Wednesday 4 September 2013

Novel : Kata Tak Suka

Kata Tak SukaKata Tak Suka by Qaseh Qaisara
My rating: 4 of 5 stars

Kata tak suka

Ini cerita kenen kenen orang tua (Pn Mahani dan Pn Asmah) yang nak menyatukan anak dara teruna mereka. Maka terjadilah adegan main tarik tali Nea - Zafril. Masing2 kata tak suka apabila dipertemukan buat pertama kalinya semasa bercuti di Langkawi. Semuanya lakonan semata-mata hasil pakatan mereka. Zafril dikatakan lelaki membosankan dan Nea dikatakan gedik. Emak emak yang tidak berputus asa ada sahaja rancangan untuk mempertemukan mereka walhal lepas percutian, senyap senyap Nea Zafril berhubung dan bertemu atas tiket berkawan. kadang2 kelakar, kadang2 geram sebab masing2 dok berkias sahaja. Kadang2 Cik Pah pun rasa sama-sama nak nyorok muka, blushing dan kadang2 terseliuh kaki. Erk yang terseliuh kaki tu betul ada dalam cerita. Nea terseliuh kaki masa main tarik tali di kem bina semangat. Yang tak tahannya Luqman ex boyfriend Nea pula yang bersemangat tak bagi Nea balik. Apa hal mamat ni meroyan. Dia yang tinggalkan Nea sebab pilih 'baby' Hanani. Tapi apabila Nea nak move on dan ada pengganti, dia pula tak bagi Nea bahagia. Nasib baik Megat Zafril datang tunjuk hero. Syabas!

Dalam cerita ni, Zafril adalah anak tunggal dan digelar anak emak. Jadi penulis cuba membetulkan persepsi orang tentang anak emak yang dikatakan tidak pandai membuat keputusan sendiri dan selama-lamanya mengikut telunjuk emak. Nyata watak Zafril adalah anak emak yang menghormati emaknya tetapi ada masanya dia ada pendirian sendiri dan mengubah persepsi Nea terhadap Zafril.

Selain Luqman dan Hanani, ada sorang lagi watak antagonis. Wardah sepupu Zafril pernah cuba disatukan dengan Zafril. Tetapi Wardah sendiri menolak peminangan Pn Asmah. Hampir bermasam muka juga 2 keluarga bersaudara. Demi menutup malu, Pn Asmah mengusung Nea balik kampung kononnya Zafril telah ada pengganti. Lain yang diharap lain pula jadinya. Wardah pula terkejar kejar Zafril dan cuba menjadi batu api apabila menyampah dengan aksi gedik Nea. Nasib baik Pn Asmah dah berkenan dengan Nea. Jadinya tidak ada banyak cabaran sangat jika nak satukan Nea Zafril kecuali perasaan malu teruna dara yang tidak mahu mengaku ada perasaan antara satu sama lain. Kata tak suka tapi dalam hati ada lori bawa bunga.

Ok. Akhirnya mereka selamat diijab kabulkan setelah masing2 penat berlakon dan lakonan Pn Asmah dihidu Zafril. Tapi ceritanya tak berakhir lagi dengan 'merekapun hidup aman damai' . Ada lagi cabaran selepas berkahwin dengan anak tunggal dan anak emak di samping Luqman yang bagai gila talak.

Satu watak yang tak kurang pentingnya. Cik Pah suka dengan watak Linda kawan Nea yang sering mendampingi Nea sewaktu susah senang. Bukan setakat itu sahaja, watak Linda pun kadang2 jadi jurucakap bagi pihak pembaca dalam keadaan2 tertentu. hehe.

Sikit saja yang kurang pasal novel ni. Banyak ejaan salah. Tapi tak kisah la. Pandai2 la betulkan sendiri. Ada masanya boleh dibuat ketawa. Bayangkan boleh jadi bayingkan. Cik Pah pun kadang2 salah taip. Dari sekian jadi sekain hehe.

Ingat! Cerita ini adalah hiburan semata-mata. Kadar sporting ibu bapa mesti ada hadnya.

PS: lepas ni nak try cari semua novel QQ

View all my reviews

No comments :

Post a Comment