Sunday 3 November 2013

Novel : Serasi Di Hati

Serasi Di HatiSerasi Di Hati by Nora Ismail
My rating: 4 of 5 stars

Serasi di hati

Dia bertubuh tinggi lampai, berkulit cerah sedikit kemerah-merahan, dihiasi sepasang mata jernih berwarna hazel dilatari kening yang tidak terlalu tebal, hidung mancung terletak, bertahi lalat kecil menghiasi bibir yang kemerahan. Amat kacak lelaki bernama Zarul. Namun hidupnya tidak seindah lelaki berusia 25 tahun yang lain kerana wajahnya kacak lah menyebabkan dia terjerumus kelembah hina menjadi anak ikan kepada Zalina Asha , wanita yang 10 tahun lebih tua darinya, isteri kedua kepada seorang bergelar Datuk. Mulanya dia diumpan sebagai bodyguard dan personal manager kepada Zalina tetapi lama kelamaan tugasnya bertambah melayan 'datin celup' diranjang ketika Datuk ada urusan di luar negara. 2 tahun Zarul bergelumang dengan dosa sehingga satu tahap, dia sudah bosan dan jijik dengan aktiviti yang tidak bermoral itu.

Tiada kawan untuk mendengar keluh kesah, Zarul cuba mencari kawan di alam maya. Di situlah dia mula mengenali Intan Edrinaz yang menggunakan nickname Cik_Kesom. Mereka telus dalam ber chatting. Zarul tanpa segan silu mendedahkan pekerjaan dia. Namun Inn tetap melayan dia tanpa memandang rendah, malah menasihati Zarul tanpa jemu.

Dari berchatting di alam maya, Zarul dapat memujuk Inn memberikan nombor telefon. Tak cukup dengan bercakap di telefon, dijejaknya Inn di tempat kerja. Hubungan adik kakak yang terjalin akhirnya timbul rasa sayang dihati Zarul kerana Inn sentiasa membimbing dan menasihati dia. Tapi apakan daya Inn adalah isteri orang. Bagi Inn pula, dia hanya menganggap Zarul seperti kenalan yang lain. Dia lebih mencintai suami, Shamsul Azman sepenuh hati, lelaki yang dinikahi 2 tahun setelah 5 tahun bercinta. Semua aktiviti dia laporkan kepada suami termasuk cerita tentang Zarul. Ingatkan suami jealous, sebaliknya lagi menggalakkan isteri berdating dengan lelaki lain. Gila! Sewel! Dayus! Rupa2nya tiket sporting untuk Inn keluar dengan sesiapa sahaja adalah juga tiket kebebasan untuk Azman dating dengan Junaidah, perempuan yang pernah menyimpan perasaan pada dia. Bukan setakat keluar makan saja malah Azman pernah terlanjur dengan Ju yang dah berkahwin.

Zarul akhirnya dapat melepaskan diri dari Zalina setelah Zalina memburukkan Zarul depan Datuk kononnya dia dirogol Zarul. Perangkap untuk dapatkan Zarul tidak mengena. Difitnahnya pula Inn mengandung anak Zarul. Azman yang dah termakan kata2 Zalina terus menjatuhkan talak. Kesian Inn, dah ler baru keguguran , dihambatnya Inn keluar dari rumah. Nasib baik Zarul ada untuk menumpang Inn di kondominium mewah dia sementara Ainon sahabat baik Inn ke luar negara. (Masa ni terfikir, apsal tak telefon family jek, bukannya dia anak yatim). Bila dah duduk menumpang rumah lelaki, mudah sahaja Azman memburukkan Inn depan mak bapa dan mertua. Mmg bagus pun kesudahan rumahtangga diaorg ni sbbnya Azman ni bukannya ketua keluarga yang baik. Hujung bulan je minta duit kat Inn. Semua bil rumah pun Inn yang langsaikan. Itu belum cerita bab adik beradik Azman yang pinjam duit kononnya duit Azman pada hal itulah duit simpanan Inn yang ada kalau sesak-sesak nak guna.

Inn yang dah bergelar janda adalah satu peluang untuk Zarul memikat. Tetapi berjayakah Zarul mengikat hati Inn kerana Inn masih teringat akan suami dia. Cerita yang cukup segala rencah diadun oleh penulis. Kalau inilah cerita benar yang penulis pernah dengar dari mulut watak ini, mmg Cik Pah simpati sungguh. Tentang dunia anak ikan, apalah nak jadi dengan mereka anak-anak muda yang mudah hanyut dengan dosa yang pelakunya layak dihukum dengan 100 sebatan. Moga mereka mendapat hidayah dan ada tangan2 yang sudi membantu dan membimbing.

View all my reviews

No comments :

Post a Comment