Showing posts with label Emy Roberto. Show all posts
Showing posts with label Emy Roberto. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Mini Novel : Yang Dia Mahu

Yang Dia MahuYang Dia Mahu by Rehan Makhtar
My rating: 4 of 5 stars


Encik Sederhana
2/3 naskah YDM ini adalah kisah En Sederhana dan Yuyu Ikan Yu. Sangat bersederhana menguruskan walimatulurus kerana syarat-syarat yang ditetapkan si pengantin lelaki (Fateh) adalah untuk bertujuan mengikut syariat sedangkan si pengantin perempuan (Yuyu) mengimpikan perkahwinan yang mengikut masa kini, kahwinkan hanya sekali seumur hidup. Yuyu juga turut menetapkan syarat bagi melepaskan diri buat seketika sementara mengenali bakal suami. Kisah mereka sangat manis untuk panduan pasangan yang baru berkahwin apatah lagi perkahwinan mereka adalah aturan keluarga.

Apa yang berlaku 10 tahun sebelumnya dan selepas berkahwin boleh diagak jalan cerita tetapi mesej yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca sangat kesampaian. Terima kasih Rehan Makhtar untuk kisah yang banyak memberi input kepada pembaca. Bersederhana hal duniawi tetapi berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadat untuk bekalan akhirat dan sama-sama membawa orang tersayang ke syurga Allah. Jom sempena bulan Rejab yang tak lama lagi Syaaban dan seterusnya Ramadhan kita perbanyakkan amal ibadat dan berubah menjadi lebih baik. Sisi gelap yang ada kita tinggalkan, fokus untuk masa sekarang dan hadapan selagi masih sihat dan bernyawa. Buat sikit-sikit dan terus beristiqamah. Sungguh Fateh contoh lelaki soleh pilihan ibu-ibu untuk dibuat menantu. Berkenan Cik Pah tihtih


Tercipta Untuk Dia

Selepas baca kisah Dian-Eagil-Ameer seperti rasa tak puas, seperti kisah mereka tergantung walaupun dah tahu siapa dihati Dian. Ye la bagaimana penerimaan bapa Dian terhadap pilihan hati dan apa pula kesudahan kisah lelaki yang bukan menjadi pilihan Dian. Haiiii Cik Pah ni memang tak sesuai tau baca cerpen.

Didi sahabat Dian, macam pernah dibaca nama dia terselit dalam cerpen mana ye yang ada pengakhiran yang baik selepas ditinggalkan Aladin. Emmmm entah sudah lupa atau tersalah orang.


Kata Cik Pah:

2 tajuk untuk 3 kisah cinta yang berbeza. Yang mana yang kita mahu? Tepuk dada tanya iman.


View all my reviews

Thursday, 5 December 2013

Novel : Jangan Benci Cintaku

Jangan Benci CintakuJangan Benci Cintaku by Emy Roberto
My rating: 4 of 5 stars

Jangan Benci Cintaku


Aha ada bungkusan sampai di meja, tengok info pengirim membuat Cik Pah tersenyum lebar. Cerita yang telah diintai diblog penulis ini akhirnya berada dalam versi cetak.

Ayuh selak sambungan cerita di bab Rafeeqa keluar dari rumah parent Shahrizal tanpa pamitan sesiapa pun. Fika terluka dengan layanan Nek Pah yang tak berkenan cucunya mengahwini Fika, gadis moden yang tidak sopan dari segi pakaian dan tidak cekap didapur. Shah pula meninggalkan dia terkontang kanting dirumah mertua yang sememangnya tidak mendapat perhatian sesiapa kecuali mummy. Pada luaran, Fika nampak kuat, tapi dia memendam rasa. Suami sendiri ada skandal dan rumahtangga menanti belah. Memang dia akui silapnya meninggalkan Shah 5 tahun ke Sunderland menyambung pelajaran walaupun dihalang. Silap Shah pula, menduakan Fika setahun sebelum Fika pulang ke Malaysia dan ketika Fika pulang, Shah telah merancang mengahwini Husna. Yang pasti Shah tak akan memadukan sesiapa kerana dia pasti tidak akan berlaku adil dan Fika pasti dirinya akan disingkirkan. Apatah lagi semua perkara Husna didahulukan sehingga saat dia amat2 perlukan suami kerana kemalangan, suami masih menipu dan berpoya dengan Husna. Ralat, saat hatinya mula menyintai suami sendiri, dia bakal menjadi janda seawal usia.

Bagi diri Shah, Fika adalah isteri yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu walaupun mereka berkahwin atas kehendak keluarga. Malangnya, Fika tidak pernah menyintainya, degil dan tidak mendengar kata. Masing2 sebenarnya mereka ini ego dan degil. Taknak luahkan perasaan sendiri sehingga timbul konflik yang akhirnya membuat Fika melancong ke Bandung sendirian setelah kecewa Husna sampai menyerang dia dirumah dan cerita fitnah Husna berjaya meracun fikiran Fika. Maruah dia rasa diinjak apabila cerita dalam kelambu dijaja suami. Iye ke begitu Fika oiii? Cepat sangat percaya cakap perempuan yang nak merampas suami dia. Apabila Shah cuba rungkai konflik yang terjadi, bukannya Fika nak cerita. Disimpannya rahsia ketat-ketat termasuk tohmahan Nek Pah. Memang baik sungguh Fika ni, tak nak buruk-burukkan orang lain. Rasa sakit membaca naskah ini sama sakitnya seperti Ku Seru Rindu Itu. Aish! Untuk Shah mai Cik Pah jentik dahi kasi sedar macam ni.


Haha masa edisi siasat versi Shahrizal, Damia, sahabat Fika terkena, rasa macam di'ayam'kan saja. Mudah Shah dapat jejak Fika. Konon bukan budak2 yang mudah terpujuk dengan umpan ais krim, sekali nah! Oh lala

Yang Shah tak tahu, Fika terjumpa seseorang di sana. Siapa ingat Uncle Sawi dalam Mama Mia Shaza? Bujang terlajak yang terjebak dengan isteri orang. Kali ni terjebak lagi sekali ker?

Suka dengan cara penulis melakarkan watak Fika. Dari gadis yang keanakan, degil dan bukan kategori wanita melayu terakhir serta muslimah sejati, dia belajar menjadi dewasa dan berubah mencari cahaya ilahi. Dari segi peribadi mmg dia adalah seorang yang baik , hormat orang tua , happy go lucky, bubbly. Tapi sayangnya sehingga ke titik terakhir Nek Pah tetap tak suka pada Fika walaupun dah 'berubah'.


Banyak juga bahasa pasar dalam naskah ni. Ayam, itik, walawei dan tang bersepah-sepah dikebanyakkan mukasurat. Ok Cik Pah masih boleh terima tapi agak kurang senang dengan 'tang' yang diletakkan dibeberapa ayat. Setahu Cik Pah tang tu bermaksud di mana, dekat mana, yang mana. Kalau di ubah mengikut maksud tu, ayat2 tu tak berapa nak kena. Ada yg boleh perjelaskan? Ok apa2 pun Cik Pah suka cerita sedih ala perempuan cekal ni juga kerana adanya nilai agama, moral dan sosial.
I love you = Jangan Benci Cintaku.
Happy ending. Next!

View all my reviews

Sunday, 17 November 2013

Kompilasi Cerpen : Kisah Dari Hati

Kisah Dari HatiKisah Dari Hati by Hani Fazuha


Kisah Dari Hati

Dia Random Guy 2 - sambungan cerita Alina-Amzar melayari rumahtangga yang manisnya terlebih dos. perkahwinan mereka telah bertahan selama 10 tahun dan bahagia dikurniakan 5 orang cahayamata

Awek Pisang Goreng 2 - cerita Husna-Daus yang cuba menyesuaikan diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dan bertolak ansur dalam kesebukan kerja mencari rezeki halal. Cerita mereka belum diteroka, InShaAllah Cik Pah akan cuba intai kisah mereka

Bukan Kerana Kebetulan
Cerita sedih dari Hani Fazuha berkenaan perkahwinan yang diatur keluarga dan kemelut rumahtangga berlaku apabila pengantin lelaki mengetahui kekurangan pengantin perempuan yang bukan lagi perawan.

Pergi Tanpa Alasan 2
Ohh Rihanna-Hakim tak pergi kemana-mana. Jangan risau, mereka bahagia bersama baby Arissa walaupun Nelly cuba mencucuk jarum ibu Hakim. Isu balik kampung siapa untuk beraya diketengahkan.

Maaf Tak Indah
2 kali baca di blog dan ini kali ke-3 tetap mengharu birukan perasaan Cik Pah. Kejam. Sedih. Insaf. Kisah yang penuh pengajaran untuk kita hargai anugerah Allah, anak, suami, isteri. 5* untuk kisah ini.

Dekat Padamu 2
Iskandar masih dengan watak sengal dan merenyam dengan isteri bongsu terchenta dia, Syafika. Mereka bahagia setelah 5 tahun melayari rumahtangga apatah lagi dikurniakan 3 cahayamata. Isu meluangkan masa suami isteri diketengahkan setelah anak-anak membesar. Ada kematian dalam cerita pendek ini. Siapa? Ada-ada saja Sarnia Yahya mematikan watak yang tak pernah wujud :)

Harga Sebuah Cinta 2
Fea-Zhafir bahagia apatah lagi Fea disahkan mengandung. Kisah mereka mengingatkan kita supaya menghargai pasangan selagi mereka masih ada. Jangan ikut sangat kata hati yang mengada merajuk kelak membawa padah.

Rahsia Kita
Shuuu, jangan bagitau. biar terus jadi rahsia kita. Siapa yang baca je tahu ;)

Dia Selamanya
Bayangkan jika anda menghadiri majlis kenduri kahwin kenalan dan didapati pengantin lelakinya adalah kekasih hati yang pernah melamar anda. Eyma, penulis novel terpaku. Saat mata memandang Ammar disebelah pasangannya yang cantik berkebaya, terimbas kembali kisah percintaan dia dengan pengantin lelaki yang segak berpakaian putih. Eyma berputih mata selepas menolak lamaran lelaki dambaan dia 3 tahun lalu disebabkan satu insiden. Disangkanya Ammar sabar menunggu dia tapiii ada kejutan untuk Eyma dan pembaca. Bijak2x

Pujuk Hati Dia 2
Sayang berlebihan ? cemburu berlebihan ? Ambil kesempatan berlebihan? Berlembut berlebihan? Nampak macam kena buli je Ain dengan suami dia Tengku Ritzlan.

Romeo vs Juliet
Tajuknya pun dah boleh diagak bagaimana ceritanya. Persahabatan Fina dan Izz Si Gemuk terhalang kerana perangai gengster abang masing-masing yang bermusuhan kerana berebut Jelita. Mereka dipisahkan apabila rahsia mereka berkawan baik dihidu. Tetapi takdir telah menemukan kembali mereka di Surrey dan ditakdirkan juga menjadi housemate. Wow Si Gemuk dah bertukar jadi si kacak sampai Fina tak dapat mengecam semasa diawal perkenalan. Satu berita buruk dikampung telah menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Sampai masa untuk pulang ke tanahair, adakah nasib baik menyebelahi mereka? . Soalan ini ditujukan kepada penulis. Ala QSS, apa pengakhiran Fina & Mr Panda ni. Aduyai. Seperti nasib Romeo & Juliet ker?

Semerah Warna Senja
Kisah nikah senyap-senyap di usia muda dan perkahwinan itu adalah untuk mencabar ibu Arif, Puan Sri yang sombong. Cabaran yang Riana terpaksa tanggung, 4 tahun Arif menyepi tanpa khabar angkara fitnah sebelum mereka menemui titik bahagia.

Tetap Sempurna
Serius sedih , cerpen dari Emy Roberto. Mak ayah meninggal, menjadi janda di usia muda ketika bayi baru 5 bulan dan paling besar dugaan pabila Akma tidak lagi sempurna menjadi wanita, endometrial cancer stage 1.

Tanpa Dirimu
Erk macam tak faham sikit jalinan ceritanya. 6 bulan yang lalu Zhariz minta Yatie lupakan dia. Ada fitnah yang menular dikampung tentang diri Yatie sehingga membuat ayah murung dan meninggal dunia. Pastu Zhariz pujuk nak kembali juga dengan cerita yang bukan-bukan tentang dia. Tak faham. Sapa yang buat fitnah 6 bulan yang lepas? Senangnya hidup orang yang buat fitnah dilepaskan begitu saja. Ada sesiapa yang boleh buat pencerahan tentang cerita ini?

Isteri Soleh Suami Solehah
Dua tiga kali juga belek tajuk. Ooo bila dah sampai part kena mengena tajuk, gelak tergolek rasanya ngeh3x. Kelakar pada 1/3 cerita dan dah sampai pertengahan sehingga akhir macam hilang konsentrasi disebabkan beberapa kali disuakan dengan adegan fitrah suami isteri.

View all my reviews

Wednesday, 4 September 2013

Novel : Mama Mia Shaza

Mama Mia ShazaMama Mia Shaza by Emy Roberto
My rating: 4 of 5 stars

Sometimes separation is the best decision for us, to sit back for a moment and analyze the past behind us. We're not broken, we'll just bend until we can learn to love again.

Mia Shaza anak patung bergerak. Anak yang lahir dari cinta yang disemai Shazwan Imad dan Maya Laila di bumi Sheffield. Namun Shazwan melarikan diri dari tanggungajawab dengan alasan tidak bersedia sebagai papa tatkala usia kandungan baru 4 bulan. Mampukah Shazwan menambat semula hati Maya dan si cilik tatkala adanya saingan dari Uncle Sawi, Shazwi Iman bos tempat Maya bekerja.

Semua yang berlaku adalah disebabkan trauma masa silam dan kejahilan masa lalu. Andai waktu dapat diundur, takkan dia meninggalkan Maya dibumi asing. Lalu usaha dilipat ganda untuk meraih kepercayaan si buah hati. Namun suratan takdir memisahkan mereka kerana hati yang terluka tidak dapat diubati. Masih adakah peluang dan ruang untuk mereka memperbaiki keadaan apabila Maya memilih Shazwi dan Mia Shaza hanya penyebab untuk mereka berurusan.

Komentar Cik Pah.

Pada mulanya Cik Pah sangkakan ER akan tamatkan kisah MMS dengan 2 pasang kekasih. Salah menebak rupanya. Kus semangat. Tapi agak terkilan ada watak yang perlu ditamatkan dengan kematian untuk memberi ruang merpati sejoli memadu kasih dan membentuk keluarga sempurna membesarkan Mia dan bakal adiknya.

Pst! Cik Pah juga berimpian dikurniakan anak patung bergerak aka Mia Shaza versi tepek muka Cik Pah. Ahhh! Membayangkannya sahaja cukup menyeronokkan. Tuhan! Ku pohon dari Mu.

View all my reviews