Monday 25 May 2015

Novel : ...Dan Angin Pun Berbisik

...Dan Angin Pun Berbisik...Dan Angin Pun Berbisik by Adileah
My rating: 3 of 5 stars

Cik Pah suka kisah mereka. Untuk kali ini penulis berjaya melakarkan situasi janggal, kaku dan dingin apabila Ariel bertemu Yasmeen. Sudah hilang taring kasanova duda terhangat ini sampai terpaksa guna bantuan Munira aka Angah menjayakan misi dia mendapatkan semula Yasmeen. Rasa nak ketuk kepala Ariel, bila bantuan dah diberi dia pandai2 tambah perisa menjadikan situasi makin tegang dan parah. Suka sangat paksa macam Yasmeen tu tiada hak atas dirinya sendiri untuk menentukan hidup. Dan angin pun berbisik boleh jadi angin Yasmeen bertukar jadi taufan.

Nur Tasnim dijadikan sandaran , bayi yang lahir dari kasih sayang Yasmeen dan Adam. Kasihan si kecil tu, tak sempat mendapat belaian seorang ayah apabila Adam meninggal akibat kemalangan tanpa sempat mengetahui janin sedang membentuk dirahim ibu. Ya,selepas bercerai dengan Ariel, Yasmeen menyambung kembali kasih dengan cinta pertamanya. Terima kasih kepada Nelly yang membuat tindakan luar kawal 3 tahun yang lalu. Yang jahat, menerima hukum karmanya, Nelly meninggal dunia bersama rahsia yang Ariel sahaja ketahui dan tak akan didedahkan kepada sesiapa bagi menutup aib Nelly.

Jika PAKB plot cerita berkembang berdasarkan definisi Ariel tentang cinta, dalam DAPB kisah mereka bergerak berdasarkan definisi cinta Yasmeen. Status hubungan mereka juga berubah dalam PAKB selepas satu kejadian begitu juga dalam DAPB hubungan yang kaku itu naik satu takuk dengan keputusan drastik Yasmeen untuk sambung belajar di Sydney. Disitu hubungan yang janggal dan kaku itu mula nampak bunga-bunga bahagia. Tentang langau bernama Zetty tu boleh je abaikan.

View all my reviews

No comments :

Post a Comment