Showing posts with label Hezzy Azra. Show all posts
Showing posts with label Hezzy Azra. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

Novel : Aku Pilih Dia

Aku Pilih DiaAku Pilih Dia by Hezzy Azra
My rating: 3 of 5 stars

3.5*

Nasib baik dah baca Sah! Aku Cinta Kamu, kalau tak mesti dok kesian tak habis-habis kat Raif. :)

Rebutan antara adik dan abang buat wartawan bernama Johana, dimenangi oleh si abang yang bernama Ian. Patut tak patut, itu belakang cerita kerana Johana lebih serasi dengan Ian. Raif walaupun telah berkawan lama dengan Johana tidak pernah menunjukkan sikap bersungguh untuk mengangkat hubungan mereka selama ini disebabkan sikap Raif sendiri yang ramai teman wanita. Dengan Ian, baru kali pertama berjumpa, Johana selesa berbual dan perjumpaan kali kedua menguatkan perasaan mereka berdua untuk mengiktiraf hubungan melalui ikatan suci. Sweet nya mereka berdua, tak perlu hadiah mahal, janji-janji manis, hanya bual-bual kosong yang diselit ayat-ayat usikan hati membuat Cik Pah turut tersenyum.

Konflik Raif, Teesya dan Johana menambah rencah jalan cerita dan kehadiran Ian menyelamatkan Johana seperti mengangkat Ian sebagai hero. Raif seperti terpinggir tetapi kemalangan Ian sehingga koma memberi harapan palsu buat Raif untuk memenangi Johana dalam diam. Hubungan adik abang kembali pulih apabila Raif sedar, Johana lebih bahagia dengan cinta hatinya Ian.

Makanan yang Ian idam nak makan dari air tangan Johana sendiri ;)


View all my reviews

Thursday, 20 March 2014

Novel : Cinta Tak Beralih

Cinta Tak BeralihCinta Tak Beralih by Hezzy Azra
My rating: 4 of 5 stars

Kisah si laundromat girl dengan flamboyant and cocky guy yang menarik.

Suka dengan hero heroin ciptaan penulis yang ada kelainan disetiap novel beliau. Kelebihan penulis, boleh mempelbagaikan watak hero dan heroin. Kali ini watak hero adalah seorang yang kedekut. Sanggup berhabis duit pasal kereta tapi bila harga roti canai naik 20 sen terus diboikot kedai mamak yang selalu dikunjungi. Kelakar. Tak payah buat dialog kelakar, watak hero yang kedekut pun dah cukup terhibur. Suka juga dengan watak Larra yang berprinsip dan berdikari.

Jom layan kisah Larra Kirana, Shaqril dan Razlan. Telah lama Larra melihat kelibat seorang lelaki yang menarik hati dari kedai dobi miliknya tetapi masih tidak berpeluang mengenali lelaki tersebut. Kadang-kadang parking kereta berhampiran tangga menjadi rebutan mereka, tanpa Larra sedari si lelaki yang diminati dalam diam turut memerhatinya dari kejauhan. Perkenalan mereka bermula apabila Shaq yang tertumpah air di baju terpaksa menghantar baju ke kedai dobi Larra. Pertemuan singkat itu disusuli dengan pemberian roti kismis home made di balas mihun sup dan rentetan peristiwa-peristiwa kecil membuat mereka berpeluang mengenali diri masing-masing. Namun semunya setakat itu sahaja hubungan mereka, pertemuan mereka akan berakhir di departing point, LK laundry. Puas juga Larra berfikir kenapa Shaq membataskan hubungan mereka setakat di parking lot tanpa menyedari Shaq adalah tunangan Balqis, gadis pilihan keluarga.

Cerita Pn penulis ini membuat kita menyelam perasaan dilema orang yang dah bertunang tetapi baru terjumpa dengan gadis pilihan. Shaq sedar dia buat pertama kalinya telah jatuh cinta. Begitu juga dengan Larra. Malangnya buat pertama kali mereka mula belajar apa itu cinta, mereka harus terima takdir yang ditentukan. Kasihan. Pada temujanji kali pertama, lafaz cinta tidak dapat diraikan dengan hati yang berbunga setelah terbongkarnya rahsia Shaq.

Setelah mengetahui Shaq tunangan orang, seboleh-bolehnya Larra cuba mengelak dari bertembung dengan Shaq. Sewaktu Shaq masih melayan dan memberi harapan kepada Larra, rasa macam nak marah Shaq, kesian Larra.

Namun tindakan Shaq tidak tarik diri dari perkahwinan adalah tindakan bijak. Perkahwinan dengan Balqis terpaksa diterusnya. Bagi Shaq dia bukan orang yang mudah memungkiri janji apatah lagi bakal meretakkan hubungan baik emak dengan bakal besan merangkap kawan baik. Bukan prinsip hidupnya untuk membiarkan keluarga menanggung malu gara-gara mementingkan diri sendiri. Bagi Shaq kalau pun dia ingin menyunting Larra biarlah bukan dalam keadaan yang menyebabkan orang menuding jari kepada Larra sebagai perampas dan dalam apa keadaan pun dia mahukan restu dari ibunya dan menjadikan Larra menantu yang disayangi.

Saat Larra berduka lara, Razlan yang merupakan business partner menjadi tempat Larra meluahkan perasaan. Bagi Larra, Razlan adalah teman yang disenangi dan dihormatinya apatah lagi jarak umur mereka yang jauh. Isteri Razlan, Aishah dan anak-anak juga menganggap Larra sebahagian daripada keluarga, tiada istilah cemburu dihati Kak Chah andai Razlan bertemu Larra. Melihat kebahagiaan Razlan dan Kak Chah yang berkahwin tanpa cinta pada awalnya, menyedarkan dia yang Shaq juga akan bahagia bersama Balqis.

Namun Allah lebih menyayangi Kak Chah, kemalangan jalan raya telah meragut nyawa dia dan meninggalkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu. Pilu menyelubungi rumah banglo Razlan. Bagi Razlan tiada wanita yang mampu menandingi Aishah isteri yang dicintai. Namun anak kembarnya yang masih kecil masih memerlukan penjagaan dan perhatian. Keluarga Razlan yang melihat penerimaan anak-anak dan keikhlasan Larra menjaga anak kembar dan anak remaja Razlan mencadangkan Larra sebagai calon pengganti. Saat Larra dilamar menjadi ibu kepada anak-anaknya, di pihak Shaq pula rumahtangganya hancur dek terbongkar rahsia songsang Balqis.
Larra cuba belajar menerima kehadiran Razlan sebagai bakal suami. Perkahwinan dirancang namun terhalang kerana walinya tidak bersetuju. Ada sengketa antara Amin, adik lelakinya dengan Razlan yang tidak disedari sesiapa mahupun Razlan sendiri. Dalam Larra menyelesaikan kekusutan yang ditimbulkan Amin, hatinya berbolak balik apabila Shaq muncul semula dan mengistihar dirinya bukan milik sesiapa lagi.

Bagaimana kesudahan kisah cinta Larra-Shaq-Razlan. Baru Larra sedar betapa sukar membuat pilihan seperti yang pernah Shaq lalui. Antara janji dan cinta yang mana satu perlu diutamakan. Alahai macam menonton cerita Hindustan pulak. Apa-apapun Cik Pah suka Cinta Tak Beralih.

View all my reviews

Sunday, 16 March 2014

Novel : Melodi Kasih

Melodi KasihMelodi Kasih by Hezzy Azra
My rating: 4 of 5 stars


Mereka bersahabat dan masing-masing ada onak ranjau yang perlu ditempuhi. Zahara, gadis maskulin yang putus cinta kerana perbezaan agama dengan Isaac, bakal bertemu Fariq lelaki blur yang romantis, kisah mereka menguasai keseluruhan cerita. edrina (EJ) yang telah berkahwin atas pilihan keluarga selama 3 tahun cuba bertahan akhirnya bergelar janda diawal usia dan watak Iman adalah rakan EJ dan Zaha yang lembut dan isteri yang baik untuk Huzir.

Zaha-Fariq, perkenalan mereka bermula hasil daripada EJ yang menolong Zaha mendapatkan kontraktor membaik pulih kondo ibu Zaha. Sejak pertemuan itu, Fariq cuba memikat Zaha yang jual mahal dan seolah-olah membina benteng terhadap lelaki. Bagi Zaha, hatinya masih belum terbuka menerima lelaki kerana kisah ibunya yang ditinggalkan ayah, kelakuan abang yang tidak bertanggungjawab dan kecewa dlm percintaan masih berbekas di hati. Kisah tarik tali yang menarik dan akhirnya Zaha terbuka hati menerima Fariq. Walau bagaimanapun, satu fitnah telah mencemarkan maruah Fariq dan membuat Zaha kecewa. Bagaimana Fariq memulihkan kembali kepercayaan Zaha? Ikuti kisah mereka yang sweet.

EJ-Taj, bg EJ dia mencintai Taj sepenuh hati selepas diijab kabulkan. Rasa dilayan bagai permaisuri kerana suaminya cukup penyayang dan menantu yang baik untuk mak dan ayah. Walhal tanpa EJ sedari semuanya adalah lakonan Taj untuk menumpang kemewahan keluarga EJ. EJ Kepinginkan anak untuk melengkapkan sebuah keluarga tetapi setelah 3 tahun masih belum dikurniakan zuriat. Apabila isu anak dibentangkan, ada saja helah Taj walhal doctor mengesahkan dia tidak bermasalah untuk mengandung. Taj rasa tercabar dan tanpa EJ sedari suaminya bakal mendapat zuriat dengan wanita lain secara tidak sah. Sampai bila rahsia ini akan tersimpan bila wanita yang dihamilkan itu cuba menuntut dipertanggungjawabkan. Taj kalut. Dia bakal kehilangan jawatan penting dalam syarikat keluarga EJ dan segala kemewahan yang selama ini dia nikmati. Kalau ikutkan perempuan yang mengungkitkan pemberiannya kita akan rasa menjengkelkan, tapi dalam situasi Taj yang 'jahat' ni, rasa macam nak tepuk tangan bila EJ cuba menyedarkan Taj tentang kedudukan dia di syarikat papa dan peratus milikan saham. Bagaimana EJ mendapatkan kebebasan daripada Taj dan siapa wanita yang berkepit dengan Taj yang pernah Zaha nampak tanpa pengetahuan EJ. Pembongkaran rahsia yang tidak disangka-sangka.


Iman-Huzir, contoh pasangan suami isteri yang bahagian bersama zuriat yang comel. Mereka sama-sama bersusah payah mengharungi bahtera rumahtangga dan berdikit-dikit berbelanja dengan kewangan yang agak terhad. Cabaran buat Huzir yang bekerja di bawah Taj yang sombong dan bongkak. Periuk nasi Huzir ditabur pasir dan Huzir hampir menyerah kalah dengan tekanan kerja yang Taj kenakan. Taj yang tidak professional dalam mengurus syarikat terbawa-bawa isu peribadi yang tidak berpuas hati atas persahabatan isteri mereka dan tuduhan tidak berasas kemasukan Huzir ke syarikat atas dasar persahabatan dan bukan atas kemampuan Huzir.

Ada sedikit kekeliruan tentang EJ yang mengerjakan umrah sedangkan semasa itu Taj dah lafaz taklid cumanya belum diputuskan oleh mahkamah samada jatuh talak atau tidak. Isunya disini adalah wanita dalam iddah dilarang mengerjakan umrah dan adakah EJ dalam iddah ketika mengerjakan umrah? Buku ni ditulis pada tahun 2007, mungkinkah dah ada pencerahan tentang isu ini?

View all my reviews

Wednesday, 12 March 2014

Novel : Semerah Red Velvet

Semerah Red VelvetSemerah Red Velvet by Hezzy Azra
My rating: 3 of 5 stars

Best jugak cerita ni.


Riana - Syahir. Hubungan terjalin kerana Pn Hasnah yang berkenankan Riana mengatur perkenalan dengan anaknya yang spoil. Harapannya apabila bercinta dengan Riana, Syahir akan lebih bertanggungjawab dan Riana dapat mengubah perangai anaknya yang malas bekerja , dok mengharap ehsan fama yang harta banyaknya 5 keturunan makan tak habis. Patut disesah je anak sebegini, dah la rosak, cuba pulak merosakkan anak orang yang baik. Gaduh-baik, gaduh-baik. Akhirnya hubungan mereka terputus bila Syahir nampak Riana melayan pelanggan kafe sedangkan dengan dia, Riana asyik mengelak pertemuan rahsia yang diatur Syahir. Pergaduhan di Kafe tempat Riana bekerja menamatkan hubungan yang dah tiada rasa buat Riana. Lega.

Riana-Emir. Perkenalan mereka bermula di Kafe. Kerana cemburu Syahir terhadap layanan mesra Riana kepada Emir, turut mengheret Emir berada dalam pergaduhan Riana -Syahir. Bermulalah detik Emir tercari-cari Riana yang berhenti kerja disebabkan malu difitnah Syahir. Tidak disangka Emir, Riana berada di kolej tempat dia bekerja. Akhirnya mereka berjodoh walaupun Riana cuba melarikan diri.

Novel ini semakin menarik selepas Riana-Emir diijab kabulkan. Konflik rumahtangga bukan hanya kerana orang ketiga ttp penulis membawa kisah ini kepada konflik yang lebih realistik. Jurang pendidikan, personaliti, cara asuhan keluarga, ego, masalah komunikasi, kisah silam, salah faham lebih dekat dengan situasi sebenar bagi pasangan suami isteri.

View all my reviews