Showing posts with label Adileah. Show all posts
Showing posts with label Adileah. Show all posts

Monday, 25 May 2015

Novel : ...Dan Angin Pun Berbisik

...Dan Angin Pun Berbisik...Dan Angin Pun Berbisik by Adileah
My rating: 3 of 5 stars

Cik Pah suka kisah mereka. Untuk kali ini penulis berjaya melakarkan situasi janggal, kaku dan dingin apabila Ariel bertemu Yasmeen. Sudah hilang taring kasanova duda terhangat ini sampai terpaksa guna bantuan Munira aka Angah menjayakan misi dia mendapatkan semula Yasmeen. Rasa nak ketuk kepala Ariel, bila bantuan dah diberi dia pandai2 tambah perisa menjadikan situasi makin tegang dan parah. Suka sangat paksa macam Yasmeen tu tiada hak atas dirinya sendiri untuk menentukan hidup. Dan angin pun berbisik boleh jadi angin Yasmeen bertukar jadi taufan.

Nur Tasnim dijadikan sandaran , bayi yang lahir dari kasih sayang Yasmeen dan Adam. Kasihan si kecil tu, tak sempat mendapat belaian seorang ayah apabila Adam meninggal akibat kemalangan tanpa sempat mengetahui janin sedang membentuk dirahim ibu. Ya,selepas bercerai dengan Ariel, Yasmeen menyambung kembali kasih dengan cinta pertamanya. Terima kasih kepada Nelly yang membuat tindakan luar kawal 3 tahun yang lalu. Yang jahat, menerima hukum karmanya, Nelly meninggal dunia bersama rahsia yang Ariel sahaja ketahui dan tak akan didedahkan kepada sesiapa bagi menutup aib Nelly.

Jika PAKB plot cerita berkembang berdasarkan definisi Ariel tentang cinta, dalam DAPB kisah mereka bergerak berdasarkan definisi cinta Yasmeen. Status hubungan mereka juga berubah dalam PAKB selepas satu kejadian begitu juga dalam DAPB hubungan yang kaku itu naik satu takuk dengan keputusan drastik Yasmeen untuk sambung belajar di Sydney. Disitu hubungan yang janggal dan kaku itu mula nampak bunga-bunga bahagia. Tentang langau bernama Zetty tu boleh je abaikan.

View all my reviews

Monday, 11 May 2015

Novel : Pada Angin Aku Berpesan

Pada Angin Aku BerpesanPada Angin Aku Berpesan by Adileah
My rating: 3 of 5 stars

12.27 am
Kalau Achik K baca kisah ni mesti Ariel senasib Rain, 3 kali raya masih tak dimaafkan :)
Oooo 2-2 kau nak ye, dushhh tapak kaki kilauan emas

Ariel-Nelly , Yasmeen-Adam. Sepatutnya begitu dan sepatutnya tiada hati yang terluka. Kerana urusan orang tua yang memaksa kedua-duanya Yasmeen-Ariel menerima jodoh yang dipadankan ini maka mereka yang terlibat semua terluka.

Satu pejabat, tapi tiada seorang pun mengetahui mereka telah berkahwin. Ariel bos di pejabat dan pastinya bos di rumah buat Yasmeen sentiasa beralah tapi dalam beralah mereka sentiasa berperang. Dah seperti menjadi hiburan kepada Ariel buli Yasmeen.

Adam, Yasmeen lepaskan dia dari hati kerana takut dosa. Malangnya si suami langsung tak takut dosa, menjungjung budaya barat. Tak tahu malu depan Yasmeen di peluk cium Nelly yang juga satu pejabat dengan mereka. Hairan Yasmeen, bagaimana Ariel boleh menerima perkahwinan mereka sedangkan terang-terang Ariel mencintai Nelly. Sisi baik Ariel buat keluarga dikampung akhirnya bertunas rasa buat suami yang membuatkan Yasmeen makin terluka. Janji Ariel untuk tinggalkan Nelly tinggal janji, seminggu saja berpisah dengan Nelly, mereka kembali bersama, 2 minggu berpisah juga kembali bersama. Sungguh sakit hati. Janji tak boleh pakai dan pengakuan demi pengakuan Ariel tentang Nelly buat Yasmeen serba salah kerana dia yang jadi batu penghalang merpati dua sejoli.

Paling geram bila Yasmeen nak undur diri, Ariel tak benarkan. Dia mula tamak. Tamak nakkan perhatian Yasmeen, tanggungjawab Yasmeen urus rumahtangga tapi tanggungjawab dia? Kasihan Yasmeen. Kemelut rumahtangga yang tiada kesudahan. Akhirnya bila rahsia perkahwinan terbongkar, Nelly naik hantu dan tindakan dia buat kisah Pada Angin Ku Berpesan menarik tak sangka pengakhirannya sebegitu.

Ok jom sambung dan Angin pun berbisik

Kak Wan tanya, hati tak rentung dengan kerenah Ariel-Nelly? Berbulu adalah, tak sanggup nak rentungkan hati kiter dek perangai tak semenggah depa dua ekor tu. Pengakhiran tu memang la kesian dengan Ariel, tapi bila dikonang-konang ayat dia pernah lontarkan yang menghiris kolbu Meen, tarik balik rasa kesian. Biarlah dia belajar kesilapan dia. Biarlah Meen menderita sekejap sebelum menemui cinta baru.




View all my reviews