Thursday 20 March 2014

Novel : Alang Rebus Tak Empuk

Alang Rebus Tak EmpukAlang Rebus Tak Empuk by Aimi Shabana
My rating: 3 of 5 stars

Zaman yang pernah ditempuhi yang tak dapat diulangi kembali. Zaman remaja. Zaman belajar, bersahabat, bergelumang dengan buku-buku ilmiah, zaman menghafal segala formula, zaman buat mind map & nota kecik. Arghh rindunya... Banyak lagi kenangan indah, masam manis dulu-dulu pasti terimbas kembali sewaktu melayari Alang rebus tak empuk. Zaman di 'U' ni lah orang cakap mudah nak cari jodoh selain tujuan utamanya untuk belajar dan menggenggam segulung sijil. Ramai yang bercinta dizaman belajar, tapi bilangan pasangan yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin boleh dibilang dengan jari sahaja.

Walaupun cerita ini tidak berakhir dengan perkahwinan, tapi bayang-bayang tu dah nampak bila perhubungan itu ada matlamat. 4 gadis, 3 jejaka bersahabat. Dalam bersahabat, pasti ada yang tersangkut. Usik-mengusik tu selalu, rajuk merajuk tu biasa. Tinggal hati yang dapat menjawab keikhlasan menerima sidia tanpa mengukur kecantikan luaran.


Dakwah penulis untuk pembaca yang dapat dikutip dari novel ini adalah saranan untuk kita mengamalkan solat istikharah dari awal supaya diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat apa-apa keputusan atau pilihan yang betul baik dalam pemilihan pasangan atau hal-hal lain.

Baik untuk bahan bacaan anak remaja dan mak budak pun boleh baca :)

View all my reviews

No comments :

Post a Comment