Sunday 13 April 2014

Novel : Cinta Kalut

Cinta KalutCinta Kalut by Faten Anur
My rating: 4 of 5 stars

Cinta kalut yang ceritanya juga kalut. Macam-macam ada dikisahkan. Cinta, sahabat, kekeluargaan, seram, sihir, psycho, kongsi gelap, kasanova semua ada.

Rina dan Mazlinda dua beradik yang tidak seteru. Salah Rina pada mulanya menaruh hati terhadap abang iparnya. Pada usia 17 tahun, buat pertama kalinya hati Rina terpaut kepada seorang lelaki semasa Kak Lin mula memperkenalkan Hamidi kepada keluarga. Itu kisah 6 tahun yang lalu. Apabila dia dah tamat pengajian dan ditawarkan bekerja di KL, Rina dipaksa keluarga menumpang rumah Kak Lin. Dengan berat hati dia terpaksa berhadapan dengan abang ipar dengan rasa hati yang masih bersisa. Silap Kak Lin mengkhabarkan rahsia hati Rina kepada suaminya. Lama kelamaan Hamidi turut berimpian memiliki Rina, adik ipar sendiri.

Malangnya/nasib baik Rina telah terbuka hati menerima Mukhriz yang mempunyai anak lelaki (Aidil) yang tidak diketahui taraf sahnya. Dek kerana perasaan cinta yang tidak berbalas, Hamidi menjadi tidak waras dan baran. Mazlinda dipukul, diherdik dan akhirnya dijatuhkan talak 3.

Rahsia kewujudan ibu Aidil (Julia) akan mengembangkan plot kisah selanjutnya. Julia meninggalkan Aidil yang masih kecil kerana terpikat dengan Azrul, si kasanova. Anak itulah dijaga Mukhriz, adik kandung yang sanggup berkorban masa bujangnya demi anak saudara yang dikasihi. Apabila Julia tidak mampu memberikan kemewahan kepada Azrul, Julia ditinggalkan. Rasa bencinya meluap apabila berjauhan tetapi apabila Azrul dihadapannya, Julia lembut hati dek penangan ubat guna-guna dan amalan khurafat ibu Azrul yang bersekongkol dengan anaknya . Lama-kelamaan sahabat Julia mula mengesan perubahan Julia dan menyarankan Julia mendekatkan diri kepada Allah. Perubahan Julia, telah memberi kesan kepada sumber kewangan Azrul, apatah lagi Azrul telah membuang lubuk emasnya Suzie yang telah menghidu kecurangannya. Akhirnya Suzie yang juga menjadi mangsa Azrul bertindak membalas dendam tanpa Azrul ketahui Suzie adalah ketua kongsi gelap yang merupakan majikan kekasih hati Zuliani, sahabat Rina.

Banyak watak antagonis dalam cinta kalut sehingga Cik Pah tak dapat teka apa yang akan berlaku kepada sesuatu watak. Kalut!

View all my reviews

No comments :

Post a Comment