satu kesilapan anak adam berdua-duanya. Dahulunya Puteri yang dipanggil Dee seorang tomboi. Dee tiada hubungan langsung dengan Hakim, tetapi saat Intan sahabatnya ingin putus cinta dengan Hakim, Dee hanya menjadi posmen membawa berita untuk Hakim. Kasihankan Hakim yang bersedihan, Dee menjadi peneman merawat duka lara. Akhirnya mereka terlanjur dan terpaksa berkahwin setelah Puteri rungsing dia tak datang period dalam tempoh 2 bulan. Namun perhitungan Puteri meleset, seminggu selepas berkahwin dia datang bulan. lalu meninggalkan Hakim tanpa berita menyambung pelajaran ke Australia.

Sepulangnya ke Malaysia, akhirnya mereka bertemu kembali, bekerja didalam satu syarikat. Namun Hakim langsung tidak mengenali Puteri kerana Puteri telah berubah menjadi wanita yang anggun sehinggalah beberapa bulan bekerjasama, Hakim baru mengetahui bahawa Puteri adalah isterinya. Masing-masing terpikat antara satu sama lain tetapi Hakim ego mengakui perasaan yang terbit dihati apatah lagi dia akan ditunangkan dengan anak kawan papa demi mengukuhkan kedudukan syarikat. 6 bulan Puteri diberi tempoh untuk memikat hati Hakim. Namun 4 bulan berlalu, Puteri putus asa apabila Hakim masih tidak endah dengan godaan Puteri malah melayan dia dengan dingin berbanding Tengku Aida, seteru Puteri.

Kandungan Puteri semakin membesar di dalam rahim Puteri. Bersendirian mengalami alahan mengandung , tertekan dengan tingkah Tengku Aida yang sering membuat onar, dan depression sehingga menjejaskan kesihatan serta prestasi kerja Puteri turut merosot, akhirnya Puteri lelah dan meletak jawatan. Sekali lagi Puteri silap membuat keputusan tanpa berbincang dengan Hakim, puteri sekali lagi lari dari Hakim apabila kecewa cintanya tidak bersambut. Dapatkah Hakim menemui kembali Puteri dan bayi yang tidak diketahui kewujudannya. Sempatkah mereka mengucapkan selamat tinggal apabila Puteri terlantar koma selepas bersalin dan bertarung nyawa sementelah semangatnya untuk hidup hilang saat cinta ditolak Hakim.


Best cerita ni cuma tak suka tentang watak heroin sahaja. Puteri sangat lembek/lemah bila cintanya ditolak. Mana harga diri mu? Gambaran watak asal , tomboy dan sehingga saat mengandung lasak bermain bola sepak dengan kawan-kawan lelaki tapiii jiwa tak kental. Huhu

View all my reviews

Sunday 17 November 2013

Kompilasi Cerpen : Kisah Dari Hati

Kisah Dari HatiKisah Dari Hati by Hani Fazuha


Kisah Dari Hati

Dia Random Guy 2 - sambungan cerita Alina-Amzar melayari rumahtangga yang manisnya terlebih dos. perkahwinan mereka telah bertahan selama 10 tahun dan bahagia dikurniakan 5 orang cahayamata

Awek Pisang Goreng 2 - cerita Husna-Daus yang cuba menyesuaikan diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dan bertolak ansur dalam kesebukan kerja mencari rezeki halal. Cerita mereka belum diteroka, InShaAllah Cik Pah akan cuba intai kisah mereka

Bukan Kerana Kebetulan
Cerita sedih dari Hani Fazuha berkenaan perkahwinan yang diatur keluarga dan kemelut rumahtangga berlaku apabila pengantin lelaki mengetahui kekurangan pengantin perempuan yang bukan lagi perawan.

Pergi Tanpa Alasan 2
Ohh Rihanna-Hakim tak pergi kemana-mana. Jangan risau, mereka bahagia bersama baby Arissa walaupun Nelly cuba mencucuk jarum ibu Hakim. Isu balik kampung siapa untuk beraya diketengahkan.

Maaf Tak Indah
2 kali baca di blog dan ini kali ke-3 tetap mengharu birukan perasaan Cik Pah. Kejam. Sedih. Insaf. Kisah yang penuh pengajaran untuk kita hargai anugerah Allah, anak, suami, isteri. 5* untuk kisah ini.

Dekat Padamu 2
Iskandar masih dengan watak sengal dan merenyam dengan isteri bongsu terchenta dia, Syafika. Mereka bahagia setelah 5 tahun melayari rumahtangga apatah lagi dikurniakan 3 cahayamata. Isu meluangkan masa suami isteri diketengahkan setelah anak-anak membesar. Ada kematian dalam cerita pendek ini. Siapa? Ada-ada saja Sarnia Yahya mematikan watak yang tak pernah wujud :)

Harga Sebuah Cinta 2
Fea-Zhafir bahagia apatah lagi Fea disahkan mengandung. Kisah mereka mengingatkan kita supaya menghargai pasangan selagi mereka masih ada. Jangan ikut sangat kata hati yang mengada merajuk kelak membawa padah.

Rahsia Kita
Shuuu, jangan bagitau. biar terus jadi rahsia kita. Siapa yang baca je tahu ;)

Dia Selamanya
Bayangkan jika anda menghadiri majlis kenduri kahwin kenalan dan didapati pengantin lelakinya adalah kekasih hati yang pernah melamar anda. Eyma, penulis novel terpaku. Saat mata memandang Ammar disebelah pasangannya yang cantik berkebaya, terimbas kembali kisah percintaan dia dengan pengantin lelaki yang segak berpakaian putih. Eyma berputih mata selepas menolak lamaran lelaki dambaan dia 3 tahun lalu disebabkan satu insiden. Disangkanya Ammar sabar menunggu dia tapiii ada kejutan untuk Eyma dan pembaca. Bijak2x

Pujuk Hati Dia 2
Sayang berlebihan ? cemburu berlebihan ? Ambil kesempatan berlebihan? Berlembut berlebihan? Nampak macam kena buli je Ain dengan suami dia Tengku Ritzlan.

Romeo vs Juliet
Tajuknya pun dah boleh diagak bagaimana ceritanya. Persahabatan Fina dan Izz Si Gemuk terhalang kerana perangai gengster abang masing-masing yang bermusuhan kerana berebut Jelita. Mereka dipisahkan apabila rahsia mereka berkawan baik dihidu. Tetapi takdir telah menemukan kembali mereka di Surrey dan ditakdirkan juga menjadi housemate. Wow Si Gemuk dah bertukar jadi si kacak sampai Fina tak dapat mengecam semasa diawal perkenalan. Satu berita buruk dikampung telah menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Sampai masa untuk pulang ke tanahair, adakah nasib baik menyebelahi mereka? . Soalan ini ditujukan kepada penulis. Ala QSS, apa pengakhiran Fina & Mr Panda ni. Aduyai. Seperti nasib Romeo & Juliet ker?

Semerah Warna Senja
Kisah nikah senyap-senyap di usia muda dan perkahwinan itu adalah untuk mencabar ibu Arif, Puan Sri yang sombong. Cabaran yang Riana terpaksa tanggung, 4 tahun Arif menyepi tanpa khabar angkara fitnah sebelum mereka menemui titik bahagia.

Tetap Sempurna
Serius sedih , cerpen dari Emy Roberto. Mak ayah meninggal, menjadi janda di usia muda ketika bayi baru 5 bulan dan paling besar dugaan pabila Akma tidak lagi sempurna menjadi wanita, endometrial cancer stage 1.

Tanpa Dirimu
Erk macam tak faham sikit jalinan ceritanya. 6 bulan yang lalu Zhariz minta Yatie lupakan dia. Ada fitnah yang menular dikampung tentang diri Yatie sehingga membuat ayah murung dan meninggal dunia. Pastu Zhariz pujuk nak kembali juga dengan cerita yang bukan-bukan tentang dia. Tak faham. Sapa yang buat fitnah 6 bulan yang lepas? Senangnya hidup orang yang buat fitnah dilepaskan begitu saja. Ada sesiapa yang boleh buat pencerahan tentang cerita ini?

Isteri Soleh Suami Solehah
Dua tiga kali juga belek tajuk. Ooo bila dah sampai part kena mengena tajuk, gelak tergolek rasanya ngeh3x. Kelakar pada 1/3 cerita dan dah sampai pertengahan sehingga akhir macam hilang konsentrasi disebabkan beberapa kali disuakan dengan adegan fitrah suami isteri.

View all my reviews

Thursday 14 November 2013

Novel : Rindunya Kian Membara

Rindunya Kian Membara Rindunya Kian Membara by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Rindunya kian membara menceritakan perjalanan hidup Doktor Farhana yang dipanggil Anah. Anah merupakan anak tok imam yang dididik dengan segala ilmu agama dan kesantunan melayu timur. Tetapi kerana cintanya yang agung kepada jejaka seuniversiti yang bernama Masri, menyebabkan dia telah membelakangkan keluarga demi cintanya. Kahwin di Yala tanpa melalui adat peminangan dan kenduri kendara yang selayaknya telah memalukan ibunya dan abang-abangnya di kampung.

Perkahwinan yang bahagia selama 3 tahun diuji apabila ibu Masri yang masih tidak menerima Anah memaksa Masri kahwin dengan gadis pilihannya. Talak taklik jatuh selepas Masri kahwin dengan Suhaila kerana itulah janji Masri kepada Anah semasa ijab kabul. Dugaannya tidak berakhir disitu apabila Anah mengandung dan dalam tempoh idah Anah telah membawa diri ke Paris untuk menyambung pelajarannya.

Lahirnya si kembar Zetti dan Zyann menyerikan hidup Anah diperantauan. Wasiat ibunya memohon dia pulang ke tanah air menjadi penentu kepada kehidupan mereka 3 beranak. Masri menuntut hak penjagaan anak dengan cara untuk mendapatkan semula cinta Farhana walaupun masih mendapat tentangan daripada ibu dan saudara maranya. Walaupun telah ada 5 orang anak dengan Suhaila, Masri masih mengejar cinta Farhana dan ingin menjaga si kembar walaupun pendapatannya hanya cukup-cukup sahaja sebagai guru.

Ya Allah! masa ni Kak Su pandai sungguh usik pembaca.“Nanti bila Yi besar Yi akan kahwin dua. Tengok ada 2 pusar kat kepala”. Lepas ni masing-masing check ye kepala suami masing-masing :)

Cinta Anah menjadi rebutan Masri, Imran yang pernah melamar zaman gadisnya dan setia menunggu dan Ilham duda beranak 3 suami kepada sahabatnya Dalilah yang meninggal akibat tumpah darah melahirkan anak ke 3. Masih cintakah mereka setelah Anah tidak sesempurna wanita lain?


---Spoiler---
(view spoiler)

View all my reviews

Monday 11 November 2013

Novel : KuSeru Rindu Itu

KuSeru Rindu ItuKuSeru Rindu Itu by Hanni Ramsul
My rating: 5 of 5 stars


Rasa puas baca naskah ini sebabnya semua watak diberi ruang untuk pembaca tahu apa yang mereka rasa tentang seseorang atau situasi yang berlaku.

Pada Cik Pah ada pengajaran yang penulis cuba tunjukkan melalui watak yang diwujudkan. Buat pengajaran bidadari diluar sana yang masih single yang hatinya dicuri lelaki budiman yang telah berkahwin dan dah jadi bapa. Andai kata anda dihimpit situasi seperti Maisara, jangan cepat terbuai janji manis lelaki, mungkin waktu itu mereka juga keliru dengan diri mereka. Alam rumahtangga ni bukan sahaja melibatkan dua perasaan tetapi ramai akan turut merasa tempiasnya sakit dan kecewa. Apabila isu pasal kahwin ditimbulkan dan si lelaki berdolak-dalih bertangguh-tangguh mengkhabarkan kepada isteri pertama, bersedialah anda menghadapi fasa hubungan selanjutnya sama ada si lelaki mengotakan janji mengahwini anda atau memutuskan hubungan.

Bagi isteri yang suaminya ada skandal diluar, layani keperluan suami tanpa cacat sedikitpun moga suami dapat mempertimbangkan semula anda daripada diceraikan atau dimadukan. Mungkin payah tapi siapa tahu hati suami kembali menggebu untuk anda. Ya! Ini kata2 dari orang yang tak merasakan sakit dikecewakan. Ada kot kata Cik Pah poyo ahaks. Apa2 pun Cik Pah tabik penulis bertabah menulis cerita yang buat orang rasa nak demam.

-----@@@@@@@-----#######------

7 tahun melayari rumahtangga Hisyam masih gagal menemui rasa cinta buat isteri yang telah melahirkan seorang putera comel Syafiq , buah hati mereka yang keletah dan memeriahkan rumahtangga mereka. Mereka berkahwin atas desakan orang tua. Jadinya diawal perkahwinan, mereka hanya berlakon bahagia depan ibu bapa masing-masing. Hisyam telah memberi peringatan buat Idayu yang dia mungkin akan mencintai wanita lain suatu hari nanti. Sehinggalah suatu hari yang dikatakan itu betul-betul berlaku, Idayu kecewa kerana hatinya telah diam untuk Hisyam, bukan Borhan kekasih hati yang curang dan mengambil kesempatan mengelak dari dipersalahkan putusnya hubungan mereka suatu ketika dulu.

Walaupun Idayu tahu Hisyam menduakan dia, Idayu tetap melayan keperluan Hisyam dengan senyuman. Dia tahu, masanya telah tiba samada Hisyam melepaskan dia atau dia terpaksa rela menerima Maisara sebagai madu. Hisyam yang tidak tahu bahawa Idayu telah menghidu hubungan dia dengan Sara masih melayan Ayu seperti biasa kerana dia adalah lelaki yang penuh tanggungjawab. Sedikit perubahan Ayu yang suka termenung menghambat rasa bersalah dihati. Ditakuti muramnya Ayu adalah disebabkan Ayu tahu skandal dia. Pada Shahrul, sahabat baik merangkap adik ipar diceritakan rasa istimewa dia buat Sara dan persediaan mengahwini Sara. Walaupun Shahrul memujuk untuk Hisyam pertimbangkan, Hisyam tetap degil memperisterikan Sara kerana dia telah temui rasa cinta yang bertandang yang tidak ada untuk Ayu. Dalam dia berkeras untuk menyunting Sara, sebenarnya Hisyam masih bertangguh untuk memberitahu Ayu kerana takut Ayu bersedih. Berbulan2 bertangguh, Sara akhirnya nekad menonjol diri di pejabat dan mengaku sebagai kekasih Hisyam depan Ayu. (Lagi berkali-kali watak perempuan kedua dijahatkan sedangkan yang jahatnya adalah suami yang telah temui cinta baru).

Dalam bersedih Ayu mulakan langkah dengan mengusul untuk mereka berbulan madu untuk kali kedua dengan syarat dalam tempoh 2 minggu mereka bercuti Hisyam dilarang sama sekali menghubungi Sara. Berbahagialah Hisyam dan Idayu di Cameron Highland tanpa gangguan sampai dalam tak sedar layanan istimewa Ayu telah mencetus rasa cinta dalam hati Hisyam. Namun satu panggilan dari Sara telah disambut menyebabkan Ayu berkeras menamatkan tempoh bulan madu mereka. Sekembali di rumah agam, Ayu mengambil keputusan merelakan Hisyam mengahwini Sara kerana bagi Ayu dia telah gagal menawan hati Hisyam. Hisyam juga kecewa kerana baginya Ayu tidak sungguh-sungguh mempertahankan cinta buat dia sedangkan hati dia mula mencintai Ayu dalam diam.

Satu insiden telah menyebabkan Ayu bukan lagi halal untuk Hisyam apabila Hisyam terburu-buru menjatuhkan talak. Apa yang berlaku buat Hisyam nanar. Berjayakah Hisyam memujuk Ayu kembali ke pangkuan apatah lagi Ayu sangat2 kecewa diceraikan dalam keadaan mengandung anak kembar.

Ok pi beli sendiri kalau nak tau ending sbb Cik Pah pun bersusah payah nak dapatkan versi cetak ni. Dari kedai ke kedai mencari di 'P' akhirnya terjumpa di 'M' dalam keadaan cover yang agak komot. Ok la juga dapat diskaun walaupun ciput daripada disuruhnya Cik Pah pi ke cawangan 'M' yang lain.

View all my reviews

Novel : Kopi Susu Sepatu Biru

Kopi Susu Sepatu BiruKopi Susu Sepatu Biru by Ruby Hazri
My rating: 3 of 5 stars

Cerita yang sweet tentang Emilia (Emy) dan Nik Muhammad Firdaus (Mat) yang tinggal berjiran. Mereka bergaduh bagai nak rak sebab isu parking dan kucing Mat yang suka bertandang dan melepaskan hajat dirumah sewa Emy. Akhirnya dari isu pasal kereta dan kucing ini jugalah merapatkan hubungan mereka. Tapi ada krisis lain yang timbul kerana identiti rakan di alam maya mereka bakal meretakkan hubungan sebelum bertaut kembali. Sudah pasti ada orang ketiga bagi kedua-dua pasangan ini yang turut mewarnai kehidupan mereka.

View all my reviews

Sunday 3 November 2013

Novel : Serasi Di Hati

Serasi Di HatiSerasi Di Hati by Nora Ismail
My rating: 4 of 5 stars

Serasi di hati

Dia bertubuh tinggi lampai, berkulit cerah sedikit kemerah-merahan, dihiasi sepasang mata jernih berwarna hazel dilatari kening yang tidak terlalu tebal, hidung mancung terletak, bertahi lalat kecil menghiasi bibir yang kemerahan. Amat kacak lelaki bernama Zarul. Namun hidupnya tidak seindah lelaki berusia 25 tahun yang lain kerana wajahnya kacak lah menyebabkan dia terjerumus kelembah hina menjadi anak ikan kepada Zalina Asha , wanita yang 10 tahun lebih tua darinya, isteri kedua kepada seorang bergelar Datuk. Mulanya dia diumpan sebagai bodyguard dan personal manager kepada Zalina tetapi lama kelamaan tugasnya bertambah melayan 'datin celup' diranjang ketika Datuk ada urusan di luar negara. 2 tahun Zarul bergelumang dengan dosa sehingga satu tahap, dia sudah bosan dan jijik dengan aktiviti yang tidak bermoral itu.

Tiada kawan untuk mendengar keluh kesah, Zarul cuba mencari kawan di alam maya. Di situlah dia mula mengenali Intan Edrinaz yang menggunakan nickname Cik_Kesom. Mereka telus dalam ber chatting. Zarul tanpa segan silu mendedahkan pekerjaan dia. Namun Inn tetap melayan dia tanpa memandang rendah, malah menasihati Zarul tanpa jemu.

Dari berchatting di alam maya, Zarul dapat memujuk Inn memberikan nombor telefon. Tak cukup dengan bercakap di telefon, dijejaknya Inn di tempat kerja. Hubungan adik kakak yang terjalin akhirnya timbul rasa sayang dihati Zarul kerana Inn sentiasa membimbing dan menasihati dia. Tapi apakan daya Inn adalah isteri orang. Bagi Inn pula, dia hanya menganggap Zarul seperti kenalan yang lain. Dia lebih mencintai suami, Shamsul Azman sepenuh hati, lelaki yang dinikahi 2 tahun setelah 5 tahun bercinta. Semua aktiviti dia laporkan kepada suami termasuk cerita tentang Zarul. Ingatkan suami jealous, sebaliknya lagi menggalakkan isteri berdating dengan lelaki lain. Gila! Sewel! Dayus! Rupa2nya tiket sporting untuk Inn keluar dengan sesiapa sahaja adalah juga tiket kebebasan untuk Azman dating dengan Junaidah, perempuan yang pernah menyimpan perasaan pada dia. Bukan setakat keluar makan saja malah Azman pernah terlanjur dengan Ju yang dah berkahwin.

Zarul akhirnya dapat melepaskan diri dari Zalina setelah Zalina memburukkan Zarul depan Datuk kononnya dia dirogol Zarul. Perangkap untuk dapatkan Zarul tidak mengena. Difitnahnya pula Inn mengandung anak Zarul. Azman yang dah termakan kata2 Zalina terus menjatuhkan talak. Kesian Inn, dah ler baru keguguran , dihambatnya Inn keluar dari rumah. Nasib baik Zarul ada untuk menumpang Inn di kondominium mewah dia sementara Ainon sahabat baik Inn ke luar negara. (Masa ni terfikir, apsal tak telefon family jek, bukannya dia anak yatim). Bila dah duduk menumpang rumah lelaki, mudah sahaja Azman memburukkan Inn depan mak bapa dan mertua. Mmg bagus pun kesudahan rumahtangga diaorg ni sbbnya Azman ni bukannya ketua keluarga yang baik. Hujung bulan je minta duit kat Inn. Semua bil rumah pun Inn yang langsaikan. Itu belum cerita bab adik beradik Azman yang pinjam duit kononnya duit Azman pada hal itulah duit simpanan Inn yang ada kalau sesak-sesak nak guna.

Inn yang dah bergelar janda adalah satu peluang untuk Zarul memikat. Tetapi berjayakah Zarul mengikat hati Inn kerana Inn masih teringat akan suami dia. Cerita yang cukup segala rencah diadun oleh penulis. Kalau inilah cerita benar yang penulis pernah dengar dari mulut watak ini, mmg Cik Pah simpati sungguh. Tentang dunia anak ikan, apalah nak jadi dengan mereka anak-anak muda yang mudah hanyut dengan dosa yang pelakunya layak dihukum dengan 100 sebatan. Moga mereka mendapat hidayah dan ada tangan2 yang sudi membantu dan membimbing.

View all my reviews