Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts
Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts

Tuesday, 22 May 2018

Novel : Surat Bersampul Perang

Surat Bersampul PerangSurat Bersampul Perang by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Membaca kisah Farhana (Anah), rasa dahulu dan sekarang sama walaupun tajuk buku sahaja berbeza. Rindunya Kian Membara telah dicetak semula dan diberikan tajuk yang lebih 'kena' dengan jalan cerita. Cik Pah suka dengan tajuk novel ini Surat Bersampul Perang seolah menggambarkan kisah hidup Anah yang akan berputar 360 darjah setiap kali adanya sampul perang yang mengandungi

1. sijil dan gambar perkahwinan suaminya Masri dengan gadis pilihan ibu lalu menghancurkan hati Anah dan menyebabkan jatuh taklid
2. surat Anah kepada Masri yang diutuskan perkhabaran tentang anak kembar mereka tidak sampai ke tangan Masri menjadi senjata untuk Masri menuntut hak penjagaan anak
3. surat Naajah kepada Tuhan Syurga telah disengajakan Naajah untuk Paklong membaca isi kandungannya supaya dia dapat menjadikan Achik Anah sebagai mama dan bukan sebagai maklong

Tahniah Kak Su berjaya menggembur pelbagai rasa dalam kisah hidup Anah. Satu pengajaran untuk anak-anak gadis agar tidak membuang keluarga kerana turutkan kata hati sayangkan kekasih hati. Arang yang di conteng dimuka belum lagi padam , datang pula musibah lain menjadi bahan orang kampung membawang. Kasihan mak, kasihan abang dan adik Anah. Yang pasti apa yang telah berlaku menghantui hidup Anah walaupun telah lama berlalu.

Cik Pah ingatkan Anah akan bahagia selamanya selepas hatinya diserahkan kepada si suami, rupa-rupaya kisah sendu Anah bersambung dalam Kekasih Waktu. Berapa kali dah raya Cik Pah tak dapat maafkan Paklong Imran.

View all my reviews

Monday, 25 May 2015

Resepi Autentik : Dapur Mak Cik Raja




Sungguh mendera mata, tekak dan perut membelek buku resepi Dapur Mak Cik Raja yang berselang seli resepi iaitu menu yang dihidangkan dalam novel , petikan novel yang manis dan ada sakitnya tuh disini dan tambahan cerita duduk perkara watak kesukaan ramai. 

Boleh ek baca resepi. Haah, memang hobi kot baca resepi sambil membayangkan rasanya. Baca resepi pun boleh terliur. Belum lagi terhidu bau yang enak. Kalau dapat makan? tiba2 Cik Pah boleh hilang ingatan nak gugurkan gelaran 'anak gajah' , gelaran untuk anak buah yang paling besar antara mereka makcik makcik kat kampung nun. Depa jeles tu sebab depa cekeding walaupun makan nasi 3 kali sehari. Rasanya gelaran 'anak paus biru' lagi comel :) Hesy


Silap lah baca ikut turutan. Patutnya Cik Pah baca cara undur. Patut jumpa Pak Long Imran dulu baru jumpa Dr Aqmar. Ye lah bila jumpa Pak Long di akhir cerita, panas ati lambat reda. Walaupun 2 lelaki ini mengecewakan 2 wanita baik, tapi dengan Dr Aqmar Cik Pah cepat sejuk. Nampak tak bias nya di situ. Mungkin sebab Pak Long tak kemaskan hati dia walaupun usia sebegitu patutnya sudah bijak menggunakan iman dan akal. Sesenang hati melepaskan Dr Farhana buat kali kedua. Emmm lambat lagi lah nak maafkan Pak Long selagi Dr Farhana bersedih. So harap sangat Kak Su menamatkan kesedihan Dr Farhana di mana-mana cerita terbaru Kak Su. Boleh ye Kak Su (sambil kedip-kedip mata).

Buku resepi ini Cik Pah miliki selepas diperasap orang jauh dari utara. Tak sabaq nak miliki, Cik Pah terjah NU Sentral berjumpa Kak Su. Sempat lagi belajar kelim karipap. Haha boleh lah walaupun tak comey sangat rasa-rasanya kalau digoreng tak terburai intinya.

Wednesday, 6 May 2015

Novel : Seperti Mencintaimu Ain

Seperti Mencintaimu AinSeperti Mencintaimu Ain by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Susah tau nak dapat koleksi Kerana mu Ain, bertahun cari baru dapat yang second hand dengan harga yang agak mahal. Alhamdulillah Kak Sue memahami peminat-peminat beliau. Maka terhasillah kompilasi kisah Ain dan Adam dan kali ini ada pengakhiran yang baik.

Rasanya sebelum kisah Adam diangkat, Haris terlebih dahulu menjadi hero pilihan yang sesuai untuk Ain. Cik Pah pun doakan sebegitu sebelum tahu kisah cinta Ain. Ye lah Haris tu ada segalanya dan ibu Haris yang di panggil Mak Uda turut menyayangi Ain yang yatim piatu.

Rupa-rupanya solat istikarah Adam terlebih dahulu menjawab jodoh Ain dan Adam. Amboiiii Adam dari sekolah menengah dah buat solat istikarah. Patutlah dia tak terbuka hati untuk wanita lain. Dalam tidur dan jaga, Ain tetap dihati.

Satu kepuasan memiliki semua novel yang ada kisah Ain Adam baik yang dahulu dan yg terkini (kompilasi) apatah lagi pengakhirannya cinta mereka masih utuh walau diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa Adam.

Kak Su, Seperti Mencintaimu Ain sesedih Nyanyian Tanjung Sepi tauuu , cumanya nasib baik kerenah 'Abang' Nik Besar tak dipanjangkan dan tak seperti sudah jatuh ditimpa tangga , kalau pengakhiran tak menyebelahi Ain dan Adam, mesti Cik Pah dah sedih seminggu seperti kisah Dr Aqmar dan Dr Khalida.

View all my reviews

Friday, 12 September 2014

Novel : Kekasih Waktu

Kekasih WaktuKekasih Waktu by Noor Suraya
My rating: 4 of 5 stars



Berjodoh juga Imran dengan Dr Farhana selepas 2 kali terlepas peluang memiliki Anah. Pertamanya kalah dengan Masri di zaman universiti dan kali keduanya Imran menarik diri di saat akhir selepas membaca surat Najaah si anak saudara berusia 6 tahun kepada Tuhan Syurga untuk menjadikan Anah ibu mereka selepas kematian ibu kandung. Secara kebetulan Ilham yakni adik Imran juga menyimpan perasaan buat Anah. Itu cerita dalam Rindunya kian membara yang dikisahkan semula dalam Kekasih Waktu. Kisah selanjutnya adalah kisah selepas 13 tahun Imran memiliki Anah yang menjanda sekali lagi selepas 5 tahun menjadi adik iparnya. Ilham dijemput Ilahi asbab kemalangan. Tinggallah 3 anak saudara yatim piatu lalu menjadikan ia sebagai alasan untuk menikahi Anah. Salin tikar. Perkahwinan tanpa cinta, hanya tinggal tanggungjawab dan simpati sahaja dihati. Lalu rumahtangga teruji apabila cinta baru bertunas dihati Imran buat teman sekerja yang cantik, pandai berhias dan sesuai di bawa ke majlis keramaian. Kena dengan pangkat yang disandang Imran.

Anah pula bukan sesempurna wanita lain selepas bertahun mengidap kanser payu dara sebelum mengahwini Ilham lagi. Anak menjadi keutamaan Anah dan paling tepat tiada rasa cinta buat Anah selepas dia berjaya buang rasa yang penah wujud tatkala Anah menjadi adik ipar. Betulkah Imran dengan gerak rasa itu? Dimana sayang mu pada wanita yang banyak berkorban demi anak buah yang dikasihi? Bukankah Anah adalah rupa untuk mengungkapkan istilah cinta itu 20 tahun yang lalu? Bertisu juga lah menahan sendu rasa hati. Anak-anak lah penguat hati Anah walaupun tidak dipinta mereka menyebelahi dia dan menentang Ayah Imran sampai gelaran pun nak ditukar kepada Paklong selepas Imran mendapat Mak Long baru.

Kisah Anah dan Imran buat badan rasa nak demam. Panas hati. Serasa lubuk tempat duduk/baring panas macam dipasang tilam terapi. Buat lagi perangai pesona pada bunga yang lain,  sekali Anah terluka, lukanya sukar disembuh, rajuknya tak terpujuk, hati beku seperti kerasnya iceberg. Bertabahlah wahai Imran. Doa banyak-banyak okey :) . Kisah mereka lebih lekat dihati Cik Pah, maaf ye Najaah-Zaynn-Dian walaupun kisah cinta anda tak kurang hebatnya.

Zaynn, kisah cinta mu dengan Dian tak berpanjangan. Shah Jahan pergi dulu sebelum Mumtaznya. Semoga hati Dian terbuka untuk didiami lelaki lain. Najaah, Zaynn hanya memandang mu sebagai adik walaupun halal dinikahi. Cinta itu memang rumit dan tidak boleh dipaksa-paksa.

Najaah masak khas untuk Abang Zaynn nya. Fuh fuh moga Abang Zaynn teringat-ingat dia. Bukan Dian.

Monday, 17 February 2014

Novel : Keranamu Ain

Keranamu AinKeranamu Ain by Noor Suraya
My rating: 4 of 5 stars

Akhirnya berjodoh juga Cik Pah dengan Keranamu Ain. Dah lama cari tp tak jumpa. Kat CESB pun stok habis tak diulang cetak. Terima kasih kepada adik manis Hajar yang bagi peluang Cik Pah meneroka dunia Ain Najwa.

Sesiapa yang pernah membaca Langsir Biji Remia mesti ingat watak Ain. Ala yang jadi pemilik Kedai Buku Ceritalah Lagi tempat Duha Hafa bekerja 3 bulan. Watak Ain dalam tu menyentuh hati Duha sebab Ain masih setia menjaga suaminya Adam yang cacat. Jadinya apabila membaca Keranamu Ain, mmg dah tak suspen siapa pilihan Ain. Cumanya rasa nak tahu kisah Ain dan Adam tu masih kuat. Kisah bagaimana Adam ditimpa kemalangan sehingga cacat pula ada dalam kisah Kebun Mimpi. Dalam citer tu jangan tak tahu, Ain adalah penulis Nyanyian Tanjung Sepi. Adoiii kak Suraya, chek dah ingat-ingat lupa dgn watak2 citer akak. Nnt buat susur galur dalam setiap novel tau, mcm kat cd/dvd jdorama.

Kebanyakkan watak dalam Keranamu Ain ada kisah masing-masing dalam novel yang lain. Itu yang buat Cik Pah nak baca semula semua novel Kak Suraya. (Sambil menjeling buku-buku yang masih berplastik lutsinar)

Alahai kesiannya Haris, Cik Pah nak sentuh sikit pasal Haris ni. Cinta dia tak kesampaian untuk Ain sebabnya Ain ni dah beri hatinya kepada Adam semenjak sekolah menengah lagi. Garang dia sebagai majikan Ain rupa-rupanya bersebab. Bukan macam tu tau cara nak pikat Ain. .Akhirnya jodoh dia dengan Zura lebih kuat dan menggembirakan wanita itu yang telah sekian lama menyimpan perasaan buat Haris.

View all my reviews

Thursday, 14 November 2013

Novel : Rindunya Kian Membara

Rindunya Kian Membara Rindunya Kian Membara by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Rindunya kian membara menceritakan perjalanan hidup Doktor Farhana yang dipanggil Anah. Anah merupakan anak tok imam yang dididik dengan segala ilmu agama dan kesantunan melayu timur. Tetapi kerana cintanya yang agung kepada jejaka seuniversiti yang bernama Masri, menyebabkan dia telah membelakangkan keluarga demi cintanya. Kahwin di Yala tanpa melalui adat peminangan dan kenduri kendara yang selayaknya telah memalukan ibunya dan abang-abangnya di kampung.

Perkahwinan yang bahagia selama 3 tahun diuji apabila ibu Masri yang masih tidak menerima Anah memaksa Masri kahwin dengan gadis pilihannya. Talak taklik jatuh selepas Masri kahwin dengan Suhaila kerana itulah janji Masri kepada Anah semasa ijab kabul. Dugaannya tidak berakhir disitu apabila Anah mengandung dan dalam tempoh idah Anah telah membawa diri ke Paris untuk menyambung pelajarannya.

Lahirnya si kembar Zetti dan Zyann menyerikan hidup Anah diperantauan. Wasiat ibunya memohon dia pulang ke tanah air menjadi penentu kepada kehidupan mereka 3 beranak. Masri menuntut hak penjagaan anak dengan cara untuk mendapatkan semula cinta Farhana walaupun masih mendapat tentangan daripada ibu dan saudara maranya. Walaupun telah ada 5 orang anak dengan Suhaila, Masri masih mengejar cinta Farhana dan ingin menjaga si kembar walaupun pendapatannya hanya cukup-cukup sahaja sebagai guru.

Ya Allah! masa ni Kak Su pandai sungguh usik pembaca.“Nanti bila Yi besar Yi akan kahwin dua. Tengok ada 2 pusar kat kepala”. Lepas ni masing-masing check ye kepala suami masing-masing :)

Cinta Anah menjadi rebutan Masri, Imran yang pernah melamar zaman gadisnya dan setia menunggu dan Ilham duda beranak 3 suami kepada sahabatnya Dalilah yang meninggal akibat tumpah darah melahirkan anak ke 3. Masih cintakah mereka setelah Anah tidak sesempurna wanita lain?


---Spoiler---
(view spoiler)

View all my reviews