Wednesday 6 May 2015

Novel : Setiap Jumaat

Setiap JumaatSetiap Jumaat by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars


Kisah tentang Jasmine yang salah sangka dan dendam kepada ibu dia yang berkahwin lain selepas kematian ayah. Rahsia sebenar bakal merobek hati dia apatah lagi ibu bersusah payah membesarkan mereka. 5 tahun di Jepun kerana menyambung pelajaran dan tahun2 berikutnya Jasmine bekerja di Jepun melayan rajuk. Sedih Jasmine berganda kerana dikhianati Jabar yang berjanji mengahwininya sesudah tamat belajar. Mujur rakan-rakan serumah banyak memberi sokongan, patah hati dia hampir membuat dia terkandas dalam pelajaran. Cerita disebalik pengkhianatan Jabar tu buat Cik Pah rasa nak tampar Jabar dan Daun rakan serumah Jasmine. Kawan makan kawan.

Tugas Jasmine sebagai pemandu pelancong menemukan dia dengan Ultraman setiap hari Jumaat, pelukis Melayu yang melayan dia berbual tentang banyak topik. Banyak sisi negetif yang didedahkan kepada pembaca tentang adat dan budaya hidup orang Jepun. Ye lah yang baik di jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Dari satu lagi kisah adalah kisah anak lelaki yang juga merajuk dengan orang tua. Semua yang Tengku Sufian buat tak kena pada pandangan ayahanda. Itu yang difikirkan si anak. Walhal si ayah sentiasa mendorong anak lelakinya belajar membuat keputusan yang baik untuk masa depan. 3 kali putus cinta kerana tidak mendapat restu, membuat Ku Pian merajuk membawa diri ke negara matahari terbit.

Cerita seterusnya mematangkan insan-insan yang sia-sia merajuk dengan keluarga mereka. Sungguh, sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Watak paling Cik Pah suka, Tok Aki yang Ku Pian tak suka tu. Sesuka hati dia je nak mengata Tok Aki bomoh hantu akhirnya orang tua itu yang disayangi Ku Pian dan Jasmine. Tok Aki dan kamera tak dapat dipisahkan. Ahaks.



View all my reviews

No comments :

Post a Comment