Thursday 5 September 2013

Novel : Ikhlas, A.K!

Ikhlas, A.K!Ikhlas, A.K! by Nirrosette
My rating: 3 of 5 stars

AK Adam Khalish dikategorikan lelaki masjid bergandingan dengan Nur Kaseh Kaisara yang playgirl dan merupakan anak jutawan? Mudahkah Adam membentuk Kaseh andai kata Kaseh degil dan keras hati? Ceritanya mudah kerana watak Kaseh adalah seorang gadis yang menurut kata dan sudah tentu dia mendapat hidayah dari Allah.

Bukan senang juga Kaseh nak tinggalkan kehidupannya yang penuh keseronakkan dunia dan bff dari kecil Syera. Tapi dia nekad apabila Adam memberinya peluang 3 bulan untuk saling mengenali sebelum Adam menerima Kaseh sebagai girlfriend. Dalam tempoh itulah Adam mendidik Kaseh tentang Islam. Kesian sungguh Kaseh yang lahir sebagai Islam tetapi fardhu ain langsung tak tahu sehingga perlu masuk kelas asas. Apabila nak berubah, ada sahaja halangan. Paling kasihan apabila ditentang mummy dan daddy Kaseh sendiri sehingga Adam diugut dan dipukul supaya meninggalkan Kaseh.

Ikutilah kisah Kaseh dan Adam yang mencari keredhaan Allah dan dalam masa yang sama perlu patuh pada kehendak ibu bapa yang menuntut pengorbanan cinta mereka yang baru bertunas.



View all my reviews

No comments :

Post a Comment