Wednesday 4 September 2013

Novel : Nota Cinta Buatmu

Nota Cinta BuatmuNota Cinta Buatmu by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ceritanya best bangat, diawal cerita kusangkakan semuanya berkisar di Bandung. Nasib baik bapak Graham hanya berada di sana buat seketika dan dipanggil balik ke Sarawak sebelum mendapat arahan berpindah ke Kuala Lumpur dan berjiran dengan janda muda yang cantik.

Baik hati, cantik, tabah, ikhlas, cool, menghormati orang lain dan berpegang kuat pada agama itulah seorang wanita bernama Johanna. Perkahwinannya musnah pabila Dhirran menduakannya. Pilu hatinya bila suami sanggup mendedahkan aibnya depan madu Nora dan emak bapa Nora. Memang ada lelaki yang bermulut jahat macam ni. Keburukan Ana disenaraikan berjela-jela sampai tak nampak segala kebaikan. Sedangkan Dhirran sendiri tidak sesempurna manapun menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan papa kepada Aiman. Semua hal rumahtangga diuruskan sendiri oleh Ana tanpa mengeluh dan mengira wang dan lelah. Setelah 2 tahun berpisah , Dhirran mula terkenang kebaikan Ana dan mula membanding-bandingkan Nora dan Ana. Aiman dijadikan alasan untuk Dhirran sering menghubungi Ana sampai naik lemas nak layan panggilan telefon setiap hari. Keburukan Nora pula dijaja Dhirran tapi Ana pula dah jadi macam konsultan rumahtangga Dhirran. Sabar je lah.

Hubungan Graham dan Ana pula bertambah baik. Apatah lagi Aiman mula rapat dan berharap Graham menjadi ayahnya. Tapi apakan daya, Graham tidak percaya kepada agama dan menganggap perkahwinan menyusahkan. Namun saat mengetahui Ana akan berkahwin semula dengan Dhirran, hati Graham luluh dan dia meninggalkan nota cinta buat Ana. Sebenarnya perkahwinan yang dirancang Ana hanyalah drama semata-mata demi untuk menyedarkan Dhirran. Dhirran ditinggalkan terkulat-kulat semasa majlis akad nikah hampir berlangsung selepas Ana meluahkan semua rasa yang terpendam dihatinya depan semua orang. Memang dramatik sungguh!

Ana yang menyedari dia tidak bertepuk sebelah tangan mengejar Graham di Bandung. Hidayah Allah telah membuka pintu hati Graham memeluk Islam. Dengan bantuan supir Pak Yayan, Graham memeluk Islam di Masjid Darul Falah dan menemui cinta hatinya semula. Bukan setakat Ana pandai berdrama, drama Graham tak kurang menariknya. Ana diajak ke masjid tanpa tahu hal sebenar dan sedar-sedar dia dah sah menjadi isteri Graham.

"Graham tahu tak ada peribahasa Melayu mengatakan, jangan ikut lalang.. angin bertiup ke kiri dia ke kiri, angin bertiup ke kanan dia ke kanan. Bagi Ana lain. Lalang walau dia terpaksa mengikut arus angin, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan namun akarnya tetap kuat. Tidak rebah ke bumi. Bagi Ana, apa pun yang berlaku walau terpaksa menongkah angin,jika kehidupan kita ada asas dan akar yang kuat, pegangan yang kuat, kita akan selamat. Insya-ALLAH".



View all my reviews

1 comment :