Pages

Wednesday 6 May 2015

Mini Novel : Yang Dia Mahu

Yang Dia MahuYang Dia Mahu by Rehan Makhtar
My rating: 4 of 5 stars


Encik Sederhana
2/3 naskah YDM ini adalah kisah En Sederhana dan Yuyu Ikan Yu. Sangat bersederhana menguruskan walimatulurus kerana syarat-syarat yang ditetapkan si pengantin lelaki (Fateh) adalah untuk bertujuan mengikut syariat sedangkan si pengantin perempuan (Yuyu) mengimpikan perkahwinan yang mengikut masa kini, kahwinkan hanya sekali seumur hidup. Yuyu juga turut menetapkan syarat bagi melepaskan diri buat seketika sementara mengenali bakal suami. Kisah mereka sangat manis untuk panduan pasangan yang baru berkahwin apatah lagi perkahwinan mereka adalah aturan keluarga.

Apa yang berlaku 10 tahun sebelumnya dan selepas berkahwin boleh diagak jalan cerita tetapi mesej yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca sangat kesampaian. Terima kasih Rehan Makhtar untuk kisah yang banyak memberi input kepada pembaca. Bersederhana hal duniawi tetapi berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadat untuk bekalan akhirat dan sama-sama membawa orang tersayang ke syurga Allah. Jom sempena bulan Rejab yang tak lama lagi Syaaban dan seterusnya Ramadhan kita perbanyakkan amal ibadat dan berubah menjadi lebih baik. Sisi gelap yang ada kita tinggalkan, fokus untuk masa sekarang dan hadapan selagi masih sihat dan bernyawa. Buat sikit-sikit dan terus beristiqamah. Sungguh Fateh contoh lelaki soleh pilihan ibu-ibu untuk dibuat menantu. Berkenan Cik Pah tihtih


Tercipta Untuk Dia

Selepas baca kisah Dian-Eagil-Ameer seperti rasa tak puas, seperti kisah mereka tergantung walaupun dah tahu siapa dihati Dian. Ye la bagaimana penerimaan bapa Dian terhadap pilihan hati dan apa pula kesudahan kisah lelaki yang bukan menjadi pilihan Dian. Haiiii Cik Pah ni memang tak sesuai tau baca cerpen.

Didi sahabat Dian, macam pernah dibaca nama dia terselit dalam cerpen mana ye yang ada pengakhiran yang baik selepas ditinggalkan Aladin. Emmmm entah sudah lupa atau tersalah orang.


Kata Cik Pah:

2 tajuk untuk 3 kisah cinta yang berbeza. Yang mana yang kita mahu? Tepuk dada tanya iman.


View all my reviews

1 comment: