Wednesday 6 May 2015

Novel : Selamat Pagi Cinta

Selamat Pagi CintaSelamat Pagi Cinta by Aidah Bakri
My rating: 5 of 5 stars

3.30 am Selamat Pagi Cinta
Dalam tempoh 9 jam cerita ini habis di khatam.
Akhirnya boleh tidur sambil tersenyum bahagia zzzzz

-------------------------------------------------------

Sorang serangga perosak dan sorang lagi lipan tanah? Hehe kelakar apabila teacher Ulfah guru fizik kepada pelajar bermasalah Wafi Shauqi bertemu dengan penjaganya Wadi Shafy. Lelaki yang ego, sombong, sengal dan poyo di mata Ulfah. Silap la kalau Ulfah nak tunduk dengan lelaki sebegitu, memang dia kasi sengat bengkak menanah sampai Shafy tak senang duduk kalau sehari tak bertemu muka.

Kelas tuisyen untuk Wafi dan rakan sekelas yang lain dijadikan tiket untuk Shafy bertemu Ulfah tanpa sedar kehadiran Ulfah itu bagai menyiram hati dia yang mati dan sepi ditinggalkan kekasih hati lebih 2 tahun lamanya.

Hidup aman damai Ulfah tergugat bila Erin kembali semula ke sekolah tempat dia mengajar. Sahabat lama ini memang seboleh-bolehnya dia hindari kerana kisah 4 tahun lalu masih melukakan hati dan maruah keluarga Puan Ezzah dan Tuan Zakri. Tak tahu mana silap dia, Erin sanggup fitnah dia ada skandal dengan pensyarah dan hampir meruntuhkan rumahtangga pensyarah mereka dan lebih malang dia dibuang tunang sendiri yang bakal diijab kabulkan 3 bulan lagi. Alasan Erin memang tidak dapat diterima dek akal tapi siapa yang pernah kena tikam dengan kawan seperti yang berlaku pada Ulfah tak tahu bagaimana mahu ketawa atau menangis dengan orang sebegini.

Cerita makin panas, disangkakan Erin kembali untuk memusnahkan lagi hidup dia. Ada kisah yang lagi menarik kerana kali ini melibatkan kisah cinta 3 segi antara Ulfah-Shafy-Erin. Masalahnya Ulfah tu tak ada hati pun pada Shafy. Itu kata Ulfah. Kata Tuan Zakri pula lain. Peranan Tuan Zakri yang garang dengan anak daranya memang mencuit hati. Apatah lagi bila cerita tentang anaknya orang masih dok jaja, lesen besar terus diberi pada Shafy. Dengan anak sendiri macam bapak harimau tapi dengan anak yatim piatu berdua itu Wafi dan Shafy dilayannya bagai anak sendiri. Opsss sudah terlebih bercerita Cik Pah, korang dapatkan sendiri naskah ini. Pasti tak mengecewakan.

Falsafah cinta Shafy memang lain daripada lain. "Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri, tetapi tetap berjalan menuju ke satu tujuan. Tetap seiring hingga ke garisan terakhir. Jika salah satu daripada hilang, maka tak ada maknanya sebab yang sebelah lagi tak mampu berjalan sendiri."

"Sepasang kasut yang saya sayang dulu dah hilang sebelah. Lalu satu yang tinggal dah saya buang jauh-jauh. Apabila saya jumpa semula kasut yang hilang itu, saya tak rasa nak cari balik sebelah yang dah saya buang. Sebab saya dah tak perlu kasut itu lagi."

Ulfah , Shafy ni nak kasut baru. Ada faham! :)












View all my reviews

No comments :

Post a Comment