Wednesday, 30 October 2013

Novel : Pergilah Air Mata

Pergilah Air MataPergilah Air Mata by Hanni Ramsul
My rating: 5 of 5 stars

Serious best!

Kali ni Cik Pah tak selak epilog, jadinya Cik Pah dok berdebar sebab tak boleh nak teka siapa yang sedang tersenyum bahagia duduk bersanding seperti yang diceritakan di prolog.

;)

Sabrina (Ina) dari wanita cengeng yang lembik asyik menangis dan bergantung kepada kekasih dan sahabatnya, dia berubah menjadi wanita yang cekal. Mungkin sebab dah dilatih dengan Badrul, suami yang dia nikahi atas satu dosa yang tak dia lakukan. Di tangkap basah kerana tersalah bilik. Tapi tak siapa mahu percaya cakap Sabrina. Ikhmal kekasih hati merangkap bakal tunang langsung taknak bantu dia. Maria kawan baik pula menjauh diri sedangkan dialah yang sepatutnya menjernihkan keadaan setelah Maria yang tersalah bagi nombor bilik. Pada pandangan Badrul dan Datin Hamidah, Ina ada agenda mengikis harta mereka sehingga sanggup memerangkap Badrul. Hanya abah Badrul, Datuk Hamidi sahaja menerima Ina sebagai menantu. Pada mulanya orang gaji pun dok sindir2 Ina, nasib baik lah watak Kak Jamilah lama2 jadi baik, jadi kawan Ina setelah berbulan-bulan Ina hidup dalam sangkar emas.

2 bulan berkahwin, Datuk Hamidi menawarkan hadiah honeymoon untuk mereka. Lokasi Pulau Pangkor menjadi destinasi pilihan. Rupa-rupanya Badrul menjejak Dayana kekasih hati yang membawa diri setelah Badrul mengakui dia telah berkahwin. Asalnya Dyana menolak lamaran Badrul, tapi dia berubah fikiran setelah tercabar melihat Ina. Ina yang baik hati ni pun rela sepenuh hati mengizinkan Bad berkahwin dengan Dayana. Mula2 tu mmg tak rasa apa2, lama2 melihat kebahagiaan Badrul dan Dayana, terdetik perasaan sedikit cemburu dihati Ina. Ye la dengan Dayana, bukan main romantik lagi Badrul sedangkan dengan dia, garang macam singa. Kebahagiaan Badrul mula terasa hambar apabila Dayana mula sibuk dengan kerjaya. Adakalanya berhari-hari dan ada kalanya berminggu-minggu Dayana outstation sehingga Badrul rasa terpinggir dan terkenang Ina yang lembut dan menurut kata. Tanpa disedari Badrul, perasaan benci dan dendam sedikit demi sedikit terhakis dibajai bibit cinta. Saat Ina rela membelai dan dibelai Badrul, Dayana pulang secara mengejut dan ternampak adegan yang mengundang kecewa dihati. Badrul dilema. Yana isteri yang dicintai atau Ina isteri pertama yang baru saja diam dihati yang mengisi rasa kosong yang ditinggalkan Yana. Sekali lagi Ina rasa kecewa lalu membawa diri ke Terengganu apabila seminggu Badrul tidak dapat dihubungi setelah berkejaran memujuk Dayana.

Siapa pilihan Badrul? Dayana atau Sabrina ? Sabrina pula, siapa pilihan dia? Ikhmal kekasih hati yang dah tahu kisah sebenar angkara Maria, Darius kawan Badrul yang menyenangi Ina dan menunggu Ina dilepaskan, Faizal duda anak satu owner resort tempat Ina bawa diri mengubati rasa kecewa atau Badrul suami yang mendera jiwa dia.

View all my reviews

Sunday, 27 October 2013

Novel : Dia… Random Guy

Dia… Random GuyDia… Random Guy by Farah Husain
My rating: 3 of 5 stars

Ok diakui ceritanya manis terlebih sukatan. Walau bagaimanapun Cik Pah lebih tertarik kisah mengenai hubungan kekeluargaan dan persahabatan dlm DRY.

Mungkin kita tak sedar, suatu ketika dulu kita pernah menggores hati teman, menggelar mereka dengan macam2 gelaran. Pada kita just gurauan tapi pada mereka yang digelar mungkin ada yang tak dapat menerimanya. Itu yang berlaku kepada Zufa yang cuba berkawan dengan Alina dan Wawa tetapi malangnya Alina menggelar dia dengan bermacam2 gelaran dibelakang. Ya ini sisi negetif heroin yang bernama Alina yang penulis ketengahkan. Alina tidak sedar semua itu. Yang dia tahu dia adalah mangsa dan Zufa adalah musuh tradisi semenjak sekolah sehinggalah apabila setiap kali reunion diadakan, Alin cuba mengelak. Walau bagaimanapun, usaha Alin untuk mengelak sekian kali tidak berjaya apabila termakan dengan pujukan Wawa.

Kerana panas hati diperlekehkan tentang diri dia yang bekerja sebagai kerani dan masih berstatus single n available, Alin secara random memaut lengan lelaki yang kebetulan lalu untuk diperkenalkan sebagai tunang segera. Malangnya lelaki yang cuba dijadikan hero adalah adik kepada bakal tunang Zufa. Alahai malu bertimpa-timpa dicop penipu. Bermula insiden malam reunion, hidup Alin kucar kacir dengan kehadiran Zariel Amzar. Macam anjing dengan kucing, bergaduh bagai nak rak tapi akhirnya hati Amzar terpaut pada Alin sehinggalah mereka diijab kabul.

Aha ada kejutan lagi tentang diri Alina yang perlu pembaca teruskan bacaan kalau pun terpaksa tahan ngilu gigi sensitif yang tersentuh makanan manis. Memang romantik habis Amzar yang cuba memikat isteri. Siapa Alin dan zaman silamnya didedahkan dihujung-hujung cerita. Buruk macam mana pun Alin pada zaman silamnya, Amzar tetap boleh menerima buruk baik Alin. Ya, masing-masing ada kelemahan dan mereka saling lengkap melengkapi.

View all my reviews

Saturday, 26 October 2013

Novel : Dekat Padamu

Dekat PadaMuDekat PadaMu by Sarnia Yahya
My rating: 3 of 5 stars

Suka dengan watak Iskandar. Sengal macam Odie dalam cerita Lazuardi yang selalu ajak Anaz kahwin. Samalah Iskandar ni, pantang nampak Syafiqa (Ika) dipejabat, mesti dia usik ajak kahwin jadi isteri bongsu.

Dalam berhibur baca cerita cinta ni, sebenarnya banyak isu yang penulis ketengahkan.
1. Isu makan harta anak yatim
2. Isu penagih dadah
3. Isu setia kawan tak bertempat
4. Isu cinta buta cinta nafsu
5. Isu yang paling besar, isu rasuah dalam urus niaga pihak yang hanya nak kaut keuntungan sahaja sampai meragut nyawa orang lain

Bacalah, banyak pengajaran yang boleh dikutip.

View all my reviews

Novel : Cinta 11 Syarat

Cinta 11 SyaratCinta 11 Syarat by Muna Mahira
My rating: 3 of 5 stars

Plot citer ni ada sikit2 macam Biarkan Indah Berlalu , Rasya yang menyinggah ke rumah mak saudara diperkosa abang sepupu yang frust putus cinta. Di dalam kedua-dua cerita, mangsa mendiamkan diri sehingga mengandung dan identiti perogol dirahsiakan sehingga mereka menjadi mangsa libasan ayah. Cumanya Rasya bernasib baik kerana mak dan adik-adik menyayangi dan masih menerima dia. Nasib dia juga terbela apabila musuh semenjak kecil, Komeng sudi menyunting menjadi suri. Bila nak kahwin, ada rintangan. Ye lah, mak mertua mana sudi menerima menantu yang dah ditebuk tupai. Apatah lagi semua orang sangka Rasya memang terlanjur dengan kekasih dan kecewa dengan kekasih yang lari dari tanggungjawab. Bila dah timbul bunga-bunga cinta, abang sepupu pula mampir untuk bertanggungjawab dan berlaku perebutan hak penjagaan anak. Tapi dalam cerita ni, Rasya keguguran masa kandungan berusia 7 bulan setengah. Jadinya isu berebut anak tidak dipanjang-panjangkan sampai pembaca boleh nangis bengkak mata.

Citer2 lain yang menebalkan novel ni memang la tak sama. Ok la citer ni kalau nak dibaca. Ada masanya boleh buat Cik Pah menitis air mata jugak dan ada kalanya macam kureng sikit sbb mcm keanak2kan dan ada kalanya macam menyentuh dan membuai perasaan.

View all my reviews

Sunday, 20 October 2013

Novel : Warna Hati Nurul

Warna Hati NurulWarna Hati Nurul by Shahzy Hana
My rating: 3 of 5 stars

Ujian. Dugaan. Cobaan. ;) padanya ada hikmah

Kisah Nurul Syifa ini banyak rintangan dalam hidup dia. Bermula dengan perkahwinan dengan Razeef. Title isteri hanya disandang dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum dia bergelar janda berhias. Jodoh mereka tak panjang. Razeef, meninggal dunia dalam perjalanan ke masjid untuk solat jumaat. Masih terasa hangat kucupan didahi. Luluh hati Syifa apabila suami yang baru dinikahi pergi buat selamanya sehingga Syifa mengalami tekanan perasaan dan terpaksa dimasukkan ke wad menerima rawatan psikiatri.

Setelah Syifa pulih dari kemurungan, Syifa terdengar perbualan mak dengan majikan mak dan ayah bekerja. Aunty Tasya, ingin menyunting Syifa untuk anak sulung mereka Fasil. Syifa agak kurang senang dengan Fasil apatah lagi dia pernah terdengar kata2 yang mengguris hati. Dari bibir Fasil sendiri, Syifa pernah terdengar dia bukan wanita pilihan Fasil. Tapi adakah kata2 itu lahir dari hati Fasil? Mulut kata lain, hati kata lain. Fasil yang tidak menyedari Syifa yang berkecil hati suatu ketika dahulu berjumpa sendiri meluahkan rasa hati tetapi Syifa tetap menolak apatah lagi baru beberapa bulan sahaja dia kematian suami. Namun, apabila Fasil merayu Syifa untuk mengahwininya demi mama yang sakit tenat, Syifa pasrah menerima lamaran Fasil. Akad nikah tetap dibuat pada pagi Jumaat. Saat Fasil bersiap untuk solat Jumaat selepas diakad nikah, hati Syifa berdebar takut kejadian berulang kembali. Alhamdulillah, rasa lega bila Fasil pulang dengan selamat. Tapi rasa lega diganti dengan rasa terkedu pula disebabkan Azreen membuat onar. Gambar Azreen dengan lelaki mana tah dalam keadaan mengaibkan di superimpose gambar Fasil. Dingin terus hubungan Syifa-Fasil. Apabila dah dapat bukti dari pakar IT, Azreen tersepit kerana cubaan dia meruntuhkan rumahtangga Fasil gagal. Tapi disebabkan keluarga Fasil mengenali keluarga Azreen sejak sekian lama, maka Azreen dilepaskan tanpa disaman. Masalah manusia ni, bila berlembut, dipijaknya kepala. Disebabkan papa memberi muka, lain pula keluarga Azreen bertindak dengan cuba menyingkirkan papa Fasil dari syarikat melalui monopoli saham syarikat menggunakan cara tipu muslihat.

Baru sahaja isu syarikat selesai, sekali lagi Fasil difitnah atas dakwaan mengambil dadah bersama Azreen ketika diserbu polis. Kali ini Syifa seolah2 tidak dapat menerima kata2 penafian dari Fasil. Disebabkan terlalu kecewa, akhirnya Fasil membawa diri mengikuti misi Gaza setelah isteri dan keluarga tidak menerima penerangan dan penafian dari dia. Apa kesudahannya? Dapatkah Syifa berjumpa kembali suaminya dalam keadaan sempurna setelah tragedi berdarah berlaku di Gaza? Ikutilah suka duka Warna Hati Nurul dari nukilan Shahzy Hana.


View all my reviews

Friday, 18 October 2013

Novel : Aku Mahu Kamu

Aku Mahu KamuAku Mahu Kamu by Aleya Aneesa
My rating: 3 of 5 stars

Cerita yang menyentuh qalbu. Qisya-Ziyad.

Ibu mana yang tak sedih, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh meninggal dunia di dalam jagaan. Lagi sedih, suami meletakkan kesalahan 100% diatas bahunya. Sedangkan semuanya adalah suratan takdir Ilahi. Lalu dibawa hati yang lara ke kampung halaman tanpa menyedari dia mengandung anak ke dua. Ingin dikhabarkan berita gembira dengan suami tercinta tetapi setiap panggilan tidak berjawab. Tahu lah dia, suami telah membuang dirinya. Apabila lahirnya bayi perempuan, dia meninggalkan bayi yang diberi nama Firyal Ibtisam di pintu pagar banglo suaminya tanpa maklum bahawa bayi itu adalah anak mereka. 4 tahun berlalu, berbekalkan kelulusan dalam penjagaan kanak2, Qisya tekad untuk mendekati Firyal. Mudahkah laluan untuk dia meraih kembali kasih Firyal dan Ziyad? Ikuti kisah ini bersama sekotak tisu :(

Komentar Cik Pah
1. Agak kurang cerdik mak bapa Qisya tidak menasihati dia tentang peranan isteri dan ibu apabila Qisya nekad melarikan diri dari suami dan meninggalkan anak di pintu pagar rumah suami tanpa memikirkan nasib cucu mereka. Mereka juga bersekongkol dengan Qisya menipu Ziyad tentang lampin diampaian yang dilihat sewaktu Ziyad bertandang di rumah.Sepatutnya sebagai mak bapa, mereka perlu menghantar Qisya pulang ke pangkuan suami dan biar suami Qisya putuskan samada nak terima semula Qisya atau memulangkan Qisya ke pangkuan keluarga dengan cara baik.

2. Agak longgar cerita dari sudut mendapatkan hak penjagaan Firyal. Oleh kerana Ziyad tidak mengetahui bayi tersebut adalah bayi dia dengan Qisya, bagaimana Ziyad mendaftarkan nama bayi tersebut. Ber-binti Abdullah atau Ziyad Fallah tidak diceritakan.

View all my reviews

Novel : Warna Hati

Warna HatiWarna Hati by Meen Zulaikha
My rating: 4 of 5 stars

Semua watak menarik dan ini adalah cerita dewasa yang berlapik ;)

Zara Lisa - watak utama. Gadis berusia 33 tahun yang belum berkahwin dan dipaksa untuk mencari jodoh bagi menutup mulut orang kampung dan jirannya yang suka menabur fitnah

Emran - lelaki kacak yang menawan hati Zara Lisa ketika mengikuti speed dating. Tetapi pelamin angannya musnah apabila terserempak Emran berkepit dengan wanita muda. Rupa-rupanya Zara hanya dipikat untuk dijadikan stok geli-geli sahaja. Hampeh. Ada kaitan dengan Harith dihujung cerita

Jefri - si janggut kambing gelaran yang diberi dan lelaki ini didendami Zara kerana di zaman persekolahan, dia dimalukan hanya kerana sepucuk surat cinta yang pernah Zara titipkan buat Jefri. Disebabkan Zara tidak berjaya membawa pulang teman lelaki untuk dijadikan suami, emak menerima pinangan Jefri apatah lagi mereka sepupu. Walau bagaimanapun, pertunangan mereka hanya mampu bertahan 2 bulan kerana sisi gelap Jefri berjaya dihidu Zara sebelum mereka diijab kabulkan.


Harith - lelaki serabai yang ditemui ketika speed dating. Menjadi teman tapi mesra Zara dan dimana-mana Zara berada, disitu dia akan muncul. Zara hanya mengenali Harith sebagai pemandu peribadi kepada keluarga kaya Dato Datin. Suka dengan cara Harith meluahkan rasa hati. Habis diborongnya novel-novel cinta yang ada tajuk tentang perasaan dia terhadap Zara. Sweet! Apabila Zara dah mula berlagu rindu, rahsia diri Harith terbongkar dan Zara rasa tertipu lagi dengan kaum adam. Apa rahsianya? Baca sendiri tau. Apa2 pun sweet je Harith ni pujuk Zara.

Tim - gadis tomboy yang dididik Zara sehingga menjadi feminin

Rita - sahabatnya yang ceria tetapi menghadapi masalah rumah tangga. Suaminya yang 10 tahun lebih tua daripadanya berubah tingkah. Ada dua rahsia yang menjadi penyebab suami sering pulang lewat malam, dingin dan ada kalanya baran.

View all my reviews