Thursday 29 August 2013

Novel : Sandal Bunga-bunga

Sandal Bunga-BungaSandal Bunga-Bunga by Faziela
My rating: 3 of 5 stars

Perbualan bapa dan anak perempuan yang menarik dan yang Cik Pah suka iaitu sebelum Izza bersetuju menerima lamaran Zahran. Abah menceritakan bagaimana dia terkahwin dengan emak Izza disebabkan salah faham. Lawak! Arwah nenek tersalah meminang kerana dalam kampung mereka ada dua orang anak dara yang bernama Aishah. Kahwin juga la sebab masa kenduri baru tahu tersalah orang. Muehehe. Mesejnya, tidak semestinya harus bercinta dahulu sebelum kahwin kerana bercinta selepas berkahwin adalah lebih nikmat.

Begitulah yang berlaku kepada Izza dan Zahran. Bercinta dengan orang lain berkahwin dengan orang lain. Izza mengikut nasihat abahnya lantas menerima lamaran Zahran. Padanya Zahran adalah orang yang baru dikenali walhal kawan baiknya mengenali Zahran sebagai senior sekolah mereka. Mahunya dia memandang lelaki lain kerana Izza sewaktu itu sibuk bercinta dengan Naqib. Namun percintaan 8 tahun berakhir begitu sahaja menyebabkan Izza makan hati berulam jantung.

Zahran pula meninggalkan bumi Dubai dan melepaskan jawatannya untuk pulang ke Malaysia setelah Deena bertunang dengan orang lain. Pada Cik Pah alasan Deena menerima peminangan orang lain tidak kukuh. Ada ker patut hanya kerana hendak menguji sejauh mana perasaan Zahran kepadanya, dia sanggup memainkan perasaan orang lain pula. Itulah kata orang kalau dah jodoh tidak disangka-sangka perkenalan dengan Izza membuka semula hati Zahran untuk berumahtangga dan mengangkat Izza sebagai suri.

Cerita selepas berkahwin agak menarik kerana mereka adalah watak yang berbeza. Zahran suka aktiviti outdoor dan suka buat kejutan. Izza pula agak feminin dan tak suka kejutan. Cik Pah juga suka toleransi antara mereka dan sama-sama belajar menerima kebaikan dan keburukan masing-masing. Pembinaan watak Zahran sebagai suami juga patut dipuji. Zahran digambarkan calon suami idaman para wanita diluar sanaaa yang ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah dan mereka ada sistem giliran ;) .

Baru sahaja mengecapi rasa bahagia melayari bahtera rumahtangga dan gembira menerima berita mereka bakal menimang cahayamata, datang pula dugaan orang ketiga yang psycho. Deena bekas kekasih Zahran ingin merampas kebahagiaan mereka dan kekerasan digunakan sehingga Izza trauma. Di sini menguji sejauh mana kasih sayang antara Zahran dan Izza dan berjayakah mereka menyimpul ikatan rumah tangga yang baru dibina.

Happy ending!

View all my reviews

No comments :

Post a Comment