Wednesday 14 August 2013

Novel : 13 Jam A380

13 Jam A38013 Jam A380 by Evelyn Rose
My rating: 5 of 5 stars

13 jam a380

Pengisian yang mantap bab jodoh. Sudah tentu cerita dari ER masih lagi mendedahkan kisah konglomerat yang berharta dan menggunakan kelebihan yang mereka miliki ke arah keberkatan.

Pertemuan dengan Syed Haydar didalam kapal terbang bagai satu mimpi buat Hana Sofea. Lelaki yang selama ini dia stalk melalui twitter! Jutawan muda yang menjadi igauan wanita! Termasuk Hana. Akhirnya doa Hana termakbul dapat bertentang mata malah sempat mencipta cinta kayangan yang dilakar dalam tempoh 4 jam. Cinta di awan biru sungguh indah sebelum Hana sedar semuanya adalah dosa dan aib yang akan mengikat dirinya. Pabila kaki menjejak bumi, cinta kokain bagi Haydar tidak dapat diteruskan kerana kehidupannya masih ada lagi tanggungjawab yang perlu dilunas lantaran dia adalah pewaris yang meneraju perniagaan keluarga. Hana sedar semua itu. Tapi pabila mata melihat lelaki yang dipuja ditemani kekasih model jelita, Hana panasaran.

Masih jauh lagi perjalanan hidup Hana dibumi London. Kenalan baru,Fido dan nenek yang berada bersama Hana dalam pesawat menemukan cinta baru buat Hana. Emmel kanak2 comel yang ketandusan kasih seorang ibu menagih kasih Hana. Panggilan mommy telah mengikat Hana untuk terus tinggal dengan keluarga Fido. Sekiranya dengan Haydar, Hana adalah kokain. Bersama keluarga Fido, Hana merupakan sunshine. Cik Pah sangkakan Fido yang bakal menjadi lelaki watak ke dua semasa baca di blog ER. Rupa-rupanya Fawwaz (daddy Emmel) abang Fido yang menjadi pembimbing dan impian Hana untuk mengimamkan dia sehingga ke akhir hayat. Lelaki yang digambarkan sungguh kacak, bermata amber, berharta, alim tetapi terperangkap dengan kisah sedih masa silam sehingga membentuk sikapnya yang dingin. Sungguh Hana terlupa mengukur dibadan sendiri tatkala dia terbuai dengan kehadiran Fawwaz walau Fawwaz tidak menunjukkan sikap romantik tetapi lebih kepada tanggungjawab. Waktu ini Cik Pah pun terlupa seketika watak Haydar dan Fido. Yang menguasai watak adalah Emmel dan Fawwaz. Sungguh ER berjaya membawa pembaca melupakan sesuatu dan fokus kepada apa yang terhidang.

Istikharah telah dibuat. Petunjuk Allah pun telah diperolehi. Sesungguhnya manusia kadang2 tidak sedar Allah telah menunjukkan jalan tetapi manusia masih menyangkal. 3 tahun Fawwaz menunggu jawapan daripada Hana, tetapi jawapan tetap negetif kerana belum mendapat restu daripada ayahanda di tanah air memandangkan dia masih bergelar pelajar. Suka dengan watak Hana yang digambarkan seorang anak yang mengutamakan keluarga dan bab jodoh dia masih tidak membelakangkan restu mak ayah.

Kisah Haydar tidak berakhir begitu sahaja. Sewaktu Hana pulang ke Malaysia, Haydar muncul kembali kali ketiga. Pertemuan kali kedua adalah semasa Haydar menyelamatkan Emmel. Disitu Cik Pah sudah agak, mungkin Haydar business partner Fawwaz. Tapi tidak semudah itu ER membiarkan pembaca menebak. Haydar, Hana tinggalkan dengan getaran yang masih terasa. Jauh lagi perjalanan cerita sehinggalah pertemuan ketiga Hana dengan Haydar dalam pesawat A380. Mereka mengulang kembali detik pertemuan pertama dalam versi Hana yang telah bertudung yang menjaga tatasusila sebagai muslimah.

Hana dengan misinya, pulang ke Malaysia dengan harapan mendapat restu mengahwini Fawwaz dalam tempoh 2 bulan. Itu hanya perancangan manusia, namun Allah yang menentukan kerana Hana perlu menempuh halangan dari Haydar yang turut melancarkan misinya untuk memperisterikan Hana. Bertindak seperti 'snake in the grass'. Ayah dan umi Hana dilayan seperti mertuanya. Pandai mengambil hati orang tua, cilik menguasai permainan, terkena dan mengena tetapi masih menguasai keadaan.
Berdebar-debar tau nak tahu penamatnya. Nakal Haydar menyebabkan Cik Pah hampir terlupa Fawwaz tetapi tatkala Fawwaz muncul di Malaysia, serba salah nak sokong siapa hehe.

Aha, watak dalam The Wedding Breaker turut dimuatkan dan mewarnai novel kedua ER. Terubat rindu dengan semua watak TWB ;)

View all my reviews

No comments :

Post a Comment