Pages

Saturday 21 December 2013

Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa

Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju DewasaTravelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa by Raudzah 'Roza' Roslan
My rating: 4 of 5 stars

Perkongsian travelog kehidupan seorang Roza Roslan yang manis dan ada kalanya pahit hidup diperantauan menemani suami menyambung pelajaran ke peringkat PhD.

Tahniah penulis! lintasan hajat hati sewaktu kecil untuk keluar negara tercapai. Walaubagaimanapun, membaca kisah Roza bukanlah semata-mata melihat kejayaan penulis ke luar negara, tetapi ada kisah disebaliknya yang mendewasakan beliau. Kisah dari penulis membuat Cik Pah mengimbau kembali impian zaman kecilku yang biasa-biasa dan sekarang juga menjalani kehidupan yang biasa-biasa atas usaha yang biasa-biasa.

Masih belum terlambat kan untuk memasang impian? Seperti pesan Mak Wa
'Pulanglah... belajarlah berenang. Awak tidak akan ke mana-mana sekiranya tidak menggerakkan kaki, tangan dan menggunakan kepala...'


Doa si anak kecil yang 'tidak pandai'

'Ya Allah, berikanlah saya kemungkinan itu. Tunaikanlah hasrat hati. Sekiranya tidak, Kau temukanlah jodoh yang dapat membawa aku ke luar negara'.

View all my reviews

No comments:

Post a Comment