Sunday 27 October 2013

Novel : Dia… Random Guy

Dia… Random GuyDia… Random Guy by Farah Husain
My rating: 3 of 5 stars

Ok diakui ceritanya manis terlebih sukatan. Walau bagaimanapun Cik Pah lebih tertarik kisah mengenai hubungan kekeluargaan dan persahabatan dlm DRY.

Mungkin kita tak sedar, suatu ketika dulu kita pernah menggores hati teman, menggelar mereka dengan macam2 gelaran. Pada kita just gurauan tapi pada mereka yang digelar mungkin ada yang tak dapat menerimanya. Itu yang berlaku kepada Zufa yang cuba berkawan dengan Alina dan Wawa tetapi malangnya Alina menggelar dia dengan bermacam2 gelaran dibelakang. Ya ini sisi negetif heroin yang bernama Alina yang penulis ketengahkan. Alina tidak sedar semua itu. Yang dia tahu dia adalah mangsa dan Zufa adalah musuh tradisi semenjak sekolah sehinggalah apabila setiap kali reunion diadakan, Alin cuba mengelak. Walau bagaimanapun, usaha Alin untuk mengelak sekian kali tidak berjaya apabila termakan dengan pujukan Wawa.

Kerana panas hati diperlekehkan tentang diri dia yang bekerja sebagai kerani dan masih berstatus single n available, Alin secara random memaut lengan lelaki yang kebetulan lalu untuk diperkenalkan sebagai tunang segera. Malangnya lelaki yang cuba dijadikan hero adalah adik kepada bakal tunang Zufa. Alahai malu bertimpa-timpa dicop penipu. Bermula insiden malam reunion, hidup Alin kucar kacir dengan kehadiran Zariel Amzar. Macam anjing dengan kucing, bergaduh bagai nak rak tapi akhirnya hati Amzar terpaut pada Alin sehinggalah mereka diijab kabul.

Aha ada kejutan lagi tentang diri Alina yang perlu pembaca teruskan bacaan kalau pun terpaksa tahan ngilu gigi sensitif yang tersentuh makanan manis. Memang romantik habis Amzar yang cuba memikat isteri. Siapa Alin dan zaman silamnya didedahkan dihujung-hujung cerita. Buruk macam mana pun Alin pada zaman silamnya, Amzar tetap boleh menerima buruk baik Alin. Ya, masing-masing ada kelemahan dan mereka saling lengkap melengkapi.

View all my reviews

No comments :

Post a Comment