Showing posts with label RodieR. Show all posts
Showing posts with label RodieR. Show all posts

Tuesday, 6 May 2014

Novel : Cooper-K

Cooper-KCooper-K by Rodier
My rating: 4 of 5 stars

Cooper K - Amilia Aisya (Mia) bertemu buat pertama kalinya di perpustakaan dalam keadaan Mia kelam kabut mengejar solat yang dah hampir penghujung waktu. Dek mulutnya yang menyumpah seranah akibat kelalaian sendiri telah menarik perhatian si lelaki yang hampir dengannya menegur bahasa yang tidak sopan ditutur si gadis. Perang mulut terjadi. Cooper dengan sengaja provoke Mia. Mia juga tak nak kalah memberi sedas ceramah pd Cooper sehingga Cooper sedar dia bertemu dengan gadis yang menarik. Ada jodoh rupanya mereka ini. Cooper mula mendekati Mia kononnya untuk belajar bersama walhal dia lebih senior dan lain kursus dengan Mia. Seorang bakal doktor dan seorang bakal pharmacist. Mia yang tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki akhirnya sudi belajar bersama dan bermulalah episod teman tapi mesra. Dalam berkawan, banyak perkara yang mereka bincang dan saling bantu antara satu sama lain dalam hal pelajaran sehinggalah hal keluarga. Yang uniknya hubungan mereka, walaupun mesra, mereka menggunakan emel sebagai medium untuk berkomunikasi dan pertemuan demi pertemuan hanya untuk belajar bersama.

Walaupun ada sisi buruk Mia yang suka menyumpah, Cooper masih boleh terima dan perlahan-lahan menegur dengan berhemah. Cooper sukakan Mia yang selamba. Ada masanya soalan2 dari Mia boleh membuat Cooper ketawa dan adakalanya sampai merah muka Cooper nak menjawab. Ada sahaja keletah Mia yang mencuit hati sehingga teman sebilik menyedari ada sesuatu antara Cooper dan Mia walaupun mati-matian dinafikannya.

Sehinggalah akhirnya perasaan yang tumbuh di hati Cooper tidak dapat dibendung lagi. Walaupun takut bakal menjejaskan persahabatan mereka, Cooper nekad meluahkan perasaan pada Mia melalui surat yang dititip kepada teman sebiliknya. Dah jangka Mia akan menolak tapi dicubanya juga agar hati rasa lega biarpun seketika supaya orang disana tahu perasaannya. Mia yang menerima surat rasa kecewa dengan Cooper. Kan dah tahu Mia tidak suka memberi komitmen dan membuang masa bercintan cintun semasa masih belajar. Surat jawapan dari Mia menjadi surat terakhir yang ditatap Cooper. Cooper menghilangkan diri. Sesuatu telah terjadi kepada Cooper dan merubah hubungan mereka.

Mia yang tidak tahu cerita sebenar nanar apabila Cooper menyambung pelajaran ke Melbourne tanpa mengucapkan selamat tinggal. Ingatkan disebabkan penolakan hasrat hati Cooper bawa diri. Hilangnya Cooper , bukan sahaja hidup Mia sunyi, hambar, sedih. Pembaca juga turut merasa tempiasnya sampai rasa nak stop baca. Watak Mia mendominasi cerita bersama teman baru Nif-Cut yang juga hanya beraksi sebagai teman belajar.

5 tahun berlalu menemukan kembali Mia dengan Cooper di hospital yang sama tapi kehadiran Mia seperti tidak dihiraukan seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa antara mereka. Cooper tak endahkan kehadiran Mia. Hello, apa sudah jadi. Takkan kena reject , kecewa sampai tak nak langsung bertegur sapa. Cerita selanjutnya membuat Cik Pah teringat drama yang membawa tempias hallyu star dari Korea Selatan, Winter Sonata dengan versi yang agak berbeda tiada watak antagonis. Disitu bermula episod air mata yang menitis tanpa sedar apatah lagi jika membaca novel ini diiringi dengan lagu tema Winter Sonata

Pandangan peribadi Cik Pah
1. Alasan Cooper-Mia kahwin agak klise. Penulis dah sebut tp Cik Pah nak sebut jugak.
2. Watak Mia seperti Ain (Nyanyian Hati) suka muzik dan takut dengan komitmen.
3. Semua watak suka menjulingkan mata ke siling/langit. Penulis perlu pelbagaikan riaksi selain juling mata. Nasib baik watak mak bapa tak julingkan mata juga. Kalau tak, Cik Pah letakkan jari di bahu sambil juling mata ke siling.
4. Tingkah laku Mia, Cooper, Udin, Jiha, Ina ada yang hampir sama sampai ada masanya hilang identiti mereka. Suka mengusik, selamba, angkat2 kening, senyum senget
5. Insiden kemalangan, diragut, keguguran sama seperti Nyanyian Hati. Kalau ada insiden lain kan bagus

Kalau dilihat kepada komen, seolah-olah Cik Pah tak gemar cerita ni. Silap tu. Keseluruhannya Cik Pah suka sebab banyak input yang penulis kongsi dengan pembaca apatah lagi dihidangkan dengan watak Cooper yang bijak pandai, akhlak dan iman terpuji. Tak percaya? Bacalah.

Korang, kalau korang tengok tajuk novel ni apa yang korang bayangkan. Kelakar tau cerita disebalik nama Muhamad Khairul Fairuz aka Cooper ni



Wednesday, 30 April 2014

Novel : Nyanyian Hati

Nyanyian Hati Nyanyian Hati by Rodier
My rating: 4 of 5 stars



2 tahun memendam rasa, akhirnya Danny mendapat izin dari abang sulung gadis pujaan hati untuk bersua muka. Bukannya tak dapat restu, tapi si gadis masih belajar. Jadinya abang long tak nak si adik bercintan cintun waktu belajar. Nasib baik juga Si Ainul Raudhah tak de sesiapa yang boleh diisytihar sebagai boyfriend kecuali secret admirer yang berlalu begitu sahaja dalam hidupnya di zaman belajar. Best kan ada abang kandung. Boleh jaga adik. Hubungan adik abang yang dipotretkan sungguh akrab. Jelesnyaaa.

Gambar yang tersenyum teghesin sampai nampak semua gigi tu juga yang Danny suka. Ain, fotogenik dan unik dalam kategorinya yang tersendiri. Ain yang tak pernah bercinta pula agak terkejut dengan pengakuan Danny. Hatinya yang tak pernah diserahkan kepada sesiapa agak berat dan takut untuk lalui zon percintaan. Mereka bermula sebagai kawan dan Danny dengan sabar meledani Ain sehinggalah Ain selesa dengan kehadirannya. Gentleman kan. Tak de paksaan. Apa yang Ain rasa tu dikisahkan dengan begitu baik oleh penulis. Itu yang semua orang rasa kot masa mula belajar dunia yang satu tu. Takut untuk menyerah hati. Takut tersalah letak. Kisah ini seperti gubahan banmal song


Berkongsi minat dan hobi yang sama. Satu kebetulan? Aha teringat lagi couple Yongseo semasa Ain dan Danny gubah lirik Ashes of life. (Asyik2 couple tu je Cik Pah bagi contoh. Haha. Bukannya tak de couple lain, yang tu je Cik Pah layan sebelum pelan-pelan meninggalkan  aktiviti menghadap KDrama/Variety Show). Sweet couple. Lirik yang Danny buat dibantu Ain mengingatkan pasal kematian. Seperti memberi hint masanya telah tiba. Danny, umurnya tidak panjang. Masih banyak impian yang tidak tertunai termasuk menjadi imam buat Ain. Sedih sekali. 

Kredit: floristwork
Kredit : Floristworks


Lily and pink roses tak sempat diserahkan kepada Ain bersama sebentuk cincin untuk melamar Ain. Danny cedera parah dilanggar mat rempit.

Tapi pemergian Danny menyedarkan orang yang ditinggalkan. Mendekatkan diri kepada Allah. Keinsafan yang dipertaruhkan dengan pemergian Danny. Iskandar, sahabat dan abang angkat yang ditinggalkan amanah untuk menjaga Ain adalah orang yang turut menyimpan perasaan terhadap Ain. Ain yang cuba move on akhirnya menerima perkahwinan dengan Iskandar, lelaki yang dia kenali sebagai Ken dan lelaki yang sering berperang mulut dengan dia sewaktu Danny masih hidup. Red gelaran buat Ain dari jejaka yang tak kurang nakalnya, romantiknya, caring, kacak seperti Danny. Bahagiakah perkahwinan tanpa rasa cinta?

Banyak falsafah, hadis, terjemahan Al-Quran , lirik lagu tentang kehidupan, kematian, percintaan yang dikongsikan dlm novel ini. Menarik dalam mengingat dan mendidik jiwa pembaca.

Lepas ni nak baca Cooper-K . Cooper & Mia adik kepada Ken yang ceria.

P/s: Ganu, dlm kenangan. Novel ini sesedap rasa maggie ketam Kuala Dungun, yummy :)