Showing posts with label Buku Prima. Show all posts
Showing posts with label Buku Prima. Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

Novel : Tak Ku Duga

Tak KudugaTak Kuduga by Ramlah Rashid
My rating: 4 of 5 stars







Dari kulit buku


Siti Atilia tidak pernah menyangka pelariannya ke KL untuk mengelak dari penderaan ibu saudaranya telah membuka lembaran kelam dlm hidupnya. Dia terperangkam dalam sendikit pelacuran, hampir menjadi mangsa perdagangan manusia ke luar negara. Namun dia berjaya melarikan diri dengan bantuan Datuk Firzat. Dik ikhlasnya perhubungan mereka maka terbinalah ikatan tidak bernama antara ke duanya. Siti Atilia yang dahagakan kasih sayang keluarga & perlukan perlindungan orang tua dan Datuk Firzat yang dahagakan kasih sayang isteri dan anak2. Hubungan semakin akrab, hendak dianggap bapa, renungan2 Datuk Firzat berlainan benar. Hendak dianggap anak, manja & lentuk Siti Atilia menggugah iman yang cetek. Pasangan kekasih? Siti Atilia tidak tergamak mencemar rasa hormatnya pada lelaki semulia budi Datuk Firzat. Untuk dijadikan perempuan simpanan oleh Datuk, Datuk melihat Siti seperti anaknya sendiri. Seorang gadis kampung yang begitu menjaga santun & tinggi pekertinya. Keduanya bingung...


Kehadiran jejaka romantis, Farami dalam hidup Siti Atilia membuahkan cemburu di hati Datuk Firzat. Sedikit demi sedikit Datuk berusaha menyuci perasaan pada Siti. Tidak mungkin dijerat gadis sebegitu murni. Akhirnya Datuk meletak Siti sebagai pendorongnya membetulkan iman. Mahu membimbing sekali isteri yg juga hanyut sepertinya. 



Siti Atilia semakin terjerut, cinta pada Datuk Firzat dan perasaan pada Farami. Dalam hatinya kuat terpahat nama Datuk Firzat, namun terselit juga sayang pada pemuda romantis - Farami.



Kasihan Datuk, Farami juga



Dari Pandangan Mata Lebam Cik Pah:


Kisah kali ini mengupas kehidupan gadis yang melarikan diri dari kahwin paksa, hampir dilacurkan dan hidup ala-ala perempuan simpanan.

Bermula dari episod Lia mengubah pendiriannya, Cik Pah dah cuak dan cuba menafikan Lia sebagai perempuan simpanan sebagaimana Lia menafikannya. Bingung dengan hubungan Lia dan Datuk Firzat kerana masing-masing cuba meletakkan hubungan mereka hanyalah sebagai bapa angkat anak angkat, kawan, majikan dan staf. Walau bagaimanapun, lenggok manja,sentuhan, renungan dan perhatian antara mereka tidak dinafikan wujudnya perasaan halus yang tidak diungkapkan dengan kata-kata. Sehinggalah pada saat Farami melamar Lia barulah masing-masing sedar mereka saling memerlukan sebagai sepasang kekasih. Siapakah pilihan Lia? Datuk Firzat yang dulunya dihormati sebagai bapa atau Farami anak angkat Datuk Firzat yang masih muda dan sudi menyuntingnya sebagai isteri.



Novel : Biarkan Indah Berlalu

Biarkan Indah BerlaluBiarkan Indah Berlalu by Ramlah Rashid
My rating: 5 of 5 stars

Hidup remaja Indah tak seindah namanya Indah Nur Iman. Gadis ini dinodai abang sepupunya Azril yang bernafsukan syaitan selepas putus cinta dengan minah Indon. Lagi sengsara hidup Indah apabila emak saudara dan bapa saudaranya lepas tangan kerana ingin menyelamatkan anak mereka Azril daripada dipenjara dan takutkan iparnya Jeneral Mokhtar bapa Indah.

Cerita ini sentiasa menyebabkan air mata sentiasa mengalir dari bab ke bab. Bagaimana seorang ibu saudara dan bapa saudara sanggup menipu anak saudara yang naif tentang hubungan lelaki perempuan, dipujuk tinggal di asrama tetapi mengatakan Indah ingin hidup bebas. Akibat perbuatan terkutuk Azril, Indah mengandung dan digantung kolej. Indah yang telah diugut untuk tidak memberitahu ibu dan ayah tentang perbuatan Azril menyebabkan dia menjadi mangsa amarah Jeneral Mokhtar. Tubuhnya disebat 100 kali kononnya hukuman untuk penzina. Kandungan Indah masih juga bernyawa walaupun pelbagai cara yang makngah sekeluarga dan ibu ayahnya cuba lakukan untuk gugurkan kandung.

Hidup Indah berubah apabila Indah melarikan diri setelah dipaksa berkahwin dengan Leman gila. Dia ditemui sepasang warga emas selepas beberapa jam bersalin di bawah pokok pisang belakang surau. Anaknya yang tidak dikasihi telah dibela oleh tok dan tokwan angkatnya dan diberi nama Putri Imani.
Kisah selanjutnya adalah selepas anaknya berusia 2 tahun lebih dan bagaimana Indah mula menunjukkan kasih kepada Putri . Kehadiran Danial yang merupakan bos ditempat kerjanya juga menceriakan hidup Indah selepas pertemuan mereka di rumah tok dan tokwan semasa Danial menjual insuran untuk Putri. Keletah Putri mencuit hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Putri menjadi rebutan keluarga makngah, ibu ayah Indah dan Kak Biah bidan yang menjadi ibu susuan merangkap ibu angkat yang sah mengikut undang-undang selepas kematian tok dan tokwan.

Indah menjadi serba salah apabila Azril dengan tak tahu malunya ingin bertanggungjawab dan sudi mengahwininya untuk membantu Indah mendapatkan semula hak penjagaan Putri daripada Kak Biah. Rasa bengkek je hati bila mana ibu dan ayah Indah menyokong Azril berkahwin dengan Indah kerana mereka tidak mengetahui dalang sebenarnya adalah ipar dan anak buahnya sendiri. Situasi tidak menyebelahi Indah sementelah dia menganggur selepas berhenti kerja dan terputusnya pertunangannya dengan Danial selepas mendapat tentangan daripada abang dan bapa Danial. Namun si cilik ini lebih sayangkan papa Dan daripada babah Azril. Siapakah yang bakal mengahwini Indah dan menjadi papa Putri?

Mungkin semua orang hairankan kenapa makngah ,pakngah dan Azril beria-ia ingin menjaga Putri. Masa ni rasa macam nak cepuk je 3 manusia ni walaupun sebenarnya Azril dah insaf. Ikuti kisah ini yang banyak memberi pengajaran kepada kita tentang peranan kita kepada mangsa rogol, anak mangsa rogol, hubungan kekeluarga, peranan masyarakat , hukum hakam agama dan hukum karma.

Happy ending!