Wednesday 1 October 2014

Novel : Jah & Od Soulmate Selamanya

Jah & Od_Soulmate SelamanyaJah & Od_Soulmate Selamanya by Ainin Naufal
My rating: 4 of 5 stars

Jah dan Od buat Cik Pah teringat watak Anaz dan Odie, Jet dan Jonah dalam keluarga penerbit yang sama. Suka!3x, rindu sama mereka.

Luar dan dalam mereka seperti mengenali satu sama lain apatah lagi semenjak kanak-kanak ribena sehingga menginjak dewasa mereka berkawan dan tidak terpisah. Tapi bab hati tiada siapa antara mereka dapat menebak. Siapa dulu antara mereka yang terbit cetusan rasa dan menyembunyikan hakikat tersebut? Apa halangan yang menanti? Yang pasti kerana mulut Od yang tak bertapis dah buat hati Jah tersentap. Jika suka cerita sebegini, boleh layan kisah persahabatan mereka.


Od kemaruk karipap hasil air tangan Jah

View all my reviews

Wednesday 24 September 2014

Novel : Dunia Belum Berakhir

Dunia Belum BerakhirDunia Belum Berakhir by Aimi Shabana
My rating: 4 of 5 stars

Cerita dalam cerita. Menariknya kisah Yasmin-Khalil-Zahid diceritakan oleh Haiza dan disambung pengakhiran oleh Hisyam kepada anak mereka yang putus cinta untuk menggambarkan bahawa Dunia Belum Berakhir apabila putus cinta.


Yasmin gadis yang setia, diuji dengan janji kasih setia cinta jarak jauh dengan Khalil yang telah pulang ke kampungnya di Melaka. Sepanjang 4 tahun percintaan mereka, hanya Yasmin sahaja tersua-sua muka melawat Khalil di Melaka. Sedangkan Khalil telah menemui kekasih baru sepupu kepada rakan sepejabat, Nora yang lengkap ilmu agama. Kisah mereka diselang-selikan dengan kisah Yasmin berkenaan isu kesetiaan di Taiping bersama pasangan bahagia Sarah-Aiman yang kepochi penghibur hati manakala Khalil di Melaka bersama Nora, Mustafa dan Jeevan si pakar motivasi berkenaan isu lamaran yang tidak kunjung tiba daripada Khalil. Sungguh Cik Pah tertunggu-tunggu watak Aiman yang blur, manja dan partner in crime bersama tunangnya Sarah di sebelah Yasmin dan Jeevan si Bangla/Nepal di pihak Khalil yang muka tembok memberikan motivasi dengan hanya mengutip ayat-ayat motivasi dari facebook. Mereka ini yang menyebabkan Cik Pah ralit menyelak muka surat demi muka surat. Memang gelak mengekek dengan Jeevan yang selalu tiba-tiba muncul depan Khalil. Ada sahaja cerita-cerita Jeevan yang memang terkena batang hidung Khalil. Walaupun kehadiran dia tidak disenangi, dia bersungguh-sungguh mencuri masa Khalil memberikan kata-kata nasihat dan buat kita turut menelinga.

Watak Zahid pula menjelma sebagai bekas kekasih Yasmin yang menuntut diberi peluang kedua. Dalam Yasmin cuba mempertahankan kesetiaannya, Yasmin termakan pujukan Sarah untuk menerima Zahid sebagai calon kedua sekiranya cinta Khalil beralih arah. Seperti biasa kita pasti meneka, Yasmin akan berakhir dengan salah seorang daripada mereka. Nak tahu kisah selanjutnya, anda perlu mendengar sendiri cerita daripada Haiza dan pastinya pengakhirannya membuat anda berlapang dada dan tersenyum.

Menariknya novel ini, isu masyarakat dikupas secukup rasa. Pandangan manusia kepada pelacur, golongan gelandangan, peragut imam muda mewarnai kisah hidup Yasmin. Penghijrahan Yasmin juga disentuh bagi menceritakan cabaran untuk mereka yang mula ingin berubah. Cik Pah suka dengan watak Yasmin yang baik pekerti , ada sifat ehsan dan memandang sesuatu perkara dari sudut positif. Tetapi agak geram kerana bab CINTA dia agak lembam, ambil masa bertahun untuk Yasmin sedar dia perlu bersemuka dengan Khalil membincangkan hala tuju hubungan mereka.

Selepas mendengar kisah Yasmin-Khalil-Zahid, Hisyam tertanya-tanya adakah benar itu adalah kisah isterinya sendiri atau ia hanya cerita rekaan?


Sepeti mempromosikan Taiping, penulis menceritakan lokasi menarik untuk pembaca singgah di Taiping dan pastinya ada menu makanan yang terkenal di sana. (Gambar dari Cik Reena Tan)

Tahniah kepada penulis, cerita lain daripada yang lain (rasanya ramai sependapat)

View all my reviews

Monday 22 September 2014

Novel : Jangan Lupakan Aku

Jangan Lupakan AkuJangan Lupakan Aku by Iza Safiya
My rating: 3 of 5 stars

Fantastik, perkataan yang dimulakan di hampir setiap bab. Perkataan ini buat Cik Pah tersenyum kerana di kepala terbayang penyanyi korea terkenal menggeletik menyanyi Fantastic Baby dengan rambut panjang sebelah dicelup macam-macam warna sehingga dijadikan bahan lawak jenaka oleh pelawak-pelawak sehingga ada rumpai laut ditepek dihujung rambut.

Kisah fantastik ini adalah kisah Elza Zaharah (Zara) dan Ilham Zackry (Izack). Zara seorang janda berhias bertanggungjawab menjaga 3 orang adik ipar yang masih bersekolah bersama nenek dan datuk yang sudah uzur selepas kematian suami. Darjatnya diangkat apabila disunting jutawan muda yang budiman selepas beberapa ujian dan penyamaran dilakukan Izack sebagai Adam . Kisah cinta mereka tinggi nilainya semahal harga cinta si gadis dan kesungguhan Adam memiliki Zara. Skalanya makin tinggi apabila Zara terpaksa meladeni suami yang amnesia. Yang diingati Izack adalah kekasih lamanya, bukan isteri yang baru dinikahi 3 bulan. Bertabah juga menahan sikap Izack yang mula baran. Pantang tengok Zara, ada sahaja perkara yang dia tidak puas hati sampaikan talak hampir terlafaz. Apa-apa pun kisah ini pastinya berakhir dengan kegembiraan.


Makanan kegemaran si isteri yang Adam ingat selepas dia mula pulih. Pekena kopi 'O' sedap nih :)


View all my reviews

Novel : Dari Mata Turun Ke Hati

Dari Mata Turun Ke HatiDari Mata Turun Ke Hati by Naurah Iman
My rating: 3 of 5 stars

Kedua-dua novel dari penulis adalah berkisar wanita yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi walaupun tak 'glamour'. Cik Pah suka bagaimana penulis melakarkan watak gadis yang tidak memilih pekerjaan, berusaha untuk memajukan diri dan cekal.

Untuk watak Eshan, Cik Pah memang tak berapa berkenan dengan peribadi dia walaupun ada sisi baiknya. Sebagai suami dia perlu berfikir dan memberi semangat kepada isteri, bukan merajuk melarikan diri apabila mengetahui si isteri adalah usahawan muda yang berjaya. Musuh paling dekat adalah diri sendiri bukan si langau seperti kisah lainnya.



View all my reviews

Thursday 18 September 2014

Novel : Dia... Cinta Yang Kucari


Dia... Cinta Yang Kucari
by Rehan Makhtar
My rating: 5 of 5 stars

Banjir. Bengkak mata. Rasa macam kena smash. Lihat pada kebaikan, jangan pandang keburukan seseorang. Insaf. Bersyukur.

Sorang lagi spesis pawas. Kali ni 'p' juga. Payed untuk panggilan buat kasanova bernama Fareed Al Fattah. Diceritakan dia seperti jerung. Rasa nak bagi tapak kaki kilauan emas jek seperti adiknya Palee (Fadlee Al Fallah) mengherotkan wajah cari makan Payed. Sesuka hati je nak tanda kawasan jajahan kat anak kawan mak ayah mereka. Payed seperti tidak dapat mengawal nafsu buas dia tiap kali terpandang Luthfiya. Luthfiya gadis bertudung litup adalah staff Padlee yang dahulunya pernah seketika menjadi PA Payed kerana kesilapan teknikal, tertukar calon interview disebabkan rupa dan nama yang hampir sama dengan seorang lagi calon iaitu Luthfina, kakak Luthfiya yang sentiasa cari pasal, cemburu dengan Luthfiya.

Disebabkan sifat liar itu lah buat mummy makan hati sehingga ugut tak halalkan susu sekiranya Payed mengusung anak dara orang ke hotel. Yang mummy tak tahu memang Payed pernah mengusung Luth ke hotel semasa Luth demam tak sedar diri akibat berhujan. Doa gadis yang menjaga kehormatannya termakbul. nafsu jerung bertukar jadi dolphine comel la pula bila melihat wajah Luth.

Mummy yang ingin mengubah kelakuan anak nya, cuba menjodohkan Payed dengan Luth. Disini agak keliru kerana perancangan asal bertukar. Si ayah pula cuba menjodohkan Palee dengan Luth. Tak sanggup dia mengahwinkan anak kawan baik dengan anaknya Payed yang tak sempurna kelakuan. Dosa yang pernah dia lakukan di zaman muda seperti ditayang kembali melalui Payed. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, Luthfiya mendedahkan ketidaksempurnaan wajahnya membuatkan Palee terkelu dan menolak jodoh yang diatur. Maka Payeed la menjadi galang gantinya kononnya memang dia lah sebenarnya tunang Luth.
Agak keliru sedikit tentang perkahwinan mereka
1. Mungkinkah Luth hanya menjaga hati Payed pabila Payed minta penjelasan kenapa Luth tidak menolak dia semasa Mummy meminang dahulu?
2. Palee ingat Luth yang menjadi tunangnya selama ini?
3. Mungkinkah Palee geli selepas melihat rupa Luth lalu melepas tangan kepada Payed kerana kebetulan Payed dah terang-terang mencintai Luth?

Kisah sedih berendam air mata bermula selepas majlis akad nikah, Show

Pengajaran untuk kisah ini:
1. Jangan prejudis terhadap seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang akan menerima hidayah
2. Jodoh itu rahsia Allah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu sebaliknya
3. Manusia boleh berubah jika berkehendak dan berusaha mengubahnya
4. Jaga kelakuan, perbuatan kita akan dibayar kifarah pada diri atau anak cucu
5. Jangan pandang pada cantik luaran sahaja, pandang pada hati
6. Air dicincang tak akan putus
7. Islam itu mudah, solat boleh dilakukan dimana-mana dan dalam keadaan apa sahaja

View all my reviews

Sunday 14 September 2014

Novel : Seteguh Fayqa



Seteguh Fayqa by Hanina Abdullah
My rating: 4 of 5 stars

Cerita ini banyak tips untuk mengendali rumah tangga yang dikacau ganggu si langau apatah lagi suami yang baru dikenali adalah jeneral sengal. Cakap orang tak nak dengar, dia sahaja yang betul. Tu pulak agak lembam dalam menilai perempuan yang menempel kat dia. Si langau adalah sahabat dari kecil, rakan perniagaan pulak tu. Siang di pejabat dah berkepit, balik rumah pun masih bercakap di telefon dan ber whatsapp urusan pejabat. Jadinya apa yang isteri bagi tahu semuanya Dzariff tak percaya. Kejadian culik dan talian dimatikan saat kecemasan menjadikan Fayqa trauma, bukan sebab diculik tapi trauma dengan tangan-tangan ajaib mematikan panggilannya. Nasib baik , diulangi nasib baik si Fayqa disenangi ipar duai dan mertua. Dia tidak keseorangan melayan rajuk hati. Sebenarnya Cik Pah suka hubungan kekeluarga yang diterapkan. Semua watak ada peranan dan karektor masing-masing.

Suka cerita ini sebab tak ada adegan lari bawa diri. Aktiviti mereka lari secara berjemaah. Makmum ikut imam, kenkadang imam terpaksa tunggu dan ikut timing makmum.


Aktiviti getaway mereka. Berhenti kala lapar. Picture dari mat gebu jugak yang CP amik :)


 Kepada Hanina,
Hanina ada hajat nak buat cerita poligami selepas ini? Ohhhh cukup cukup sudah laaa Hanina buat cerita ada pihak ke-tiga , sesak nafas Cik Pah tau. Kalau buat suami gila bola ker, gila memancing ker, gila motor besar ker tak per :D . Bangun pagi kepala dah pining may be sebab layan 2 novel bertemakan si langau, nak check BP , bateri habis la pulak.




View all my reviews

Friday 12 September 2014

Novel : Kekasih Waktu

Kekasih WaktuKekasih Waktu by Noor Suraya
My rating: 4 of 5 stars



Berjodoh juga Imran dengan Dr Farhana selepas 2 kali terlepas peluang memiliki Anah. Pertamanya kalah dengan Masri di zaman universiti dan kali keduanya Imran menarik diri di saat akhir selepas membaca surat Najaah si anak saudara berusia 6 tahun kepada Tuhan Syurga untuk menjadikan Anah ibu mereka selepas kematian ibu kandung. Secara kebetulan Ilham yakni adik Imran juga menyimpan perasaan buat Anah. Itu cerita dalam Rindunya kian membara yang dikisahkan semula dalam Kekasih Waktu. Kisah selanjutnya adalah kisah selepas 13 tahun Imran memiliki Anah yang menjanda sekali lagi selepas 5 tahun menjadi adik iparnya. Ilham dijemput Ilahi asbab kemalangan. Tinggallah 3 anak saudara yatim piatu lalu menjadikan ia sebagai alasan untuk menikahi Anah. Salin tikar. Perkahwinan tanpa cinta, hanya tinggal tanggungjawab dan simpati sahaja dihati. Lalu rumahtangga teruji apabila cinta baru bertunas dihati Imran buat teman sekerja yang cantik, pandai berhias dan sesuai di bawa ke majlis keramaian. Kena dengan pangkat yang disandang Imran.

Anah pula bukan sesempurna wanita lain selepas bertahun mengidap kanser payu dara sebelum mengahwini Ilham lagi. Anak menjadi keutamaan Anah dan paling tepat tiada rasa cinta buat Anah selepas dia berjaya buang rasa yang penah wujud tatkala Anah menjadi adik ipar. Betulkah Imran dengan gerak rasa itu? Dimana sayang mu pada wanita yang banyak berkorban demi anak buah yang dikasihi? Bukankah Anah adalah rupa untuk mengungkapkan istilah cinta itu 20 tahun yang lalu? Bertisu juga lah menahan sendu rasa hati. Anak-anak lah penguat hati Anah walaupun tidak dipinta mereka menyebelahi dia dan menentang Ayah Imran sampai gelaran pun nak ditukar kepada Paklong selepas Imran mendapat Mak Long baru.

Kisah Anah dan Imran buat badan rasa nak demam. Panas hati. Serasa lubuk tempat duduk/baring panas macam dipasang tilam terapi. Buat lagi perangai pesona pada bunga yang lain,  sekali Anah terluka, lukanya sukar disembuh, rajuknya tak terpujuk, hati beku seperti kerasnya iceberg. Bertabahlah wahai Imran. Doa banyak-banyak okey :) . Kisah mereka lebih lekat dihati Cik Pah, maaf ye Najaah-Zaynn-Dian walaupun kisah cinta anda tak kurang hebatnya.

Zaynn, kisah cinta mu dengan Dian tak berpanjangan. Shah Jahan pergi dulu sebelum Mumtaznya. Semoga hati Dian terbuka untuk didiami lelaki lain. Najaah, Zaynn hanya memandang mu sebagai adik walaupun halal dinikahi. Cinta itu memang rumit dan tidak boleh dipaksa-paksa.

Najaah masak khas untuk Abang Zaynn nya. Fuh fuh moga Abang Zaynn teringat-ingat dia. Bukan Dian.

Tuesday 9 September 2014

Novel : Tolong Cari Suamiku

Tolong Cari SuamikuTolong Cari Suamiku by Asmah Hashim
My rating: 3 of 5 stars



Masa Puan penulis bagitahu nak keluar buku baru, Cik Pah dah tanya, masih bertemakan poligami ker? Puan Penulis kata ada tapi sikit. Ayoyoyo! Seriau jugak nak baca, bila buku sebelum ni buat Cik Pah susah hati. Tapi bila dah baca, ok selamat. Fokus utamanya bukan pada 'madu' yang pahit hempedu itu, tapi kepada hubungan ibu mertua dan menantu.

Lain daripada yang lain. Ini bukan tahap bercakaran biasa dan mulut melaser, tapi tahap bunuh kerana tamak harta.


P/S: tak sanggup nak tepek gambar mee goreng, dalamnya ada racun tikus


View all my reviews

Sunday 7 September 2014

Review Novel : The Unsung Hero



Buku yang tak teragak2 dibeli walaupun tanpa membaca sinopsis. Berjaya di khatam dalam tempoh 48 jam dengan ketebalan 1156. Mengangkat wira yang tak didendang, VAT69 jasa, penat lelah mereka yang tidak dibukukan menjadi tatapan jelitawan dihati Melur Jelita. Tahniah kak MJ, kelahiran novel gemuk ke-4.

Review? Tak terkata dah. Best! Penuh pengisian. Mengharapkan adanya sambungan untuk menjawab beberapa persoalan, mata yang memerhati masih kabur , agaknya itu Riyaz dan rahsia kematian bonda Maryam belum terungkai kerana kuburnya tidak bernisan konon dihempas badai.
-----------@@@@@@@@@@@--------

Deraman, watak awal yang diperkenalkan Kak MJ kepada pembaca membuat semua terkelu. Kenapa nama klasik sangat. Sampai ada yang pasrah, terpaksa rela menerima nama watak hero sebegitu. Memang nakal sungguh kak MJ, nakal seperti watak-watak hero beliau. Rupanya itu hanya gelaran si sunti buat Abang Wan, the chosen One kepada Nur Muhammad Irvan yang suka mendera. Dera-man.

Si sunti yang gagap, menjadi bahan usikan Irvan, pusat menari, blackswan jolokan kepada Tun Maryam Keumalahayani . Dididik bonda menjadi gadis yang santun, lembut dan penuh adab gadis Melayu. Menjadi anak yang menurut kata orang tua walaupun dalam diam dia memberontak untuk bebas bersuara, berkawan dan meneroka kehidupan jauh dari perhatian orang tua. Kasihan dengan Maryam, kesihatannya dijadikan alasan kukuh untuk bak mengongkong sampai tahap tak diberi peluang menyambung pelajaran ke universiti walaupun cemerlang dalam SPM. Apa yang diceritakan tentang asma yang Maryam alami, pastinya adalah kisah benar penulis sendiri. Peritnya. Moga kak MJ sembuh dan dipelihara kesihatan.

Sentuhan kasih, nasihat dan kata-kata hikmah, belaian dan renungan, air tangan dan resepi chik (gelaran untuk ibu Irvan) dan babah Irvan diawal bab ingatkan akan menjadi tatapan pembaca sehingga keakhir mukasurat. Mati itu pasti. Pemergian mereka bersama 4 bersaudara secara mengejut membuat Irvan sebatang kara. Yang tinggal hanya bak (bapa saudara) , bonda (adik bak) dan Maryam sepupu yang dikasihi.  Dari abang sepupu yang suka mengusik dan menyakat blackswan , Irvan berubah menjadi pendiam. Dahulunya Maryam yang dendam dengan kenakalan Irvan sehingga tahap malas melayan cakap akan menonggek pergi meninggalkan Irvan, tapi situasi yang sepi membuat Maryam cuba beramah mesra melayan Irvan yang kehilangan keluarga. Tapi apa kan daya, kehilangan keluarga tersayang turut membawa pergi hati Irvan. (Sedih! Sila sediakan sekotak tisu) Irvan menyepi, ke Glasgow menyambung pelajaran, hilang jejak selama 5 tahun. Pulang kembali dengan harapan dapat menuntut semula janji dengan Maryam. 

Maryam, dalam tempoh menanti Abang One telah dihinggap penyakit, berbulan terlantar sakit misteri, angin ain? terlalu rindu? Penangan berubat cara kampung yang dilarang bak, bonda langgar, janji Maryam sembuh seperti sedia kala tanpa menyedari Maryam hilang rasa dan kenangan bersama The Chosen One. Kesilapan bonda yang tidak disengajakan. Tak terkata. Moralnya jangan berubat dengan bomoh, apa sekalipun berubat cara Islam dengan ayat Alquran. Allah yang mengizinkan sakit itu, maka Allah juga yang akan menyembuhkan.

Kehidupan Maryam hanyalah sekitar rumah , bangsal bedak sejuk dan ladang lebahnya. Kagum dengan semangat Maryam untuk belajar sendiri, walaupun bahan rujukan hanyalah buku dan youtube bersama abang susuan Haziq yang digelar Kakak Haziq. Memang kepoh watak Haziq gojes, penyeri kisah The Unsung Hero sampai ke akhir. Tak boleh menahan gelak golek dengan aksi patah tangan tahan teksi dengan suara kepit itik serati. ekekeke

Terlalu menunggu masa yang sesuai, Irvan terlepas peluang menyunting si dara. Hati Maryam telah tercuit dengan kehadiran Riyaz yang menjanjikan kebebasan dan peluang untuk menyambung pelajaran. Rasanya ramai yang tak berkenan cara Riyaz mengorat Maryam. Rasa tak kena dengan pangkat Inspektor yang disandang, tiada adab santun Melayu. Terlalu mendesak dan dalam diam cuba bolot Maryam untuk diri sendiri sedangkan Maryam masih ada orang tua dan abang susuan Haziq gojes kepoh.com. 

Irvan terpaksa rela mengangkat diri menjadi abang One kepada adik yang halal dinikahi. Perit hati menerima hakikat Maryam bakal menjadi isteri teman pasukan VAT 69. Akhirnya akur, Riyaz adalah pakej suami yang sesuai untuk Maryam. Mempunyai nenek, ibu bapa yang penyayang, adik beradik dan anak buah yang menggamatkan isi rumah seperti memenuhi impian Maryam yang sunyi, lahirnya tunggal dan tidak sempat mendapat kasih sayang dari ibu kandung. Riyaz juga lengkap ilmu agama yang boleh membimbing keluarga. Memang layak dibuat menantu walaupun hakikatnya bak mengharapkan Irvan sendiri menjadi menantu. Melepassss.

Kisah rumahtangga, tips untuk menjadi tip top isteri , suami mithali memang kedapatan dalam helaian gemuks ini. Baca untuk panduan diri sendirik. Tweet! Resepi rumahtangga, 5 perkataan mudah. Maaf. Awak betul. Saya salah.

Perbualan dalam bahasa Kedah dan Kelantan pastinya menarik perhatian pembaca. Detail tentang makanan yang dimasak/dimakan buat perut keriuk keriuk, berdecip, kecur liur. Ada yang boleh bayang ada yang tak terbayang. Yang pasti maggie ketam memang sedap. Slurrp!

Kak MJ pasti tidak mengabaikan keindahan alam semulajadi, binatang comel dan unik untuk dikongsi. Semua watak ada karektor masing-masing. Tidak terlalu sempurna. Dalam garangnya bak ada sifat kasih seorang bapa, dalam tegasnya bonda mendidik ada pengertian seorang ibu saudara terhadap anak buah yang disayangi, dalam lembut Haziqgojes, ada kerasnya dia mempertahankan bak dan Maryam, dalam bijaknya Maryam ada lurus bendul, telur separuh masak, mulut berasid. Dalam heronya Irvan, ada  nakal, gelenya, rajuk dan egonya dia. 

Sarat dengan kisah VAT 69. Pembaca terpaku dengan huraian penuh aksi seperti sedang menonton filem rambo dan sewaktu dengannya. Buku ini buat pembaca bangga dengan HERO Malaysia dan keluarga mereka. Haeyyy!

Masih ku terasa kesedapannya
Midin buat si isteri muda yang membawa Muhammad



Thursday 21 August 2014

Tragedi MH17

Malaysia berkabung hari ini 22 Ogos 2014
Bertakafur sejenak memberi laluan kepada jenazah yang tiba. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.




Tuesday 12 August 2014

Novel : Aku Pilih Dia

Aku Pilih DiaAku Pilih Dia by Hezzy Azra
My rating: 3 of 5 stars

3.5*

Nasib baik dah baca Sah! Aku Cinta Kamu, kalau tak mesti dok kesian tak habis-habis kat Raif. :)

Rebutan antara adik dan abang buat wartawan bernama Johana, dimenangi oleh si abang yang bernama Ian. Patut tak patut, itu belakang cerita kerana Johana lebih serasi dengan Ian. Raif walaupun telah berkawan lama dengan Johana tidak pernah menunjukkan sikap bersungguh untuk mengangkat hubungan mereka selama ini disebabkan sikap Raif sendiri yang ramai teman wanita. Dengan Ian, baru kali pertama berjumpa, Johana selesa berbual dan perjumpaan kali kedua menguatkan perasaan mereka berdua untuk mengiktiraf hubungan melalui ikatan suci. Sweet nya mereka berdua, tak perlu hadiah mahal, janji-janji manis, hanya bual-bual kosong yang diselit ayat-ayat usikan hati membuat Cik Pah turut tersenyum.

Konflik Raif, Teesya dan Johana menambah rencah jalan cerita dan kehadiran Ian menyelamatkan Johana seperti mengangkat Ian sebagai hero. Raif seperti terpinggir tetapi kemalangan Ian sehingga koma memberi harapan palsu buat Raif untuk memenangi Johana dalam diam. Hubungan adik abang kembali pulih apabila Raif sedar, Johana lebih bahagia dengan cinta hatinya Ian.

Makanan yang Ian idam nak makan dari air tangan Johana sendiri ;)


View all my reviews

Wednesday 25 June 2014

Novel : Bebunga Kasih

Bebunga KasihBebunga Kasih by Hani Fazuha
My rating: 3 of 5 stars

Cik Pah suka dgn jalan cerita, ada rasa sakit, sedih, geram, suka, cuma olahan tak selembut gaya penulisan penulis sekarang ni. Buku ini kan 7 tahun yang lalu :).

Dari segi watak, mmg ada orang sebegini yang terliur dengan adik sendiri, yang pilih kasih dalam membahagi kasih sayang pada anak-anak, ada kes penderaan dalam keluarga apabila ketua keluarga tiada rasa kasih pada anak atau isteri, yang mengambil kesempatan atas nasib buruk orang lain, yang menyintai secara diam tetapi salah tempo, yang terpaksa terima jodoh itu Allah yang tentukan, yang takut pada pandangan masyarakat daripada takutkan bala Allah, yang hanya berserah pada takdir tanpa berusaha keluar dari masalah, yang setia pada yang tidak sudi. Ahhhh seram sejuk dengan perbuatan abang kandung yang harapkan pegar, pegar makan padi. Semua watak lelaki dalam novel ini tak boleh pakai, kecuali Zarif walaupun dia sipi-sipi lagi nak tambah luka di hati Dya.

Sebelum Dya dijodohkan dengan Zarif, Zarif adalah lelaki yang dibenci Dya kerana Zarif lah menyebabkan dia terpaksa bertukar sekolah dan tinggal dengan nenek dikampung. Sepatutnya pertemuan semula di Restoran Sate Kajang Hj Samuri memberi peluang Zarif membetulkan keadaan, tetapi itu tidak berlaku kerana Zarif juga begitu pasrah dengan apa yang berlaku. Dia seperti tunggu dan lihat, tidak berusaha seperti Syamir. Tetapi kerana jodoh mereka kuat, akhirnya Zarif dijodohkan dengan Dya atas permintaan keluarga. Kisah selepas berkahwin banyak menguji jiwa pembaca kot, kisah tarik tali yang tidak berkesudahan, seorang merendah diri atas kekurangan diri dan ada rahsia yang melibatkan maruah diri, seorang lagi seperti tidak yakin dengan diri sendiri walaupun penuh rasa cinta tetapi tidak dapat menebak perasaan orang yang dicintai. Tunggu musibah datang baru nak bertindak dan berubah. Hadoiiii itupun hampir menjerat diri.



View all my reviews

Novel : Hopeless Romantik

Hopeless RomantikHopeless Romantik by Shamien A. Basit
My rating: 3 of 5 stars

Hopeless Romantik

Ada yang suka rahsiakan rasa hati, ada yg mendedahkan segalanya sampai tak tinggal pun satu untuk simpanan sendiri. Untuk yang suka berahsia, geram jugak pembaca kalau pihak yang satu lagi tak tahu dan selalu salah faham, tapi bila didedahkan segalanya rasa hilang manisnya pula. Dalam kisah ini Kiah, bongkarkan segalanya rasa hati dia pada Kay semasa sesi suai kenal mereka setelah diijab kabulkan. Entah kenapa hilang rasa teruja, mungkin sebab selalu sebut I love you, mungkin sebab perempuan yang mulakan dulu walaupun tak salah untuk siapa yang mulakan. Ceritanya memang Kiah yang memulakan dahulu, dia telah jatuh hati dengan Kay sewaktu bertembung di airport, malangnya prince charming itu tunangan orang. Makanya tidak lah pula Kiah berniat nak rampas tunang orang walaupun mata tak lepas memandang lelaki yang mencuit hati dia yang kecundang 6 kali dalam percintaan.


Satu peluang depan mata, buat Kiah menawarkan diri menjadi pengganti. Jaz tunang Kay, menarik diri untuk pulang semula kepangkuan Benji dan majlis yang terpaksa diteruskan membuat mama Kay merisik hati Kiah anak sahabatnya yang dia berkenan untuk dibuat menantu sekiranya Kay masih belum berpunya.


Kepada mereka yang pernah membaca dan menonton Projek Memikat Suami mesti tak dapat lari dari membandingkan dan menyamakan Una dengan Kiah. Susah juga nak singkirkan watak Emma Maembong dari fikiran sewaktu berimaginasi melakarkan watak Kiah menggoda suami dia, menjadi suri rumah dan memasak untuk suami tercinta. Nasib menyebelahi Kiah kerana Kay tidak sengal, masih melayan Kiah dan meladani Kiah selayaknya sebagai isteri.

Bulan madu ke Paris, hadiah dari mama dan papa Kay mencairkan iceberg di hati Kay. Tapi Kay belum luahkan perasaan hatinya pada Kiah. Nak tunggu masa yang sesuai. Sekali peluang yang ada adalah saat hampir goyangnya rumahtangga mereka angkara Julia, rakan sekerja Kay dihospital yang turut menyimpan perasaan pada Kay. Siapa yang tak sakit hati dan kecewa, suami sendiri tak percaya dengan isteri, buruk sangat ker perangai isteri sampai nak buruk-burukkan perempuan lain, sah-sah Julia ada hati dan berniat nak runtuhkan rumahtangga mereka, malangnya Kay tak nampak helah Julia. Lagi malang pakatan Shida, Benji dan Kiah memerangkap Kiah dipihak yang salah dan memenangkan Julia sebagai mangsa cemburu buta si isteri. Bahagia yang dicari Kiah derita yang datang. Sedih. Pilu hati seorang isteri yang selama ini mendambakan suaminya sendiri.

Bagaimana Kay memujuk Kiah yang merajuk? Itu boleh digali sendiri. Boleh tarik nafas lega, tiada adegan lari dari rumah walaupun baju dah siap packed disebabkan Abang Kashaff kembar Kiah sempat bagi tazkirah. Adanya Luth anak saudara Kay berusia 4 tahun yang yatim piatu dan dianggap seperti anak sendiri juga memainkan peranan yang penting mengikat hati Kiah. Sungguh, Luth penyeri cerita ini dari mula hingga akhir. Keletahnya mencuit hati, jatuh hati dengan mama Kiah tetapi beralah demi papa, tak dapat mama nak booking baby 5 bulan. Sapa tah yang ngajar, kecik2 dah gatal. Hehe chumel.


Hidangan yang julung kali Kay masak untuk Kiah

View all my reviews

Thursday 19 June 2014

Novel : Aku Turut Bahagia

Aku Turut BahagiaAku Turut Bahagia by Asmah Hashim
My rating: 5 of 5 stars

Bergenang air mata baca novel topik sebegini. Topik panas yang semua kaum wanita tak suka nak tempuh. Poligami

Hwaaa sedih dgn nasib Ija. Aku turut bahagi menjadi aku turut merana melayari kisah Ija. :( 2 kali kena lempang dengan suami (Ustaz Amir Hudzaifa) atas kesalahan yang tak dia lakukan. Semuanya berpunca daripada isteri muda yang suka fitnah dan kelancangan mulut menghina Ija. Tanda protes, lepas ni tak nak makan sup ayam kegemaran Syifa' Umaira (Mai) selama sebulan. Mai, jahat jahat jahat, dah la kahwin suami orang, Ija punya la baik, siap pegi meminang dia untuk Ustaz, alih-alih buat perangai tamak haloba cemburu buta. Sakit hati baca perangai nak menang dia. Yang Ustaz ni pun macam la tak kenal Ija yang dia kahwini 16 tahun tu, sesenang jek lempang isteri yang tak pernah buat perangai sebelum dia gatal berkahwin lain. Ala, alasan jek semua tu, konon kahwin sbb nak hanya keluarga sahaja menguruskan maahad yang dia buka, padahal ada niat nak berbini muda dan menambah zuriat. Ijakan dah tak boleh mengandung disebabkan masalah kesihatan. Masalahnya bukannya dia tak ada anak dengan Ija. 3 hero tu. Bab mengada Mai tu, malas nak tulis kat sini. Buat hati membara sahaja. Kesian jugak kat anak-anak Ija yang sedang meningkat remaja. Cuti semester mereka habis begitu sahaja, ayah dok sibuk ulit adik perempuan yang baru lahir dari Ibu Mai.

Dalam cerita ni asyik dok cerita pasal makanan kegemaran Ustaz Amir sahaja. Apa sahaja kegemaran Ustaz, Ija masak. Dok tunggu jugak apa kegemaran Ija. Bila Ija balik kampung, baru tahu apa makanan kegemarannya. Ibu dan ayah layan dia macam tuan putri. Sayang sungguh pada anakanda bongsu mereka yang berkorban masa remajanya apabila dijodohkan dengan Ustaz Amir selepas SPM. Sayu mak ayah tengok anak sendiri dimadukan. Tapi apakan daya, itu suratan yang perlu Ija tempuh.



Sungguh, baca novel dari Pn Asmah Hashim , rasa tak boleh nak letak selagi tak habis, Cik Pah ambil masa satu hari sahaja membedah cerita ni. Lagi baca lagi nak tau dan pengakhirannya dibuat sebegitu terpaksalah diterima dengan hati terbuka walaupun sebenarnya nak bagi lama sikit pengajaran buat Mai dan Ustaz Amir. (ada niat jahat sikit disitu)

20/06/2014
Cik Pah telah melawat blog penulis dan disitu terjumpa sesuatu yang patutkah Cik Pah tepuk tangan atas nasib Mai atau beralih rasa meluat kepada Ustaz Amir?
Cerpen

8/9/2014
Puan Asmah menyambung kisah mereka dengan cerpen bertajuk Sesalan Tidak Terucap Ujian untuk Ija dan lebih-lebih lagi buat Ustaz Amir belum berakhir. Bila la Mai nak insaf. Seperti membela hantu raya lagaknya. Hati tidak tenang selagi Ija, Nani madu ke3 dan Ustaz Amir bahagia.
View all my reviews

Wednesday 18 June 2014

Novel : Rindu Kamu Mr Darcy

Rindu Kamu Mr. Darcy
Rindu Kamu Mr. Darcy by Syamnuriezmil
My rating: 2 of 5 stars

Jalan cerita menarik tetapi ada pertuturan kasar yang Cik Pah tak boleh terima terutama untuk orang yang telah meninggal dunia. Mr Darcy Mr Darcy buat Cik Pah terpanggil menonton Pride and Prejudice :)






Aha apa menu yang disebut dalam novel ini? Kali ini kita jamu mata menu tengahari ikan siakap tiga rasa




View all my reviews

Saturday 14 June 2014

Novel : Naqiah Khalida



Naqiah Khalida by Diya Nordin
My rating: 3 of 5 stars

Akhirnya berjaya sudah membaca kisah sedih Naqiah Khalida, wanita yang terpaksa menempuh banyak cabaran dalam hidup sebelum dia nikmati bahagia.

Diusia belasan tahun, dia kehilangan segalanya, tok yang dikasihi dipanggil menghadap pencipta. Ibu bapa pula tidak pernah dia kenali. Entah masih hidup atau meninggal tidak diketahuinya. Tinggallah Naqiah seorang diri dan hampir membuat Naqiah mempertaruhkan masa depannya untuk menamatkan pelajaran setakat sekolah menengah. Tetapi dek pujukan Firul, Naqiah berjaya dalam SPM dan menyambung pelajaran ke Dunedin, New Zealand. Kehidupannya di negara orang dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik. Di sana Naqiah menerima hidayah Allah untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik. Siapa sangka, dinegara bukan Islam, iman dapat dipertingkatkan dan membuat seseorang lebih mendekatkan diri kepadaNya bagi orang yang mencari dan diberi hidayah. Kerana terlalu mengingati Pulau Langkawi, Naqiah telah mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti semesternya di Auckland bertemu sahabatnya Nawwirah. Di sana Naqiah menemui seseorang yang telah mengikat satu perasaan untuk dia dekati dan bimbing, Sajida, junior yang telah hanyut dengan kehidupan bebas sehingga mengandung anak luar nikah. Dalam Naqiah cuba mendekati Sajida, jejaka yang bakal menjadi jurutera bernama Adi turut mengintai dan menghulurkan salam persahabatan buat Naqiah.

Dalam Naqiah mengharungi hidup sendiri, bapa saudara yang terdekat bukannya hendak membantu tetapi menambah nestapa. Itulah orang Melayu, pantang ada tanah, semuanya hendak dijual. Nasib baik tanah yang ada telah dipindah milik atas nama Naqiah. Ikutkan pakngahnya yang tamak, habis dijual tanah pusaka di Pulau Tuba. Rasa mahu saja dihambat dengan parang bila pakngah cuba tuntut satu-satunya harta yang ditinggalkan. Geram pula kat Naqiah yang masih boleh cakap lemah-lembut walaupun ditengking dan paling sakit hati pakngah sampai tangan-tangankan Naqiah. Mujur walid Firul ambil tindakan melapor ke balai polis. Kalau tidak, entah apa lagi yang pakngah cuba lakukan.

Kesedihan Naqiah berganda apabila Firul yang menjadi tunang tidak rasmi bertindak memutuskan hubungan mereka. Rupa-rupanya Firul menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Naqiah yang tidak mengetahui punca sebenar hanya mampu memujuk hati bahawa Firul telah berubah dan hanya menganggap dia sebagai adik sahaja. Firul menanggung sakit, Adi, sepupu Firul yang turut belajar di Auckland telah diamanahkan untuk menjaga Naqiah dan meminta Adi melamar Naqiah. Di pihak Naqiah pula, tidak pula dia dapat melupakan Firul dan kehadiran Adi yang dilihatnya seperti playboy tidak diendahkan. Hubungan Firul-Naqiah-Adi mewarnai kisah cinta Naqiah Khalida dan pembongkaran sedikit demi sedikit kisah ibu bapa Naqiah membuat pembaca turut merasa sedih campur geram melayari kisah cinta mereka yang terhalang sehingga memberi kesan kepada anak yang tidak berdosa. Paling terkesan papa sanggup menolak hak Naqiah sebagai anak selepas mendapat izin mewalikan perkahwinan mereka.

Tabahkah hati Naqiah, saat dia bertarung nyawa melahirkan bayi buat suami tercinta, suaminya pula bertahan untuk mengazankan anak mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Pada usia masih muda Naqiah telah bergelar balu. Pengajian yang ditangguhkan untuk menjaga Firul perlu disambung apatah lagi itu yang disarankan Firul sewaktu dia masih hidup. Kehidupan di Dunedin tidak sesukar mana apatah lagi bayi comelnya Firdaus tidak banyak kerenah dan menjadi rebutan teman serumah untuk dijaga. Tetapi yang membuat hati Naqiah resah dan berdukacita adalah apabila mama tiri dan adik sebapanya datang membuat onar. Ada cerita dari Malaysia membuat Naqiah cuba lari dari kenyataan. Ibu kandungnya sedang mencari Naqiah dan jejaka yang cuba dia hindari melamar sekali lagi. Adi, sepupu Firul membawa bersama amanat yang perlu ditunaikan. Dapatkah Adi menjaga Firdaus Izzudin dan Naqiah serta menyatukan kembali mama dan bapa kandung Naqiah sementelah hati Naqiah telah tertutup buat mereka.

Komen Cik Pah
1. Kisah yang menyedihkan buat air mata tak berhenti meleleh sewaktu Firul mengazankan Firdaus, Firdaus yang mula panggil Adi sebagai 'Bi', kedinginan papa menyambut kehadiran Naqiah dan menolak haknya walaupun dah terbukti melalui ujian DNA, pertemuan kembali mama (Nadia) papa (Mustaqim) dan pujuk rayu Mustaqim agar Nadia tidak lari darinya, Naqiah cuba pertahankan mamanya yang diserang mak tiri dan nenek dan banyak lagi
2. Seolah-olah kisah ini kisah benar seseorang yang penulis kenali
3. Bahasa yang lembut tetapi ada kalanya buat Cik Pah terlangkup buku ke muka
4. Terlalu banyak flashback buat ada kalanya kepeningan dan terpaksa selak kembali mukasurat depan
5. Banyak pengisian yang dikongsi penulis tentang kehidupan dan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan pencipta
6. Mengajar Cik Pah lebih mensyukuri apa yang ada dan menghargai insan yang tersayang

Untuk rakan GR yang membaca review ini, nah pie untuk anda. Tak tau betul ke tidak ini yang penulis maksudkan chicken flank


Resepi

View all my reviews

Tuesday 10 June 2014

Novel : Baju Melayu Hijau Serendit

Baju Melayu Hijau SerinditBaju Melayu Hijau Serindit by Syud
My rating: 2 of 5 stars

Ketawa ketawi saja bila Pacai teringatkan Wardah, apatah lagi apabila melihat memek muka yang ditunjukkan. Ayat-ayat dari Wardah pun comel je dipendengaran Pacai. Pendek kata, apa sahaja dari Wardah nampak comel. Itu tandanya hati sedang bahagia la Cik Pah.

Sebenarnya Cik Pah tertanya-tanya , apa jadi pada mesej PENTING yang ditinggalkan Pacai kat adik Wardah si Laily saat Pacai dapat nombor phone rumah Wardah melalui sumber yang boleh dipercayai dimuka surat 183 (tarik napas) sebabnya mesej tu macam diabaikan dan Wardah tak gunakan sepenuhnya alasan itu untuk jadikan Pacai la yang mulakan dulu hubungan mereka (tarik napas) sebaliknya Wardah yang minta jumpa atas satu hal yang Cik Pah rasa macam boleh elak perempuan yang mulakan dulu dan ayat "You nak tak berlakon jadi boyfriend I" sebenarnya boleh diselamatkan dengan mesej PENTING dari Pacai. (Cik Pah kan mcm kenkonon jaga gengsi).

Ramai yang sukakan Pacai ni kan, nak juga suka sebabnya dia:
1. Boleh jadi imam utk jemaah yang ramai, mesti boleh jadi imam untuk isteri dan anak kan
2. Ada gigi taring, mesti senyum lawa
3. Suka ketawa ketawi, mesti tak panas baran
4. Suka belikan hadiah tanpa perlu ada hari memperingati sesuatu, mesti tak kedekut kan
5. Berpegang pada janji, mesti tak mendua-tiga-kan (setia)



K, jangan lupa masak lemak cili api daging salai kegemaran Pacai

View all my reviews

Sunday 8 June 2014

Novel : Kekasih Untuk Dia

Kekasih Untuk DiaKekasih Untuk Dia by Nueen
My rating: 2 of 5 stars

Best ceritanya diawal cerita. Kelakar. Cerita si Azian yang sengal dan blur. Bosnya En Hazrul juga tak kurang sengal tak habis-habis dengan cerita 'pada zaman dahulu'.

Si Hazrul ni asyik dok berkias terjumpa gadis yang cantik, lemah lembut, sopan santun, cakap pun lembut. Tapi penceritaan 'aku' tu tak menggambarkan langsung kelembutan dan kesopanan. Tak de nya kunyah perlahan-lahan, yg dia bgtau 'sumbat ke dalam mulut' seperti lagak perempuan kasar. Mungkin cara cerita si Azian ni yg ganas buat pembaca pun keliru sedangkan yang Hazrul nampak sebaliknya.

Tahap blur Azian ni dah sampai tahap kronik, tahap campak dalam kolam renang. Dah macam-macam hint Hazrul cakap, dok tak sedar macam tu la Azian. Dari jadi tukang bancuh air ( sampai lani tak tau Azian kerja sebagai apa), patung cendana dalam bilik Hazrul ( dok main lawan mata), partner projek personal Hazrul sampai jadi isteri olok-olok , dia dok fikir dia jadi kuli Hazrul.




Tapikan cerita selepas kahwin Azian tak blur la pulak. Cik Pah pula yang blur. Apa yang aku baca ni! Asal baca je nampak katil.

Ok abaikan bilik-katil-bilik-air. Jom minum hot chocolate



View all my reviews
Gambar semua ehsan gugel
Kredit : Hajar

Monday 2 June 2014

Novel : Hanya Dia...Cinta

Hanya Dia...CintaHanya Dia...Cinta by Farah Husain
My rating: 3 of 5 stars

Sebelum kahwin
Telah lama dia tertarik hati dengan seorang gadis yang tidak dikenali. Apabila melihat gadis menemani seorang kenalan seuniversiti, pantas sahaja dirisik si gadis yang telah berjaya membuat hati berdebar. Rupa-rupanya sidia adalah Zara adik kepada Nadine. Berbekal rupa paras, senyum senget yang menawan ditambah ayat bergula buat kaki bakal kena potong, Adhan cuba memikat Zara. Hasrat dihati untuk memperisteri Zara telah dibawa kepengetahuan orang tua dan telah mendapat restu dikedua-dua pihak. Namun dengan pakej lengkap itu, belum berjaya menempa nama Adhan di hati si gadis. Jual mahal macam ni la buat Adhan makin mendekat dan ingin memiliki. Separuh daripada novel adalah kisah tarik tali antara Adhan dan Zara. Kerasnya hati Zara buat pembaca pun boleh hilang sabar. Bagaimana Adhan berjaya mencairkan hati Zara, itu perlu dibedah sendiri oleh pembaca yang sukakan cerita sebegini yang tiada watak antagonis.


Selepas berkahwin
Bahagia mereka hanya bertahan dua bulan sebelum rasa dingin menyinggah dihati. Cemburu itu boleh tetapi cemburu buta bakal membuat pasangan rimas. Adhan terpaksa menahan hati pabila Zara terpaksa melayan Luqman, klien besar syarikat. Sikap Zara pula yang cepat terasa dan sangsi dengan Adhan menambah kisah rajuk yang berpanjangan. Saat rajuknya Adhan, Zara terpandang Adhan bersama wanita lain tetapi kenyataan dari Adhan adalah kata-kata dusta pada pendengaran Zara. Saat kecewa rasa ditipu itulah, Zara keguguran anak pertama mereka. Zara sedih dan rasa tidak disayangi. Apabila salah faham terhijab, kematian mama Adhan pula menjurangkan hubungan mereka dan membuat jiwa Adhan kosong. Adhan marah kerana masanya terbuang memujuk Zara sehingga terabai menjengok mama angkat yang dikasihi. Sikap Adhan yang tidak redha dengan pemergian mama membuat rumahtangga terabai. Syukur, tatkala rumahtangga bergoyang nasihat dari orang sekeliling mereka menyedarkan Adhan dan Zara untuk menempuh badai yang mendatang, membuat mereka mengenali hati budi masing-masing dan lebih menghargai pasangan yang dijodohkan. Amzar si goatee dlm DRG menjadi kaunselor tidak bertauliah membuka mata Adhan untuk lebih memainkan peranan mengemudi bahtera rumahtangga.


Seperti novel masa kini, pastinya terselit menu makanan pilihan watak. Kali ini nasi goreng nanas kegemaran Zara boleh memberi idea untuk pembaca masukkan dalam senarai jalan-jalan cari makan. Alhamdulillah, Malaysia mewah dengan makanan. Apa yang menarik, makanan itu di masak Adhan lelaki serba boleh buat perempuan serba tak boleh. Bertuahnya badan :)


gambar ehsan google, resepi dari CMG buat Mai & Rynna
Kredit : Hajar

View all my reviews

Tuesday 27 May 2014

Novel : Bidadari Hujan

Bidadari HujanBidadari Hujan by Noor Azzahra
My rating: 5 of 5 stars

Menariknya cerita ini ditulis oleh seorang perempuan yang membawa watak 'AKU' adalah seorang lelaki. Menyelami jiwa lelaki yang buat pertama kalinya jatuh cinta, oh itu yang dirungsingnya, siapa paling handsome. Kelakarnya 'AKU' itu cuba bertanding dengan rakan sepejabat yang pandai baca doa untuk mendapatkan bidadari hujan yang menyelamatkannya dari ditimpa hujan. Qamalia(Lia) gadis berusia 21 tahun yang baru masuk kerja menjadi perhatian semua lelaki bujang termasuk 'AKU' yang dah masuk 3 series. Memang Lia menepati citarasa pilihan 'AKU',nak yang cantik asli, kulit putih melepak supaya senang nak cari kalau hilang mlm2, x tinggal solat, pandai masak 3 styles ( kampung, siam, western), ada lesung pipit, sedikit malu-malu, berjalan sopan. Bila dah ada steady girlfriend ni lah tiba-tiba mama dan papa bawa usul yang buat 'AKU' rasa nak meraung. Kalau betul nenek kesayangan nak balas budi baik orang, kenapa cinta AKU yang terpaksa korbankan, kenapa tidak papa yang membalasnya semenjak dahulu. Nenek sakit. AKU akhirnya terpaksa melafazkan akad dengan perempuan bernama Sufi Sofea tah mana-mana perempuan dari Ipoh. Kenapa AKU tak pertahankan cinta pertama? Itu menjadi persoalan si isteri yang AKU buat seperti musuh. Musuh yang menyebabkan AKU terpaksa berpisah dengan Lia, musuh yang menyebabkan Lia berkahwin dengan lelaki lain.

Musuh AKU itu, tuli. AKU kata apa pun tidak berbekas di hati dia. Semua kebaikan dia AKU anggap cubaan dia hendak goda AKU. AKU yang berbulu telinga dengar suara Sufi, akhirnya mengeluarkan lahar gunung berapi bila susu tertumpah atas laporan yang nak dibentangkan esok. AKU yang mengikut perasaan, berhari-hari tinggalkan rumah tanpa AKU sedari ada berita mengejutkan dan mengubah Sufi yang suka bercakap jadi pendiam. Sunyinya rumah. Kenapa AKU kasihan pada Sufi. Kata Rafique, kasihan itu salah satu cabang cinta. Aduhai, ada pulak Doktor yang cuba goda isteri AKU? Masa bila pula musuh itu AKU iktiraf isteri. Kalut. AKU cuba bagi bunga, masak spaghetti meatball siap letak udang besar, pakai baju warna hijau yang dia kata AKU handsome dalam diari dia yang AKU curi baca. Tapi Sufi buat tak endah. Dia sudah luka teruk kerana perbuatan dan kata-kata AKU. Masihkah ada harapan lagi untuk AKU yang bernama Raimy Haidar memiliki Sufi Sofea.

Komen Cik Pah
Orang lain rasa marah sangat pada Rain, tapi Cik Pah sikit je marah kat dia sebabnya
1. Rain penyelamat maruah Sufi dan keluarganya
2. Tindakan Rain yang kejam tu disebabkan dia salah faham. Nak buat macam mana, nenek, papa, mama mahupun Sufi sendiri tak cerita perkara sebenar
3. Rain buat pertama kalinya jatuh cinta dan memberontak itu reaksi biasa bila cinta terhalang
4. Rain cucu yang baik untuk seorang nenek yang terhutang budi


Yang marah sikit tu sebab dia pilih musuh daripada jadikan Sufi sebagai kawan dan macam tak redha dengan perkahwinan sedangkan dia sudah buat solat istikharah.

Pst! Tahupun rugi, Sufi sebenarnya terliur tau masa dia tolak makanan yang Rain masak untuk dia. :D


Kredit : Mai

View all my reviews

Saturday 24 May 2014

Novel : Samudera Nian Indah

Samudera Indah NianSamudera Indah Nian by Mazni Darwisya
My rating: 3 of 5 stars

Seperti kisah benar seseorang semasa membaca kisah Leftenan Komander Amru Iskandar dengan pasangannya Yasmin Nur Raihan Binti Abdullah. Rupa-rupanya kisah sebahagiannya adalah benar mungkin pada kehidupan seorang tentera/pasangan tentera dan perkahwinan kenalan penulis. Selebihnya adalah olahan imaginasi penulis. Itu yang penulis maklumkan diakhir nokhtah.

Sebegitu jelas penulis melakarkan kehidupan tentera laut buat kita sedar beratnya tanggungjawab mereka. Mereka berdepan dengan musuh, kerenah kakitangan yang tidak disiplin, kepincangan rumahtangga. Paling terkesan adalah pengorbanan pasangan dan keluarga yang kerap kali ditinggalkan berbulan-bulan atau bertahun-tahun demi tugas menjaga negara.

Kisah Amru-Yasmin adalah kisah perkahwinan yang dirancang orang tua. Perkahwinan yang tiada rasa cinta. Silapnya Amru, di malam pengantin telah meletakkan syarat dalam perkahwinan. Selama setahun sekiranya mereka tidak dapat menerima satu sama lain, mereka akan berpisah. Ku kira syarat kedua adalah syarat seorang lelaki dayus, membenarkan isteri yang dinikahi menjalin hubungan dengan lelaki lain selain hubungan kerja. Dushh, terus hilang rasa respect pada Leftenan Amru.

Perkahwinan jarak jauh. Seorang di KL seorang di Lumut. Walaupun berjauhan dan diberi kebebasan sebegitu, Yasmin tidak ambil peluang menduakan suaminya. Bukan tiada yang menggoda, jejaka Singapura yang cuba berkali-kali mencurahkan kasih ditolaknya. Yasmin cuba mengenali Amru dan percutian 2 minggu di Lumut telah memancing perhatian Amru buat si isteri. Amru terkesan dengan kecantikan, keramahan dan air tangan Yasmin. Seolah-olah membaca travelog pasangan bahagia, terasa teringin hendak bercuti ke Lumut dan Pulau Pangkor menikmati pemandangan laut dan kesedapan makanan yang terhidang di sana. Kecur liur dengan ikan gerut bakar. Fuh!

gambar dari blogger


Itu cerita bahagia mereka sebelum semuanya hambar, tawar, kelat. Amru di tangkap basah dengan Maya, perempuan gedik yang telah lama jatuh hati padanya. Rakan sejawat yang suka-suka langgar peraturan tentera. Tentera mana boleh kahwin dua, bukan dia tak tahu. Tapi dengan cara tangkap basah dia boleh kahwini Amru, dipasangnya perangkap sewaktu Yasmin bertugas di Jepun.

Amru yang telah mula jatuh cinta dengan Yasmin bagai terhalang kasihnya dengan peristiwa fitnah dan degilnya Yasmin menerima Amru buat pembaca pun tension. Makin menjerut rasa pabila Yasmin bertemu kembali kekasih lamanya yang telah duda. Ikutkan kisah Amru-Yasmin menarik tetapi Cik Pah rasa kisah sahabat Amru lagi menarik.


Dalam mereka dok tarik tali, semasa Min terdail nombor telefon Amru dan berjanji nak keluar temankan Amru uruskan hal kerja dia tu ingatkan ada adegan menangis jejak kasih atau romantika de amor. Berbulan-bulan tak jumpa. Malangnya hambar. Amru siap bawa manusia seramai 8 orang anggota tentera laut lengkap beruniform. Hisssh. Hilang segala bayangan romantis. Padan la sangat, seorang degil seorang kaku.

Tak larat nak layan kedegilan Yasmin. Cik Pah selak belakang terus. Hampir menutup buku, nasib baik tak tutup. Ada kisah menarik disebalik kehambaran dan ketawaran kisah Amru-Yasmin. Selitan kisah abang tentera yang perkasa di medan juang pertahankan negara tapi pemalu dengan perempuan dah berjaya menarik perhatian. Suka watak Leftenan Izhar. Sahabat Amru yang menjadi penasihat buat Amru dan Yasmin. Dgn adik perempuan Amru si Aina yang tengahnya ada 'gedik' bukan main pemalu, sekali diusik, haaa terus dewasa. Haha. Nak tebar jala cinta ye. Puan penulis ooo puan penulis, boleh sambung kisah Izhar-Aina? Wink wink.

Dalam kemelut rumah tangga Amru-Yasmin, penulis merungkai rahsia keluarga Yasmin dan abangnya Iman. Mereka masih ada keluarga sebenar di utara. Kisah keluarga angkat melarikan anak angkat daripada waris diselitkan dalam novel ini menambah perisa kepada kisah keluarga dalam masyarakat.
Kredit : Kamaliah

View all my reviews

Thursday 22 May 2014

Novel : Tak Suka Tak Apa

Tak Suka Tak ApaTak Suka Tak Apa by Qaseh Qaisara
My rating: 3 of 5 stars

Garu kening...

Ciri-ciri kekasih hati Syed Imran
Umur : muda 2 tahun dr Syed Imran
Fizikal: rambut panjang, kulit kuning langsat, langsing
Warna kegemaran : kuning
Habit: gigit kuku ibu jari kanan

Siapa? Siapa? Andakah? Jangan perasanlah. Tu ciri2 yang ada pada Intan Nadhira Binti Hasyim yang Syed Imran bagitau dalam majalah bulanan kolej. Satu kolej dah tau mamat hot tu dah ada kekasih hati. Cumanya orang lain masih tercari-cari siapa gerangannya sehinggalah drama sebabak arahan Syed Imran dilayarkan di Genting Highland.

Dah 6 bulan dia dok perati Nad, dah siap karang skrip, pening Nad masa bila pula dia jadi kekasih Syed Imran. Sesenang je tarik tangan ajak lari macam di kejar along. Laaa nak lari dari peminat tegar rupanya, Sharifah Khadeja(Eja) sepupu Syed Imran. Mulai insiden di Genting Highland, di mana sahaja Nad pergi ada sahaja Syed Imran mengekor. Naik rimas.Tapi Imran tak putus asa, macam-macam dibuatnya.

Si Nad pula keras hati , tak suka romantik, diberikan bunga tak mahu, dikatanya bukan boleh makan, nak hadiah apa2 baik bagi makanan, boleh kenyangkan perut.
Syed Imran - Awak ni tak romantis langsung
Nad - Romantis tak menyenyangkan perut

Apalagi, terus Syed Imran tunjuk skill masak dia. Hari-hari dibuat bekal sarapan untuk Nad. Taraa sarapan tuna sandwich special



Lama kelamaan Nad menerima kehadiran Imran dalam hati dia. Bukan disebabkan segala kebendaan yang dihulurkan tetapi dia ternampak Syed Imran bersolat di surau sewaktu dia yg cuba lari dari Syed Imran.

Eja yang tak puas hati mengadu domba pada Puan Salmah, ibu Syed Imran yang mementingkan darjat dan keturunan. Bermulalah babak usaha mereka memutuskan hubungan cinta dua darjat tu.

B***h sungguh Eja. Mak long dia plan punya bagus nak kahwinkan mereka sebelum sambung belajar di Australia, tapi dia buat hal. Ketidakcerdikan Eja telah membuka peluang kepada Syed Imran menolak perkahwinan tu dan pengantinnya diganti dengan Nad.

Emm garu kening dengan alasan terbatalnya perancangan majlis perkahwinan Eja-Imran, takutnya Pn Salmah pada anaknya sendiri Syed Imran yang dikatakan panas baran, cengengnya Syed Imran lepas mengahwini Nad, baiknya kakak Imran Sharifah Mazni tapi tak membantu langsung adiknya, sanggup Nad lari bawa diri selepas bergelar isteri atas rayuan Pn Salmah yang boleh dipertikaikan hujahnya, tak cerdiknya Syed Imran nak jejaki Nad, sampai hati Nad pisahkan anak yang comel dengan bapa selama 6 tahun, sanggup Eja tadah muka kena pelempang berkali-kali dengan Syed Imran.

Errr masih lagi garu kening?


View all my reviews

Monday 19 May 2014

Novel : Anugerah Terindah

Anugerah TerindahAnugerah Terindah by Sophilea
My rating: 3 of 5 stars

Anugerah terindah

Selepas BKATC, ini cerita kedua si dara tergedikkan si teruna. Menariknya si teruna tu bukan calang-calang orang, lramai peminat. Berpangkat kapten bergelar ustaz. Siapa yang tak nak kan.

Gediknya Ariana (Arin) hanya untuk Ustaz Mukhriz. Bukan tak tahu malu. Perasaan malu sanggup ditolak ke tepi. Janji ustaz sedar kewujudan dia. Abang Izuddin sampai tebal muka tengok adiknya tergilakan kawan baik. Nak cakap segan, tak cakap kesian kat si adik. Disampaikan juga hasrat si adik yang sengal. SMS sudah, hantar bunga selang sehari, kuih lapis dan segala jenis makanan dah disua pada ustaz, surat cinta siap berpantun pun dah dihantar, tapi susahnya nak dapatkan hati ustaz.

Si abang jual mahal sangat ye. Tak per, Arin ada jalan nak berbaik dengan adik beradik Ustaz. Kebetulan Sakinah yang demam denggi dirawat di hospital tempat Arin bekerja akhirnya dijadikan kawan. Kebetulan lagi Arin yang bercuti di Perlis, bertembung dengan adik kedua Ustaz, itupun dibuatnya kawan. Sayangnya orang tak perasan kalau2 ada peranan besar adik Ustaz dalam menyatukan mereka.

Usaha tangga kejayaan. Sampai akhirnya Ustaz Mukhriz tak dapat lagi nak elak, dicabarnya Arin yang masuk meminang kalau betul bersungguh. Kecoh pula keluarga Arin dengan permintaan anak yang dah langgar adat. Dipihak Mukhriz pun dah rasa semacam sampai lah ibu Mukhriz mengambil keputusan untuk masuk meminang Arin. Dulu nak masuk meminang si Husna gadis sekampung tu tak nak, tup tup anak dara orang pula nak pinang Mukhriz. Pening ibu dibuatnya. Tapi sapa tak suka, calon menantu Doktor, cantik pulak tu.

Kesian juga kat Arin, dia bukan calon isteri idaman Mukhriz. Rupanya Mukhriz pernah menyimpan perasaan pada seorang gadis Indonesia yang berniqab tetapi cinta tak kesampaian disebabkan tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menghilang diri tanpa khabar berita. 10 tahun terpisah pun Mukhriz masih boleh terperasan Adawiyah yang hanya nampak mata. Kecik hati Arin, dia yang dok sebelah Mukhriz 9 tahun lalu dalam kereta api Sinaran Utara langsung Mukhriz tak ingat walhal siap bertukar novel. ( kat sini point yang bagus). Kelemahan Ustaz yang menunjukkan dia juga manusia biasa, dia takut dengan komitmen sedangkan dia selalu jadi kaunselor untuk pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga. Dalam bab buat keputusan, boleh saja buat istikharah, tapi ditangguh-tangguh. Pastu nampak macam tak yakin dan tak redha kahwin dengan Arin.


Lepas kahwin gedik Arin makin menjadi tapi malu-malu kucing. Ustaz pula tunjuk taring sampai tersipu malu pulak si isteri. Mereka telus, tiada rahsia yang disembunyikan. Bahagia walaupun Ustaz tak pernah lafazkan cinta. Cerita Zakuan abang sepupu yang ada hati pd Arin tu seperti kudis sahaja. Tak tahu pulak lepas tu jadi kudis buta. Pada Cik Pah, Zakuan tiba2 jadi meroyan sebab tak dpt kahwin dengan Arin sampai sanggup cederakan Arin tu tak ada pun tak apa, sbbnya penulis jadikan Amrina adik Arin sebagai pengganti di akhir cerita. Cepat sungguh berubah hati dan rasa bersalah padahal ada kes culik, cedera dan langgar lari. Macam tak ada pun tak apa. Kalau nak adakan juga, buat watak Zakuan sebaik Adawiyah, biar Ustaz Mukhriz makan hati dan pembaca pun ada pilihan. Eceh sesuka hati nak tukar cerita ;)

Konflik sebenar yang menjadikan cerita ini menarik tapi masih boleh dipertikaian adalah seorang banduan (Awina) minta Ustaz peristerikan dia selepas bebas dari penjara atas kesalahan membunuh bekas suami tanpa niat kerana cuba selamatkan diri. Dia bilang lepas dia keluar penjara tak ada orang nak bimbing dia lagi dan nasib anak perempuan dia tak terbela. Hellooo, sesenang jek ek minta suami Arin kahwin dgn alasan tu. Sanggup pula bermadu. Atas satu insiden, si Arin ni tetiba lembut hati izinkan ustaz yang susah di tackle tu kahwin dengan si Awina yang nak derma buah pinggang secara bersyarat kat ustaz yang koma akibat kemalangan. Mmg buat orang lagi bengang dengan tambahan drama Arin lari bawa diri ke Indonesia masa ustaz selamat dibedah. Tang derma buah pinggang bersyarat tu dah ok sangat tapi tang lari bawa diri tu yang buat orang cemuih. Emm korang baca la sendiri.

Sedutan resepi : Makanan pilihan kuih lapis

Kuih Lapis
Kuih Lapis untuk member GR Kamaliah (gambar dr karangkarf)
Resepi boleh ambik kat sini

Kredit : Mai

View all my reviews

Novel : Semusim Di Divonne

Semusim Di DivonneSemusim Di Divonne by Ika Madera
My rating: 4 of 5 stars

Semusim Di Divonne

3 bulan di musim luruh di Divonne membawa kisah kasih sayang adik kakak yang yatim piatu dan pertemuan teruna dara berbeza bangsa dan budaya. Boleh jugak kot digambarkan seperti bak kata pepatah ikan dilaut, asam didarat, di dalam kuali bertemu jua.

Mira, si adik yang manja sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan meninggalkan perniagaan warisan keluarga selama 3 bulan untuk menjaga kakaknya Aliah yang bakal melahirkan anak pertama dari suaminya berbangsa Inggeris. Abang iparnya Jeremy memang pantang bertemu si adik ipar, pasti disakatnya. Lawak-lawak sengal si abang ipar membuat darah Mira mencanak naik. Ada sahaja benda digaduhkan. Pantang dicuit, rumah yang hening riuh dengan perang mulut ipar duai. Kehadiran yang ditunggu, bukan setakat Aliah, tetapi si jiran yang telah lama jatuh hati kepada Mira. Semenjak terpandang potret yang tergantung di dinding rumah Aliah, Marc telah terpaut pada si gadis. Berdebar hati nak bersua muka sampaikan tengah malam bertenggek dirumah orang.

Hantu Mi Suah, gelaran buat si tukang kebun. Tiba-tiba sahaja terpacul depan mata tak kira masa dan tempat. Kalut Mira dibuatnya untuk cuba menutup rambut mahkota yang dipeliharanya dari pandangan ajnabi. Si kakak dan abang ipar pula bena tak bena sahaja membenarkan Marc masuk rumah. Ada isu yang Mira tak puas hati dengan kakaknya tapi apabila cuba dibincangkan semuanya berakhir dengan pertengkaran dan rajuk yang lama. Sedih. Kakak telah berubah. Islam hanya pada nama. Risau melihat perubahan kakak yang hanyut apatah lagi berkahwin dengan mualaf. Siapa nak bimbing siapa? Tiada siapa yang mengkhabarkan cerita sebenar membuat Mira berada dipihak yang salah dan sangsi. Apabila cerita sebenar terungkap , malu, marah dan bersyukur sangat Mira dibuatnya. Dia dah salah menjatuhkan hukum pada apa yang dilihatnya.


Agak terlambatkah atau silap bicarakah Marc sampai Mira menerima lamaran Isam, mutual friend yang dia kenali 9 tahun lamanya. Disaat persiapan perkahwinan mereka, Mira rimas dengan aturan serba serbi dari mama Isam. Isam pula hanya menurut perintah mama tanpa ada pandangan sendiri. Rasa khilaf membuat keputusan terburu-buru akhirnya membawa kepada kisah trauma dalam hidup Mira lantas si kakak dan abang ipar mengambil keputusan berhijrah ke Singapura.

Musibah yang membawa hikmah, hantu mi suah bakal selamanya menghantui hidup Mira. Semusim telah menjadi bermusim-musim di Divonne. Happy ending. Best! Cerita ini semanis gula stevia dan uniknya adalah kisah gadis arab serasa seperti melayari kisah gadis melayu. Kak Wawa, Encik Abu, Hannah, Uncle Soh dan Kak Senah tampil menjadi jiran yang membantu Mira dan mewarnai jalan cerita Semusim Di Divonne.
Cerita ini juga, membuat pembaca turut terkesan untuk ke sana. Aman damai, cantik pemandangan yang sayup mata memandang dengan hamparan padang rumput yang menghijau. Lawak Jeremy membuat kita pun hampir nak percaya. Divonne, lembu banyak daripada manusia. Sabor je lah.


View all my reviews

Saturday 17 May 2014

Novel : Tiba-tiba Dia Ada

Tiba-Tiba, Dia AdaTiba-Tiba, Dia Ada by Rehan Makhtar
My rating: 4 of 5 stars

Best! byk input yang dikongsi penulis dlm melakarkan hubungan kekeluargaan, bercinta selepas kahwin dengan perbezaan umur yang byk dan isu pengkid. Ayie - Arya, pasangan yang sama padan.

Matang. Itu yang pembaca boleh simpulkan mengenai watak Ayie dan Arya. Ayie walaupun berusia 22 tahun, sangat matang untuk menjadi suami. Sweet talker tu bonus untuk dirinya yang suka mengayat isteri sendiri dan semestinya masih 'suci bersih' walaupun belajar di Berlin. Ayie sendiri tidak pernah berkawan dengan mana-mana perempuan, cumanya hatinya pernah terpaut dengan seorang 'kakak' iaitu Aryana, kakak kepada kawan baiknya Aryan, pada usia 17 tahun. Lalu pabila Aryana diusul sebagai calon isteri, Ayie tak lepaskan peluang depan mata dan sedaya upaya membuat Aryana bersetuju.

Aryana pula wanita yang sudah matang berusia 29 tahun. Juga tidak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Hidupnya diabadikan untuk keluarga dan kerja syarikat papa. Pada mulanya, dia sendiri tidak rela berkahwin dengan lelaki muda tetapi demi untuk tidak mengecewakan harapan orang tua, dia menerima Ayie apatah lagi Ayie menunjukkan sikap yang matang. Selepas berkahwin, satu rahsia terbongkar. Rupanya Ayie dikahwinkan disebabkan dia dituduh songsang dan perkahwinan ini diatur untuk membetulkan apa yang salah. Sentap juga Arya, tapi dia redha dan cuba nak bantu si suami. Walhal Ayie tak sebegitu pun. Kesian jugak kat Ayie, dah berkali-kali nafikan, sangsi itu tetap ada.

Kehidupan seterusnya di Berlin membuka kisah baru dalam hidup mereka. Dalam mereka cuba membina hidup baru dan mengenali hati budi masing-masing, ada seseorng yang bakal menyentap hati Arya. Ieza gadis yang cuba berubah demi Ayie. Hanya Ayie yang dia mahu.Di situ Arya bertindak sebagai wanita yang matang untuk memulihkan si gadis dan mempertahankan rumahtangga. Semacam mendengar sesi kaunseling sahaja Arya memberi nasihat. Kepala terangguk-angguk mengiakan.

Tuduhan sebagai lelaki songsang dah terbukti salah apabila rahsia si fitnah terbongkar. Lega. Baru sahaja belajar bercinta, Arya dipanggil pulang untuk membantu papa menguruskan projek yang bermasalah. Kat sini Cik Pah skip, malas nak baca bila ada pula cuba menggoda Arya yang masih bergelar isteri. Terlalu banyak cubaan, dalam dok rindu merindui tu, ada pula gambar si Ayie berpelukan dengan wanita lain. Adoii rasa sakit gigi. Rentetan daripada itu, untuk membetulkan keadaan Ayie pulang ke Malaysia. Dengggg ada lagi kisah tragis. Ayie kemalangan dan disahkan menghidap prosopagnosia atau face blindness ( ala macam filem 50 first dates lakonan Drew Barrymore)

Nak tahu kisah selanjutnya baca lah. Banyak kisah tragis dan tag line baru yang tidak berulang dalam setiap novel penulis. Dalam masa yang sama kisah manis bergula membuai perasaan membuat pembaca ternanti-nanti novel seterusnya dari penulis.

Tajuk kena sgt dgn jalan cerita. Tapi tak larat 'bau hanyir' yang sekali sekala terhidu masa menikmati kisah mereka. Ada sesuatu tentang pokok kucai, apakah? adakah berkaitan dengan novel sebelumnya tentang kisah ibu bapa Ayie atau Arya? Gigah nak kena cari ni.
Kredit : Mai

View all my reviews

Monday 12 May 2014

Novel : Lelaki Sedingin Dia

Lelaki Sedingin DiaLelaki Sedingin Dia by Syah Shah
My rating: 3 of 5 stars

Kalau sesiapa baca novel ni mesti panas hati dengan Fawwaz. Mawas ker haper. Kurang ajar dengan mak bapa, minum arak macam minum air mineral, kaki pompuan dan menghina institusi perkahwinan. Hati biji sawi. Berkahwin dengan Andria disebabkan dia rasa terhina dengan kata-kata Ria, ada misi yang dia lancarkan dalam diam demi untuk melangsaikan dendam yang sendiri bikin. Al-kisahnya mereka bertemu dikala masing-masing dalam pelarian ke Cameron Highland kerana bakal ditunangkan dengan pilihan keluarga. Dalam pelarian itu, Ria mengenali Hakim, lelaki yang dia tumpangi untuk naik ke Cameron. Malangnya, sesuatu telah terjadi dan difitnah Fawwaz menyebabkan Ria terpaksa menerima jodoh yang ditakdirkan. Rupa-rupanya Hakim adalah Fawwaz lelaki yang cuba Ria hindari kerana sisi gelap lelaki itu sememangnya tidak layak dibuat suami. Dalam citer ni dok citer kesedapan Ria mengunyah scone.Macam sedap jek.

Jom sejukkan hati, kita pekena scone dulu. Resepi diambil dari blog Che Mat Gebu, gambar ehsan google



BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
90 gram telur (guna 2 biji telur gred B, kacau dan timbang)
100 ml susu segar (kurang lebih)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan raisin atau kismis hitam
Sedikit tepung untuk ditabur
Mentega dan jem pilihan anda untuk dimakan bersama scones

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Masukkan tepung, gula kastor dan mentega sejuk dalam satu bekas, kemudian gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Tuangkan ke atas meja kerja, tambah kismis hitam atau raisin dan gaul rata
  2. Buat lubang ditengah2 bancuhan. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata. Kemudian masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut (jangan uli lama, setakat bersatu sudah memadai). Tabur sedikit tepung dan canai doh setebal 2 cm dan terap dengan acuan pilihan anda (biasanya untuk scone, acuan yang digunakan jenis bulat dan bersaiz agak besar kurang lebih 3 inci). Alih atas dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Bancuh baki telur dengan sedikit susu segar, kemudian gliskan atas scone tadi. Bakar hingga kuning keemasan dan permuakaan scone kelihatan merekah2. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan bersama mentega dan jem pilihan anda..

Kredit : Mai