Monday 23 September 2013

Novel : Inferior

InferiorInferior by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Konflik jiwa. Seram juga kalau diingatkan kerana kita tidak tahu siapa dikalangan kita yg inferior. Boleh jadi penyakit ini ada diantara sahabat, saudara mara atau diri sendiri?



Intissar dan Nadia berkawan rapat semenjak kecil. Kedua-duanya mempunyai watak yg berbeza dan taraf hidup yg berbeza. Walaupun Tissar anak orang kaya, tetapi dia menghormati orang lain dan disayangi ramai. berbeza dengan Nadia anak tukang gaji dan tukang kebun keluarga Tissar , Nadia seperti terlebih sudu daripada kuah. Semenjak kecil Nadia cemburukan Tissar kerana orang lain sering memuji akhlak Tissar . Berkawan dengan Tissar hanya untuk menikmati kemewahan kerana apa yang dimintanya pasti ditunaikan Tissar. Tissar pula masih tidak nampak keburukan Nadia walaupun ramai yang telah memberitahunya sehinggalah haknya dirampas baru dia sedar.

Setelah 5 tahun berkahwin dengan Amirul, mereka masih belum dikurniakan anak. Dengan alasan sibuk dan Tissar tidak dapat melahirkan anak, Amirul berkahwin secara rahsia dengan Nadia. Walau bagaimanapun rahsia mereka terbongkar semasa Tissar ke rumah Nadia untuk berkongsi kegembiraannya yang telah berbadan dua. Tissar ingat nak kongsi kegembiraannya dengan Nadia tapi rupa-rupanya turut berkongsi suami. Luluh hatinya melihat suami dipeluk kawan sendiri.


Nadia~ Kau buat aku menderita. Aku selalu rendah diri bila dibandingkan dengan kau. Ayah mak aku cuma seorang pemandu dan orang gaji. Kau dapat apa yang kau inginkan, malah setiap orang yang aku kenal memuji kau. Kau anak orang kaya. Kau tak perlu susah payah pasal duit. Emak dan ayah aku sendiri selalu mengagungkan kau. Bagi mereka kau macam dewi. Kau terlalu baik. Kau mendengar kata. Tapi bagi mereka aku ni jahat. Anak tak mendengar kata. Aku sakit hati Tissar. Sekarang baru aku puas hati. Baru kau tahu bagaimana rasanya hati yang sakit. Baru padan dengan muka kau!

Nadia tersenyum kemenangan. Tapi senyumannya tak lama, pertemuannya semula dgn Tissar meresahkan jiwanya. Tissar tenang, tidak melutut dan merayu padanya seperti angannya. Yes! Rasa nak tepuk tangan bila Tissar turut ikut rentak Nadia. Dia gunakan semula kemewahan, kedudukan dan orang2 yang sayangkannya termasuk kelemahan Amirul untuk menyedarkan Nadia.


Satu sahaja yang Cik Pah kurang berkenan. Walaupun marah dengan tindakan Amirul berkahwin dengan Nadia, emak Tissar Siti Baiduri tidak patut memintanya menceraikan Tissar selepas bersalin. Amirul masih sayangkan Tissar dan sedar kesilapannya. Dengan alasan menyelamatkan Tissar daripada diserang Nadia yang semakin mengganas, talak terpaksa dilafazkan. Tapi perhitungan Siti Baiduri meleset. Amirul turut menjatuhkan talak 3 kepada Nadia sehingga Nadia makin bertindak ganas dan akhirnya mencederakan Amirul. Akhirnya Nadia menerima balasannya akibat mengikut kata hati. Menemui ajal setelah mengalami tekanan jiwa dan tidak dapat diubati seperti yang berlaku macam madu Siti Baiduri.

Who loses money loses much;
Who loses a friend, loses more;
Who loses faith, loses all.

View all my reviews

No comments :

Post a Comment