Tuesday 6 May 2014

Novel : Cooper-K

Cooper-KCooper-K by Rodier
My rating: 4 of 5 stars

Cooper K - Amilia Aisya (Mia) bertemu buat pertama kalinya di perpustakaan dalam keadaan Mia kelam kabut mengejar solat yang dah hampir penghujung waktu. Dek mulutnya yang menyumpah seranah akibat kelalaian sendiri telah menarik perhatian si lelaki yang hampir dengannya menegur bahasa yang tidak sopan ditutur si gadis. Perang mulut terjadi. Cooper dengan sengaja provoke Mia. Mia juga tak nak kalah memberi sedas ceramah pd Cooper sehingga Cooper sedar dia bertemu dengan gadis yang menarik. Ada jodoh rupanya mereka ini. Cooper mula mendekati Mia kononnya untuk belajar bersama walhal dia lebih senior dan lain kursus dengan Mia. Seorang bakal doktor dan seorang bakal pharmacist. Mia yang tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki akhirnya sudi belajar bersama dan bermulalah episod teman tapi mesra. Dalam berkawan, banyak perkara yang mereka bincang dan saling bantu antara satu sama lain dalam hal pelajaran sehinggalah hal keluarga. Yang uniknya hubungan mereka, walaupun mesra, mereka menggunakan emel sebagai medium untuk berkomunikasi dan pertemuan demi pertemuan hanya untuk belajar bersama.

Walaupun ada sisi buruk Mia yang suka menyumpah, Cooper masih boleh terima dan perlahan-lahan menegur dengan berhemah. Cooper sukakan Mia yang selamba. Ada masanya soalan2 dari Mia boleh membuat Cooper ketawa dan adakalanya sampai merah muka Cooper nak menjawab. Ada sahaja keletah Mia yang mencuit hati sehingga teman sebilik menyedari ada sesuatu antara Cooper dan Mia walaupun mati-matian dinafikannya.

Sehinggalah akhirnya perasaan yang tumbuh di hati Cooper tidak dapat dibendung lagi. Walaupun takut bakal menjejaskan persahabatan mereka, Cooper nekad meluahkan perasaan pada Mia melalui surat yang dititip kepada teman sebiliknya. Dah jangka Mia akan menolak tapi dicubanya juga agar hati rasa lega biarpun seketika supaya orang disana tahu perasaannya. Mia yang menerima surat rasa kecewa dengan Cooper. Kan dah tahu Mia tidak suka memberi komitmen dan membuang masa bercintan cintun semasa masih belajar. Surat jawapan dari Mia menjadi surat terakhir yang ditatap Cooper. Cooper menghilangkan diri. Sesuatu telah terjadi kepada Cooper dan merubah hubungan mereka.

Mia yang tidak tahu cerita sebenar nanar apabila Cooper menyambung pelajaran ke Melbourne tanpa mengucapkan selamat tinggal. Ingatkan disebabkan penolakan hasrat hati Cooper bawa diri. Hilangnya Cooper , bukan sahaja hidup Mia sunyi, hambar, sedih. Pembaca juga turut merasa tempiasnya sampai rasa nak stop baca. Watak Mia mendominasi cerita bersama teman baru Nif-Cut yang juga hanya beraksi sebagai teman belajar.

5 tahun berlalu menemukan kembali Mia dengan Cooper di hospital yang sama tapi kehadiran Mia seperti tidak dihiraukan seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa antara mereka. Cooper tak endahkan kehadiran Mia. Hello, apa sudah jadi. Takkan kena reject , kecewa sampai tak nak langsung bertegur sapa. Cerita selanjutnya membuat Cik Pah teringat drama yang membawa tempias hallyu star dari Korea Selatan, Winter Sonata dengan versi yang agak berbeda tiada watak antagonis. Disitu bermula episod air mata yang menitis tanpa sedar apatah lagi jika membaca novel ini diiringi dengan lagu tema Winter Sonata

Pandangan peribadi Cik Pah
1. Alasan Cooper-Mia kahwin agak klise. Penulis dah sebut tp Cik Pah nak sebut jugak.
2. Watak Mia seperti Ain (Nyanyian Hati) suka muzik dan takut dengan komitmen.
3. Semua watak suka menjulingkan mata ke siling/langit. Penulis perlu pelbagaikan riaksi selain juling mata. Nasib baik watak mak bapa tak julingkan mata juga. Kalau tak, Cik Pah letakkan jari di bahu sambil juling mata ke siling.
4. Tingkah laku Mia, Cooper, Udin, Jiha, Ina ada yang hampir sama sampai ada masanya hilang identiti mereka. Suka mengusik, selamba, angkat2 kening, senyum senget
5. Insiden kemalangan, diragut, keguguran sama seperti Nyanyian Hati. Kalau ada insiden lain kan bagus

Kalau dilihat kepada komen, seolah-olah Cik Pah tak gemar cerita ni. Silap tu. Keseluruhannya Cik Pah suka sebab banyak input yang penulis kongsi dengan pembaca apatah lagi dihidangkan dengan watak Cooper yang bijak pandai, akhlak dan iman terpuji. Tak percaya? Bacalah.

Korang, kalau korang tengok tajuk novel ni apa yang korang bayangkan. Kelakar tau cerita disebalik nama Muhamad Khairul Fairuz aka Cooper ni



1 comment :

  1. letak gambar cik pah juling mata ke langit juga :)) nak tengok.hahaha

    ReplyDelete