Showing posts with label Diya Nordin. Show all posts
Showing posts with label Diya Nordin. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Novel : ... dan Dafodil pun Berbunga Lagi

... dan Dafodil pun Berbunga Lagi... dan Dafodil pun Berbunga Lagi by Diya Nordin
My rating: 5 of 5 stars


Tamat pada jam 4.20 am
Basah bantal dengan linangan air mata membaca kisah hidup Alia, pelamin angan musnah sebelum beberapa minggu bakal diijab kabul, membawa diri ke Tanah Ratu menyambung pelajaran dan diintai untuk menjadi isteri kepada teman yang dikenali secara alam maya, melalui istikarah dia bersetuju menerima lamaran. Rumah tangga bahagia diuji dengan hubungan jarak jauh atas satu tanggungjawab dan isu anak tak sudah-sudah dipersoalkan buat hati nanar. Panasss bila suami bertemu bekas kekasih, boleh agak kan apa yang berlaku? Alia merasa pahit hidup bermadu, suami yang tidak rasional menyebabkan dia menjanda pada usia muda bersama tittle ibu tunggal, tetapi nantikan ya ada seseorang yang masih setia menanti Alia, sudikah Alia menerima lelaki lain dalam hidup dia selepas 2 kali dikecewakan , paling membuat hati turut bersedih apabila diuji dengan kehilangan permata hati. Semuanya buat kita belajar sesuatu. Bersyukur dan menghargai pasangan selagi mereka ada dengan kita serta bersangka baik dengan perancangan Allah. Terima kasih kepada penulis untuk kisah ini, jangan pernah terlintas untuk berhenti menulis. Cik Pah tunggu kelahiran novel DN yang seterusnya.

View all my reviews

Thursday, 5 September 2013

Novel : Kaca Jendela Ainnur

Kaca Jendela AinnurKaca Jendela Ainnur by Diya Nordin
My rating: 5 of 5 stars

Kisah kekeluargaan yang meruntun jiwa. Siapa yang tak kecil hati , dendam, jiwa lara, merintih sedih apabila mama dan ayah kandung tidak mahu menerima diri sebagai anak mereka. Kelahiran Ainnur Shahirah dianggap sebagai satu kesilapan masa silam bagi Syuhairah dan Amir Iskandar. Lalu anak yang cuba meraih kasih sayang dan perhatian mama belajar bersungguh2 sehingga menjadi pelajar terbaik dalam SPM dan menyambung pelajaran ke Universiti dalam bidang perundangan agar dia dapat berbicara topik yang sama dengan mama. Namun apa jua usahanya tidak dipandang walau sebelah mata.

Kisah Ainnur sebagai pelajar berlatar belakang UUM memamg dekat dihatiku. Terbayang2 suasana harmoni dan nyaman universiti dalam hutan. Cumanya zaman Cik Pah Kolej Bukit Kerachi masih belum wujud dan jurusan perundangan juga tidak ada. Ainnur yang tahu dirinya tidak diendah kehadiran oleh mama sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti kolej. Hanya bapa tirinya yang dipanggil uncle papa sahaja tempat dia menumpang kasih sentiasa menghubunginya dan bertanggungjawab bagai bapa kandung.

Plot yang semakin menarik, bersambung dan saling berkait. Melalui aktiviti Bakti Siswa dikolej, salahsilah Ainnur terbongkar. Kehadiran papa ke Langkawi bertemu Tok Mama dan Tok Baba mengejutkan keluarga angkat itu kerana mereka merupakan datuk dan nenek biologinya. Ada kisah yang selama ini mama cuba sorokkan.


Bermula dengan kehadiran seorang wanita yang bergelar umi, Ainnur menyedari dia masih mempunyai ayah kandung. Tapi penerimaan ayah sedingin mama. Lagi sekali hatinya tersayat apabila haknya sebagai anak dinafikan. Cik Pah kagum olahan peribadi watak Ainnur . Dia masih mampu mengukir senyum walau diherdik. Di sini hati Cik Pah dijentik rasa ingin tahu kisah silam mereka sehingga tiada langsung terdetik rasa kasih pada darah daging sendiri? Kering hati sungguh! Cik Pah pula beria2 meleleh air mata.

Jom ikuti kisah Ainnur yang mengajar kita untuk lebih menghargai orang disekeliling. Hargai dan sayangi mereka selagi mereka masih ada.

Cik Pah habis baca jam 2.10am. Mata sembab huhu

View all my reviews