Sunday 16 March 2014

Novel : Melodi Kasih

Melodi KasihMelodi Kasih by Hezzy Azra
My rating: 4 of 5 stars


Mereka bersahabat dan masing-masing ada onak ranjau yang perlu ditempuhi. Zahara, gadis maskulin yang putus cinta kerana perbezaan agama dengan Isaac, bakal bertemu Fariq lelaki blur yang romantis, kisah mereka menguasai keseluruhan cerita. edrina (EJ) yang telah berkahwin atas pilihan keluarga selama 3 tahun cuba bertahan akhirnya bergelar janda diawal usia dan watak Iman adalah rakan EJ dan Zaha yang lembut dan isteri yang baik untuk Huzir.

Zaha-Fariq, perkenalan mereka bermula hasil daripada EJ yang menolong Zaha mendapatkan kontraktor membaik pulih kondo ibu Zaha. Sejak pertemuan itu, Fariq cuba memikat Zaha yang jual mahal dan seolah-olah membina benteng terhadap lelaki. Bagi Zaha, hatinya masih belum terbuka menerima lelaki kerana kisah ibunya yang ditinggalkan ayah, kelakuan abang yang tidak bertanggungjawab dan kecewa dlm percintaan masih berbekas di hati. Kisah tarik tali yang menarik dan akhirnya Zaha terbuka hati menerima Fariq. Walau bagaimanapun, satu fitnah telah mencemarkan maruah Fariq dan membuat Zaha kecewa. Bagaimana Fariq memulihkan kembali kepercayaan Zaha? Ikuti kisah mereka yang sweet.

EJ-Taj, bg EJ dia mencintai Taj sepenuh hati selepas diijab kabulkan. Rasa dilayan bagai permaisuri kerana suaminya cukup penyayang dan menantu yang baik untuk mak dan ayah. Walhal tanpa EJ sedari semuanya adalah lakonan Taj untuk menumpang kemewahan keluarga EJ. EJ Kepinginkan anak untuk melengkapkan sebuah keluarga tetapi setelah 3 tahun masih belum dikurniakan zuriat. Apabila isu anak dibentangkan, ada saja helah Taj walhal doctor mengesahkan dia tidak bermasalah untuk mengandung. Taj rasa tercabar dan tanpa EJ sedari suaminya bakal mendapat zuriat dengan wanita lain secara tidak sah. Sampai bila rahsia ini akan tersimpan bila wanita yang dihamilkan itu cuba menuntut dipertanggungjawabkan. Taj kalut. Dia bakal kehilangan jawatan penting dalam syarikat keluarga EJ dan segala kemewahan yang selama ini dia nikmati. Kalau ikutkan perempuan yang mengungkitkan pemberiannya kita akan rasa menjengkelkan, tapi dalam situasi Taj yang 'jahat' ni, rasa macam nak tepuk tangan bila EJ cuba menyedarkan Taj tentang kedudukan dia di syarikat papa dan peratus milikan saham. Bagaimana EJ mendapatkan kebebasan daripada Taj dan siapa wanita yang berkepit dengan Taj yang pernah Zaha nampak tanpa pengetahuan EJ. Pembongkaran rahsia yang tidak disangka-sangka.


Iman-Huzir, contoh pasangan suami isteri yang bahagian bersama zuriat yang comel. Mereka sama-sama bersusah payah mengharungi bahtera rumahtangga dan berdikit-dikit berbelanja dengan kewangan yang agak terhad. Cabaran buat Huzir yang bekerja di bawah Taj yang sombong dan bongkak. Periuk nasi Huzir ditabur pasir dan Huzir hampir menyerah kalah dengan tekanan kerja yang Taj kenakan. Taj yang tidak professional dalam mengurus syarikat terbawa-bawa isu peribadi yang tidak berpuas hati atas persahabatan isteri mereka dan tuduhan tidak berasas kemasukan Huzir ke syarikat atas dasar persahabatan dan bukan atas kemampuan Huzir.

Ada sedikit kekeliruan tentang EJ yang mengerjakan umrah sedangkan semasa itu Taj dah lafaz taklid cumanya belum diputuskan oleh mahkamah samada jatuh talak atau tidak. Isunya disini adalah wanita dalam iddah dilarang mengerjakan umrah dan adakah EJ dalam iddah ketika mengerjakan umrah? Buku ni ditulis pada tahun 2007, mungkinkah dah ada pencerahan tentang isu ini?

View all my reviews

No comments :

Post a Comment