Friday 18 October 2013

Novel : Warna Hati

Warna HatiWarna Hati by Meen Zulaikha
My rating: 4 of 5 stars

Semua watak menarik dan ini adalah cerita dewasa yang berlapik ;)

Zara Lisa - watak utama. Gadis berusia 33 tahun yang belum berkahwin dan dipaksa untuk mencari jodoh bagi menutup mulut orang kampung dan jirannya yang suka menabur fitnah

Emran - lelaki kacak yang menawan hati Zara Lisa ketika mengikuti speed dating. Tetapi pelamin angannya musnah apabila terserempak Emran berkepit dengan wanita muda. Rupa-rupanya Zara hanya dipikat untuk dijadikan stok geli-geli sahaja. Hampeh. Ada kaitan dengan Harith dihujung cerita

Jefri - si janggut kambing gelaran yang diberi dan lelaki ini didendami Zara kerana di zaman persekolahan, dia dimalukan hanya kerana sepucuk surat cinta yang pernah Zara titipkan buat Jefri. Disebabkan Zara tidak berjaya membawa pulang teman lelaki untuk dijadikan suami, emak menerima pinangan Jefri apatah lagi mereka sepupu. Walau bagaimanapun, pertunangan mereka hanya mampu bertahan 2 bulan kerana sisi gelap Jefri berjaya dihidu Zara sebelum mereka diijab kabulkan.


Harith - lelaki serabai yang ditemui ketika speed dating. Menjadi teman tapi mesra Zara dan dimana-mana Zara berada, disitu dia akan muncul. Zara hanya mengenali Harith sebagai pemandu peribadi kepada keluarga kaya Dato Datin. Suka dengan cara Harith meluahkan rasa hati. Habis diborongnya novel-novel cinta yang ada tajuk tentang perasaan dia terhadap Zara. Sweet! Apabila Zara dah mula berlagu rindu, rahsia diri Harith terbongkar dan Zara rasa tertipu lagi dengan kaum adam. Apa rahsianya? Baca sendiri tau. Apa2 pun sweet je Harith ni pujuk Zara.

Tim - gadis tomboy yang dididik Zara sehingga menjadi feminin

Rita - sahabatnya yang ceria tetapi menghadapi masalah rumah tangga. Suaminya yang 10 tahun lebih tua daripadanya berubah tingkah. Ada dua rahsia yang menjadi penyebab suami sering pulang lewat malam, dingin dan ada kalanya baran.

View all my reviews

No comments :

Post a Comment