Showing posts with label Hanni Ramsul. Show all posts
Showing posts with label Hanni Ramsul. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Novel : Mungkinkah?



Mungkinkah by Hanni Ramsul
My rating: 4 of 5 stars

Cik Pah berjaya menghabiskan bacaan tak sampai 24 jam untuk buku setebal sebegini. Mungkinkah?

Apa sahaja dari HR, Cik Pah suka cumanya untuk kisah ini akal Cik Pah tak boleh menerima beberapa point
1) arisa tak laporkan tindakan Radhi yang mendera fizikal/emosi dia baik sebelum bercerai atau selepas bercerai walaupun penyebabnya adalah kesihatan bapanya. Takkan bapa Arisa tak fikir macam tu juga.

2) fasakh boleh diminta sbbnya Radhi tak bekerja dan kaki judi

3) kalau nak tebus talak pun, buat apalah pinjam duit kat orang, pinjaman peribadi dengan mana-mana bank kan ada. Arisa kan bekerja, takkan nak pinjam setakat RM20k tak lepas kot, mesti lepas punya

Itu hanyalah beberapa perkara yang hati Cik Pah dok berkata-kata semasa melayari kisah Arisa dan mengurangkan 1 bintang untuk mungkinkah? Selebihnya kisah percintaan Arisa dan Zariff, persahabatan Zariff dengan Najman, hubungan kekeluargaan Arisa dengan adik-adiknya, keakraban Pn Zahra dengan Nabila dari HR berjaya menutup ruang lompong itu melayakkan 4 bintang dari Cik Pah :)

Monday, 11 November 2013

Novel : KuSeru Rindu Itu

KuSeru Rindu ItuKuSeru Rindu Itu by Hanni Ramsul
My rating: 5 of 5 stars


Rasa puas baca naskah ini sebabnya semua watak diberi ruang untuk pembaca tahu apa yang mereka rasa tentang seseorang atau situasi yang berlaku.

Pada Cik Pah ada pengajaran yang penulis cuba tunjukkan melalui watak yang diwujudkan. Buat pengajaran bidadari diluar sana yang masih single yang hatinya dicuri lelaki budiman yang telah berkahwin dan dah jadi bapa. Andai kata anda dihimpit situasi seperti Maisara, jangan cepat terbuai janji manis lelaki, mungkin waktu itu mereka juga keliru dengan diri mereka. Alam rumahtangga ni bukan sahaja melibatkan dua perasaan tetapi ramai akan turut merasa tempiasnya sakit dan kecewa. Apabila isu pasal kahwin ditimbulkan dan si lelaki berdolak-dalih bertangguh-tangguh mengkhabarkan kepada isteri pertama, bersedialah anda menghadapi fasa hubungan selanjutnya sama ada si lelaki mengotakan janji mengahwini anda atau memutuskan hubungan.

Bagi isteri yang suaminya ada skandal diluar, layani keperluan suami tanpa cacat sedikitpun moga suami dapat mempertimbangkan semula anda daripada diceraikan atau dimadukan. Mungkin payah tapi siapa tahu hati suami kembali menggebu untuk anda. Ya! Ini kata2 dari orang yang tak merasakan sakit dikecewakan. Ada kot kata Cik Pah poyo ahaks. Apa2 pun Cik Pah tabik penulis bertabah menulis cerita yang buat orang rasa nak demam.

-----@@@@@@@-----#######------

7 tahun melayari rumahtangga Hisyam masih gagal menemui rasa cinta buat isteri yang telah melahirkan seorang putera comel Syafiq , buah hati mereka yang keletah dan memeriahkan rumahtangga mereka. Mereka berkahwin atas desakan orang tua. Jadinya diawal perkahwinan, mereka hanya berlakon bahagia depan ibu bapa masing-masing. Hisyam telah memberi peringatan buat Idayu yang dia mungkin akan mencintai wanita lain suatu hari nanti. Sehinggalah suatu hari yang dikatakan itu betul-betul berlaku, Idayu kecewa kerana hatinya telah diam untuk Hisyam, bukan Borhan kekasih hati yang curang dan mengambil kesempatan mengelak dari dipersalahkan putusnya hubungan mereka suatu ketika dulu.

Walaupun Idayu tahu Hisyam menduakan dia, Idayu tetap melayan keperluan Hisyam dengan senyuman. Dia tahu, masanya telah tiba samada Hisyam melepaskan dia atau dia terpaksa rela menerima Maisara sebagai madu. Hisyam yang tidak tahu bahawa Idayu telah menghidu hubungan dia dengan Sara masih melayan Ayu seperti biasa kerana dia adalah lelaki yang penuh tanggungjawab. Sedikit perubahan Ayu yang suka termenung menghambat rasa bersalah dihati. Ditakuti muramnya Ayu adalah disebabkan Ayu tahu skandal dia. Pada Shahrul, sahabat baik merangkap adik ipar diceritakan rasa istimewa dia buat Sara dan persediaan mengahwini Sara. Walaupun Shahrul memujuk untuk Hisyam pertimbangkan, Hisyam tetap degil memperisterikan Sara kerana dia telah temui rasa cinta yang bertandang yang tidak ada untuk Ayu. Dalam dia berkeras untuk menyunting Sara, sebenarnya Hisyam masih bertangguh untuk memberitahu Ayu kerana takut Ayu bersedih. Berbulan2 bertangguh, Sara akhirnya nekad menonjol diri di pejabat dan mengaku sebagai kekasih Hisyam depan Ayu. (Lagi berkali-kali watak perempuan kedua dijahatkan sedangkan yang jahatnya adalah suami yang telah temui cinta baru).

Dalam bersedih Ayu mulakan langkah dengan mengusul untuk mereka berbulan madu untuk kali kedua dengan syarat dalam tempoh 2 minggu mereka bercuti Hisyam dilarang sama sekali menghubungi Sara. Berbahagialah Hisyam dan Idayu di Cameron Highland tanpa gangguan sampai dalam tak sedar layanan istimewa Ayu telah mencetus rasa cinta dalam hati Hisyam. Namun satu panggilan dari Sara telah disambut menyebabkan Ayu berkeras menamatkan tempoh bulan madu mereka. Sekembali di rumah agam, Ayu mengambil keputusan merelakan Hisyam mengahwini Sara kerana bagi Ayu dia telah gagal menawan hati Hisyam. Hisyam juga kecewa kerana baginya Ayu tidak sungguh-sungguh mempertahankan cinta buat dia sedangkan hati dia mula mencintai Ayu dalam diam.

Satu insiden telah menyebabkan Ayu bukan lagi halal untuk Hisyam apabila Hisyam terburu-buru menjatuhkan talak. Apa yang berlaku buat Hisyam nanar. Berjayakah Hisyam memujuk Ayu kembali ke pangkuan apatah lagi Ayu sangat2 kecewa diceraikan dalam keadaan mengandung anak kembar.

Ok pi beli sendiri kalau nak tau ending sbb Cik Pah pun bersusah payah nak dapatkan versi cetak ni. Dari kedai ke kedai mencari di 'P' akhirnya terjumpa di 'M' dalam keadaan cover yang agak komot. Ok la juga dapat diskaun walaupun ciput daripada disuruhnya Cik Pah pi ke cawangan 'M' yang lain.

View all my reviews

Wednesday, 30 October 2013

Novel : Pergilah Air Mata

Pergilah Air MataPergilah Air Mata by Hanni Ramsul
My rating: 5 of 5 stars

Serious best!

Kali ni Cik Pah tak selak epilog, jadinya Cik Pah dok berdebar sebab tak boleh nak teka siapa yang sedang tersenyum bahagia duduk bersanding seperti yang diceritakan di prolog.

;)

Sabrina (Ina) dari wanita cengeng yang lembik asyik menangis dan bergantung kepada kekasih dan sahabatnya, dia berubah menjadi wanita yang cekal. Mungkin sebab dah dilatih dengan Badrul, suami yang dia nikahi atas satu dosa yang tak dia lakukan. Di tangkap basah kerana tersalah bilik. Tapi tak siapa mahu percaya cakap Sabrina. Ikhmal kekasih hati merangkap bakal tunang langsung taknak bantu dia. Maria kawan baik pula menjauh diri sedangkan dialah yang sepatutnya menjernihkan keadaan setelah Maria yang tersalah bagi nombor bilik. Pada pandangan Badrul dan Datin Hamidah, Ina ada agenda mengikis harta mereka sehingga sanggup memerangkap Badrul. Hanya abah Badrul, Datuk Hamidi sahaja menerima Ina sebagai menantu. Pada mulanya orang gaji pun dok sindir2 Ina, nasib baik lah watak Kak Jamilah lama2 jadi baik, jadi kawan Ina setelah berbulan-bulan Ina hidup dalam sangkar emas.

2 bulan berkahwin, Datuk Hamidi menawarkan hadiah honeymoon untuk mereka. Lokasi Pulau Pangkor menjadi destinasi pilihan. Rupa-rupanya Badrul menjejak Dayana kekasih hati yang membawa diri setelah Badrul mengakui dia telah berkahwin. Asalnya Dyana menolak lamaran Badrul, tapi dia berubah fikiran setelah tercabar melihat Ina. Ina yang baik hati ni pun rela sepenuh hati mengizinkan Bad berkahwin dengan Dayana. Mula2 tu mmg tak rasa apa2, lama2 melihat kebahagiaan Badrul dan Dayana, terdetik perasaan sedikit cemburu dihati Ina. Ye la dengan Dayana, bukan main romantik lagi Badrul sedangkan dengan dia, garang macam singa. Kebahagiaan Badrul mula terasa hambar apabila Dayana mula sibuk dengan kerjaya. Adakalanya berhari-hari dan ada kalanya berminggu-minggu Dayana outstation sehingga Badrul rasa terpinggir dan terkenang Ina yang lembut dan menurut kata. Tanpa disedari Badrul, perasaan benci dan dendam sedikit demi sedikit terhakis dibajai bibit cinta. Saat Ina rela membelai dan dibelai Badrul, Dayana pulang secara mengejut dan ternampak adegan yang mengundang kecewa dihati. Badrul dilema. Yana isteri yang dicintai atau Ina isteri pertama yang baru saja diam dihati yang mengisi rasa kosong yang ditinggalkan Yana. Sekali lagi Ina rasa kecewa lalu membawa diri ke Terengganu apabila seminggu Badrul tidak dapat dihubungi setelah berkejaran memujuk Dayana.

Siapa pilihan Badrul? Dayana atau Sabrina ? Sabrina pula, siapa pilihan dia? Ikhmal kekasih hati yang dah tahu kisah sebenar angkara Maria, Darius kawan Badrul yang menyenangi Ina dan menunggu Ina dilepaskan, Faizal duda anak satu owner resort tempat Ina bawa diri mengubati rasa kecewa atau Badrul suami yang mendera jiwa dia.

View all my reviews