Monday, 11 May 2015

Novel : Chandelier

Sinopsis kulit belakang :

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”

“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.

Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”


Kata Cik Pah :

Cik Pah lebih suka kalau kisah hijrah Keisha lebih diberi perhatian daripada menceritakan bagaimana Keisha 'berhijrah' dari kondo ke banglo 

Novel : Pada Angin Aku Berpesan

Pada Angin Aku BerpesanPada Angin Aku Berpesan by Adileah
My rating: 3 of 5 stars

12.27 am
Kalau Achik K baca kisah ni mesti Ariel senasib Rain, 3 kali raya masih tak dimaafkan :)
Oooo 2-2 kau nak ye, dushhh tapak kaki kilauan emas

Ariel-Nelly , Yasmeen-Adam. Sepatutnya begitu dan sepatutnya tiada hati yang terluka. Kerana urusan orang tua yang memaksa kedua-duanya Yasmeen-Ariel menerima jodoh yang dipadankan ini maka mereka yang terlibat semua terluka.

Satu pejabat, tapi tiada seorang pun mengetahui mereka telah berkahwin. Ariel bos di pejabat dan pastinya bos di rumah buat Yasmeen sentiasa beralah tapi dalam beralah mereka sentiasa berperang. Dah seperti menjadi hiburan kepada Ariel buli Yasmeen.

Adam, Yasmeen lepaskan dia dari hati kerana takut dosa. Malangnya si suami langsung tak takut dosa, menjungjung budaya barat. Tak tahu malu depan Yasmeen di peluk cium Nelly yang juga satu pejabat dengan mereka. Hairan Yasmeen, bagaimana Ariel boleh menerima perkahwinan mereka sedangkan terang-terang Ariel mencintai Nelly. Sisi baik Ariel buat keluarga dikampung akhirnya bertunas rasa buat suami yang membuatkan Yasmeen makin terluka. Janji Ariel untuk tinggalkan Nelly tinggal janji, seminggu saja berpisah dengan Nelly, mereka kembali bersama, 2 minggu berpisah juga kembali bersama. Sungguh sakit hati. Janji tak boleh pakai dan pengakuan demi pengakuan Ariel tentang Nelly buat Yasmeen serba salah kerana dia yang jadi batu penghalang merpati dua sejoli.

Paling geram bila Yasmeen nak undur diri, Ariel tak benarkan. Dia mula tamak. Tamak nakkan perhatian Yasmeen, tanggungjawab Yasmeen urus rumahtangga tapi tanggungjawab dia? Kasihan Yasmeen. Kemelut rumahtangga yang tiada kesudahan. Akhirnya bila rahsia perkahwinan terbongkar, Nelly naik hantu dan tindakan dia buat kisah Pada Angin Ku Berpesan menarik tak sangka pengakhirannya sebegitu.

Ok jom sambung dan Angin pun berbisik

Kak Wan tanya, hati tak rentung dengan kerenah Ariel-Nelly? Berbulu adalah, tak sanggup nak rentungkan hati kiter dek perangai tak semenggah depa dua ekor tu. Pengakhiran tu memang la kesian dengan Ariel, tapi bila dikonang-konang ayat dia pernah lontarkan yang menghiris kolbu Meen, tarik balik rasa kesian. Biarlah dia belajar kesilapan dia. Biarlah Meen menderita sekejap sebelum menemui cinta baru.




View all my reviews

Wednesday, 6 May 2015

Novel : Selamat Pagi Cinta

Selamat Pagi CintaSelamat Pagi Cinta by Aidah Bakri
My rating: 5 of 5 stars

3.30 am Selamat Pagi Cinta
Dalam tempoh 9 jam cerita ini habis di khatam.
Akhirnya boleh tidur sambil tersenyum bahagia zzzzz

-------------------------------------------------------

Sorang serangga perosak dan sorang lagi lipan tanah? Hehe kelakar apabila teacher Ulfah guru fizik kepada pelajar bermasalah Wafi Shauqi bertemu dengan penjaganya Wadi Shafy. Lelaki yang ego, sombong, sengal dan poyo di mata Ulfah. Silap la kalau Ulfah nak tunduk dengan lelaki sebegitu, memang dia kasi sengat bengkak menanah sampai Shafy tak senang duduk kalau sehari tak bertemu muka.

Kelas tuisyen untuk Wafi dan rakan sekelas yang lain dijadikan tiket untuk Shafy bertemu Ulfah tanpa sedar kehadiran Ulfah itu bagai menyiram hati dia yang mati dan sepi ditinggalkan kekasih hati lebih 2 tahun lamanya.

Hidup aman damai Ulfah tergugat bila Erin kembali semula ke sekolah tempat dia mengajar. Sahabat lama ini memang seboleh-bolehnya dia hindari kerana kisah 4 tahun lalu masih melukakan hati dan maruah keluarga Puan Ezzah dan Tuan Zakri. Tak tahu mana silap dia, Erin sanggup fitnah dia ada skandal dengan pensyarah dan hampir meruntuhkan rumahtangga pensyarah mereka dan lebih malang dia dibuang tunang sendiri yang bakal diijab kabulkan 3 bulan lagi. Alasan Erin memang tidak dapat diterima dek akal tapi siapa yang pernah kena tikam dengan kawan seperti yang berlaku pada Ulfah tak tahu bagaimana mahu ketawa atau menangis dengan orang sebegini.

Cerita makin panas, disangkakan Erin kembali untuk memusnahkan lagi hidup dia. Ada kisah yang lagi menarik kerana kali ini melibatkan kisah cinta 3 segi antara Ulfah-Shafy-Erin. Masalahnya Ulfah tu tak ada hati pun pada Shafy. Itu kata Ulfah. Kata Tuan Zakri pula lain. Peranan Tuan Zakri yang garang dengan anak daranya memang mencuit hati. Apatah lagi bila cerita tentang anaknya orang masih dok jaja, lesen besar terus diberi pada Shafy. Dengan anak sendiri macam bapak harimau tapi dengan anak yatim piatu berdua itu Wafi dan Shafy dilayannya bagai anak sendiri. Opsss sudah terlebih bercerita Cik Pah, korang dapatkan sendiri naskah ini. Pasti tak mengecewakan.

Falsafah cinta Shafy memang lain daripada lain. "Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri, tetapi tetap berjalan menuju ke satu tujuan. Tetap seiring hingga ke garisan terakhir. Jika salah satu daripada hilang, maka tak ada maknanya sebab yang sebelah lagi tak mampu berjalan sendiri."

"Sepasang kasut yang saya sayang dulu dah hilang sebelah. Lalu satu yang tinggal dah saya buang jauh-jauh. Apabila saya jumpa semula kasut yang hilang itu, saya tak rasa nak cari balik sebelah yang dah saya buang. Sebab saya dah tak perlu kasut itu lagi."

Ulfah , Shafy ni nak kasut baru. Ada faham! :)












View all my reviews

Mini Novel : Yang Dia Mahu

Yang Dia MahuYang Dia Mahu by Rehan Makhtar
My rating: 4 of 5 stars


Encik Sederhana
2/3 naskah YDM ini adalah kisah En Sederhana dan Yuyu Ikan Yu. Sangat bersederhana menguruskan walimatulurus kerana syarat-syarat yang ditetapkan si pengantin lelaki (Fateh) adalah untuk bertujuan mengikut syariat sedangkan si pengantin perempuan (Yuyu) mengimpikan perkahwinan yang mengikut masa kini, kahwinkan hanya sekali seumur hidup. Yuyu juga turut menetapkan syarat bagi melepaskan diri buat seketika sementara mengenali bakal suami. Kisah mereka sangat manis untuk panduan pasangan yang baru berkahwin apatah lagi perkahwinan mereka adalah aturan keluarga.

Apa yang berlaku 10 tahun sebelumnya dan selepas berkahwin boleh diagak jalan cerita tetapi mesej yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca sangat kesampaian. Terima kasih Rehan Makhtar untuk kisah yang banyak memberi input kepada pembaca. Bersederhana hal duniawi tetapi berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadat untuk bekalan akhirat dan sama-sama membawa orang tersayang ke syurga Allah. Jom sempena bulan Rejab yang tak lama lagi Syaaban dan seterusnya Ramadhan kita perbanyakkan amal ibadat dan berubah menjadi lebih baik. Sisi gelap yang ada kita tinggalkan, fokus untuk masa sekarang dan hadapan selagi masih sihat dan bernyawa. Buat sikit-sikit dan terus beristiqamah. Sungguh Fateh contoh lelaki soleh pilihan ibu-ibu untuk dibuat menantu. Berkenan Cik Pah tihtih


Tercipta Untuk Dia

Selepas baca kisah Dian-Eagil-Ameer seperti rasa tak puas, seperti kisah mereka tergantung walaupun dah tahu siapa dihati Dian. Ye la bagaimana penerimaan bapa Dian terhadap pilihan hati dan apa pula kesudahan kisah lelaki yang bukan menjadi pilihan Dian. Haiiii Cik Pah ni memang tak sesuai tau baca cerpen.

Didi sahabat Dian, macam pernah dibaca nama dia terselit dalam cerpen mana ye yang ada pengakhiran yang baik selepas ditinggalkan Aladin. Emmmm entah sudah lupa atau tersalah orang.


Kata Cik Pah:

2 tajuk untuk 3 kisah cinta yang berbeza. Yang mana yang kita mahu? Tepuk dada tanya iman.


View all my reviews

Novel : Seperti Mencintaimu Ain

Seperti Mencintaimu AinSeperti Mencintaimu Ain by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Susah tau nak dapat koleksi Kerana mu Ain, bertahun cari baru dapat yang second hand dengan harga yang agak mahal. Alhamdulillah Kak Sue memahami peminat-peminat beliau. Maka terhasillah kompilasi kisah Ain dan Adam dan kali ini ada pengakhiran yang baik.

Rasanya sebelum kisah Adam diangkat, Haris terlebih dahulu menjadi hero pilihan yang sesuai untuk Ain. Cik Pah pun doakan sebegitu sebelum tahu kisah cinta Ain. Ye lah Haris tu ada segalanya dan ibu Haris yang di panggil Mak Uda turut menyayangi Ain yang yatim piatu.

Rupa-rupanya solat istikarah Adam terlebih dahulu menjawab jodoh Ain dan Adam. Amboiiii Adam dari sekolah menengah dah buat solat istikarah. Patutlah dia tak terbuka hati untuk wanita lain. Dalam tidur dan jaga, Ain tetap dihati.

Satu kepuasan memiliki semua novel yang ada kisah Ain Adam baik yang dahulu dan yg terkini (kompilasi) apatah lagi pengakhirannya cinta mereka masih utuh walau diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa Adam.

Kak Su, Seperti Mencintaimu Ain sesedih Nyanyian Tanjung Sepi tauuu , cumanya nasib baik kerenah 'Abang' Nik Besar tak dipanjangkan dan tak seperti sudah jatuh ditimpa tangga , kalau pengakhiran tak menyebelahi Ain dan Adam, mesti Cik Pah dah sedih seminggu seperti kisah Dr Aqmar dan Dr Khalida.

View all my reviews

Novel : Seseorang Untuk Aku

Seseorang Untuk AkuSeseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar
My rating: 5 of 5 stars

Ini kot novel terbaik dari RM yang penuh dengan pengisian. Perjalanan hidup Lailatul yang yatim piatu, mangsa keadaan, menantu yang tak dialu-alukan, kakak yang banyak berkorban, isteri yang setia digarap dengan baik.
Lai menjadi ayah, ibu dan kakak kepada seorang adik yang tahunya hanya meminta tanpa mengerti penat lelah seorang kakak yang baru berusia 14 tahun menggalas beban. Bila dah dewasa hanya kerana seorang lelaki, cinta membutakan mata si adik sehingga Lai terperangkap dengan lelaki dari bandar yang menjadi majikan dia.

Sungguh Qadr hadir membawa hikmah kepada Lailatul seperti gabungan nama mereka Lailatulqadr. Walaupun pertemuan mereka dlm keadaan kurang baik, hubungan yang telah dihalalkan itu membawa bahagia dalam hidup Lai. Mama Najihah ni garang laaa dengan Lai, buat Cik Pah tak segan silu mengalir air mata dah macam air terjun Lata Iskandar.

Suka watak Nek Leha. Penyeri hidup Lai dan penghibur jalan cerita yang asyik mendung selepas satu persatu rahsia terbongkar, rahsia siapa penyebab mereka ditangkap basah, rahsia peminangan Qadr, janji antara Mama dan Lai untuk syarat Lai menumpang kasih seorang ibu. Ohhh sungguh sesak nafas Cik Pah yang tgh tersumbat hidung ni.

Jin miang (pinjam ayat KZ) Qadr pun boleh tahan ye, tersenyum teresin orang dibuatnya. Emmm RM ni mmg peminat Arjun Rampal ye. Si Arjun Rampal juga yang RM pilih untuk pembaca bayangkan rupa paras Qadr ni kalau dah tak boleh nak bayangkan sesiapa dah huhu

View all my reviews

Ilmiah : Aku Sanggup Duhai Muhammad

Aku Sanggup Duhai MuhammadAku Sanggup Duhai Muhammad by Muhd Nasruddin Dasuki
My rating: 4 of 5 stars

Buku ini menemani Cik Pah sepanjang berada di kota Mekah, terasa lebih dekat mengenali Nabi Muhammad SAW apabila berada disana melihat sendiri negeri kelahiran baginda dan tempat yang menyaksikan susah payah nabi berdakwah apatah lagi ditentang sendiri bapa saudaranya.

Sebak mengenangkan susah payah baginda menyeru kaumnya menukar cara hidup jahiliyah menyembah berhala kepada menyembah Allah Taala. Cik Pah melawat juga kaki bukit Jabal Thur tempat persembunyian Rasullallah bersama sahabat baginda Abu Bakar Assiddiq , dikatakan 1 1/2 jam untuk mendaki bukit tersebut bagi tenaga orang muda, tapi sewaktu itu baginda berusia lebih 40 tahun dan pastinya laluannya terlalu sukar dengan batu2 yang tajam yang menyakitkan kaki dan banyak binatang bisa.

Akhlak rasullallah sangat terpuji sehingga ada wanita yang sering mengeji baginda akhirnya mengucap 2 kalimah syahadah. Mukjizat juga diceritakan menunjukkan kerasulan nabi yang pasti tidak dapat difikir secara logik akal bagaimana makanan yang sedikit boleh dimakan oleh beratus-ratus tentera atau rombongan kabilah yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Banyak lagi kisah2 menarik untuk dihayati dan diteladani. Beli dan baca untuk lebih mengenali junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

View all my reviews