Showing posts with label CESB. Show all posts
Showing posts with label CESB. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Novel : Rindu Tak Terucap

Rindu tak terucapRindu tak terucap by Nurharyati Ishak
My rating: 3 of 5 stars

Wa Aini Wa Aini agaknya disebabkan selalu sangat seru nama Ain, hati Hak Kuang berdetak. Kecik-kecik dah pandai curi cium pipi gebu Ain. Benjol jugak kepala kena belasah dengan Ain. Dah besar disakatnya tak henti-henti. Ada je barang Ain yang hilang. Sehari tak usik Ain, macam tak tidur lena Hak Kuang. Di mana ada Ain, di situ ada Hak Kuang, tanpa Ain sedar dia pun seperti menjejak Hak Kuang yang seperti bayang-bayang. Hubungan mereka bagai anjing dengan kucing sehinggalah tamat peperiksaan SPM, Ain seperti hilang vitamin. Kedegilannya untuk berdikari bekerja sambil menunggu keputusan peperiksaan menemukan kembali Ain dengan Hak Kuang dan bibit-bibit cinta mula berputik.

Aishhhh, ada je batu penghalang. Fazrul dengan watak kasanova buaya tembaga hampir sahaja memutuskan hubungan Ain dan Hak Kuang. Tragis sungguh percintaan mereka. Watak yang tak disangka-sangka memintas dan Ain terpaksa berkorban demi keluarganya sebelum kisah hidupnya berakhir. Sedihhh sangat hwaaaa, berjurai air mata.

P/s: Hak Kuang ni nakal macam Damien-Sir Hilman ;P . Buku ni tebal , Cik Pah scan nama Hak Kuang saja



View all my reviews

Monday, 17 February 2014

Novel : Keranamu Ain

Keranamu AinKeranamu Ain by Noor Suraya
My rating: 4 of 5 stars

Akhirnya berjodoh juga Cik Pah dengan Keranamu Ain. Dah lama cari tp tak jumpa. Kat CESB pun stok habis tak diulang cetak. Terima kasih kepada adik manis Hajar yang bagi peluang Cik Pah meneroka dunia Ain Najwa.

Sesiapa yang pernah membaca Langsir Biji Remia mesti ingat watak Ain. Ala yang jadi pemilik Kedai Buku Ceritalah Lagi tempat Duha Hafa bekerja 3 bulan. Watak Ain dalam tu menyentuh hati Duha sebab Ain masih setia menjaga suaminya Adam yang cacat. Jadinya apabila membaca Keranamu Ain, mmg dah tak suspen siapa pilihan Ain. Cumanya rasa nak tahu kisah Ain dan Adam tu masih kuat. Kisah bagaimana Adam ditimpa kemalangan sehingga cacat pula ada dalam kisah Kebun Mimpi. Dalam citer tu jangan tak tahu, Ain adalah penulis Nyanyian Tanjung Sepi. Adoiii kak Suraya, chek dah ingat-ingat lupa dgn watak2 citer akak. Nnt buat susur galur dalam setiap novel tau, mcm kat cd/dvd jdorama.

Kebanyakkan watak dalam Keranamu Ain ada kisah masing-masing dalam novel yang lain. Itu yang buat Cik Pah nak baca semula semua novel Kak Suraya. (Sambil menjeling buku-buku yang masih berplastik lutsinar)

Alahai kesiannya Haris, Cik Pah nak sentuh sikit pasal Haris ni. Cinta dia tak kesampaian untuk Ain sebabnya Ain ni dah beri hatinya kepada Adam semenjak sekolah menengah lagi. Garang dia sebagai majikan Ain rupa-rupanya bersebab. Bukan macam tu tau cara nak pikat Ain. .Akhirnya jodoh dia dengan Zura lebih kuat dan menggembirakan wanita itu yang telah sekian lama menyimpan perasaan buat Haris.

View all my reviews

Thursday, 19 December 2013

Novel : Lamaran Kedua

Lamaran KeduaLamaran Kedua by Ma Lee Chuswan
My rating: 3 of 5 stars

Kadang-kadang demi kebaikan semua, sesetengah perkara perlu juga dirahsiakan - ms 322

Masalah komunikasi sungguh Nina dan Jefri. Jefri yang terpaksa melayan 'peminat' dan Nina yang cepat cemburu pakej salah sangka menyebabkan pertunangan mereka terputus. 2 tahun Nina membawa diri, Jefri tak putus merayu Nina yang hanya membiarkan panggilan telefon Jefri terakam di peti simpanan suara.

Ego tinggi melangit. Agaknya Jefri buat apa untuk memiliki semula Nina?
Muka surat kedua terakhir barulah dapat tahu rahsia yang disembunyikan Jefri. Jefri o Jefri, awat la buat lagu tu!

View all my reviews

Sunday, 24 November 2013

Novel : Selamat Tinggal Sayang

Selamat Tinggal SayangSelamat Tinggal Sayang by Ma Lee Chuswan
My rating: 4 of 5 stars

Selamat Tinggal Sayang

Erk awal-awal cerita macam tak boleh nak masuk sbb dok ingat tarikan Puteri dengan Hakim hanya tarikan nafsu serakah semata-mata. Rupa-rupanya hubungan mereka adalah hubungan yang halal semenjak 7 tahun yang lalu atas satu kesilapan anak adam berdua-duanya. Dahulunya Puteri yang dipanggil Dee seorang tomboi. Dee tiada hubungan langsung dengan Hakim, tetapi saat Intan sahabatnya ingin putus cinta dengan Hakim, Dee hanya menjadi posmen membawa berita untuk Hakim. Kasihankan Hakim yang bersedihan, Dee menjadi peneman merawat duka lara. Akhirnya mereka terlanjur dan terpaksa berkahwin setelah Puteri rungsing dia tak datang period dalam tempoh 2 bulan. Namun perhitungan Puteri meleset, seminggu selepas berkahwin dia datang bulan. lalu meninggalkan Hakim tanpa berita menyambung pelajaran ke Australia.

Sepulangnya ke Malaysia, akhirnya mereka bertemu kembali, bekerja didalam satu syarikat. Namun Hakim langsung tidak mengenali Puteri kerana Puteri telah berubah menjadi wanita yang anggun sehinggalah beberapa bulan bekerjasama, Hakim baru mengetahui bahawa Puteri adalah isterinya. Masing-masing terpikat antara satu sama lain tetapi Hakim ego mengakui perasaan yang terbit dihati apatah lagi dia akan ditunangkan dengan anak kawan papa demi mengukuhkan kedudukan syarikat. 6 bulan Puteri diberi tempoh untuk memikat hati Hakim. Namun 4 bulan berlalu, Puteri putus asa apabila Hakim masih tidak endah dengan godaan Puteri malah melayan dia dengan dingin berbanding Tengku Aida, seteru Puteri.

Kandungan Puteri semakin membesar di dalam rahim Puteri. Bersendirian mengalami alahan mengandung , tertekan dengan tingkah Tengku Aida yang sering membuat onar, dan depression sehingga menjejaskan kesihatan serta prestasi kerja Puteri turut merosot, akhirnya Puteri lelah dan meletak jawatan. Sekali lagi Puteri silap membuat keputusan tanpa berbincang dengan Hakim, puteri sekali lagi lari dari Hakim apabila kecewa cintanya tidak bersambut. Dapatkah Hakim menemui kembali Puteri dan bayi yang tidak diketahui kewujudannya. Sempatkah mereka mengucapkan selamat tinggal apabila Puteri terlantar koma selepas bersalin dan bertarung nyawa sementelah semangatnya untuk hidup hilang saat cinta ditolak Hakim.


Best cerita ni cuma tak suka tentang watak heroin sahaja. Puteri sangat lembek/lemah bila cintanya ditolak. Mana harga diri mu? Gambaran watak asal , tomboy dan sehingga saat mengandung lasak bermain bola sepak dengan kawan-kawan lelaki tapiii jiwa tak kental. Huhu

View all my reviews

Thursday, 14 November 2013

Novel : Rindunya Kian Membara

Rindunya Kian Membara Rindunya Kian Membara by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Rindunya kian membara menceritakan perjalanan hidup Doktor Farhana yang dipanggil Anah. Anah merupakan anak tok imam yang dididik dengan segala ilmu agama dan kesantunan melayu timur. Tetapi kerana cintanya yang agung kepada jejaka seuniversiti yang bernama Masri, menyebabkan dia telah membelakangkan keluarga demi cintanya. Kahwin di Yala tanpa melalui adat peminangan dan kenduri kendara yang selayaknya telah memalukan ibunya dan abang-abangnya di kampung.

Perkahwinan yang bahagia selama 3 tahun diuji apabila ibu Masri yang masih tidak menerima Anah memaksa Masri kahwin dengan gadis pilihannya. Talak taklik jatuh selepas Masri kahwin dengan Suhaila kerana itulah janji Masri kepada Anah semasa ijab kabul. Dugaannya tidak berakhir disitu apabila Anah mengandung dan dalam tempoh idah Anah telah membawa diri ke Paris untuk menyambung pelajarannya.

Lahirnya si kembar Zetti dan Zyann menyerikan hidup Anah diperantauan. Wasiat ibunya memohon dia pulang ke tanah air menjadi penentu kepada kehidupan mereka 3 beranak. Masri menuntut hak penjagaan anak dengan cara untuk mendapatkan semula cinta Farhana walaupun masih mendapat tentangan daripada ibu dan saudara maranya. Walaupun telah ada 5 orang anak dengan Suhaila, Masri masih mengejar cinta Farhana dan ingin menjaga si kembar walaupun pendapatannya hanya cukup-cukup sahaja sebagai guru.

Ya Allah! masa ni Kak Su pandai sungguh usik pembaca.“Nanti bila Yi besar Yi akan kahwin dua. Tengok ada 2 pusar kat kepala”. Lepas ni masing-masing check ye kepala suami masing-masing :)

Cinta Anah menjadi rebutan Masri, Imran yang pernah melamar zaman gadisnya dan setia menunggu dan Ilham duda beranak 3 suami kepada sahabatnya Dalilah yang meninggal akibat tumpah darah melahirkan anak ke 3. Masih cintakah mereka setelah Anah tidak sesempurna wanita lain?


---Spoiler---
(view spoiler)

View all my reviews

Monday, 23 September 2013

Novel : Inferior

InferiorInferior by Norhayati Berahim
My rating: 3 of 5 stars

Konflik jiwa. Seram juga kalau diingatkan kerana kita tidak tahu siapa dikalangan kita yg inferior. Boleh jadi penyakit ini ada diantara sahabat, saudara mara atau diri sendiri?



Intissar dan Nadia berkawan rapat semenjak kecil. Kedua-duanya mempunyai watak yg berbeza dan taraf hidup yg berbeza. Walaupun Tissar anak orang kaya, tetapi dia menghormati orang lain dan disayangi ramai. berbeza dengan Nadia anak tukang gaji dan tukang kebun keluarga Tissar , Nadia seperti terlebih sudu daripada kuah. Semenjak kecil Nadia cemburukan Tissar kerana orang lain sering memuji akhlak Tissar . Berkawan dengan Tissar hanya untuk menikmati kemewahan kerana apa yang dimintanya pasti ditunaikan Tissar. Tissar pula masih tidak nampak keburukan Nadia walaupun ramai yang telah memberitahunya sehinggalah haknya dirampas baru dia sedar.

Setelah 5 tahun berkahwin dengan Amirul, mereka masih belum dikurniakan anak. Dengan alasan sibuk dan Tissar tidak dapat melahirkan anak, Amirul berkahwin secara rahsia dengan Nadia. Walau bagaimanapun rahsia mereka terbongkar semasa Tissar ke rumah Nadia untuk berkongsi kegembiraannya yang telah berbadan dua. Tissar ingat nak kongsi kegembiraannya dengan Nadia tapi rupa-rupanya turut berkongsi suami. Luluh hatinya melihat suami dipeluk kawan sendiri.


Nadia~ Kau buat aku menderita. Aku selalu rendah diri bila dibandingkan dengan kau. Ayah mak aku cuma seorang pemandu dan orang gaji. Kau dapat apa yang kau inginkan, malah setiap orang yang aku kenal memuji kau. Kau anak orang kaya. Kau tak perlu susah payah pasal duit. Emak dan ayah aku sendiri selalu mengagungkan kau. Bagi mereka kau macam dewi. Kau terlalu baik. Kau mendengar kata. Tapi bagi mereka aku ni jahat. Anak tak mendengar kata. Aku sakit hati Tissar. Sekarang baru aku puas hati. Baru kau tahu bagaimana rasanya hati yang sakit. Baru padan dengan muka kau!

Nadia tersenyum kemenangan. Tapi senyumannya tak lama, pertemuannya semula dgn Tissar meresahkan jiwanya. Tissar tenang, tidak melutut dan merayu padanya seperti angannya. Yes! Rasa nak tepuk tangan bila Tissar turut ikut rentak Nadia. Dia gunakan semula kemewahan, kedudukan dan orang2 yang sayangkannya termasuk kelemahan Amirul untuk menyedarkan Nadia.


Satu sahaja yang Cik Pah kurang berkenan. Walaupun marah dengan tindakan Amirul berkahwin dengan Nadia, emak Tissar Siti Baiduri tidak patut memintanya menceraikan Tissar selepas bersalin. Amirul masih sayangkan Tissar dan sedar kesilapannya. Dengan alasan menyelamatkan Tissar daripada diserang Nadia yang semakin mengganas, talak terpaksa dilafazkan. Tapi perhitungan Siti Baiduri meleset. Amirul turut menjatuhkan talak 3 kepada Nadia sehingga Nadia makin bertindak ganas dan akhirnya mencederakan Amirul. Akhirnya Nadia menerima balasannya akibat mengikut kata hati. Menemui ajal setelah mengalami tekanan jiwa dan tidak dapat diubati seperti yang berlaku macam madu Siti Baiduri.

Who loses money loses much;
Who loses a friend, loses more;
Who loses faith, loses all.

View all my reviews