Showing posts with label Karya Seni. Show all posts
Showing posts with label Karya Seni. Show all posts

Sunday, 25 October 2015

Novel : The One Yang Terunggul (The Unsung Hero, #2)

The One (The Unsung Hero, #2)The One by Melur Jelita
My rating: 4 of 5 stars

Kalau sebelum ni buku Melur Jelita(MJ) tidak teragak2 dibeli, untuk The One Cik Pah macam teragak2 nak beli awal. Boleh agak cerita ini akan melukakan hati dan menggangu emosi seperti sequal My Precious Iris. Akhirnya, pengumuman terakhir kak MJ di muka buku buat CP terus order. Buku gemuk ke5 kak MJ mula dibaca pada awal Muharam. Agak terlewat baca bagi seorang peminat kak MJ :)

Kali ni, CP baca secara berjemaah dengan Geng Bonet. Hadoi, riuh bebenar whatsapp  group bila 4 orang dari 11 orang baca serentak. Mesej penuh dengan rasa tak puas hati dengan Maryam. Rasa nak bagi tapak kaki je... bagi CP sendiri, Maryam adalah mangsa yang cuba menjadikan orang yang sayangkan dia juga sebagai mangsa dan dia berjaya melakonkan watak seorang anak yang derhaka kepada bak dan bonda, adik susuan yang bermulut puaka, ibu yang monster kepada Chahaya si busuk auw auw dan isteri bermulut asid mendoakan kematian suami demi bersama Riyaz yang mati hidup semula.

Hairan, seperti tiada apa tindakan mereka. Hanya tunggu dan lihat. Irvan seperti Hero yang menang mengugut Riyaz tapi kalah menepis tindakan Riyaz mendahului meracuni hati dan emosi Maryam. Tuduhan sebagai pembunuh dan penipu terlalu berat dipikul Irvan. Sehingga anak yang tak berdosa diheret menanggung dosa babah. Apa punya ibu, anak dalam kandungan di doakan mati. Bila dah lahir, sanggup pula biarkan anak yang baru lahir melalak kehijauan daripada diberi susu. Sadis. Ikhlaskah Maryam menyusu kalau tak disebabkan bengkak susu?

Hubungan anak perempuan dan babah dirakamkan dengan baik. Ahhh indah sungguh hubungan mereka. Sayang dia sayang dia ... Babak Irvan menyusu si busuk auw auw, aksi dol 2 beranak, percutian mereka berdua dan babak yang meruntun jiwa apabila Irvan berjauhan berbulan lamanya demi tugas. Jiwa anak kecil yang rindukan babahnya dicantas Maryam. Menitik air mata jantan Irvan. Kekejaman hati monster Maryam bakal membuat pembaca tak belas apa yang menyusul kepada Maryam... ya Cik Pah mendoakan sahaja Irvan lupa ingatan siapa Maryam dihatinya sewaktu Irvan luka parah terkena bom semasa operasi di Sabah. Nak sangat kan kematian suami?

Hati tisu Cik Pah tak sanggup tengok Hero patah hati. "Adik menjual cinta... tapi adik tak memilikinya..."

Oh ini yang dikunyah Haziq gojes , mieang kam. Part kelakar banyak pasal Haziq dikala kesuraman. Hiks hiks tersedu kawan minum air jampi Maryam... tak rela jatuh cinta dengan Abang One auwwww... ada kesudahan yang baik untuk Haziq Gojes yang bersalin rupa menjadi Tampan Haziq...

Cik Pah telah ulang kali ke-2 untuk faham watak Maryam.. cuba untuk masuk kasut Maryam.. malangnya kaki tak muat miahahaha... memang tak boleh nak faham Maryam walaupun Irvan cuba nafikan Maryam 'sakit'. Untuk The One terjawab sudah persoalan tentang Riyaz dan Sakinah ibu Maryam... Terima kasih Kak MJ untuk sebuah cerita kekeluargaan, hero heroin yang tak sempurna disempurnakan dengan jalan cerita yang menarik apatah lagi diselang-selikan dengan hero-hero Malaysia VAT69 yang telah berjuang untuk negara dengan pelbagai operasi dan kisah benar tragedi yang berlaku di tanah air.

View all my reviews

Monday, 25 May 2015

Novel : Terlerai Kasih

Terlerai KasihTerlerai Kasih by Rehan Makhtar
My rating: 3 of 5 stars

Buat kali pertamanya, baca novel cinta Cik Pah doakan pasangan ni betul-betul terlerai kasih dan kasih tak bersambung walau menangis air mata darah sekali pun. Tak suka dengan watak heronya walaupun hensem , anak orang kaya dan cintanya konon menggunung tinggi.

View all my reviews

Wednesday, 6 May 2015

Novel : Seseorang Untuk Aku

Seseorang Untuk AkuSeseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar
My rating: 5 of 5 stars

Ini kot novel terbaik dari RM yang penuh dengan pengisian. Perjalanan hidup Lailatul yang yatim piatu, mangsa keadaan, menantu yang tak dialu-alukan, kakak yang banyak berkorban, isteri yang setia digarap dengan baik.
Lai menjadi ayah, ibu dan kakak kepada seorang adik yang tahunya hanya meminta tanpa mengerti penat lelah seorang kakak yang baru berusia 14 tahun menggalas beban. Bila dah dewasa hanya kerana seorang lelaki, cinta membutakan mata si adik sehingga Lai terperangkap dengan lelaki dari bandar yang menjadi majikan dia.

Sungguh Qadr hadir membawa hikmah kepada Lailatul seperti gabungan nama mereka Lailatulqadr. Walaupun pertemuan mereka dlm keadaan kurang baik, hubungan yang telah dihalalkan itu membawa bahagia dalam hidup Lai. Mama Najihah ni garang laaa dengan Lai, buat Cik Pah tak segan silu mengalir air mata dah macam air terjun Lata Iskandar.

Suka watak Nek Leha. Penyeri hidup Lai dan penghibur jalan cerita yang asyik mendung selepas satu persatu rahsia terbongkar, rahsia siapa penyebab mereka ditangkap basah, rahsia peminangan Qadr, janji antara Mama dan Lai untuk syarat Lai menumpang kasih seorang ibu. Ohhh sungguh sesak nafas Cik Pah yang tgh tersumbat hidung ni.

Jin miang (pinjam ayat KZ) Qadr pun boleh tahan ye, tersenyum teresin orang dibuatnya. Emmm RM ni mmg peminat Arjun Rampal ye. Si Arjun Rampal juga yang RM pilih untuk pembaca bayangkan rupa paras Qadr ni kalau dah tak boleh nak bayangkan sesiapa dah huhu

View all my reviews

Thursday, 18 September 2014

Novel : Dia... Cinta Yang Kucari


Dia... Cinta Yang Kucari
by Rehan Makhtar
My rating: 5 of 5 stars

Banjir. Bengkak mata. Rasa macam kena smash. Lihat pada kebaikan, jangan pandang keburukan seseorang. Insaf. Bersyukur.

Sorang lagi spesis pawas. Kali ni 'p' juga. Payed untuk panggilan buat kasanova bernama Fareed Al Fattah. Diceritakan dia seperti jerung. Rasa nak bagi tapak kaki kilauan emas jek seperti adiknya Palee (Fadlee Al Fallah) mengherotkan wajah cari makan Payed. Sesuka hati je nak tanda kawasan jajahan kat anak kawan mak ayah mereka. Payed seperti tidak dapat mengawal nafsu buas dia tiap kali terpandang Luthfiya. Luthfiya gadis bertudung litup adalah staff Padlee yang dahulunya pernah seketika menjadi PA Payed kerana kesilapan teknikal, tertukar calon interview disebabkan rupa dan nama yang hampir sama dengan seorang lagi calon iaitu Luthfina, kakak Luthfiya yang sentiasa cari pasal, cemburu dengan Luthfiya.

Disebabkan sifat liar itu lah buat mummy makan hati sehingga ugut tak halalkan susu sekiranya Payed mengusung anak dara orang ke hotel. Yang mummy tak tahu memang Payed pernah mengusung Luth ke hotel semasa Luth demam tak sedar diri akibat berhujan. Doa gadis yang menjaga kehormatannya termakbul. nafsu jerung bertukar jadi dolphine comel la pula bila melihat wajah Luth.

Mummy yang ingin mengubah kelakuan anak nya, cuba menjodohkan Payed dengan Luth. Disini agak keliru kerana perancangan asal bertukar. Si ayah pula cuba menjodohkan Palee dengan Luth. Tak sanggup dia mengahwinkan anak kawan baik dengan anaknya Payed yang tak sempurna kelakuan. Dosa yang pernah dia lakukan di zaman muda seperti ditayang kembali melalui Payed. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, Luthfiya mendedahkan ketidaksempurnaan wajahnya membuatkan Palee terkelu dan menolak jodoh yang diatur. Maka Payeed la menjadi galang gantinya kononnya memang dia lah sebenarnya tunang Luth.
Agak keliru sedikit tentang perkahwinan mereka
1. Mungkinkah Luth hanya menjaga hati Payed pabila Payed minta penjelasan kenapa Luth tidak menolak dia semasa Mummy meminang dahulu?
2. Palee ingat Luth yang menjadi tunangnya selama ini?
3. Mungkinkah Palee geli selepas melihat rupa Luth lalu melepas tangan kepada Payed kerana kebetulan Payed dah terang-terang mencintai Luth?

Kisah sedih berendam air mata bermula selepas majlis akad nikah, Show

Pengajaran untuk kisah ini:
1. Jangan prejudis terhadap seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang akan menerima hidayah
2. Jodoh itu rahsia Allah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu sebaliknya
3. Manusia boleh berubah jika berkehendak dan berusaha mengubahnya
4. Jaga kelakuan, perbuatan kita akan dibayar kifarah pada diri atau anak cucu
5. Jangan pandang pada cantik luaran sahaja, pandang pada hati
6. Air dicincang tak akan putus
7. Islam itu mudah, solat boleh dilakukan dimana-mana dan dalam keadaan apa sahaja

View all my reviews

Sunday, 7 September 2014

Review Novel : The Unsung Hero



Buku yang tak teragak2 dibeli walaupun tanpa membaca sinopsis. Berjaya di khatam dalam tempoh 48 jam dengan ketebalan 1156. Mengangkat wira yang tak didendang, VAT69 jasa, penat lelah mereka yang tidak dibukukan menjadi tatapan jelitawan dihati Melur Jelita. Tahniah kak MJ, kelahiran novel gemuk ke-4.

Review? Tak terkata dah. Best! Penuh pengisian. Mengharapkan adanya sambungan untuk menjawab beberapa persoalan, mata yang memerhati masih kabur , agaknya itu Riyaz dan rahsia kematian bonda Maryam belum terungkai kerana kuburnya tidak bernisan konon dihempas badai.
-----------@@@@@@@@@@@--------

Deraman, watak awal yang diperkenalkan Kak MJ kepada pembaca membuat semua terkelu. Kenapa nama klasik sangat. Sampai ada yang pasrah, terpaksa rela menerima nama watak hero sebegitu. Memang nakal sungguh kak MJ, nakal seperti watak-watak hero beliau. Rupanya itu hanya gelaran si sunti buat Abang Wan, the chosen One kepada Nur Muhammad Irvan yang suka mendera. Dera-man.

Si sunti yang gagap, menjadi bahan usikan Irvan, pusat menari, blackswan jolokan kepada Tun Maryam Keumalahayani . Dididik bonda menjadi gadis yang santun, lembut dan penuh adab gadis Melayu. Menjadi anak yang menurut kata orang tua walaupun dalam diam dia memberontak untuk bebas bersuara, berkawan dan meneroka kehidupan jauh dari perhatian orang tua. Kasihan dengan Maryam, kesihatannya dijadikan alasan kukuh untuk bak mengongkong sampai tahap tak diberi peluang menyambung pelajaran ke universiti walaupun cemerlang dalam SPM. Apa yang diceritakan tentang asma yang Maryam alami, pastinya adalah kisah benar penulis sendiri. Peritnya. Moga kak MJ sembuh dan dipelihara kesihatan.

Sentuhan kasih, nasihat dan kata-kata hikmah, belaian dan renungan, air tangan dan resepi chik (gelaran untuk ibu Irvan) dan babah Irvan diawal bab ingatkan akan menjadi tatapan pembaca sehingga keakhir mukasurat. Mati itu pasti. Pemergian mereka bersama 4 bersaudara secara mengejut membuat Irvan sebatang kara. Yang tinggal hanya bak (bapa saudara) , bonda (adik bak) dan Maryam sepupu yang dikasihi.  Dari abang sepupu yang suka mengusik dan menyakat blackswan , Irvan berubah menjadi pendiam. Dahulunya Maryam yang dendam dengan kenakalan Irvan sehingga tahap malas melayan cakap akan menonggek pergi meninggalkan Irvan, tapi situasi yang sepi membuat Maryam cuba beramah mesra melayan Irvan yang kehilangan keluarga. Tapi apa kan daya, kehilangan keluarga tersayang turut membawa pergi hati Irvan. (Sedih! Sila sediakan sekotak tisu) Irvan menyepi, ke Glasgow menyambung pelajaran, hilang jejak selama 5 tahun. Pulang kembali dengan harapan dapat menuntut semula janji dengan Maryam. 

Maryam, dalam tempoh menanti Abang One telah dihinggap penyakit, berbulan terlantar sakit misteri, angin ain? terlalu rindu? Penangan berubat cara kampung yang dilarang bak, bonda langgar, janji Maryam sembuh seperti sedia kala tanpa menyedari Maryam hilang rasa dan kenangan bersama The Chosen One. Kesilapan bonda yang tidak disengajakan. Tak terkata. Moralnya jangan berubat dengan bomoh, apa sekalipun berubat cara Islam dengan ayat Alquran. Allah yang mengizinkan sakit itu, maka Allah juga yang akan menyembuhkan.

Kehidupan Maryam hanyalah sekitar rumah , bangsal bedak sejuk dan ladang lebahnya. Kagum dengan semangat Maryam untuk belajar sendiri, walaupun bahan rujukan hanyalah buku dan youtube bersama abang susuan Haziq yang digelar Kakak Haziq. Memang kepoh watak Haziq gojes, penyeri kisah The Unsung Hero sampai ke akhir. Tak boleh menahan gelak golek dengan aksi patah tangan tahan teksi dengan suara kepit itik serati. ekekeke

Terlalu menunggu masa yang sesuai, Irvan terlepas peluang menyunting si dara. Hati Maryam telah tercuit dengan kehadiran Riyaz yang menjanjikan kebebasan dan peluang untuk menyambung pelajaran. Rasanya ramai yang tak berkenan cara Riyaz mengorat Maryam. Rasa tak kena dengan pangkat Inspektor yang disandang, tiada adab santun Melayu. Terlalu mendesak dan dalam diam cuba bolot Maryam untuk diri sendiri sedangkan Maryam masih ada orang tua dan abang susuan Haziq gojes kepoh.com. 

Irvan terpaksa rela mengangkat diri menjadi abang One kepada adik yang halal dinikahi. Perit hati menerima hakikat Maryam bakal menjadi isteri teman pasukan VAT 69. Akhirnya akur, Riyaz adalah pakej suami yang sesuai untuk Maryam. Mempunyai nenek, ibu bapa yang penyayang, adik beradik dan anak buah yang menggamatkan isi rumah seperti memenuhi impian Maryam yang sunyi, lahirnya tunggal dan tidak sempat mendapat kasih sayang dari ibu kandung. Riyaz juga lengkap ilmu agama yang boleh membimbing keluarga. Memang layak dibuat menantu walaupun hakikatnya bak mengharapkan Irvan sendiri menjadi menantu. Melepassss.

Kisah rumahtangga, tips untuk menjadi tip top isteri , suami mithali memang kedapatan dalam helaian gemuks ini. Baca untuk panduan diri sendirik. Tweet! Resepi rumahtangga, 5 perkataan mudah. Maaf. Awak betul. Saya salah.

Perbualan dalam bahasa Kedah dan Kelantan pastinya menarik perhatian pembaca. Detail tentang makanan yang dimasak/dimakan buat perut keriuk keriuk, berdecip, kecur liur. Ada yang boleh bayang ada yang tak terbayang. Yang pasti maggie ketam memang sedap. Slurrp!

Kak MJ pasti tidak mengabaikan keindahan alam semulajadi, binatang comel dan unik untuk dikongsi. Semua watak ada karektor masing-masing. Tidak terlalu sempurna. Dalam garangnya bak ada sifat kasih seorang bapa, dalam tegasnya bonda mendidik ada pengertian seorang ibu saudara terhadap anak buah yang disayangi, dalam lembut Haziqgojes, ada kerasnya dia mempertahankan bak dan Maryam, dalam bijaknya Maryam ada lurus bendul, telur separuh masak, mulut berasid. Dalam heronya Irvan, ada  nakal, gelenya, rajuk dan egonya dia. 

Sarat dengan kisah VAT 69. Pembaca terpaku dengan huraian penuh aksi seperti sedang menonton filem rambo dan sewaktu dengannya. Buku ini buat pembaca bangga dengan HERO Malaysia dan keluarga mereka. Haeyyy!

Masih ku terasa kesedapannya
Midin buat si isteri muda yang membawa Muhammad



Thursday, 3 October 2013

Novel : Perempuan Lindungan Kaabah

Perempuan Lindungan KaabahPerempuan Lindungan Kaabah by Hana Ilhami
My rating: 4 of 5 stars

Ceritanya biasa2 sahaja. Kahwin paksa rela antara Ustazah Hannan dan Fareez yang playboy lagi fasik. Walau bagaimanapun, pendekatan penulis untuk berdakwah melalui novel patut dipuji. Terasa mudah saja untuk mendekatkan diri dengan Allah. Semoga Cik Pah juga mula mempraktiknya dan istiqamah mengamalkannya. InsyaAllah

View all my reviews

Tuesday, 17 September 2013

Novel : Seindah Hujan Cinta

Seindah Hujan CintaSeindah Hujan Cinta by Qash Shazwani
My rating: 2 of 5 stars

Kisah payung emas. Aneesa terpaksa rela mengahwini Wasim suami kepada kakak angkatnya. Mereka terpaksa berkahwin atas rancangan Zarita kerana Zarita tidak mahu zuriat dgn Wasim demi mengejar cita2 menjadi model terkenal.

Nisa dibawa tinggal serumah. Wasim yang tiada perasaan terhadap Nisa akhirnya kalah dengan perasaan sendiri menyayangi Nisa. Tetapi apabila Zarita tidak bertugas kemana2, Wasim tidak berlaku adil dgn memberi tumpuan lebih kepada Zarita. Janji tinggal janji. Zarita dilebihkan dalam semua perkara dan Nisa dengan rela terpaksa berkorban perasaannya.

Dalam cerita ni, ketiga2 watak ni Cik Pah terus terang tak berkenan.

Zarita - konon rela mengizinkan suami berkahwin lain. Siap carikan jodoh untuk suami. Cemburu tgk kemesraan Wasim Nisa lalu dia nekad mengandungkan zuriat Wasim. Dah beranak tapi anak diberikan kepada Nisa yang baru kematian anak. Bila anak mesra dgn Nisa, dia pula cuba pisahkan. Tsk!

Wasim - lelaki yang tak layak berpoligami. Janji manis ditabur pada Nisa lenyap bila dia bersama Zarita. Tak pernah berlaku adil dan sentiasa buruk sangka pada Nisa. Tak alert Nisa mengandung dan menuduh anak yg dikandung bukan anaknya. Tsk!

Nisa - pengorbanan yang sia sia. Walaupun akhirnya happy ending. Ala itupun sebab Zarita meninggal dunia akibat pil kurus. Tsk!

View all my reviews

Novel : One Day You'll Be Mine

One Day You'll Be MineOne Day You'll Be Mine by Inawza Yusof
My rating: 4 of 5 stars

3.5*
Akhirnya berjaya juga menghabiskan bacaan tanpa skip dan dalam keadaan demam.

Penat juga nak habiskan sbb bahasa yang digunakan agak .... Bagaimana untuk diungkapkan ye.

Tahniah utk Inawza ( Cik Pah agak nama sebenarnya Azwani ) berjaya menarik minat Cik Pah meneroka fikiran, perasaan dan tindakan Nur Anith Fitriah (Fitri) terhadap orang sekelilingnya terutama terhadap makhluk aneh bernama Dzul Ehsan. Memang agak lelah nak habiskan buku setebal 963 yg 80% isinya mengenai fikiran dan perasaan Fitri, tapi Cik Pah tak mengalah kerana rasa ingin tahu kisah silam mereka dan rahsia disebaliknya mengatasi segalanya. Dialog juga menarik dan Cik Pah tertunggu2 apa yang Ehsan akan balas setiap kali mereka bertingkah. Abang pedas versi Inawza.

Psst! Sedap nama2 watak dalam cerita ni.
Qistina Radhya
Mega Ariyana
Sophea Marissa Alfiera
Zuhul Danisa Alya
Zarith
Nahda
Firasha
Hezry
Anith Asyraf
Nik Afezal
Arieyal Firdaus

View all my reviews

Wednesday, 11 September 2013

Novel : My Precious Iris

My Precious Iris (Mypi)My Precious Iris by Melur Jelita
My rating: 5 of 5 stars

Novel ini adalah sambungan cerita I Love You Stupid! (ILUS). Jadi, perlu baca ILUS terlebih dahulu sebelum nak berkepit dengan novel MyPI(sebut maipai).Bukannya apa, nanti tak faham pasal kewarganegaraan watak hero pulak. Pastu adalah yang bertanya kenapa ada panggilan Mai Tuan, 'adik', 'Ai Ngah'.

OK ni, pendek jek review dari Cik Pah sebab dah ramai yang review. ;)

Jalinan ceritanya indah. Lenggok bahasanya indah dan terbuai seperti di goda iris si rama-rama kecil. Hati terhibur, tersayat, terhiba, tergoda dengan tingkah firman yang kadang menaga , menyinga dan kdg terlebih ulat beluncasnya. Ada kisah yang memberi impak yang besar dalam hubungan Firman Iris. Masih tegarkah cinta Firman pada Iris apabila Iris berubah tingkah dan melukakan perasaannya. Masih banyak rintangan yang mereka perlu hadapi sebelum penulis menokhtahkan cerita tentang mereka. Kalau tak meleleh air mata tak sah.

Yang pastinya buku ini adalah novel ilmiah untuk saya dan penggemar novel yang lain.

View all my reviews

Novel : I Love You Stupid!

I Love You, Stupid!I Love You, Stupid! by Melur Jelita
My rating: 5 of 5 stars

Inilah novel buat pertama kalinya diulang baca dan pastinya akan diulang-ulang lagi. Memang best dan berbaloi. Apa yang bestnya? Kupasan percintaan sangat unik. Cinta antara lelaki perempuan, cinta kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara membuat kita terhibur, insaf, bersyukur dan lebih berfikir.

Semua rasa ini dapat kita rasa melalui watak Iris dan hero-hero pujaan hatinya Inspektor Ebrahim, Firman, Aidan, Matt dan tidak ketinggalan anak kecil yang bernama Ahmad serta watak-watak lain yang melengkapkan diri Iris sebagai pelajar, anak, kakak dan diva pemburu dan pembunuh lelaki. Diawal cerita mengisahkan kenakalan Iris dan sahabatnya yang menggelar diri mereka diva. Walau bagaimanapun kenakalan mereka telah membawa pertemuan dengan Inspektor Ebrahim aka abang pedas aka Eye Mo yang telah memberikan surat saman kepada gadis bawah sedar dan kurang cerdik. Dari situlah bermulanya episod cabar mencabar dan bermain mata dengan Insp. Ebrahim yang mengepakkan rama-rama diperutnya. Satu insiden yang menyebabkan Iris menyesal seumur hidupnya apabila maruah dan kredibiliti Insp Ebrahim dicalarnya dengan fitnah. Agak kecewa pada mulanya kerana watak Insp Ebrahim berakhir begitu sahaja selepas Iris dan divanya graduate dari UM.

Kisah selanjutnya adalah tentang 2 misi Iris ke Kemboja sehingga menemukan Iris dengan Mr Bodyguardnya Firman dan Matt serta mai tuan (mama Firman) dan Fatimah (adik Firman) yang menjaganya sepanjang dia di kemboja. Agak misteri misi kedua Iris kerana selain misi bantuan derma, Iris ingin mencari anaknya semula. Bila masa dia kahwin? Dengan siap? Dr Aidan main couse nyakah?

Sepanjang Iris di Kemboja, Iris terpaksa tinggal serumah dengan mai tuan dan Fatimah. Dengan segala kedaifan, Iris belajar menyesuaikan diri dengan orang disekelilingnya kecuali manusia bernama Firman yang bermulut puaka. Ada sahaja pertengkaran yang berlaku sehingga mai tuan terpaksa masuk campur. Iris sering lepas laku apabila berdepan dengan Firman manakala Firman sering mengusik Iris dan ada kalanya agak keterlaluan dan kasar. Identiti Firman terbongkar suatu hari dan bermula daripada kejadian tersebut Iris rasa tertipu kerana Firman yang sebenar adalah Insp Firman Ebrahim yang dicari-carinya. Walau bagaimanapun, merajuknya tidak lama. Kejadian buruk yang menimpa, lucu dikejar babi hutan, direjam buah cermai, dimandikan Firman dan ditelangkup langit baldi, rasa sunyi dan tidak berpunya merapatkan semula Iris kepada si lanun Firman. Bibit-bibit cinta mula berputik tetapi masing-masing cuba menyembunyikan rasa, hanya mata yang berbicara dan skala rama-rama yang mengepak diperut dan didada Iris menjadi ukuran tahap pesona Firman dimata Iris.

Ikutilah cerita selanjutnya tentang misi rahsia Iris, sejarah Kemboja dan kezaliman Pol Pot, rahsia hati Firman, Aidan dan Iris. Siapakah yang menjadi pilihan Iris? Dr Aidan main course yang handsome dan kaya atau Firman yang lanun tetapi lelaki yang boleh membimbing dia menjadi wanita solehah.

Cik Pah dah baca 5 kali okey! Hampir sebulan tak lalu nak buka novel lain. Penangan Melur Jelita memang menjadi. Sehingga novel lain Cik Pah pandang sebelah mata buat seketika. Nukilan daripada Melur Jelita menjadikan Cik Pah telah meletakkan satu standard yang perlu ada pada seseorang penulis. Peace yo!

View all my reviews

Thursday, 5 September 2013

Novel : Suami Yang Kubenci

Suami Yang KubenciSuami Yang Kubenci by E-Man Sufi
My rating: 4 of 5 stars

Kelakar cerita ni. Plotnya biasa2 sahaja kahwin paksa. Tapi Cik Pah suka dengan watak Uwais dan maknya Sarimah. Kedua2 anak beranak ni mmg kelakar dan kehadiran mereka memeriahkan suasana. Aksi dan dialog mereka boleh hilang stress pembaca. Tapi aksi romantik meluat tahap nak muntah tu yang tak tahan. Ahaks! Tu perasaan Fawaz menengok Uwais dan Hannah sepupu yang dia ada hati semenjak kecil beromantika de amor. Tak lama pula hati Fawaz beralih pula pada Cikgu Batrisya jiran sebelah rumah mak mertua Hannah. Anak tok imam tu, gelabah juga bila Uwais menyakat dia jadi imam. Ikutilah cerita romeo juliet dan uda dara yang diseri dengan telatah dan bantuan otai Sarimah.

View all my reviews

Wednesday, 14 August 2013

Novel : 13 Jam A380

13 Jam A38013 Jam A380 by Evelyn Rose
My rating: 5 of 5 stars

13 jam a380

Pengisian yang mantap bab jodoh. Sudah tentu cerita dari ER masih lagi mendedahkan kisah konglomerat yang berharta dan menggunakan kelebihan yang mereka miliki ke arah keberkatan.

Pertemuan dengan Syed Haydar didalam kapal terbang bagai satu mimpi buat Hana Sofea. Lelaki yang selama ini dia stalk melalui twitter! Jutawan muda yang menjadi igauan wanita! Termasuk Hana. Akhirnya doa Hana termakbul dapat bertentang mata malah sempat mencipta cinta kayangan yang dilakar dalam tempoh 4 jam. Cinta di awan biru sungguh indah sebelum Hana sedar semuanya adalah dosa dan aib yang akan mengikat dirinya. Pabila kaki menjejak bumi, cinta kokain bagi Haydar tidak dapat diteruskan kerana kehidupannya masih ada lagi tanggungjawab yang perlu dilunas lantaran dia adalah pewaris yang meneraju perniagaan keluarga. Hana sedar semua itu. Tapi pabila mata melihat lelaki yang dipuja ditemani kekasih model jelita, Hana panasaran.

Masih jauh lagi perjalanan hidup Hana dibumi London. Kenalan baru,Fido dan nenek yang berada bersama Hana dalam pesawat menemukan cinta baru buat Hana. Emmel kanak2 comel yang ketandusan kasih seorang ibu menagih kasih Hana. Panggilan mommy telah mengikat Hana untuk terus tinggal dengan keluarga Fido. Sekiranya dengan Haydar, Hana adalah kokain. Bersama keluarga Fido, Hana merupakan sunshine. Cik Pah sangkakan Fido yang bakal menjadi lelaki watak ke dua semasa baca di blog ER. Rupa-rupanya Fawwaz (daddy Emmel) abang Fido yang menjadi pembimbing dan impian Hana untuk mengimamkan dia sehingga ke akhir hayat. Lelaki yang digambarkan sungguh kacak, bermata amber, berharta, alim tetapi terperangkap dengan kisah sedih masa silam sehingga membentuk sikapnya yang dingin. Sungguh Hana terlupa mengukur dibadan sendiri tatkala dia terbuai dengan kehadiran Fawwaz walau Fawwaz tidak menunjukkan sikap romantik tetapi lebih kepada tanggungjawab. Waktu ini Cik Pah pun terlupa seketika watak Haydar dan Fido. Yang menguasai watak adalah Emmel dan Fawwaz. Sungguh ER berjaya membawa pembaca melupakan sesuatu dan fokus kepada apa yang terhidang.

Istikharah telah dibuat. Petunjuk Allah pun telah diperolehi. Sesungguhnya manusia kadang2 tidak sedar Allah telah menunjukkan jalan tetapi manusia masih menyangkal. 3 tahun Fawwaz menunggu jawapan daripada Hana, tetapi jawapan tetap negetif kerana belum mendapat restu daripada ayahanda di tanah air memandangkan dia masih bergelar pelajar. Suka dengan watak Hana yang digambarkan seorang anak yang mengutamakan keluarga dan bab jodoh dia masih tidak membelakangkan restu mak ayah.

Kisah Haydar tidak berakhir begitu sahaja. Sewaktu Hana pulang ke Malaysia, Haydar muncul kembali kali ketiga. Pertemuan kali kedua adalah semasa Haydar menyelamatkan Emmel. Disitu Cik Pah sudah agak, mungkin Haydar business partner Fawwaz. Tapi tidak semudah itu ER membiarkan pembaca menebak. Haydar, Hana tinggalkan dengan getaran yang masih terasa. Jauh lagi perjalanan cerita sehinggalah pertemuan ketiga Hana dengan Haydar dalam pesawat A380. Mereka mengulang kembali detik pertemuan pertama dalam versi Hana yang telah bertudung yang menjaga tatasusila sebagai muslimah.

Hana dengan misinya, pulang ke Malaysia dengan harapan mendapat restu mengahwini Fawwaz dalam tempoh 2 bulan. Itu hanya perancangan manusia, namun Allah yang menentukan kerana Hana perlu menempuh halangan dari Haydar yang turut melancarkan misinya untuk memperisterikan Hana. Bertindak seperti 'snake in the grass'. Ayah dan umi Hana dilayan seperti mertuanya. Pandai mengambil hati orang tua, cilik menguasai permainan, terkena dan mengena tetapi masih menguasai keadaan.
Berdebar-debar tau nak tahu penamatnya. Nakal Haydar menyebabkan Cik Pah hampir terlupa Fawwaz tetapi tatkala Fawwaz muncul di Malaysia, serba salah nak sokong siapa hehe.

Aha, watak dalam The Wedding Breaker turut dimuatkan dan mewarnai novel kedua ER. Terubat rindu dengan semua watak TWB ;)

View all my reviews