Sunday 30 March 2014

Novel : Mungkinkah?



Mungkinkah by Hanni Ramsul
My rating: 4 of 5 stars

Cik Pah berjaya menghabiskan bacaan tak sampai 24 jam untuk buku setebal sebegini. Mungkinkah?

Apa sahaja dari HR, Cik Pah suka cumanya untuk kisah ini akal Cik Pah tak boleh menerima beberapa point
1) arisa tak laporkan tindakan Radhi yang mendera fizikal/emosi dia baik sebelum bercerai atau selepas bercerai walaupun penyebabnya adalah kesihatan bapanya. Takkan bapa Arisa tak fikir macam tu juga.

2) fasakh boleh diminta sbbnya Radhi tak bekerja dan kaki judi

3) kalau nak tebus talak pun, buat apalah pinjam duit kat orang, pinjaman peribadi dengan mana-mana bank kan ada. Arisa kan bekerja, takkan nak pinjam setakat RM20k tak lepas kot, mesti lepas punya

Itu hanyalah beberapa perkara yang hati Cik Pah dok berkata-kata semasa melayari kisah Arisa dan mengurangkan 1 bintang untuk mungkinkah? Selebihnya kisah percintaan Arisa dan Zariff, persahabatan Zariff dengan Najman, hubungan kekeluargaan Arisa dengan adik-adiknya, keakraban Pn Zahra dengan Nabila dari HR berjaya menutup ruang lompong itu melayakkan 4 bintang dari Cik Pah :)

Novel : Lelaki Januari


Lelaki Januari
by Hafizah Iszahanid
My rating: 4 of 5 stars

Pembongkaran kisah Delaila-Ali Syukri-Wairah

Delaila, wanita degil yang tak mahu melepaskan kenangan dia bersama Ali Syukri walaupun 12 tahun berlaku. Ali Syukri, lelaki pertama yang singgah di hati di usia remajanya ketika 19 tahun. emak dan ayah terpaksa melepaskan anak gadis mereka untuk menikahi Syuk sebelum kedua-duanya ke Notthingham untuk menyambung pelajaran. Setahun mengecapi rumahtangga bagai badai menghempas pantai apabila Wairah sahabat Ali Syukri berada dimana-mana sahaja antara mereka. Ali Syukri pula tidak mahu putuskan persahabatan dengan Wairah walaupun pergaduhan dan rajuk Delaila semunya bermula disebabkan Wairah.

Dalam Delaila kurang sihat mengandungkan anak mereka yang pertama, Ali Syukri terpaksa ke luar daerah menyiapkan tugasan. Akhirnya kandungannya yang lemah menyebabkan Delaila keguguran namun Ali Syukri masih tidak pulang. Berita yang dititip buat Wairah tidak kesampaian. Rupa-rupanya Ali Syukri yang kononnya ke luar daerah untuk urusan tugasan sebenarnya berpoya-poya dengan rakan yang lain termasuk Wairah. Dalam keadaan Delaila masih berpantang, Syuk yang tersepit kerana tembelang telah pecah terpaksa membongkar kisah dia dan Wairah yang berkasih dalam diam. Delaila hanya diam. Menangis di dalam hati. Keluarnya dari rumah tidak dijejaki Syuk. Hanya tangisan Wairah yang dikisahkan Syuk. Disangkakan Delaila merajuk untuk dua tiga hari, namun 4 bulan baru Syuk mengetahui Delaila melarikan diri ke New York dan permintaan untuk dilepas bebas ditunaikan Syuk tanpa pujuk rayu. Menanglah Wairah dalam pertandingan merebut Syuk dari Delaila yang mengalah sebelum berjuang.

12 tahun berlalu, rajuk Delaila tidak dapat dipujuk sehingga emak dan ayah di kampung tidak dijengoknya. Dia meneruskan kehidupan di New York dan menyambung pelajaran selanjutnya bekerja di sana. Sehinggalah terserempak dengan Syuk telah membuka hatinya untuk kembali ke tanah air. Sementara mencari kerja tetap, Delaila menjadi guru tadika dan disitu dia bertemu anak kecil bernama Haifa yang suka menyendiri. Lukisannya banyak berwarna hitam dan ada kalanya hanya gambar ayah dan budak kecil sahaja dilukisnya. Si ibu yang baran telah datang memberi amaran untuk tidak campur tangan mengenai perilaku anaknya telah menemukan Delaila dan Wairah. Walau pun pertemuan mereka terlindung di sebalik jendela, namun memberi kesan kepada dua wanita itu. Patutlah Delaila senang dengan anak itu, wajahnya tenang seperti Ali Syukri.

Perkahwinan Wairah dan Syuk hanya indah dalam tempoh setahun. Telah bertahun Wairah minta dilepaskan. Mungkin Syuk dah tempang atau hatinya telah tawar buat Syuk. Ya lah, Syuk kurang bertanggung jawab sebagai suami, selalu meninggalkan dia dan Haifa untuk bertugas diluar negara. Walaupun dipujuk rayu Syuk, Wairah tetap dengan pendiriannya untuk bercerai. Tapi setelah melihat Delaila, hatinya membara untuk kembali kepangkuan bekas suami. Ketika dia tidak berjaya melukakan hati Delaila, ditaburnya fitnah tentang Delaila sebagai perosak rumahtangga kepada Hud Sulaiman, lelaki yang menaruh hati terhadap Delaila. Delaila yang masih tidak dapat melupakan Syuk telah menolak hajat lelaki bujang trang tang tang itu. Pertunangan Delaila dengan Ali Syukri melukakan hati Wairah. Tatkala majlis pertunangan berlangsung, Wairah dan Haifa kemalangan. Masa Syuk lebih tertumpu buat Haifa dan Delaila terpaksa beralah demi anak yang bakal menjadi anak tirinya. Namun kesempatan itu dimanipulasi sepenuhnya oleh Wairah. Akhirnya kematian Haifa membuat Ali Syukri dan Wairah terikat dengan perkahwinan atas dasar perkongsian kenangan dengan Haifa dan rasa tanggungjawab terhadap ibu yang melahirkan anaknya. Sekali lagi Wairah menang merebut Syuk.

Pada Cik Pah, biarlah kemenangan berpihak kepada Wairah kerana Delaila layak bahagia dengan lelaki lain yang lebih bertanggungjawab dan lelaki yang hatinya tidak berbahagi kasih. Cumanya watak Delaila yang degil agak sukar mengikis kenangannya dengan Ali Syukri. Walaupun telah dinasihati oleh sahabatnya, kakak dan ibu bapa untuk memilih jalan yang lain, hatinya masih digapai Ali Syukri.

Sesudah habis menyelak muka surat terakhir, rasa lega nama terakhir dihati Delaila bukanlah Ali Syukri. Ali Syukri hanyalah lelaki budiman untuk Wairah bukan di hati pembaca. Walaupun seciput sahaja watak Hud Sulaiman, namun watak itu mampu memberi kesan untuk pembaca berpihak kepadanya.

Kisah ini tidak hanya berkisar mengenai tema cinta, penulis turut berkongsi ilmu dalam bidang perundangan, UNESCO, psychology kanak-kanak dan MSF organisasi perubatan antarabangsa. Lain daripada yang lain kan!

Lelaki Januari ~yang awal belum tentu yang pasti.

Kata Encik H, nasib baik dia lelaki Disember. Ada-ada saja kamu :)



Thursday 27 March 2014

Novel : Cinta Sang Ratu (Laksamana Sunan , #2)

Cinta Sang Ratu by Ramlee Awang Murshid
My rating: 4 of 5 stars

Siri Laksamana Sunan yang ke dua

Cinta Sang Ratu
Laksana langit mencengkam purnama
Ibarat mutiara di lautan biru
Saujana mata memandang
Seluas langit terbentang
Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji TUHAN
Apabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian


Akhirnya, Laksamana Sunan menerima jodoh dengan Ratu Sulaman (Ratna) wanita yang hampir membunuhnya dengan panahan sihir. Sebaris ayat, "sebagai manusia aku sayang padamu" telah membuka hati Ratu Sulaman untuk menjengok semula musuh ciptaan bonda. Anak didik Maharani dari Pulau Utara, pengikut thagut itu terpikat dengan pekerti Laksamana Sunan, sehingga terlupa amarah Maharani yang tidak membenarkan dia untuk jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. Bagi Sunan, perkahwinan diatur adalah untuk menjaga akhidah Ratu Sulaman yang telah diislamkan dan mengelak fitnah. Hidup mereka dilimpahi penuh kasih sayang sehinggalah saat cinta mereka diuji apabila Ratna diculik bonda dan disihirkan semula. Dari situlah, bermulanya pelayaran Sunan bersama sahabatnya Sidik ke Pulau Utara. Pelbagai rintangan yang mereka terpaksa tempuhi sepanjang pelayaran dan ada kalanya hampir meragut nyawa Sunan apabila terpaksa bertarung dengan makhluk aneh di lautan. Namun, atas keimanan yang tinggi kepada Allah, semuanya dapat ditempuhi dengan sabar dan tawaduk. Kisah si ibu yang sebatang kara amat menyentuh hati. Ada mesej disitu untuk kita renungi dan menyedarkan kita untuk terus berbakti kepada orang tua yang masih hidup dan yang telah kembali kepada Pemilik.

Di kurun 21 pula, Dani yang berpergian ke Aceh untuk mencari keris Nanggore telah menjadi mangsa Tsunami yang telah mengorbankan lebih 200000 orang. Dia yang telah diselamatkan Pak Mustakim dan anak sunti Saliha telah mengalami gangguan jiwa dan rohnya terdampar ke kurun 15, dunia Sunan. Haryani yang terasa bersalah telah menjejaki Dani tanpa restu ibu dan bapa juga mengalami ancaman diburu serigala jadian.

Kisah yang menarik penuh teladan dan watak hero yang tinggi pekerti lagi menyeru penyerahan jiwa kepada Allah, telah mencipta fenomena Sunan di hati pembaca ;)

Monday 24 March 2014

MH370

Pada hari ke 17 kehilangannya, akhirnya PM telah announce MH370 berakhir di Lautan Hindi. Salam takziah untuk keluarga mangsa.

Sunday 23 March 2014

Novel : Bagaikan Puteri (Laksamana Sunan , #1)


Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid
My rating: 4 of 5 stars

Membaca kisah berkaitan ragut, buat Cik Pah trauma. Ya Cik Pah juga mangsa ragut. Apabila melihat parut-parut luka yang hodoh rasa sakit hati dengan peragut yang bertopengkan manusia. Tapi tak sampai la koma macam Haryani watak utama dalam Bagaikan Puteri. Alhamdulillah.

Kisahnya, Haryani dan sahabatnya Rita telah menonton teater Puteri Gunung Ledang. Perbualan mereka masih lagi berkisar mengenai PGL dan Hang Tuah sehinggalah satu tragedi ragut telah membuat Haryani koma dan rohnya telah terlontar ke zaman Pertengahan Kurun ke 15. Disitulah Haryani bertemu Laksamana Sunan(Saifuddin) dan Djaulah yang sedang berlayar dari Aceh ke Melaka untuk pulang ke kampung halaman Laksamana Sunan di Punggor. Kerana terbawa-bawa watak Puteri Gunung Ledang yang ditontonnya, hanya nama Gusti Putri Retno Dumilah, Puteri Majapahit sahaja yang terlintas dimindanya. Lalu nama itu diperkenalkan kepada lelaki yang telah menyelamatkannya daripada hanyut di lautan. Dari situlah Haryani mengikuti pelayaran bersama-sama Laksamana Sunan dan menempuh kuasa jahat manusia bertuhankan syaitan. Akhirnya terbit bibit-bibit cinta dihati mereka walaupun tidak pernah terlafaz dibibir.

Di abad 21, Dani buat pertama kalinya melihat Haryani yang terlantar dikatil, telah jatuh hati. Pertemuan bermula apabila Dani, yang mempunyai susur galur Laksamana Sunan dari moyangnya Megat, abang kepada Laksamana Sunan berhajat ingin mendapatkan kembali mushaf tulisan Laksamana Sunan yang berada dirumah Haryani. Yang menjadi misteri, mushaf yang ditulis pada kurun ke 15 itu tertulis nama Haryani dan kata-kata puitis itu seolah-olah ditujukan khas buat Haryani. Sedangkan di abad ke 15, kejadian itu benar-benar terjadi. Laksamana Sunan telah menulis bait-bait puitis itu untuk Haryani yang cantik bagaikan puteri.

Sejak melihat Haryani, Dani berulang-alik melawat Haryani dan menyatakan kesudian melamar Haryani sekiranya Haryani pulih. Suaranya kadang-kadang dapat didengari Haryani di dunia satu lagi, tetapi kerana rasa cinta buat Laksamana Sunan, Haryani tidak ingin pulang ke dunia asal. Walau bagaimanapun, Laksamana Sunan perlu menjalankan amanah daripada gurunya Wali Sufi. Haryani perlu dibunuh untuk memulangkan rohnya kembali ke jasad dan kepangkuan keluarga. Berdebar untuk mengetahui atas alasan apa Laksamana Sunan membunuh Haryani sedangkan dia buat masa itu, turut menyimpan perasaan buat Haryani.

Situasi di Malaysia, hari demi hari berlalu sehinggalah tiada ikhtiar perubatan yang mampu memulihkan kembali Haryani yang koma. Cukup seminggu Doktor terpaksa mengistiharkan kematian Haryani yang selama ini bernafas melalui alat bantuan pernafasan. Saat dikapankan dan ketika jenazah Haryani diliang lahat satu kejadian telah menggemparkan satu Malaysia kerana Haryani yang disahkan mati telah hidup kembali. Dek kerana rasa cinta yang masih kuat buat Laksamana Sunan, Haryani rasa kecewa terputus hubungan dengan dunia Laksamana Sunan apatah lagi dia sedar Laksamana Sunan telah mengembalikannya ke dunia sebenar setelah membunuh dia dengan tangan Laksamana Sunan sendiri.

Patut lah pembaca berkenan sungguh dengan Laksamana Sunan. Budi pekerti dan ilmu agamanya tinggi. Hikmah dia merantau kerana kecewa difitnah dan ketidakadilan bapanya selaku Ketua Kampung menghukum atas kesalahan yang tidak dilakukan. Akhirnya, ditakdirkan Saifuddin diangkat menjadi hero idaman Malaya melawan kejahatan manusia yang bertuhankan syaitan. Membaca kisah ini seakan-akan terasa laksamana ini betul-betul wujud.

Next!

Thursday 20 March 2014

Novel : Cinta Tak Beralih

Cinta Tak BeralihCinta Tak Beralih by Hezzy Azra
My rating: 4 of 5 stars

Kisah si laundromat girl dengan flamboyant and cocky guy yang menarik.

Suka dengan hero heroin ciptaan penulis yang ada kelainan disetiap novel beliau. Kelebihan penulis, boleh mempelbagaikan watak hero dan heroin. Kali ini watak hero adalah seorang yang kedekut. Sanggup berhabis duit pasal kereta tapi bila harga roti canai naik 20 sen terus diboikot kedai mamak yang selalu dikunjungi. Kelakar. Tak payah buat dialog kelakar, watak hero yang kedekut pun dah cukup terhibur. Suka juga dengan watak Larra yang berprinsip dan berdikari.

Jom layan kisah Larra Kirana, Shaqril dan Razlan. Telah lama Larra melihat kelibat seorang lelaki yang menarik hati dari kedai dobi miliknya tetapi masih tidak berpeluang mengenali lelaki tersebut. Kadang-kadang parking kereta berhampiran tangga menjadi rebutan mereka, tanpa Larra sedari si lelaki yang diminati dalam diam turut memerhatinya dari kejauhan. Perkenalan mereka bermula apabila Shaq yang tertumpah air di baju terpaksa menghantar baju ke kedai dobi Larra. Pertemuan singkat itu disusuli dengan pemberian roti kismis home made di balas mihun sup dan rentetan peristiwa-peristiwa kecil membuat mereka berpeluang mengenali diri masing-masing. Namun semunya setakat itu sahaja hubungan mereka, pertemuan mereka akan berakhir di departing point, LK laundry. Puas juga Larra berfikir kenapa Shaq membataskan hubungan mereka setakat di parking lot tanpa menyedari Shaq adalah tunangan Balqis, gadis pilihan keluarga.

Cerita Pn penulis ini membuat kita menyelam perasaan dilema orang yang dah bertunang tetapi baru terjumpa dengan gadis pilihan. Shaq sedar dia buat pertama kalinya telah jatuh cinta. Begitu juga dengan Larra. Malangnya buat pertama kali mereka mula belajar apa itu cinta, mereka harus terima takdir yang ditentukan. Kasihan. Pada temujanji kali pertama, lafaz cinta tidak dapat diraikan dengan hati yang berbunga setelah terbongkarnya rahsia Shaq.

Setelah mengetahui Shaq tunangan orang, seboleh-bolehnya Larra cuba mengelak dari bertembung dengan Shaq. Sewaktu Shaq masih melayan dan memberi harapan kepada Larra, rasa macam nak marah Shaq, kesian Larra.

Namun tindakan Shaq tidak tarik diri dari perkahwinan adalah tindakan bijak. Perkahwinan dengan Balqis terpaksa diterusnya. Bagi Shaq dia bukan orang yang mudah memungkiri janji apatah lagi bakal meretakkan hubungan baik emak dengan bakal besan merangkap kawan baik. Bukan prinsip hidupnya untuk membiarkan keluarga menanggung malu gara-gara mementingkan diri sendiri. Bagi Shaq kalau pun dia ingin menyunting Larra biarlah bukan dalam keadaan yang menyebabkan orang menuding jari kepada Larra sebagai perampas dan dalam apa keadaan pun dia mahukan restu dari ibunya dan menjadikan Larra menantu yang disayangi.

Saat Larra berduka lara, Razlan yang merupakan business partner menjadi tempat Larra meluahkan perasaan. Bagi Larra, Razlan adalah teman yang disenangi dan dihormatinya apatah lagi jarak umur mereka yang jauh. Isteri Razlan, Aishah dan anak-anak juga menganggap Larra sebahagian daripada keluarga, tiada istilah cemburu dihati Kak Chah andai Razlan bertemu Larra. Melihat kebahagiaan Razlan dan Kak Chah yang berkahwin tanpa cinta pada awalnya, menyedarkan dia yang Shaq juga akan bahagia bersama Balqis.

Namun Allah lebih menyayangi Kak Chah, kemalangan jalan raya telah meragut nyawa dia dan meninggalkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu. Pilu menyelubungi rumah banglo Razlan. Bagi Razlan tiada wanita yang mampu menandingi Aishah isteri yang dicintai. Namun anak kembarnya yang masih kecil masih memerlukan penjagaan dan perhatian. Keluarga Razlan yang melihat penerimaan anak-anak dan keikhlasan Larra menjaga anak kembar dan anak remaja Razlan mencadangkan Larra sebagai calon pengganti. Saat Larra dilamar menjadi ibu kepada anak-anaknya, di pihak Shaq pula rumahtangganya hancur dek terbongkar rahsia songsang Balqis.
Larra cuba belajar menerima kehadiran Razlan sebagai bakal suami. Perkahwinan dirancang namun terhalang kerana walinya tidak bersetuju. Ada sengketa antara Amin, adik lelakinya dengan Razlan yang tidak disedari sesiapa mahupun Razlan sendiri. Dalam Larra menyelesaikan kekusutan yang ditimbulkan Amin, hatinya berbolak balik apabila Shaq muncul semula dan mengistihar dirinya bukan milik sesiapa lagi.

Bagaimana kesudahan kisah cinta Larra-Shaq-Razlan. Baru Larra sedar betapa sukar membuat pilihan seperti yang pernah Shaq lalui. Antara janji dan cinta yang mana satu perlu diutamakan. Alahai macam menonton cerita Hindustan pulak. Apa-apapun Cik Pah suka Cinta Tak Beralih.

View all my reviews

Novel : Alang Rebus Tak Empuk

Alang Rebus Tak EmpukAlang Rebus Tak Empuk by Aimi Shabana
My rating: 3 of 5 stars

Zaman yang pernah ditempuhi yang tak dapat diulangi kembali. Zaman remaja. Zaman belajar, bersahabat, bergelumang dengan buku-buku ilmiah, zaman menghafal segala formula, zaman buat mind map & nota kecik. Arghh rindunya... Banyak lagi kenangan indah, masam manis dulu-dulu pasti terimbas kembali sewaktu melayari Alang rebus tak empuk. Zaman di 'U' ni lah orang cakap mudah nak cari jodoh selain tujuan utamanya untuk belajar dan menggenggam segulung sijil. Ramai yang bercinta dizaman belajar, tapi bilangan pasangan yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin boleh dibilang dengan jari sahaja.

Walaupun cerita ini tidak berakhir dengan perkahwinan, tapi bayang-bayang tu dah nampak bila perhubungan itu ada matlamat. 4 gadis, 3 jejaka bersahabat. Dalam bersahabat, pasti ada yang tersangkut. Usik-mengusik tu selalu, rajuk merajuk tu biasa. Tinggal hati yang dapat menjawab keikhlasan menerima sidia tanpa mengukur kecantikan luaran.


Dakwah penulis untuk pembaca yang dapat dikutip dari novel ini adalah saranan untuk kita mengamalkan solat istikharah dari awal supaya diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat apa-apa keputusan atau pilihan yang betul baik dalam pemilihan pasangan atau hal-hal lain.

Baik untuk bahan bacaan anak remaja dan mak budak pun boleh baca :)

View all my reviews

Sunday 16 March 2014

Novel : Melodi Kasih

Melodi KasihMelodi Kasih by Hezzy Azra
My rating: 4 of 5 stars


Mereka bersahabat dan masing-masing ada onak ranjau yang perlu ditempuhi. Zahara, gadis maskulin yang putus cinta kerana perbezaan agama dengan Isaac, bakal bertemu Fariq lelaki blur yang romantis, kisah mereka menguasai keseluruhan cerita. edrina (EJ) yang telah berkahwin atas pilihan keluarga selama 3 tahun cuba bertahan akhirnya bergelar janda diawal usia dan watak Iman adalah rakan EJ dan Zaha yang lembut dan isteri yang baik untuk Huzir.

Zaha-Fariq, perkenalan mereka bermula hasil daripada EJ yang menolong Zaha mendapatkan kontraktor membaik pulih kondo ibu Zaha. Sejak pertemuan itu, Fariq cuba memikat Zaha yang jual mahal dan seolah-olah membina benteng terhadap lelaki. Bagi Zaha, hatinya masih belum terbuka menerima lelaki kerana kisah ibunya yang ditinggalkan ayah, kelakuan abang yang tidak bertanggungjawab dan kecewa dlm percintaan masih berbekas di hati. Kisah tarik tali yang menarik dan akhirnya Zaha terbuka hati menerima Fariq. Walau bagaimanapun, satu fitnah telah mencemarkan maruah Fariq dan membuat Zaha kecewa. Bagaimana Fariq memulihkan kembali kepercayaan Zaha? Ikuti kisah mereka yang sweet.

EJ-Taj, bg EJ dia mencintai Taj sepenuh hati selepas diijab kabulkan. Rasa dilayan bagai permaisuri kerana suaminya cukup penyayang dan menantu yang baik untuk mak dan ayah. Walhal tanpa EJ sedari semuanya adalah lakonan Taj untuk menumpang kemewahan keluarga EJ. EJ Kepinginkan anak untuk melengkapkan sebuah keluarga tetapi setelah 3 tahun masih belum dikurniakan zuriat. Apabila isu anak dibentangkan, ada saja helah Taj walhal doctor mengesahkan dia tidak bermasalah untuk mengandung. Taj rasa tercabar dan tanpa EJ sedari suaminya bakal mendapat zuriat dengan wanita lain secara tidak sah. Sampai bila rahsia ini akan tersimpan bila wanita yang dihamilkan itu cuba menuntut dipertanggungjawabkan. Taj kalut. Dia bakal kehilangan jawatan penting dalam syarikat keluarga EJ dan segala kemewahan yang selama ini dia nikmati. Kalau ikutkan perempuan yang mengungkitkan pemberiannya kita akan rasa menjengkelkan, tapi dalam situasi Taj yang 'jahat' ni, rasa macam nak tepuk tangan bila EJ cuba menyedarkan Taj tentang kedudukan dia di syarikat papa dan peratus milikan saham. Bagaimana EJ mendapatkan kebebasan daripada Taj dan siapa wanita yang berkepit dengan Taj yang pernah Zaha nampak tanpa pengetahuan EJ. Pembongkaran rahsia yang tidak disangka-sangka.


Iman-Huzir, contoh pasangan suami isteri yang bahagian bersama zuriat yang comel. Mereka sama-sama bersusah payah mengharungi bahtera rumahtangga dan berdikit-dikit berbelanja dengan kewangan yang agak terhad. Cabaran buat Huzir yang bekerja di bawah Taj yang sombong dan bongkak. Periuk nasi Huzir ditabur pasir dan Huzir hampir menyerah kalah dengan tekanan kerja yang Taj kenakan. Taj yang tidak professional dalam mengurus syarikat terbawa-bawa isu peribadi yang tidak berpuas hati atas persahabatan isteri mereka dan tuduhan tidak berasas kemasukan Huzir ke syarikat atas dasar persahabatan dan bukan atas kemampuan Huzir.

Ada sedikit kekeliruan tentang EJ yang mengerjakan umrah sedangkan semasa itu Taj dah lafaz taklid cumanya belum diputuskan oleh mahkamah samada jatuh talak atau tidak. Isunya disini adalah wanita dalam iddah dilarang mengerjakan umrah dan adakah EJ dalam iddah ketika mengerjakan umrah? Buku ni ditulis pada tahun 2007, mungkinkah dah ada pencerahan tentang isu ini?

View all my reviews

Wednesday 12 March 2014

Novel : Asam Pedas Untuk Dia

Asam Pedas Untuk DiaAsam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza
My rating: 3 of 5 stars

Kalau dilihat kepada tajuk novel ini, mesti dah boleh agak, cerita ini adalah mengenai orang selatan. Kalau orang utara, tajuknya dah jadi Gulai Kepala Ikan Untuk Dia :)

Memang menguji kesabaran sungguh baca novel ni. Mahu ku lesing je watak heronya Ziyad. Boleh je dia buat derk tgk adik n tunang dok hina bini yang sedang mengandungkan anak dia. Tahulah si isteri tu orang gaji sahaja, tapi takkan tengok je.

Bila isteri dah merajuk , macam nanar jugak la mencari isteri yang balik kampung bekas mertua. Konon takut rahsia kahwin sembunyi terbongkar akan menyebabkan uminya sakit rupa2nya umi & abah berlapang dada menerima Ainin sebagai menantu, apatah lagi menantu pandai masak terutama masak asam pedas. Rugi jek nyorok2 sblm ni.

View all my reviews

Novel : Semerah Red Velvet

Semerah Red VelvetSemerah Red Velvet by Hezzy Azra
My rating: 3 of 5 stars

Best jugak cerita ni.


Riana - Syahir. Hubungan terjalin kerana Pn Hasnah yang berkenankan Riana mengatur perkenalan dengan anaknya yang spoil. Harapannya apabila bercinta dengan Riana, Syahir akan lebih bertanggungjawab dan Riana dapat mengubah perangai anaknya yang malas bekerja , dok mengharap ehsan fama yang harta banyaknya 5 keturunan makan tak habis. Patut disesah je anak sebegini, dah la rosak, cuba pulak merosakkan anak orang yang baik. Gaduh-baik, gaduh-baik. Akhirnya hubungan mereka terputus bila Syahir nampak Riana melayan pelanggan kafe sedangkan dengan dia, Riana asyik mengelak pertemuan rahsia yang diatur Syahir. Pergaduhan di Kafe tempat Riana bekerja menamatkan hubungan yang dah tiada rasa buat Riana. Lega.

Riana-Emir. Perkenalan mereka bermula di Kafe. Kerana cemburu Syahir terhadap layanan mesra Riana kepada Emir, turut mengheret Emir berada dalam pergaduhan Riana -Syahir. Bermulalah detik Emir tercari-cari Riana yang berhenti kerja disebabkan malu difitnah Syahir. Tidak disangka Emir, Riana berada di kolej tempat dia bekerja. Akhirnya mereka berjodoh walaupun Riana cuba melarikan diri.

Novel ini semakin menarik selepas Riana-Emir diijab kabulkan. Konflik rumahtangga bukan hanya kerana orang ketiga ttp penulis membawa kisah ini kepada konflik yang lebih realistik. Jurang pendidikan, personaliti, cara asuhan keluarga, ego, masalah komunikasi, kisah silam, salah faham lebih dekat dengan situasi sebenar bagi pasangan suami isteri.

View all my reviews