Thursday 5 September 2013

Novel : Kaca Jendela Ainnur

Kaca Jendela AinnurKaca Jendela Ainnur by Diya Nordin
My rating: 5 of 5 stars

Kisah kekeluargaan yang meruntun jiwa. Siapa yang tak kecil hati , dendam, jiwa lara, merintih sedih apabila mama dan ayah kandung tidak mahu menerima diri sebagai anak mereka. Kelahiran Ainnur Shahirah dianggap sebagai satu kesilapan masa silam bagi Syuhairah dan Amir Iskandar. Lalu anak yang cuba meraih kasih sayang dan perhatian mama belajar bersungguh2 sehingga menjadi pelajar terbaik dalam SPM dan menyambung pelajaran ke Universiti dalam bidang perundangan agar dia dapat berbicara topik yang sama dengan mama. Namun apa jua usahanya tidak dipandang walau sebelah mata.

Kisah Ainnur sebagai pelajar berlatar belakang UUM memamg dekat dihatiku. Terbayang2 suasana harmoni dan nyaman universiti dalam hutan. Cumanya zaman Cik Pah Kolej Bukit Kerachi masih belum wujud dan jurusan perundangan juga tidak ada. Ainnur yang tahu dirinya tidak diendah kehadiran oleh mama sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti kolej. Hanya bapa tirinya yang dipanggil uncle papa sahaja tempat dia menumpang kasih sentiasa menghubunginya dan bertanggungjawab bagai bapa kandung.

Plot yang semakin menarik, bersambung dan saling berkait. Melalui aktiviti Bakti Siswa dikolej, salahsilah Ainnur terbongkar. Kehadiran papa ke Langkawi bertemu Tok Mama dan Tok Baba mengejutkan keluarga angkat itu kerana mereka merupakan datuk dan nenek biologinya. Ada kisah yang selama ini mama cuba sorokkan.


Bermula dengan kehadiran seorang wanita yang bergelar umi, Ainnur menyedari dia masih mempunyai ayah kandung. Tapi penerimaan ayah sedingin mama. Lagi sekali hatinya tersayat apabila haknya sebagai anak dinafikan. Cik Pah kagum olahan peribadi watak Ainnur . Dia masih mampu mengukir senyum walau diherdik. Di sini hati Cik Pah dijentik rasa ingin tahu kisah silam mereka sehingga tiada langsung terdetik rasa kasih pada darah daging sendiri? Kering hati sungguh! Cik Pah pula beria2 meleleh air mata.

Jom ikuti kisah Ainnur yang mengajar kita untuk lebih menghargai orang disekeliling. Hargai dan sayangi mereka selagi mereka masih ada.

Cik Pah habis baca jam 2.10am. Mata sembab huhu

View all my reviews

No comments :

Post a Comment