Wednesday 11 September 2013

Novel : I Love You Stupid!

I Love You, Stupid!I Love You, Stupid! by Melur Jelita
My rating: 5 of 5 stars

Inilah novel buat pertama kalinya diulang baca dan pastinya akan diulang-ulang lagi. Memang best dan berbaloi. Apa yang bestnya? Kupasan percintaan sangat unik. Cinta antara lelaki perempuan, cinta kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara membuat kita terhibur, insaf, bersyukur dan lebih berfikir.

Semua rasa ini dapat kita rasa melalui watak Iris dan hero-hero pujaan hatinya Inspektor Ebrahim, Firman, Aidan, Matt dan tidak ketinggalan anak kecil yang bernama Ahmad serta watak-watak lain yang melengkapkan diri Iris sebagai pelajar, anak, kakak dan diva pemburu dan pembunuh lelaki. Diawal cerita mengisahkan kenakalan Iris dan sahabatnya yang menggelar diri mereka diva. Walau bagaimanapun kenakalan mereka telah membawa pertemuan dengan Inspektor Ebrahim aka abang pedas aka Eye Mo yang telah memberikan surat saman kepada gadis bawah sedar dan kurang cerdik. Dari situlah bermulanya episod cabar mencabar dan bermain mata dengan Insp. Ebrahim yang mengepakkan rama-rama diperutnya. Satu insiden yang menyebabkan Iris menyesal seumur hidupnya apabila maruah dan kredibiliti Insp Ebrahim dicalarnya dengan fitnah. Agak kecewa pada mulanya kerana watak Insp Ebrahim berakhir begitu sahaja selepas Iris dan divanya graduate dari UM.

Kisah selanjutnya adalah tentang 2 misi Iris ke Kemboja sehingga menemukan Iris dengan Mr Bodyguardnya Firman dan Matt serta mai tuan (mama Firman) dan Fatimah (adik Firman) yang menjaganya sepanjang dia di kemboja. Agak misteri misi kedua Iris kerana selain misi bantuan derma, Iris ingin mencari anaknya semula. Bila masa dia kahwin? Dengan siap? Dr Aidan main couse nyakah?

Sepanjang Iris di Kemboja, Iris terpaksa tinggal serumah dengan mai tuan dan Fatimah. Dengan segala kedaifan, Iris belajar menyesuaikan diri dengan orang disekelilingnya kecuali manusia bernama Firman yang bermulut puaka. Ada sahaja pertengkaran yang berlaku sehingga mai tuan terpaksa masuk campur. Iris sering lepas laku apabila berdepan dengan Firman manakala Firman sering mengusik Iris dan ada kalanya agak keterlaluan dan kasar. Identiti Firman terbongkar suatu hari dan bermula daripada kejadian tersebut Iris rasa tertipu kerana Firman yang sebenar adalah Insp Firman Ebrahim yang dicari-carinya. Walau bagaimanapun, merajuknya tidak lama. Kejadian buruk yang menimpa, lucu dikejar babi hutan, direjam buah cermai, dimandikan Firman dan ditelangkup langit baldi, rasa sunyi dan tidak berpunya merapatkan semula Iris kepada si lanun Firman. Bibit-bibit cinta mula berputik tetapi masing-masing cuba menyembunyikan rasa, hanya mata yang berbicara dan skala rama-rama yang mengepak diperut dan didada Iris menjadi ukuran tahap pesona Firman dimata Iris.

Ikutilah cerita selanjutnya tentang misi rahsia Iris, sejarah Kemboja dan kezaliman Pol Pot, rahsia hati Firman, Aidan dan Iris. Siapakah yang menjadi pilihan Iris? Dr Aidan main course yang handsome dan kaya atau Firman yang lanun tetapi lelaki yang boleh membimbing dia menjadi wanita solehah.

Cik Pah dah baca 5 kali okey! Hampir sebulan tak lalu nak buka novel lain. Penangan Melur Jelita memang menjadi. Sehingga novel lain Cik Pah pandang sebelah mata buat seketika. Nukilan daripada Melur Jelita menjadikan Cik Pah telah meletakkan satu standard yang perlu ada pada seseorang penulis. Peace yo!

View all my reviews

2 comments :

  1. salam...kita ni baru kenal Melur Jelita...mula berjinak ngan novel pun baru last year...
    first time kawan baya bg pinjam Awak Suka Saya tak? Rasa rindu...bila dah abis tu...pastu beli Novel I Love You Stupid ni..lagi rindu dibuat nya...novel kak MJ ni memang buat orang sasau...tapi boleh mendekatkan diri dengan Pencipta kita..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ZZ, citer ILUS ni ada sambungan My Precious Iris (MyPI). Jgn lupa bekalkan tisu kat sebelah :). Kalau minat, boleh follow kak Melur Jelita kat facebook

      Delete