Saturday 17 January 2015

Novel : Kembalikan Cintaku

Kembalikan CintakuKembalikan Cintaku by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ini novel ke3 Cik Pah marathon nukilan Norhayati Berahim dalam 1 bulan. Tidak jemu langsung sebab penulis mempelbagaikan watak dan plot. Cakap terbalik atau tersasul yang penulis suntik juga boleh menghilangkan stress saat ada konflik, suka dengan hubungan persahabatan Nisak dan Wardina.

Zafrul , bukan hero dihati pembaca kot. Yang terlintas dihati Cik Pah, mungkin Zhafran yang bakal mengubati luka dihati Wardina apabila Zafrul meninggalkan isterinya Wardina yang baru beberapa bulan dinikahi. Dia anak ayah. Apa kata ayah dituruti. Kalah dengan tarikan duniawi, harta, pangkat, isteri di Jerman ditinggalkan tanpa sebarang berita. Tapi malangnya, walaupun 2 kali berkahwin, Zafrul masih mengingati Wardina. Wanita yang membimbing dia berubah menjadi baik.

Wardina membawa diri. Berhijrah dari negara ke satu negara meluaskan pengalaman dan kerjaya. Dalam tempoh 8 tahun berdikari, dia menjadi usahawan muda yang berjaya. Melalui perniagaan juga dia bertemu semula dengan bekas ibu mertua dan pertemuan itu bakal merobek kembali luka lamanya. Walau bagaimanapun komplot bekas ibu mertua, Nisak dan Kak Mah memberi peluang kepada Zafrul menebus segala kesilapannya.

Sungguh insaf kisah Tan Sri Jalal menemui ajalnya seperti menonton kisah Tanah Kubur. Lelaki ini bongkak semasa hayat. Semua larangan Allah dilanggar. Padahnya dia mati tanpa sempat bertaubat.




View all my reviews

1 comment :

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete