Cinta Tak Beralih by Hezzy Azra
My rating: 4 of 5 stars
Kisah si laundromat girl dengan flamboyant and cocky guy yang menarik.
Suka dengan hero heroin ciptaan penulis yang ada kelainan disetiap novel beliau. Kelebihan penulis, boleh mempelbagaikan watak hero dan heroin. Kali ini watak hero adalah seorang yang kedekut. Sanggup berhabis duit pasal kereta tapi bila harga roti canai naik 20 sen terus diboikot kedai mamak yang selalu dikunjungi. Kelakar. Tak payah buat dialog kelakar, watak hero yang kedekut pun dah cukup terhibur. Suka juga dengan watak Larra yang berprinsip dan berdikari.
Jom layan kisah Larra Kirana, Shaqril dan Razlan. Telah lama Larra melihat kelibat seorang lelaki yang menarik hati dari kedai dobi miliknya tetapi masih tidak berpeluang mengenali lelaki tersebut. Kadang-kadang parking kereta berhampiran tangga menjadi rebutan mereka, tanpa Larra sedari si lelaki yang diminati dalam diam turut memerhatinya dari kejauhan. Perkenalan mereka bermula apabila Shaq yang tertumpah air di baju terpaksa menghantar baju ke kedai dobi Larra. Pertemuan singkat itu disusuli dengan pemberian roti kismis home made di balas mihun sup dan rentetan peristiwa-peristiwa kecil membuat mereka berpeluang mengenali diri masing-masing. Namun semunya setakat itu sahaja hubungan mereka, pertemuan mereka akan berakhir di departing point, LK laundry. Puas juga Larra berfikir kenapa Shaq membataskan hubungan mereka setakat di parking lot tanpa menyedari Shaq adalah tunangan Balqis, gadis pilihan keluarga.
Cerita Pn penulis ini membuat kita menyelam perasaan dilema orang yang dah bertunang tetapi baru terjumpa dengan gadis pilihan. Shaq sedar dia buat pertama kalinya telah jatuh cinta. Begitu juga dengan Larra. Malangnya buat pertama kali mereka mula belajar apa itu cinta, mereka harus terima takdir yang ditentukan. Kasihan. Pada temujanji kali pertama, lafaz cinta tidak dapat diraikan dengan hati yang berbunga setelah terbongkarnya rahsia Shaq.
Setelah mengetahui Shaq tunangan orang, seboleh-bolehnya Larra cuba mengelak dari bertembung dengan Shaq. Sewaktu Shaq masih melayan dan memberi harapan kepada Larra, rasa macam nak marah Shaq, kesian Larra.
Namun tindakan Shaq tidak tarik diri dari perkahwinan adalah tindakan bijak. Perkahwinan dengan Balqis terpaksa diterusnya. Bagi Shaq dia bukan orang yang mudah memungkiri janji apatah lagi bakal meretakkan hubungan baik emak dengan bakal besan merangkap kawan baik. Bukan prinsip hidupnya untuk membiarkan keluarga menanggung malu gara-gara mementingkan diri sendiri. Bagi Shaq kalau pun dia ingin menyunting Larra biarlah bukan dalam keadaan yang menyebabkan orang menuding jari kepada Larra sebagai perampas dan dalam apa keadaan pun dia mahukan restu dari ibunya dan menjadikan Larra menantu yang disayangi.
Saat Larra berduka lara, Razlan yang merupakan business partner menjadi tempat Larra meluahkan perasaan. Bagi Larra, Razlan adalah teman yang disenangi dan dihormatinya apatah lagi jarak umur mereka yang jauh. Isteri Razlan, Aishah dan anak-anak juga menganggap Larra sebahagian daripada keluarga, tiada istilah cemburu dihati Kak Chah andai Razlan bertemu Larra. Melihat kebahagiaan Razlan dan Kak Chah yang berkahwin tanpa cinta pada awalnya, menyedarkan dia yang Shaq juga akan bahagia bersama Balqis.
Namun Allah lebih menyayangi Kak Chah, kemalangan jalan raya telah meragut nyawa dia dan meninggalkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu. Pilu menyelubungi rumah banglo Razlan. Bagi Razlan tiada wanita yang mampu menandingi Aishah isteri yang dicintai. Namun anak kembarnya yang masih kecil masih memerlukan penjagaan dan perhatian. Keluarga Razlan yang melihat penerimaan anak-anak dan keikhlasan Larra menjaga anak kembar dan anak remaja Razlan mencadangkan Larra sebagai calon pengganti. Saat Larra dilamar menjadi ibu kepada anak-anaknya, di pihak Shaq pula rumahtangganya hancur dek terbongkar rahsia songsang Balqis.
Larra cuba belajar menerima kehadiran Razlan sebagai bakal suami. Perkahwinan dirancang namun terhalang kerana walinya tidak bersetuju. Ada sengketa antara Amin, adik lelakinya dengan Razlan yang tidak disedari sesiapa mahupun Razlan sendiri. Dalam Larra menyelesaikan kekusutan yang ditimbulkan Amin, hatinya berbolak balik apabila Shaq muncul semula dan mengistihar dirinya bukan milik sesiapa lagi.
Bagaimana kesudahan kisah cinta Larra-Shaq-Razlan. Baru Larra sedar betapa sukar membuat pilihan seperti yang pernah Shaq lalui. Antara janji dan cinta yang mana satu perlu diutamakan. Alahai macam menonton cerita Hindustan pulak. Apa-apapun Cik Pah suka Cinta Tak Beralih.
View all my reviews
No comments:
Post a Comment