Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts
Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Novel : Biar Jarimu Kugenggam

Biar Jarimu KugenggamBiar Jarimu Kugenggam by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Bukan setakat Wilma saja yang sakit hati, pembaca pun boleh naik BP kalau ada jiran macam makcik Fauziah tu, lg tak best tak boleh tak mengaku sedara sbb ada sangkut paut pertalian darah. Pagi2 dah bertandang rumah orang untuk sarapan sedangkan anak2 dan suami kelaparan tidak dihiraukan. Sabar saja makcik Biah melayan kerenah sepupu almarhum suaminya.

Cerita ini lebih dimonopoli tentang keluarga Wilma dan Makcik Fauziah anak beranak berbanding kisah cinta. Ye lah Wilma hanya sempat berkahwin dengan Ridhuan yang sangat-sangat anak emak setahun sahaja. Bertahun-tahun dia menjanda, serik dengan sikap mertua yang seperti sakit jiwa dan suami yang tidak boleh buat keputusan sendiri. Akhirnya gosip dia dengan Dr Henry menjadi kenyataan apabila Dr Henry melamar dia dengan meletakkan cincin dalam bihun sup hehehe kelakar gila Dr Henry ni.

Kisah pasal keluarga Dr Zahari dan Dr Maznah , Cik Pah banyak skip. Ops!



View all my reviews

Novel : Tiada Batas Sayang

Tiada Batasan SayangTiada Batasan Sayang by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars



Wah! Macam-macam bidang pekerjaan yang NB hidangkan kepada pembaca. Kali ini sebagai penternak lembu pula, bukan calang-calang kandang sekangkang kera tapi ladang luasnya berhektar dan berpuluh juta nilainya. Balkish, gadis lepasan ijazah memilih bidang ini kerana meneruskan usahasama almarhum ayahnya dengan makngah Zaidah. Dia kakak sulung yang terpaksa menggalas tanggungjawab membantu makngah dan dalam masa yang sama menjaga ibu yang lumpuh. Adik nan sorang, Jamiah walaupun lahir dan dididik dari ibu bapa yang sama , tidak seperti yang diharapkan. Lebih suka membuang masa dan sanggup menggadai maruah untuk hidup senang. Seperti perumpamaan, dalam pisang setandan tidak semuanya elok, pasti ada yang buruk barang satu dua. Dan yang buruk kelaku tu adalah Jamiah yang dijenamakan semula sebagai Julia memikat lelaki kaya. Seperti jangkaan Cik Pah, lelaki itu pasti ada kaitan dengan Datin Seri Aida. Siapa sangka, Datin Seri Aida yang banyak dosa meruntuhkan rumahtangga orang, mengikis harta lelaki kaya di zaman mudanya mulai takut dihambat dosa lalu dan mencari ketenangan di rumah Balkish.


Telah bertahun kisah pembunuhan Mr Kamil menjadi teka teki buat semua penduduk Labis dan Balkish terutamanya. Walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas ayahnya dan meninggal dunia di dalam penjara, tetapi Balkish yakin ayah tidak bersalah. Bagai bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru, akhirnya kebenaran terbongkar setelah anak si mangsa, Fauzul pulang ke ladang Labis mencari siapa sebenarnya pembunuh ayahnya. Dapatkah kasih sayang yang tercetus antara dua insan ini bertaut bilamana kebenaran terbongkar dan Balkish terpaksa mengotakan janji mengahwini Datuk Seri Hamid, lelaki yang sudah insaf dengan kisah lalunya seperti ibu angkat makcik Aida.

Tiada kisah manis teruna dara, novel ini lebih tertumpu kepada tanggung jawab anak kepada ibu dan saudara mara, passion kepada bidang kerja, sikap amanah dan ihsan yang dipaparkan melalui watak Balkish.



View all my reviews

Novel : Setulus Cinta

Setulus CintaSetulus Cinta by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Misteri sungguh cara kematian Ahmad Aduka. Sebelum terbongkar kisah sebenar, penulis membawa kita bersiar-siar dengan kisah hubungan kekeluarga yang sangat erat antara Siti Hajar dengan anak-anaknya Raudhah, Rasul dan Rahimah disamping adik ipar Alang Baharom yang menjadi pendokong mereka bersusah payah bersama berbelas tahun.

Kisah ini diserikan dengan sekuntum bunga Mawar yang mencari bahagianya. Raudhah sangat berkarisma menggalas tugas menggantikan ibunya Siti Hajar memajukan perusahaan perabot peninggalan ayahanda yang dulunya hampir bangkrap. Terlalu sibuk dengan dunia perniagaan membuat dia lupa untuk fikir mencari pasangan dan berumahtangga sehinggalah dia diperkenalkan kepada rakan senior Rasul, Akhbar. Brutal juga cara mak Akhbar nak bermenantukan Raudhah, 2 kali Raudhah kena tipu dengan 2 beranak tu. Sabor je la. Watak hero NB ni memang pesen bergerak-gerak merayap. Miang yang wajib dipercepatkan kahwin, tak yah tunang lama-lama. Patut terus kahwin lepas kedua-dua pihak bersetuju untuk dinikahkan.

Lama sungguh cerita nak habis sebab bersiar-siar ni banyak persinggahan. Ramai juga watak tempelan diberikan perhatian untuk memberi kesan dan asbab kepada perilaku dan kejadian keatas pelaku utama. Bila rahsia dah terbongkar, aduhai kesian sama Siti Hajar. Walau bagaimanapun, dia lulus ujian hidupnya dengan cemerlang. Hidup Siti Hajar lebih bahagia daripada dahulu disamping lelaki yang tulus cintanya setelah puas menderita.

Seperti KZ, Cik Pah pun berjaya memegang SC yang covernya wanita berbaju kebaya. Cik Pah agak, wanita tu Siti Hajar yang dah berusia 50-an tetapi masih cantik dan ramping. Pssstt, patut hati Alang tak pernah terbuka untuk wanita lain.

View all my reviews

Novel : Setiap Jumaat

Setiap JumaatSetiap Jumaat by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars


Kisah tentang Jasmine yang salah sangka dan dendam kepada ibu dia yang berkahwin lain selepas kematian ayah. Rahsia sebenar bakal merobek hati dia apatah lagi ibu bersusah payah membesarkan mereka. 5 tahun di Jepun kerana menyambung pelajaran dan tahun2 berikutnya Jasmine bekerja di Jepun melayan rajuk. Sedih Jasmine berganda kerana dikhianati Jabar yang berjanji mengahwininya sesudah tamat belajar. Mujur rakan-rakan serumah banyak memberi sokongan, patah hati dia hampir membuat dia terkandas dalam pelajaran. Cerita disebalik pengkhianatan Jabar tu buat Cik Pah rasa nak tampar Jabar dan Daun rakan serumah Jasmine. Kawan makan kawan.

Tugas Jasmine sebagai pemandu pelancong menemukan dia dengan Ultraman setiap hari Jumaat, pelukis Melayu yang melayan dia berbual tentang banyak topik. Banyak sisi negetif yang didedahkan kepada pembaca tentang adat dan budaya hidup orang Jepun. Ye lah yang baik di jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Dari satu lagi kisah adalah kisah anak lelaki yang juga merajuk dengan orang tua. Semua yang Tengku Sufian buat tak kena pada pandangan ayahanda. Itu yang difikirkan si anak. Walhal si ayah sentiasa mendorong anak lelakinya belajar membuat keputusan yang baik untuk masa depan. 3 kali putus cinta kerana tidak mendapat restu, membuat Ku Pian merajuk membawa diri ke negara matahari terbit.

Cerita seterusnya mematangkan insan-insan yang sia-sia merajuk dengan keluarga mereka. Sungguh, sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Watak paling Cik Pah suka, Tok Aki yang Ku Pian tak suka tu. Sesuka hati dia je nak mengata Tok Aki bomoh hantu akhirnya orang tua itu yang disayangi Ku Pian dan Jasmine. Tok Aki dan kamera tak dapat dipisahkan. Ahaks.



View all my reviews

Novel : Dari Milan Ke Maran

Dari Milan Ke MaranDari Milan Ke Maran by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ada rasa teruja nak tahu 4 perkara dalam kisah ini.
1. Macam mana bapa Sharmin terbunuh
2. Apa yang Johan buat pada Sharmin sampai Sharmin tak dapat lupakan
3. Kenapa Siti memutuskan pertunangan dengan Muin
4. Apa kesudahan hubungan Sharmin dan Moon si lelaki lembut

Sabar menyelak helaian demi helaian dan ada kalanya dilangkau kisah tentang sepak terajang politik.



Begini rupanya buah perah. Pernah juga cuba makan buah ni. Lama dah.





View all my reviews

Saturday, 17 January 2015

Novel : Kembalikan Cintaku

Kembalikan CintakuKembalikan Cintaku by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ini novel ke3 Cik Pah marathon nukilan Norhayati Berahim dalam 1 bulan. Tidak jemu langsung sebab penulis mempelbagaikan watak dan plot. Cakap terbalik atau tersasul yang penulis suntik juga boleh menghilangkan stress saat ada konflik, suka dengan hubungan persahabatan Nisak dan Wardina.

Zafrul , bukan hero dihati pembaca kot. Yang terlintas dihati Cik Pah, mungkin Zhafran yang bakal mengubati luka dihati Wardina apabila Zafrul meninggalkan isterinya Wardina yang baru beberapa bulan dinikahi. Dia anak ayah. Apa kata ayah dituruti. Kalah dengan tarikan duniawi, harta, pangkat, isteri di Jerman ditinggalkan tanpa sebarang berita. Tapi malangnya, walaupun 2 kali berkahwin, Zafrul masih mengingati Wardina. Wanita yang membimbing dia berubah menjadi baik.

Wardina membawa diri. Berhijrah dari negara ke satu negara meluaskan pengalaman dan kerjaya. Dalam tempoh 8 tahun berdikari, dia menjadi usahawan muda yang berjaya. Melalui perniagaan juga dia bertemu semula dengan bekas ibu mertua dan pertemuan itu bakal merobek kembali luka lamanya. Walau bagaimanapun komplot bekas ibu mertua, Nisak dan Kak Mah memberi peluang kepada Zafrul menebus segala kesilapannya.

Sungguh insaf kisah Tan Sri Jalal menemui ajalnya seperti menonton kisah Tanah Kubur. Lelaki ini bongkak semasa hayat. Semua larangan Allah dilanggar. Padahnya dia mati tanpa sempat bertaubat.




View all my reviews

Thursday, 15 January 2015

Novel : Harum Chempaka

Harum ChempakaHarum Chempaka by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ramai yang 'gila' dalam tak sedar. Tetapi kebaikan pastinya mengatasi keburukan.

Pak Hassan - suami kepada makcik Kejora, bapa Chempaka sanggup bermain cinta dengan Mak Usu adik makcik Kejora. Lelaki pemalas, tahu nak minta duit kat isteri sahaja. Nak kahwinkan anak sendiri pun minta dibayar RM10k. Sampai kesudah Pak Hassan tak insaf

Aida - rakan sebilik Chempaka disekolah menengah yang mengejar Andrian dan menolak huluran salam dari Sheikh Adli yang juga sahabat Chempaka. Ada saja tutur kata yang menyakitkan hati. Ceritanya hilang sebentar sewaktu Chempaka menganjak dewasa dan muncul kembali dengan membawa cemburu dan dendam untuk melenyapkan Chempaka

Meriam - rakan perniagaan Chempaka. Gila shopping selepas 2 kali gagal dalam perkahwinan.

Sheikh Adli - hahahaha gelak dahulu untuk watak ini kerana lelaki ini kuat cemburu rupanya sesuai dengan persepsi orang tentang lelaki berdada karpet. Sahabat Chempaka yang sering muncul depan Chempaka walaupun kehadiran dia tidak dinanti. Chempaka terpaksa tadah telinga mendengar keluh kesah Adli yang sering bertukar pasangan. Psycho pun juga, mengutuk Chempaka seolah-olah Chempaka perempuan yang tiada nilai dan tidak ada lelaki yang mahu. Apabila Andrian muncul, baru dia sedar yang sebenarnya dia sayangkan Chempaka. Takut dengan watak lelaki seperti ini, apatah lagi cubaan dia mencabul Chempaka dan membuat superimpose yang menjijikkan dilihat seperti seorang orang gila (obsess)

Andrian - pustakawan yang meminjamkan RM2.80 untuk Chempaka membayar denda lewat pulangkan buku. Hubungan mereka sekejap sahaja tetapi cukup bermakna buat Andrian kerana Chempaka menyimpan rahsia dia yang menyelinap keluar asrama. Tetapi kerana insiden disengat lipan, mereka difitnah membuat perkara tidak senonoh dibelakang setor. Namun Chempaka diamkan sahaja walaupun nama mereka dijaja membuat Andrain kasih terhadap Chempaka. Pertemuan semula mereka selepas beberapa belas tahun tidak berjumpa membuat Andrian terus ingin mengikat hati Chempaka.

Chempaka - dalam hati Cik Pah, ada ker watak sebaik ini ? Tidak prejudis dan tak ada sekelumit pun di hati dia untuk memburukkan orang lain. Sentiasa husnuzon.



View all my reviews

Tuesday, 13 January 2015

Novel : Biarkan Aku Menangis

Biarkan Aku MenangisBiarkan Aku Menangis by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Pada Cik Pah kisah ini seperti gabungan kisah bermadu dan ibu mertua yang mati hatinya daripada novel Aku Turut Bahagia dan Tolong Cari Suamiku .

Poligami kali ini adalah disebabkan topik anak. Sarah isteri yang dicintai Amrin tidak mengandung-ngandung walaupun bertahun telah berkahwin. Asalnya Amrin memang tak nak berkahwin dua, tapi desakan ibunya yang mengugut untuk menghancurkan rumahtangganya bersama Sarah, dia paksa rela berkahwin dengan Ustazah Kartika. Tiada rasa untuk isteri muda, yang terbayang di mata hanya Sarah. Tetapi apabila Kartika disahkan mengandung, Amrin mula berubah. Rasa nak lempang jek Amrin sebab dungu, kena pula mak mertua yang macam jelmaan hantu raya dengan Sarah, lagi suka la Kartika nak bolot hak Sarah.

Tapi tak sangka pula, kandungan yang disangkakan zuriatnya tu merupakan penyakit yang memudaratkan Kartika. Geram dan sakit hati kesalahan diletakkan di bahu Dr Sarah apabila Sarah maklumkan tentang penyakit Kartika. Lagi dahsyat rahsia lama Kartika terbongkar, terduduk Amrin ingatkan Kartika anak dara masa dinikahi.

Amrin , hai la... lepas terduduk, tertiarap kot lepas tau semua masalah bukan disebabkan Sarah, tapi diri dia sendiri. Nak nyorok muka kat mana? Ego tak kena tempat. Akhirnya kena batang hidung sendiri.

Apa-apa pun ada pengakhiran yang baik untuk Dr Sarah yang baik hati.

View all my reviews

Monday, 23 September 2013

Novel : Inferior

InferiorInferior by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Konflik jiwa. Seram juga kalau diingatkan kerana kita tidak tahu siapa dikalangan kita yg inferior. Boleh jadi penyakit ini ada diantara sahabat, saudara mara atau diri sendiri?



Intissar dan Nadia berkawan rapat semenjak kecil. Kedua-duanya mempunyai watak yg berbeza dan taraf hidup yg berbeza. Walaupun Tissar anak orang kaya, tetapi dia menghormati orang lain dan disayangi ramai. berbeza dengan Nadia anak tukang gaji dan tukang kebun keluarga Tissar , Nadia seperti terlebih sudu daripada kuah. Semenjak kecil Nadia cemburukan Tissar kerana orang lain sering memuji akhlak Tissar . Berkawan dengan Tissar hanya untuk menikmati kemewahan kerana apa yang dimintanya pasti ditunaikan Tissar. Tissar pula masih tidak nampak keburukan Nadia walaupun ramai yang telah memberitahunya sehinggalah haknya dirampas baru dia sedar.

Setelah 5 tahun berkahwin dengan Amirul, mereka masih belum dikurniakan anak. Dengan alasan sibuk dan Tissar tidak dapat melahirkan anak, Amirul berkahwin secara rahsia dengan Nadia. Walau bagaimanapun rahsia mereka terbongkar semasa Tissar ke rumah Nadia untuk berkongsi kegembiraannya yang telah berbadan dua. Tissar ingat nak kongsi kegembiraannya dengan Nadia tapi rupa-rupanya turut berkongsi suami. Luluh hatinya melihat suami dipeluk kawan sendiri.


Nadia~ Kau buat aku menderita. Aku selalu rendah diri bila dibandingkan dengan kau. Ayah mak aku cuma seorang pemandu dan orang gaji. Kau dapat apa yang kau inginkan, malah setiap orang yang aku kenal memuji kau. Kau anak orang kaya. Kau tak perlu susah payah pasal duit. Emak dan ayah aku sendiri selalu mengagungkan kau. Bagi mereka kau macam dewi. Kau terlalu baik. Kau mendengar kata. Tapi bagi mereka aku ni jahat. Anak tak mendengar kata. Aku sakit hati Tissar. Sekarang baru aku puas hati. Baru kau tahu bagaimana rasanya hati yang sakit. Baru padan dengan muka kau!

Nadia tersenyum kemenangan. Tapi senyumannya tak lama, pertemuannya semula dgn Tissar meresahkan jiwanya. Tissar tenang, tidak melutut dan merayu padanya seperti angannya. Yes! Rasa nak tepuk tangan bila Tissar turut ikut rentak Nadia. Dia gunakan semula kemewahan, kedudukan dan orang2 yang sayangkannya termasuk kelemahan Amirul untuk menyedarkan Nadia.


Satu sahaja yang Cik Pah kurang berkenan. Walaupun marah dengan tindakan Amirul berkahwin dengan Nadia, emak Tissar Siti Baiduri tidak patut memintanya menceraikan Tissar selepas bersalin. Amirul masih sayangkan Tissar dan sedar kesilapannya. Dengan alasan menyelamatkan Tissar daripada diserang Nadia yang semakin mengganas, talak terpaksa dilafazkan. Tapi perhitungan Siti Baiduri meleset. Amirul turut menjatuhkan talak 3 kepada Nadia sehingga Nadia makin bertindak ganas dan akhirnya mencederakan Amirul. Akhirnya Nadia menerima balasannya akibat mengikut kata hati. Menemui ajal setelah mengalami tekanan jiwa dan tidak dapat diubati seperti yang berlaku macam madu Siti Baiduri.

Who loses money loses much;
Who loses a friend, loses more;
Who loses faith, loses all.

View all my reviews

Wednesday, 4 September 2013

Novel : Nota Cinta Buatmu

Nota Cinta BuatmuNota Cinta Buatmu by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ceritanya best bangat, diawal cerita kusangkakan semuanya berkisar di Bandung. Nasib baik bapak Graham hanya berada di sana buat seketika dan dipanggil balik ke Sarawak sebelum mendapat arahan berpindah ke Kuala Lumpur dan berjiran dengan janda muda yang cantik.

Baik hati, cantik, tabah, ikhlas, cool, menghormati orang lain dan berpegang kuat pada agama itulah seorang wanita bernama Johanna. Perkahwinannya musnah pabila Dhirran menduakannya. Pilu hatinya bila suami sanggup mendedahkan aibnya depan madu Nora dan emak bapa Nora. Memang ada lelaki yang bermulut jahat macam ni. Keburukan Ana disenaraikan berjela-jela sampai tak nampak segala kebaikan. Sedangkan Dhirran sendiri tidak sesempurna manapun menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan papa kepada Aiman. Semua hal rumahtangga diuruskan sendiri oleh Ana tanpa mengeluh dan mengira wang dan lelah. Setelah 2 tahun berpisah , Dhirran mula terkenang kebaikan Ana dan mula membanding-bandingkan Nora dan Ana. Aiman dijadikan alasan untuk Dhirran sering menghubungi Ana sampai naik lemas nak layan panggilan telefon setiap hari. Keburukan Nora pula dijaja Dhirran tapi Ana pula dah jadi macam konsultan rumahtangga Dhirran. Sabar je lah.

Hubungan Graham dan Ana pula bertambah baik. Apatah lagi Aiman mula rapat dan berharap Graham menjadi ayahnya. Tapi apakan daya, Graham tidak percaya kepada agama dan menganggap perkahwinan menyusahkan. Namun saat mengetahui Ana akan berkahwin semula dengan Dhirran, hati Graham luluh dan dia meninggalkan nota cinta buat Ana. Sebenarnya perkahwinan yang dirancang Ana hanyalah drama semata-mata demi untuk menyedarkan Dhirran. Dhirran ditinggalkan terkulat-kulat semasa majlis akad nikah hampir berlangsung selepas Ana meluahkan semua rasa yang terpendam dihatinya depan semua orang. Memang dramatik sungguh!

Ana yang menyedari dia tidak bertepuk sebelah tangan mengejar Graham di Bandung. Hidayah Allah telah membuka pintu hati Graham memeluk Islam. Dengan bantuan supir Pak Yayan, Graham memeluk Islam di Masjid Darul Falah dan menemui cinta hatinya semula. Bukan setakat Ana pandai berdrama, drama Graham tak kurang menariknya. Ana diajak ke masjid tanpa tahu hal sebenar dan sedar-sedar dia dah sah menjadi isteri Graham.

"Graham tahu tak ada peribahasa Melayu mengatakan, jangan ikut lalang.. angin bertiup ke kiri dia ke kiri, angin bertiup ke kanan dia ke kanan. Bagi Ana lain. Lalang walau dia terpaksa mengikut arus angin, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan namun akarnya tetap kuat. Tidak rebah ke bumi. Bagi Ana, apa pun yang berlaku walau terpaksa menongkah angin,jika kehidupan kita ada asas dan akar yang kuat, pegangan yang kuat, kita akan selamat. Insya-ALLAH".



View all my reviews

Novel : ...Hujan Pun Menari

...Hujan Pun Menari...Hujan Pun Menari by Norhayati Berahim
My rating: 5 of 5 stars

Best sangat citer ni, semua rasa ada. Rasa kagum dengan sifat Cikgu Ara yang redha dimadukan dan berdikari mendidik 5 orang anak dgn penuh kasih sayang. Rasa nak lempang je ustazah Aminah madu Cikgu Ara yang selalu tengking Ustaz Jalil, serang Cikgu Ara, tak malu makan duit anak yatim dan tak malu duduk rumah harta sepencarian Cikgu Ara dgn Ustaz Jalil. Rasa sedih dgn Ustaz Jalil yang tak berjaya mendidik Ustazah Aminah menjadi isteri solehah dan akhirnya meninggal dunia semasa nekad pulang ke rumah Cikgu Ara. Rasa sakit hati dengan Tuminah yang selalu cakap kasar/ fitnah Muna. Rasa simpati dengan Dol Azmi yang simpan perasaan pada Muna sejak tingkatan 3 tapi terpaksa kahwin dgn Tuminah disebabkan sihir. Rasa menyampah dengan Danial anak angkat paklang maklang Muna yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung nak bolot harta. Rasa bersyukur paklang maklang Muna sayangkan Cikgu Ara anak beranak dan support mereka sekeluarga. Rasa berdebar-debar bila Qurban bagitau nak kahwin dengan kawan sepejabatnya Siti. Rasa teraniaya bila Qurban kena fitnah hamilkan Siti dan ajakan kahwin Siti tu hanya untuk jadikan dia pak sanggup. Rasa lega bila Muna putuskan pertunangan dengan Danial dan berkahwin dengan Qurban. Rasa lapar bila Cikgu Ara dan Muna masak macam2 masakan dan kuih muih hehe

Selain rasa2 yang dapat, baca buku ni dapat :
1. ilmu rumah tangga
2. cara didik anak dengan baik
3. peranan ibu bapa , mertua, ipar duai, anak, kawan
4. adap berkawan/bersahabat
5. tanggungjawab jiran tetangga
6. bidang perkapalan / perniagaan / somalia
7. kesedaran tentang usaha Yahudi yang cuba menghancurkan Islam dengan mengahwini anak gadis Islam yang bijak pandai
8. dll


View all my reviews