Thursday 29 August 2013

Novel : Pergi Tanpa Alasan

Pergi Tanpa AlasanPergi Tanpa Alasan by Hani Fazuha
My rating: 3 of 5 stars

Pergi tanpa alasan

Ceritanya mengajar kita supaya berfikir sebelum bertindak. Sungguh , apa sahaja yang kita pilih sekarang akan melakarkan sejarah yang tak mungkin terpadam. Tetapi bagi yang telah menempa kisah silam yang kelam, belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan dan bertaubat. Bukan salah ibu dan ayah dalam mendidik anak-anak. Ada kalanya anak anak terbuai dengan nikmat dunia walaupun ilmu agama penuh didada.

Rihana, gadis cantik yang terbuai dengan nikmat dunia tetapi kembali tersedar apabila dirinya hampir diperkosa. Dunianya dikelilingi lelaki kaya dan disitulah dia menemui Hakim, lelaki yang mengejar dirinya walaupun tahu dirinya dipalit dosa. 6 bulan melarikan diri dari terus bergelumang dosa, Rihana akhirnya berjaya dijejaki Hakim. Hakim terpaksa menggunakan tipu muslihat mengahwini Hana apabila lamarannya ditolak mentah2. (Cukup tak berkenan cara Hakim ni). Rihana takut dia kembali bergelumang dosa dan Hakim bukan lelaki yang mampu membimbingnya.

Apa yang Hakim fikir, hanya ingin memiliki dan menghalalkan hubungannya dengan Hana walaupun dia telah bertunang dengan Nelly, pilihan keluarga. Tanpa memikir risiko, Hakim nekad mengahwini Hana. (Memang patutpun berkahwin, selagi tak kahwin, selagi itu malaikat raqib mencatit dosa. Tangan macam sotong, tak boleh dok diam pabila Hana didepan mata. )

Alam rumahtangga mereka bahagia kerana ternyata kasih Hakim bukan hanya kerana nafsu. Walau bagaimanapun kebahagiaan mereka tergugat apabila hubungan mereka dihidu mama dan papa Hakim. Ibu bapa mana yang dapat menerima menantu bekas pelacur kelas atasan kan! Mereka menjadi pelarian di Pulau Perhentian. Tetapi pabila mama Hakim terlantar sakit, mereka terpaksa pulang. Bermula dari saat itu, hati Hana terluka. Hakim terpaksa memilih antara Hana atau mama. Adakah Hana atau Hakim yang pergi tanpa alasan? Tet! Baca sendiri !



View all my reviews

No comments :

Post a Comment