Showing posts with label Aidah Bakri. Show all posts
Showing posts with label Aidah Bakri. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Novel : Selamat Pagi Cinta

Selamat Pagi CintaSelamat Pagi Cinta by Aidah Bakri
My rating: 5 of 5 stars

3.30 am Selamat Pagi Cinta
Dalam tempoh 9 jam cerita ini habis di khatam.
Akhirnya boleh tidur sambil tersenyum bahagia zzzzz

-------------------------------------------------------

Sorang serangga perosak dan sorang lagi lipan tanah? Hehe kelakar apabila teacher Ulfah guru fizik kepada pelajar bermasalah Wafi Shauqi bertemu dengan penjaganya Wadi Shafy. Lelaki yang ego, sombong, sengal dan poyo di mata Ulfah. Silap la kalau Ulfah nak tunduk dengan lelaki sebegitu, memang dia kasi sengat bengkak menanah sampai Shafy tak senang duduk kalau sehari tak bertemu muka.

Kelas tuisyen untuk Wafi dan rakan sekelas yang lain dijadikan tiket untuk Shafy bertemu Ulfah tanpa sedar kehadiran Ulfah itu bagai menyiram hati dia yang mati dan sepi ditinggalkan kekasih hati lebih 2 tahun lamanya.

Hidup aman damai Ulfah tergugat bila Erin kembali semula ke sekolah tempat dia mengajar. Sahabat lama ini memang seboleh-bolehnya dia hindari kerana kisah 4 tahun lalu masih melukakan hati dan maruah keluarga Puan Ezzah dan Tuan Zakri. Tak tahu mana silap dia, Erin sanggup fitnah dia ada skandal dengan pensyarah dan hampir meruntuhkan rumahtangga pensyarah mereka dan lebih malang dia dibuang tunang sendiri yang bakal diijab kabulkan 3 bulan lagi. Alasan Erin memang tidak dapat diterima dek akal tapi siapa yang pernah kena tikam dengan kawan seperti yang berlaku pada Ulfah tak tahu bagaimana mahu ketawa atau menangis dengan orang sebegini.

Cerita makin panas, disangkakan Erin kembali untuk memusnahkan lagi hidup dia. Ada kisah yang lagi menarik kerana kali ini melibatkan kisah cinta 3 segi antara Ulfah-Shafy-Erin. Masalahnya Ulfah tu tak ada hati pun pada Shafy. Itu kata Ulfah. Kata Tuan Zakri pula lain. Peranan Tuan Zakri yang garang dengan anak daranya memang mencuit hati. Apatah lagi bila cerita tentang anaknya orang masih dok jaja, lesen besar terus diberi pada Shafy. Dengan anak sendiri macam bapak harimau tapi dengan anak yatim piatu berdua itu Wafi dan Shafy dilayannya bagai anak sendiri. Opsss sudah terlebih bercerita Cik Pah, korang dapatkan sendiri naskah ini. Pasti tak mengecewakan.

Falsafah cinta Shafy memang lain daripada lain. "Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri, tetapi tetap berjalan menuju ke satu tujuan. Tetap seiring hingga ke garisan terakhir. Jika salah satu daripada hilang, maka tak ada maknanya sebab yang sebelah lagi tak mampu berjalan sendiri."

"Sepasang kasut yang saya sayang dulu dah hilang sebelah. Lalu satu yang tinggal dah saya buang jauh-jauh. Apabila saya jumpa semula kasut yang hilang itu, saya tak rasa nak cari balik sebelah yang dah saya buang. Sebab saya dah tak perlu kasut itu lagi."

Ulfah , Shafy ni nak kasut baru. Ada faham! :)












View all my reviews

Thursday, 3 October 2013

Novel : Dandelion Ditiup Angin

Dandelion Ditiup AnginDandelion Ditiup Angin by Aidah Bakri
My rating: 4 of 5 stars

Baca cerita ni teringat pasangan Yongseo aka Sweet Potato aka Goguma dalam variety show We Got Married. Dandelion bunga yang memaknakan rasa suka dan cinta bagi makne SNSD. " Like is .. Like when a dandelion seed is on the ground and it's soft and good feeling but can come at any time while love is that same seed in the ground is growing and sprouting but for the flower to grow you need to give it water, block it from the wind and it becomes very precious and beautiful at the end".

Ekeke ni review novel ni ker? Tak aikh. Tapi mmg byk falsafah pasal dandelion dalam cerita ni sbb Nurin Ardini suka dandelion.

----------@@@@@@@@@@------------


Hidup Nurin Ardini dirundung malang. 9 bulan yang lalu, Dini kehilangan ibunya. Dalam tempoh yg sama, dia mengusung satu nyawa dari perbuatan lelaki yang membencinya tapi kini telah bergelar suami. Belum sempat membelai bayi yang tak diundang tapi mula dikasihinya , bayi yang belum sempat diberi nama turut dijemput Ilahi. Pada usia Dini baru menganjak 19 tahun, Dini perlu belajar menjadi lebih tabah dan redha. Setegar dandelion si bunga liar. Tapi apa yg tumbuh bertunas adalah dendam dan benci buat Harraz Rifqi, anak majikan ibunya yang membuli Dini semenjak kecil.

Hanya Ibu Rasyidah dan Iffa teman persekolahan tempat Dini menumpang kasih setelah dihalau keluar dari rumah. Atas bantuan Dr Irdina, Dini yang hampir mengalami posnatal depression berjaya mengharungi trauma setelah kehilangan bayi dan rasa bersalah atas pemergian ibunya.

9 tahun berlalu. Dini telah berjaya memegang gelaran sebagai seorang doktor. 4 tahun bekerja di Ireland, akhirnya dia kembali ke tanah air apabila Dr Irdina memintanya pulang untuk menggantikannya yg akan mengikut suami ke Australia. Rupa2nya klinik tempat Dini bertugas adalah klinik yang merawat keluarga Rifqi. Sebulan bekerja, akhirnya mereka bertentang mata dan bermula lah kisah Rifqi yang mula memujuk rayu dan menggunakan orang sekelilingnya untuk mendekati Dini. Apa yang dia buat dahulu kepada Dini tak terampun rasanya. Tapi jika berada ditempat Rifqi, lebih sakit kot rasanya. Rasa bersalah bersama dosa yang tak terampun ditambah rindu yang tak tertanggung. Apatah lagi Dini sentiasa mempersendakan semua usaha dan pujukannya dengan mengungkit kisah-kisah lalu. Ditelannya walaupun pahit. Kepada Dini, usaha Rifqi hanya untuk membeli jiwa sedangkan itu semua untuk makanan jiwa dan perasaan Rifqi yang telah insaf dan berubah.


Macam mana Dini boleh mengahwini Rifqi? Semuanya terjawab bila penulis membuat Dini mengimbas kembali detik cemas Rifqi memerangkap Dini dirumah agam, tempat Dini menumpang kasih umi dan abi Rifqi. Rasa dendamnya tidak dapat dipadam dengan mudah. Mahu tak sedih, ibu pergi tanpa sempat Dini memohon ampun dan menerangkan keadaan sebenar kepada ibu yang termakan dengan fitnah Rifqi, kononnya Dini menggoda Rifqi sehingga masuk ke bilik anak teruna tuan rumah.

Kewujudan bayi tanpa nama yg meninggalkan Dini sehingga hampir membuat dia trauma pula terjawab dikala Dini bertengkar dengan Rifqi. Sewaktu itu, Rifqi baru sahaja mengetahui Dini pernah mengandung anaknya. Anak sah taraf kah bayi yang di kandung Dini? Semuanya terjawab sewaktu kita melewati serangan balas Dini melukakan perasaan Rifqi sebelum Dini akhirnya menerima kembali Rifqi dalam hidupnya.

Adakah benar falsafah dari benci adalah perasaan benar-benar cinta? 'Ben' drpd perkataan benar-benar dan 'ci' daripada perkataan cinta.



View all my reviews