Thursday 15 January 2015

Novel : Harum Chempaka

Harum ChempakaHarum Chempaka by Norhayati Berahim
My rating: 4 of 5 stars

Ramai yang 'gila' dalam tak sedar. Tetapi kebaikan pastinya mengatasi keburukan.

Pak Hassan - suami kepada makcik Kejora, bapa Chempaka sanggup bermain cinta dengan Mak Usu adik makcik Kejora. Lelaki pemalas, tahu nak minta duit kat isteri sahaja. Nak kahwinkan anak sendiri pun minta dibayar RM10k. Sampai kesudah Pak Hassan tak insaf

Aida - rakan sebilik Chempaka disekolah menengah yang mengejar Andrian dan menolak huluran salam dari Sheikh Adli yang juga sahabat Chempaka. Ada saja tutur kata yang menyakitkan hati. Ceritanya hilang sebentar sewaktu Chempaka menganjak dewasa dan muncul kembali dengan membawa cemburu dan dendam untuk melenyapkan Chempaka

Meriam - rakan perniagaan Chempaka. Gila shopping selepas 2 kali gagal dalam perkahwinan.

Sheikh Adli - hahahaha gelak dahulu untuk watak ini kerana lelaki ini kuat cemburu rupanya sesuai dengan persepsi orang tentang lelaki berdada karpet. Sahabat Chempaka yang sering muncul depan Chempaka walaupun kehadiran dia tidak dinanti. Chempaka terpaksa tadah telinga mendengar keluh kesah Adli yang sering bertukar pasangan. Psycho pun juga, mengutuk Chempaka seolah-olah Chempaka perempuan yang tiada nilai dan tidak ada lelaki yang mahu. Apabila Andrian muncul, baru dia sedar yang sebenarnya dia sayangkan Chempaka. Takut dengan watak lelaki seperti ini, apatah lagi cubaan dia mencabul Chempaka dan membuat superimpose yang menjijikkan dilihat seperti seorang orang gila (obsess)

Andrian - pustakawan yang meminjamkan RM2.80 untuk Chempaka membayar denda lewat pulangkan buku. Hubungan mereka sekejap sahaja tetapi cukup bermakna buat Andrian kerana Chempaka menyimpan rahsia dia yang menyelinap keluar asrama. Tetapi kerana insiden disengat lipan, mereka difitnah membuat perkara tidak senonoh dibelakang setor. Namun Chempaka diamkan sahaja walaupun nama mereka dijaja membuat Andrain kasih terhadap Chempaka. Pertemuan semula mereka selepas beberapa belas tahun tidak berjumpa membuat Andrian terus ingin mengikat hati Chempaka.

Chempaka - dalam hati Cik Pah, ada ker watak sebaik ini ? Tidak prejudis dan tak ada sekelumit pun di hati dia untuk memburukkan orang lain. Sentiasa husnuzon.



View all my reviews

No comments :

Post a Comment