Showing posts with label Rehan Makhtar. Show all posts
Showing posts with label Rehan Makhtar. Show all posts

Monday, 25 May 2015

Novel : Terlerai Kasih

Terlerai KasihTerlerai Kasih by Rehan Makhtar
My rating: 3 of 5 stars

Buat kali pertamanya, baca novel cinta Cik Pah doakan pasangan ni betul-betul terlerai kasih dan kasih tak bersambung walau menangis air mata darah sekali pun. Tak suka dengan watak heronya walaupun hensem , anak orang kaya dan cintanya konon menggunung tinggi.

View all my reviews

Wednesday, 6 May 2015

Mini Novel : Yang Dia Mahu

Yang Dia MahuYang Dia Mahu by Rehan Makhtar
My rating: 4 of 5 stars


Encik Sederhana
2/3 naskah YDM ini adalah kisah En Sederhana dan Yuyu Ikan Yu. Sangat bersederhana menguruskan walimatulurus kerana syarat-syarat yang ditetapkan si pengantin lelaki (Fateh) adalah untuk bertujuan mengikut syariat sedangkan si pengantin perempuan (Yuyu) mengimpikan perkahwinan yang mengikut masa kini, kahwinkan hanya sekali seumur hidup. Yuyu juga turut menetapkan syarat bagi melepaskan diri buat seketika sementara mengenali bakal suami. Kisah mereka sangat manis untuk panduan pasangan yang baru berkahwin apatah lagi perkahwinan mereka adalah aturan keluarga.

Apa yang berlaku 10 tahun sebelumnya dan selepas berkahwin boleh diagak jalan cerita tetapi mesej yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca sangat kesampaian. Terima kasih Rehan Makhtar untuk kisah yang banyak memberi input kepada pembaca. Bersederhana hal duniawi tetapi berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadat untuk bekalan akhirat dan sama-sama membawa orang tersayang ke syurga Allah. Jom sempena bulan Rejab yang tak lama lagi Syaaban dan seterusnya Ramadhan kita perbanyakkan amal ibadat dan berubah menjadi lebih baik. Sisi gelap yang ada kita tinggalkan, fokus untuk masa sekarang dan hadapan selagi masih sihat dan bernyawa. Buat sikit-sikit dan terus beristiqamah. Sungguh Fateh contoh lelaki soleh pilihan ibu-ibu untuk dibuat menantu. Berkenan Cik Pah tihtih


Tercipta Untuk Dia

Selepas baca kisah Dian-Eagil-Ameer seperti rasa tak puas, seperti kisah mereka tergantung walaupun dah tahu siapa dihati Dian. Ye la bagaimana penerimaan bapa Dian terhadap pilihan hati dan apa pula kesudahan kisah lelaki yang bukan menjadi pilihan Dian. Haiiii Cik Pah ni memang tak sesuai tau baca cerpen.

Didi sahabat Dian, macam pernah dibaca nama dia terselit dalam cerpen mana ye yang ada pengakhiran yang baik selepas ditinggalkan Aladin. Emmmm entah sudah lupa atau tersalah orang.


Kata Cik Pah:

2 tajuk untuk 3 kisah cinta yang berbeza. Yang mana yang kita mahu? Tepuk dada tanya iman.


View all my reviews

Novel : Seseorang Untuk Aku

Seseorang Untuk AkuSeseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar
My rating: 5 of 5 stars

Ini kot novel terbaik dari RM yang penuh dengan pengisian. Perjalanan hidup Lailatul yang yatim piatu, mangsa keadaan, menantu yang tak dialu-alukan, kakak yang banyak berkorban, isteri yang setia digarap dengan baik.
Lai menjadi ayah, ibu dan kakak kepada seorang adik yang tahunya hanya meminta tanpa mengerti penat lelah seorang kakak yang baru berusia 14 tahun menggalas beban. Bila dah dewasa hanya kerana seorang lelaki, cinta membutakan mata si adik sehingga Lai terperangkap dengan lelaki dari bandar yang menjadi majikan dia.

Sungguh Qadr hadir membawa hikmah kepada Lailatul seperti gabungan nama mereka Lailatulqadr. Walaupun pertemuan mereka dlm keadaan kurang baik, hubungan yang telah dihalalkan itu membawa bahagia dalam hidup Lai. Mama Najihah ni garang laaa dengan Lai, buat Cik Pah tak segan silu mengalir air mata dah macam air terjun Lata Iskandar.

Suka watak Nek Leha. Penyeri hidup Lai dan penghibur jalan cerita yang asyik mendung selepas satu persatu rahsia terbongkar, rahsia siapa penyebab mereka ditangkap basah, rahsia peminangan Qadr, janji antara Mama dan Lai untuk syarat Lai menumpang kasih seorang ibu. Ohhh sungguh sesak nafas Cik Pah yang tgh tersumbat hidung ni.

Jin miang (pinjam ayat KZ) Qadr pun boleh tahan ye, tersenyum teresin orang dibuatnya. Emmm RM ni mmg peminat Arjun Rampal ye. Si Arjun Rampal juga yang RM pilih untuk pembaca bayangkan rupa paras Qadr ni kalau dah tak boleh nak bayangkan sesiapa dah huhu

View all my reviews

Thursday, 18 September 2014

Novel : Dia... Cinta Yang Kucari


Dia... Cinta Yang Kucari
by Rehan Makhtar
My rating: 5 of 5 stars

Banjir. Bengkak mata. Rasa macam kena smash. Lihat pada kebaikan, jangan pandang keburukan seseorang. Insaf. Bersyukur.

Sorang lagi spesis pawas. Kali ni 'p' juga. Payed untuk panggilan buat kasanova bernama Fareed Al Fattah. Diceritakan dia seperti jerung. Rasa nak bagi tapak kaki kilauan emas jek seperti adiknya Palee (Fadlee Al Fallah) mengherotkan wajah cari makan Payed. Sesuka hati je nak tanda kawasan jajahan kat anak kawan mak ayah mereka. Payed seperti tidak dapat mengawal nafsu buas dia tiap kali terpandang Luthfiya. Luthfiya gadis bertudung litup adalah staff Padlee yang dahulunya pernah seketika menjadi PA Payed kerana kesilapan teknikal, tertukar calon interview disebabkan rupa dan nama yang hampir sama dengan seorang lagi calon iaitu Luthfina, kakak Luthfiya yang sentiasa cari pasal, cemburu dengan Luthfiya.

Disebabkan sifat liar itu lah buat mummy makan hati sehingga ugut tak halalkan susu sekiranya Payed mengusung anak dara orang ke hotel. Yang mummy tak tahu memang Payed pernah mengusung Luth ke hotel semasa Luth demam tak sedar diri akibat berhujan. Doa gadis yang menjaga kehormatannya termakbul. nafsu jerung bertukar jadi dolphine comel la pula bila melihat wajah Luth.

Mummy yang ingin mengubah kelakuan anak nya, cuba menjodohkan Payed dengan Luth. Disini agak keliru kerana perancangan asal bertukar. Si ayah pula cuba menjodohkan Palee dengan Luth. Tak sanggup dia mengahwinkan anak kawan baik dengan anaknya Payed yang tak sempurna kelakuan. Dosa yang pernah dia lakukan di zaman muda seperti ditayang kembali melalui Payed. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, Luthfiya mendedahkan ketidaksempurnaan wajahnya membuatkan Palee terkelu dan menolak jodoh yang diatur. Maka Payeed la menjadi galang gantinya kononnya memang dia lah sebenarnya tunang Luth.
Agak keliru sedikit tentang perkahwinan mereka
1. Mungkinkah Luth hanya menjaga hati Payed pabila Payed minta penjelasan kenapa Luth tidak menolak dia semasa Mummy meminang dahulu?
2. Palee ingat Luth yang menjadi tunangnya selama ini?
3. Mungkinkah Palee geli selepas melihat rupa Luth lalu melepas tangan kepada Payed kerana kebetulan Payed dah terang-terang mencintai Luth?

Kisah sedih berendam air mata bermula selepas majlis akad nikah, Show

Pengajaran untuk kisah ini:
1. Jangan prejudis terhadap seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang akan menerima hidayah
2. Jodoh itu rahsia Allah. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu sebaliknya
3. Manusia boleh berubah jika berkehendak dan berusaha mengubahnya
4. Jaga kelakuan, perbuatan kita akan dibayar kifarah pada diri atau anak cucu
5. Jangan pandang pada cantik luaran sahaja, pandang pada hati
6. Air dicincang tak akan putus
7. Islam itu mudah, solat boleh dilakukan dimana-mana dan dalam keadaan apa sahaja

View all my reviews

Saturday, 17 May 2014

Novel : Tiba-tiba Dia Ada

Tiba-Tiba, Dia AdaTiba-Tiba, Dia Ada by Rehan Makhtar
My rating: 4 of 5 stars

Best! byk input yang dikongsi penulis dlm melakarkan hubungan kekeluargaan, bercinta selepas kahwin dengan perbezaan umur yang byk dan isu pengkid. Ayie - Arya, pasangan yang sama padan.

Matang. Itu yang pembaca boleh simpulkan mengenai watak Ayie dan Arya. Ayie walaupun berusia 22 tahun, sangat matang untuk menjadi suami. Sweet talker tu bonus untuk dirinya yang suka mengayat isteri sendiri dan semestinya masih 'suci bersih' walaupun belajar di Berlin. Ayie sendiri tidak pernah berkawan dengan mana-mana perempuan, cumanya hatinya pernah terpaut dengan seorang 'kakak' iaitu Aryana, kakak kepada kawan baiknya Aryan, pada usia 17 tahun. Lalu pabila Aryana diusul sebagai calon isteri, Ayie tak lepaskan peluang depan mata dan sedaya upaya membuat Aryana bersetuju.

Aryana pula wanita yang sudah matang berusia 29 tahun. Juga tidak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Hidupnya diabadikan untuk keluarga dan kerja syarikat papa. Pada mulanya, dia sendiri tidak rela berkahwin dengan lelaki muda tetapi demi untuk tidak mengecewakan harapan orang tua, dia menerima Ayie apatah lagi Ayie menunjukkan sikap yang matang. Selepas berkahwin, satu rahsia terbongkar. Rupanya Ayie dikahwinkan disebabkan dia dituduh songsang dan perkahwinan ini diatur untuk membetulkan apa yang salah. Sentap juga Arya, tapi dia redha dan cuba nak bantu si suami. Walhal Ayie tak sebegitu pun. Kesian jugak kat Ayie, dah berkali-kali nafikan, sangsi itu tetap ada.

Kehidupan seterusnya di Berlin membuka kisah baru dalam hidup mereka. Dalam mereka cuba membina hidup baru dan mengenali hati budi masing-masing, ada seseorng yang bakal menyentap hati Arya. Ieza gadis yang cuba berubah demi Ayie. Hanya Ayie yang dia mahu.Di situ Arya bertindak sebagai wanita yang matang untuk memulihkan si gadis dan mempertahankan rumahtangga. Semacam mendengar sesi kaunseling sahaja Arya memberi nasihat. Kepala terangguk-angguk mengiakan.

Tuduhan sebagai lelaki songsang dah terbukti salah apabila rahsia si fitnah terbongkar. Lega. Baru sahaja belajar bercinta, Arya dipanggil pulang untuk membantu papa menguruskan projek yang bermasalah. Kat sini Cik Pah skip, malas nak baca bila ada pula cuba menggoda Arya yang masih bergelar isteri. Terlalu banyak cubaan, dalam dok rindu merindui tu, ada pula gambar si Ayie berpelukan dengan wanita lain. Adoii rasa sakit gigi. Rentetan daripada itu, untuk membetulkan keadaan Ayie pulang ke Malaysia. Dengggg ada lagi kisah tragis. Ayie kemalangan dan disahkan menghidap prosopagnosia atau face blindness ( ala macam filem 50 first dates lakonan Drew Barrymore)

Nak tahu kisah selanjutnya baca lah. Banyak kisah tragis dan tag line baru yang tidak berulang dalam setiap novel penulis. Dalam masa yang sama kisah manis bergula membuai perasaan membuat pembaca ternanti-nanti novel seterusnya dari penulis.

Tajuk kena sgt dgn jalan cerita. Tapi tak larat 'bau hanyir' yang sekali sekala terhidu masa menikmati kisah mereka. Ada sesuatu tentang pokok kucai, apakah? adakah berkaitan dengan novel sebelumnya tentang kisah ibu bapa Ayie atau Arya? Gigah nak kena cari ni.
Kredit : Mai

View all my reviews