Wednesday 4 September 2013

Novel : Bukan Hanya Ada Kita

Bukan Hanya Ada KitaBukan Hanya Ada Kita by Nazurah Aishah
My rating: 5 of 5 stars

Cerita yang Nazurah bawa kali ini menyesakkan dada dan meruntun jiwa sampai terbawa2 dalam tidur. Cik Pah usung novel ini semasa berkursus di KK. Roomate siap gelakkan Cik Pah sebab mengigau dan kesedihan dalam tidur hehe. Tak tahu hendak sokong siapa disebabkan kali ini POV adalah dari perspektif isteri kedua (Medina) dan suami (Zahrin). Walau bagaimanapun Cik Pah tetap bersimpati dengan isteri pertama (Aiza) yang keseorangan membesarkan anak-anak sepanjang Zahrin bertugas di Oman dan tanpa disedarinya suami menemui jodoh yang kedua disana.

Rasa simpati menebal buat Aiza kerana Zahrin kahwin tanpa memberitahu Aiza. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, masa Zahrin juga lebih diluangkan untuk Medina kerana Aiza tinggal di utara dengan anak-anak manakala Zahrin tinggal di Kuala Lumpur kerana bertugas. Zahrin hanya pulang 2 kali sebulan. Pada Aiza yang tidak mengetahui suaminya berkahwin lain, dia redha dengan kehidupan berjauhan dengan suami. Apatah lagi sikap Zahrin tidak berubah. Masih bertanggungjawab dan mencurahkan kasih sayang. Apabila rahsia Zahrin berkahwin dengan Medina terbongkar, Aiza nanar kerana ditipu bertahun-tahun lamanya. Hancur hatinya apabila mengetahui Medina kenalan baru yang ditemui secara alam maya yang disangkakan teman yang boleh dipercayai rupa-rupanya madunya.

Dipihak Medina pula, memang bukan niat dia nak merampas suami orang. Apatah lagi dia memang menentang keras bapanya berpoligami dan menyebabkan ibunya berendam air mata. Tapi dah jodoh. Itu kata orang yang terjebak dengan suami orang. Nak tak nak dia terpaksa menyembunyikan perkahwinannya daripada pengetahuan keluarga di Johor. Sungguh, sikap Medina sebagai isteri kedua patut dicontohi oleh mereka-mereka yang menjadi isteri kedua. Sentiasa mengingatkan Zahrin untuk berlaku adil dan dia malu untuk berbelanja mewah menggunakan wang ringgit Zahrin walaupun Zahrin mampu. Apabila terbongkar rahsia mereka, Medina membawa diri dan sanggup berpisah dengan Zahrin.

Ikutilah cerita selanjutnya bagaimana Zahrin menangani rajuk Aiza dan Medina.

P/S: Sebenarnya Cik Pah tak puas hati dengan endingnya. Keputusan Aiza menyambung pelajaran ke oversea tidak menyelesaikan masalah. Apa akan berlaku selepas Aiza pulang ke Malaysia? Dah la Zahrin mengambil keputusan berpindah ke Johor bersama Medina. Seolah-olah Medina bolot semuanya. Masa bersama Zahrin, masakan kegemaran (asam pedas Medina vs kari Aiza), hobi, anak-anak yang ditinggalkan. Ya! Medina adalah insan istimewa dihati Zahrin. Keistimewaan yang tidak ada pada Aiza. Sadis dengan kenyataan ini.



* Thanks to Ika Madera yang recommend novel ni masa di PBAKL. Tapi masa tu Cik Pah tak rasa nak beli lagi sbb cerita pasal poligami ni menyeramkan. Dah baca review dari GR members, baru la beli di PBSelangor

View all my reviews

No comments :

Post a Comment