Tuesday 8 October 2013

Novel : Jet Jonah

Jet JonahJet Jonah by Ika Madera
My rating: 5 of 5 stars

Novel ini dicari selepas Cik Pah baca Dapur Wawa. Wawa ada bagitau mereka bertemu Jet dan Jonah semasa honeymoon di London dan percintaan mereka turut ditulis oleh Ika Madera. Saya memang suka novel yang ada watak-watak yang dikaitkan dalam novel lain kerana kehidupan kita memang kadang-kala tidak terduga akan bertemu dengan orang yang ada tali persaudaraan atau kenalan saudara-mara atau teman-teman lama mahupun teman siber. Seperti karya Noor Suraya yang sering membawa watak Dr Aqmar Aziz dalam NTS bersaudara atau menjadi kenalan dengan watak dalam novel-novelnya yang lain.

Membaca kisah Jet Jonah teringat kisah kanak2 Cik Pah dengan Mr H. Walau pun tak senakal Jonah dan Jet, tapi setiap kali zaman kanak2 mereka diimbas, Cik Pah turut terkenang zaman kanak2 Cik Pah. Cuma yang beza zaman kanak-kanak kami, Mr H tak pernah pula menyimpan perasaan pada Cik Pah macam Jet sayangkan Jonah.Ops korang bukannya nak tau pasal Cik Pah & Mr H kan yang sekarang menjadi my hubby.
Blushing Hello Kitty

Kisah diimbas ketika mereka berusia 7 tahun di Kampung Ayam Berjambul dan diselang-selikan dengan kehidupan Jet dan Jonah di London yang sekarang berusia 29 tahun. Kenapa di London? Ada kisah yang perlu kita ikuti disebalik pelarian Jonah ke London. Walau bagaimanapun pelarian tersebut mempertemukan kembali Jet kepada insan yang masih bertahta dihatinya walaupun 22 tahun tidak bertemu.

Tiada ayat-ayat gula dan renungan-renungan yang menyebabkan pembaca turut tersipu malu. Tetapi kejutan-kejutan yang dibuat mereka mengeratkan hubungan mereka suami isteri. Walau pun suka dengan cerita bersahaja IM tetapi agak terasa sedikit kurang umph . Hanya perasaan Jet sahaja diceritakan kerana sedari kecil sememangnya Jet telah menyimpan perasaan terhadap Jonah. Sedangkan Jonah pula seolah-olah tiada perasaan seperti wanita kebal. Jet nak panggil sayang, B, darling pun Jonah tak bagi. Mungkin IM mahu pembaca menebak sendiri rahsia hati Jonah kerana Jonah bukan minah jiwang. Ahaks. Selanjutnya IM membawa kita meneroka dan meneladani kehidupan masyarakat Melayu di London dan ukhwah yang terbina di perantauan.

Yang penting dimana pun kita dicampak, adat dikendong, budaya disanjung dan agama dijunjung.


View all my reviews

No comments :

Post a Comment