Monday 17 February 2014

Imam Syafie: Pejuang Kebenaran

Imam Syafie: Pejuang KebenaranImam Syafie: Pejuang Kebenaran by Abdul Latip Talib
My rating: 5 of 5 stars



Jom kenali Imam Syafie

1. Bapanya Idris , ibunya Ummu Habibah al-Uzdiyyah. Meninggalkan kota Mekah awal tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi ke Palestin. Tinggal di Ghazzah, 2 batu dari Baitulmuqaddis. Idris bekerja sebagai pembantu berniaga di pelabuhan Ghazzah.

2. Sewaktu ibunya sarat mengandung, ibu dan bapanya bermimpi perkara yang sama. Mereka melihat sebutir bintang keluar dari perut ibu lalu naik ke langit. Kemudian bintang pecah lalu bertaburan jatuh ke bumi. Cahaya drpd bintang itu menjadikan muka bumi ini terang benderang

3. Imam Syafie dilahirkan pada 28 Rejab 150 Hijrah, hari yg sama Imam Abu Hanifah di Baghdad meninggal dunia diracun Khalifah al-Mansur kerana menolak jawatan sebagai Kadi.

4. Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafie bin Sa'ib bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf bin Qusai al-Quraisy

5. Sejak dilahirkan, anak itu tidak banyak menimbulkan masalah. Perkara ganjil berlaku, pada bulan Ramadhan, bayi tersebut tidak mahu menyusu pada siang hari, selepas waktu berbuka, barulah dia minum. Apabila ibunya membaca Quran, dia akan diam seolah-olah mendengar. Usia 1 tahun, sudah pandai berjalan. Usia 2 tahun, sudah pandai bercakap.

6. Idris mahu Muhammad menjadi pahlawan seperti Khalid al Walid manakala ibunya mahu anaknya menjadi ulama yg boleh menegur pemerintah yg zalim. Akhirnya Idris bersetuju dengan cadangan isterinya.

7. Idris meninggal dunia sewaktu Muhammad berusia 2 tahun. Lalu ibunya membawa pulang anaknya ke Kota Mekah dan menetap di Sya'ab al-Khaif, utara kota Mekah

8. Saudara paling tua drpd keluarga Idris datang melawat. Apabila melihat wajah Muhammad, dia menyatakan wajah anak itu seiras moyang mereka Syafie dan Syafie mempunyai iras Nabi Muhammad SAW. Lalu anak itu ditukar kepada nama Syafie gelaran yang dipanggil seumur hayat Imam Syafie.

9. Kemiskinan menyebabkan Ummu Habibah tidak mampu menghantar anaknya belajar. Jadi Syafie diajar sendiri ibunya dan mereka menghadiri majlis ilmu di Masjidil Haram. Disebabkan Syafie seorang yg cergas dan cerdas, Syafie mudah dapat membaca AlQuran dan pada usia 9 tahun, beliau telah berjaya menghafal AlQuran.

Ikuti selanjutnya riwayat hidup Imam Syafie. Siapa gurunya, peranan ibunya, akhlaknya, cabaran hidupnya dan sumbangannya terhadap Islam.

"Semoga Allah mengasihi serta mengampunkan segala dosanya. Beliau adalah pembuka segala pintu hujah yang terkunci. Penyuci air muka yang hitam dan penyingkap pintu fikiran yang tertutup"

View all my reviews

No comments :

Post a Comment