Thursday 10 October 2013

Novel : Tanpamu Aku Rindu

Tanpamu Aku RinduTanpamu Aku Rindu by Aleya Aneesa
My rating: 3 of 5 stars

Cerita ini dibaca dengan laju2 dan ada kalanya ter skip beberapa perenggan di awal bab sehingga pertengahan kerana penulis menceritakan dengan panjang lebar kelakuan Zuyyin yang tak semenggah sehingga menitiskan air mata mama dan ayah.

Sebenarnya ada pengajaran yang boleh dikutip dalam cerita TAR. Kerana salah sangka, Zuyyin, berubah sikap. Dari seorang anak yang mendamaikan ayah dan mama, dia berubah tingkah. Baran, melawan cakap, berpeleseran sampai pulang lewat malam, pelajaran terabai dan paling kurang ajar membuli orang gaji mereka Suharti sampai mama malu kepada Makcik Zainah, orang gaji yang mengasuh Zuyyin sejak berusia 1 hari. Sehinggalah suatu hari, kerana marahkan semua orang termasuk Yazzer anak Makcik Zainah menegur sikapnya, tanpa disedari, dia telah mendoakan kecelakaan kepada ibu bapa sendiri. Akhirnya, doa termakbul. Sedang enak berseronok bercuti di Sabah menghabiskan duit ringgit ayah , orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Mama terlebih dahulu dijemput Ilahi dan dikebumikan tanpa sempat dia menatap wajah mama kali terakhir. Walaupun Yazzer telah beratus kali menelefon, semuanya dia abaikan. Dirasakan Yazzer sengaja ingin menyakitkan hati. Apabila pulangnya ke rumah setelah diugut Yazzer, barulah dia sedar, mama telah tiada. Belum sempat mendapatkan keampunan ayah dan jawapan kepada rahsia yang dilihatnya ayah bersama wanita muda dan anak kecil, ayah turut menghembuskan nafas terakhir.

Tinggallah Zuyyin sebatang kara tanpa sesen pun harta dan rumah yang telah dilelong. Apabila dia jatuh miskin, semua rakan termasuk Zakril yang disangkakan menyintainya dengan ikhlas mula menjauhkan diri. Mujur ada Makcik Zainah yang menyayanginya. Atas keterpaksaan, Zuyyin mengikut Makcik Zainah menumpang rumah Yazzer, lelaki yang dibenci dan satu2nya lelaki yang berani melawan cakap Zuyyin sepanjang Yazzer dirumah agam ayah mama. Disitulah Zuyyin mula belajar kesusahan dan menerima kenyataan hidup. Dia akur, hanya Yazzer dan Hafizah teman baru yang sudi bersama dia. Akhirnya Zuyyin berubah tingkah kepada sifatnya yang asal setelah 4 bulan tinggal bersama Makcik Zainah. Walau bagaimanapun, rahsia yang disimpan Yazzer hampir memutuskan pertunangan mereka. Rupa2nya Yazzer memegang amanah dan menerima sebahagian syer syarikat. Disangkakan Yazzer menipu mencintainya kerana harta setelah terdengar perbualan Yazzer dengan seseorang. Lagi sekali dia hampir tertipu dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Mujur Yazzer berjaya memujuk dan menerangkan keadaan sebenar bersama terbongkarnya rahsia ayah yang menjadi penyebab kepada perubahan tingkah dia. Tebal muka seinci sebab semuanya adalah salah faham. Sia-sia sahaja dia tunjuk perangai buruk, rupa2nya wanita yang dilihat dahulu adalah maksu , adik ayah yang dibuang keluarga.

Cik Pah suka dengan watak Yazzer, abang pedas versi AA. Dalam dia berkasar mendidik dan menegur Zuyyin, tersimpan kasih buat wanita yang telah lama tersimpan dihati. "Abang I love you kat Zuyyin ya?" Kata-kata yang diucap Zuyyin sewaktu berusia 7 tahun adalah kenangan manis dan mengikat mereka sehingga ke jinjang pelamin.

View all my reviews

No comments :

Post a Comment