Showing posts with label Farah Husain. Show all posts
Showing posts with label Farah Husain. Show all posts

Monday, 2 June 2014

Novel : Hanya Dia...Cinta

Hanya Dia...CintaHanya Dia...Cinta by Farah Husain
My rating: 3 of 5 stars

Sebelum kahwin
Telah lama dia tertarik hati dengan seorang gadis yang tidak dikenali. Apabila melihat gadis menemani seorang kenalan seuniversiti, pantas sahaja dirisik si gadis yang telah berjaya membuat hati berdebar. Rupa-rupanya sidia adalah Zara adik kepada Nadine. Berbekal rupa paras, senyum senget yang menawan ditambah ayat bergula buat kaki bakal kena potong, Adhan cuba memikat Zara. Hasrat dihati untuk memperisteri Zara telah dibawa kepengetahuan orang tua dan telah mendapat restu dikedua-dua pihak. Namun dengan pakej lengkap itu, belum berjaya menempa nama Adhan di hati si gadis. Jual mahal macam ni la buat Adhan makin mendekat dan ingin memiliki. Separuh daripada novel adalah kisah tarik tali antara Adhan dan Zara. Kerasnya hati Zara buat pembaca pun boleh hilang sabar. Bagaimana Adhan berjaya mencairkan hati Zara, itu perlu dibedah sendiri oleh pembaca yang sukakan cerita sebegini yang tiada watak antagonis.


Selepas berkahwin
Bahagia mereka hanya bertahan dua bulan sebelum rasa dingin menyinggah dihati. Cemburu itu boleh tetapi cemburu buta bakal membuat pasangan rimas. Adhan terpaksa menahan hati pabila Zara terpaksa melayan Luqman, klien besar syarikat. Sikap Zara pula yang cepat terasa dan sangsi dengan Adhan menambah kisah rajuk yang berpanjangan. Saat rajuknya Adhan, Zara terpandang Adhan bersama wanita lain tetapi kenyataan dari Adhan adalah kata-kata dusta pada pendengaran Zara. Saat kecewa rasa ditipu itulah, Zara keguguran anak pertama mereka. Zara sedih dan rasa tidak disayangi. Apabila salah faham terhijab, kematian mama Adhan pula menjurangkan hubungan mereka dan membuat jiwa Adhan kosong. Adhan marah kerana masanya terbuang memujuk Zara sehingga terabai menjengok mama angkat yang dikasihi. Sikap Adhan yang tidak redha dengan pemergian mama membuat rumahtangga terabai. Syukur, tatkala rumahtangga bergoyang nasihat dari orang sekeliling mereka menyedarkan Adhan dan Zara untuk menempuh badai yang mendatang, membuat mereka mengenali hati budi masing-masing dan lebih menghargai pasangan yang dijodohkan. Amzar si goatee dlm DRG menjadi kaunselor tidak bertauliah membuka mata Adhan untuk lebih memainkan peranan mengemudi bahtera rumahtangga.


Seperti novel masa kini, pastinya terselit menu makanan pilihan watak. Kali ini nasi goreng nanas kegemaran Zara boleh memberi idea untuk pembaca masukkan dalam senarai jalan-jalan cari makan. Alhamdulillah, Malaysia mewah dengan makanan. Apa yang menarik, makanan itu di masak Adhan lelaki serba boleh buat perempuan serba tak boleh. Bertuahnya badan :)


gambar ehsan google, resepi dari CMG buat Mai & Rynna
Kredit : Hajar

View all my reviews

Sunday, 17 November 2013

Kompilasi Cerpen : Kisah Dari Hati

Kisah Dari HatiKisah Dari Hati by Hani Fazuha


Kisah Dari Hati

Dia Random Guy 2 - sambungan cerita Alina-Amzar melayari rumahtangga yang manisnya terlebih dos. perkahwinan mereka telah bertahan selama 10 tahun dan bahagia dikurniakan 5 orang cahayamata

Awek Pisang Goreng 2 - cerita Husna-Daus yang cuba menyesuaikan diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dan bertolak ansur dalam kesebukan kerja mencari rezeki halal. Cerita mereka belum diteroka, InShaAllah Cik Pah akan cuba intai kisah mereka

Bukan Kerana Kebetulan
Cerita sedih dari Hani Fazuha berkenaan perkahwinan yang diatur keluarga dan kemelut rumahtangga berlaku apabila pengantin lelaki mengetahui kekurangan pengantin perempuan yang bukan lagi perawan.

Pergi Tanpa Alasan 2
Ohh Rihanna-Hakim tak pergi kemana-mana. Jangan risau, mereka bahagia bersama baby Arissa walaupun Nelly cuba mencucuk jarum ibu Hakim. Isu balik kampung siapa untuk beraya diketengahkan.

Maaf Tak Indah
2 kali baca di blog dan ini kali ke-3 tetap mengharu birukan perasaan Cik Pah. Kejam. Sedih. Insaf. Kisah yang penuh pengajaran untuk kita hargai anugerah Allah, anak, suami, isteri. 5* untuk kisah ini.

Dekat Padamu 2
Iskandar masih dengan watak sengal dan merenyam dengan isteri bongsu terchenta dia, Syafika. Mereka bahagia setelah 5 tahun melayari rumahtangga apatah lagi dikurniakan 3 cahayamata. Isu meluangkan masa suami isteri diketengahkan setelah anak-anak membesar. Ada kematian dalam cerita pendek ini. Siapa? Ada-ada saja Sarnia Yahya mematikan watak yang tak pernah wujud :)

Harga Sebuah Cinta 2
Fea-Zhafir bahagia apatah lagi Fea disahkan mengandung. Kisah mereka mengingatkan kita supaya menghargai pasangan selagi mereka masih ada. Jangan ikut sangat kata hati yang mengada merajuk kelak membawa padah.

Rahsia Kita
Shuuu, jangan bagitau. biar terus jadi rahsia kita. Siapa yang baca je tahu ;)

Dia Selamanya
Bayangkan jika anda menghadiri majlis kenduri kahwin kenalan dan didapati pengantin lelakinya adalah kekasih hati yang pernah melamar anda. Eyma, penulis novel terpaku. Saat mata memandang Ammar disebelah pasangannya yang cantik berkebaya, terimbas kembali kisah percintaan dia dengan pengantin lelaki yang segak berpakaian putih. Eyma berputih mata selepas menolak lamaran lelaki dambaan dia 3 tahun lalu disebabkan satu insiden. Disangkanya Ammar sabar menunggu dia tapiii ada kejutan untuk Eyma dan pembaca. Bijak2x

Pujuk Hati Dia 2
Sayang berlebihan ? cemburu berlebihan ? Ambil kesempatan berlebihan? Berlembut berlebihan? Nampak macam kena buli je Ain dengan suami dia Tengku Ritzlan.

Romeo vs Juliet
Tajuknya pun dah boleh diagak bagaimana ceritanya. Persahabatan Fina dan Izz Si Gemuk terhalang kerana perangai gengster abang masing-masing yang bermusuhan kerana berebut Jelita. Mereka dipisahkan apabila rahsia mereka berkawan baik dihidu. Tetapi takdir telah menemukan kembali mereka di Surrey dan ditakdirkan juga menjadi housemate. Wow Si Gemuk dah bertukar jadi si kacak sampai Fina tak dapat mengecam semasa diawal perkenalan. Satu berita buruk dikampung telah menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Sampai masa untuk pulang ke tanahair, adakah nasib baik menyebelahi mereka? . Soalan ini ditujukan kepada penulis. Ala QSS, apa pengakhiran Fina & Mr Panda ni. Aduyai. Seperti nasib Romeo & Juliet ker?

Semerah Warna Senja
Kisah nikah senyap-senyap di usia muda dan perkahwinan itu adalah untuk mencabar ibu Arif, Puan Sri yang sombong. Cabaran yang Riana terpaksa tanggung, 4 tahun Arif menyepi tanpa khabar angkara fitnah sebelum mereka menemui titik bahagia.

Tetap Sempurna
Serius sedih , cerpen dari Emy Roberto. Mak ayah meninggal, menjadi janda di usia muda ketika bayi baru 5 bulan dan paling besar dugaan pabila Akma tidak lagi sempurna menjadi wanita, endometrial cancer stage 1.

Tanpa Dirimu
Erk macam tak faham sikit jalinan ceritanya. 6 bulan yang lalu Zhariz minta Yatie lupakan dia. Ada fitnah yang menular dikampung tentang diri Yatie sehingga membuat ayah murung dan meninggal dunia. Pastu Zhariz pujuk nak kembali juga dengan cerita yang bukan-bukan tentang dia. Tak faham. Sapa yang buat fitnah 6 bulan yang lepas? Senangnya hidup orang yang buat fitnah dilepaskan begitu saja. Ada sesiapa yang boleh buat pencerahan tentang cerita ini?

Isteri Soleh Suami Solehah
Dua tiga kali juga belek tajuk. Ooo bila dah sampai part kena mengena tajuk, gelak tergolek rasanya ngeh3x. Kelakar pada 1/3 cerita dan dah sampai pertengahan sehingga akhir macam hilang konsentrasi disebabkan beberapa kali disuakan dengan adegan fitrah suami isteri.

View all my reviews

Sunday, 27 October 2013

Novel : Dia… Random Guy

Dia… Random GuyDia… Random Guy by Farah Husain
My rating: 3 of 5 stars

Ok diakui ceritanya manis terlebih sukatan. Walau bagaimanapun Cik Pah lebih tertarik kisah mengenai hubungan kekeluargaan dan persahabatan dlm DRY.

Mungkin kita tak sedar, suatu ketika dulu kita pernah menggores hati teman, menggelar mereka dengan macam2 gelaran. Pada kita just gurauan tapi pada mereka yang digelar mungkin ada yang tak dapat menerimanya. Itu yang berlaku kepada Zufa yang cuba berkawan dengan Alina dan Wawa tetapi malangnya Alina menggelar dia dengan bermacam2 gelaran dibelakang. Ya ini sisi negetif heroin yang bernama Alina yang penulis ketengahkan. Alina tidak sedar semua itu. Yang dia tahu dia adalah mangsa dan Zufa adalah musuh tradisi semenjak sekolah sehinggalah apabila setiap kali reunion diadakan, Alin cuba mengelak. Walau bagaimanapun, usaha Alin untuk mengelak sekian kali tidak berjaya apabila termakan dengan pujukan Wawa.

Kerana panas hati diperlekehkan tentang diri dia yang bekerja sebagai kerani dan masih berstatus single n available, Alin secara random memaut lengan lelaki yang kebetulan lalu untuk diperkenalkan sebagai tunang segera. Malangnya lelaki yang cuba dijadikan hero adalah adik kepada bakal tunang Zufa. Alahai malu bertimpa-timpa dicop penipu. Bermula insiden malam reunion, hidup Alin kucar kacir dengan kehadiran Zariel Amzar. Macam anjing dengan kucing, bergaduh bagai nak rak tapi akhirnya hati Amzar terpaut pada Alin sehinggalah mereka diijab kabul.

Aha ada kejutan lagi tentang diri Alina yang perlu pembaca teruskan bacaan kalau pun terpaksa tahan ngilu gigi sensitif yang tersentuh makanan manis. Memang romantik habis Amzar yang cuba memikat isteri. Siapa Alin dan zaman silamnya didedahkan dihujung-hujung cerita. Buruk macam mana pun Alin pada zaman silamnya, Amzar tetap boleh menerima buruk baik Alin. Ya, masing-masing ada kelemahan dan mereka saling lengkap melengkapi.

View all my reviews